Penggunaan Dadah Penggunaan dadah bukan bermula pada zaman

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 451 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas dan sihat bukan sahaja dari segi izikal dan rohani tetapi juga berkeupayaan mengukuhkan kesejahteraan dalam masyarakat untuk memastikan perpaduan terus utuh. Malahan sukan juga mampu menjadi sebahagian daripada proses meraikan pelbagai kelompok etnik yang ada di negara ini Sivamurugan Pandian, 7 Ogos 2012. Sukan adalah ‘penjana’ dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini. Indeks Sukan Sebagai Wadah Perpaduan dapat dilihat dalam novel Justeru di Jaring. Bagi Syahir, sukan merupakan wadah untuk memupuk persahabatan dan bukan tempat mencetuskan permusuhan. Permusuhan antara kaum amat merugikan negara. Menerusi sukan, Syahir dapat mendekati dan bersahabat dengan bangsa lain seterusnya memupuk semangat perpaduan. Perbezaan bangsa dan agama tidak menghalang mereka bermain dalam satu pasukan. Kawan-kawan Syahir yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Boon Huat, Bernard, Kam Heng, dan Gopinath. Mereka bermain dalam satu pasukan dan sama-sama berazam mahu merampas Piala Thomas daripada tangan negara China. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 452 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali

7. Kepentingan Jurulatih Era sukan moden telah mewujudkan permintaan

yang tinggi terhadap jurulatih-jurulatih dalam semua jenis sukan, daripada peringkat akar umbi kepada peringkat sukan elit. Apa yang diperlukan ialah minat dan kesanggupan untuk melibatkan diri kita dalam sukan Australian Sports Commission 2005. Para jurulatih mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan atlet melalui sukan-sukan yang disertai. Jurulatih memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan, peningkatan dan kejayaan dalam sukan mereka Mallet 2002 dlm. Mohamad Faithal Hassan, 2006: 43. Jurulatih juga mempunyai pengaruh yang besar untuk mewujudkan keseronokan dan penyertaan berterusan atlet dalam sukan mereka. Keperibadian jurulatih memainkan peranan penting dalam proses menjadi seorang jurulatih yang terbaik Cook 1999 dlm. Mohamad Faithal Hassan, 2006. Jurulatih yang baik bersikap positif, bersemangat, sentiasa memberi sokongan, jujur, fokus, bermatlamat, berpengetahuan, pemerhati yang baik, hormat-menghormati, sabar, jelas dan asertif. Semua sikap tersebut merupakan indeks kepada sikap jurulatih yang baik. Jurulatih yang baik diperlihatkan dalam novel ini dapat dilihat menerusi jurulatih Haji Marzuki. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 453 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Sebagai seorang jurulatih, tugas Haji Marzuki bukan sahaja untuk memperbetul kesalahan, mencari kesalahan dan menyalahkan atlet, namun jurulatih turut bertanggungjawab untuk mencapai matlamat prestasi terbaik atletnya dan berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut dengan lebih positif. Sikap Haji Marzuki yang sering memberi semangat positif terhadap anak didiknya memberi kesan yang cukup baik kepada mereka. Haji Marzuki memberi semangat positif kepada anak didiknya yang kelihatan kecewa kerana kelayakan automatik ke Kejohanan Badminton Dunia menerusi kedudukan ranking dunia telah digantikan dengan syarat memasuki separuh akhir Terbuka Johor. Fikiran mereka terganggu kerana mereka terpaksa bersaing sesama sendiri bagi merebut slot yang terhad. Ini bermakna ada yang tidak layak ke Kejohanan Badminton Dunia itu nanti. Haji Marzuki cuba mengembalikan aura positif ke dalam skuad bimbingannya. Haji Marzuki turut memberikan semangat positif kepada Syahir. Kekalahan Syahir dalam pertandingan separuh akhir Terbuka Johor yang menggagalkannya ke Kejohanan Dunia perlu dilupakan segera. Oleh itu, Haji Marzuki memainkan peranannya sebagai jurulatih agar Syahir segera dapat melupakan kekalahan dan itnah media mengaitkannya dengan artis. Hasilnya, Syahir kembali positif dan bersedia Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 454 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali meneruskan perjuangannya. Indeks sikap seorang jurulatih yang baik ialah sentiasa memberi sokongan kepada anak didiknya. Memberi sokongan membawa makna yang luas yang bukan hanya dalam bentuk kata-kata galakan dan memberi tepukan di bahu sahaja. Jurulatih bertanggungjawab memastikan atlet- atletnya menjalani latihan dengan baik, menyediakan dan menggunakan peralatan yang terbaik dan mencukupi, cekap mengurus masa, memberikan arahan, memberikan jawapan yang sepatutnya kepada atlet dan melindungi atlet daripada sebarang gangguan luar. Ini harus dilakukan pada sebelum, semasa dan selepas atlet melakukan latihan atau dalam pertandingan. Haji Marzuki seringkali memberikan kata-kata semangat kepada Syahir agar Syahir yakin dengan dirinya dan mampu memperoleh gelaran juara dunia. Beliau sememangnya seorang jurulatih yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak didiknya. Indeks sikap jujur dan boleh dipercayai adalah penting untuk mendapat keyakinan para atlet terhadap pertandingan. Kualiti ini akan menjadikan atlet juga jujur dan memberikan komitmen yang tinggi semasa berlatih dan pertandingan. Ini seterusnya akan meningkatkan prestasi atlet dan jurulatih itu sendiri. Indeks sikap jujur ini dapat dilihat dalam Justeru Impian Di Jaring . Haji Marzuki bersikap jujur kepada