Kesimpulan Rumah makan Padang tidak hanya berperan

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 123 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... pertukangan dan sebagainya. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan terlalu banyak unsur asing diserapkan ke dalam bahasa Melayu sehingga menimbulkan kekhuatiran berlakunya pencemaran bahasa terhadap bahasa Melayu. Merujuk kepada jadual tatacara pembentukan istilah di atas, didapati bahawa peristilahan bahasa Melayu bermula dengan konsep yang sedia ada yang dapat disusurgalurkan pula kepada konsep dan istilah yang berasal dari Nusantara dan konsep yang berasal dari pelbagai negara. Kaedah yang digunakan dalam pilihan pertama adalah melalui pemantapan istilah- istilah yang sedia ada dalam masyarakat nusantara dan dipadankan dengan konsep yang dibawa dari luar misalnya, virus nipah merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa merupakan penginventori bagi ciptaan baharu atau menamakan konsep baharu yang belum wujud dalam masyarakat. Bahasa Melayu merupakan lambang jati diri bangsa dan alat pemersatu bangsa yang berbagai-bagai suku dan kaum. Pengenalan konsep baharu memerlukan istilah yang tepat dan betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Dinamisme peristilahan Melayu dilihat dari dua sudut, iaitu perkembangan leksikal bahasa Melayu melalui peminjaman kata, kedua, pengayaan bahasa sumber istilah, iaitu penggunaan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 124 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... bahasa serumpun, bahasa Melayu lama, dan dialek. Penciptaan atau penggubalan istilah bahasa Melayu memerlukan mekanisma yang lebih dinamik bagi memastikan kelestarian peristilahan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga perlu menghadapi cabaran masa kini bagi memastikan kerelevanannya sebagai bahasa yang berupaya mengungkapkan konsep-konsep baharu dalam bidang ilmu terkini. Perekaciptaan merupakan kaedah yang mengguna pakai sumber yang ada untuk menghasilkan istilah baharu khususnya bagi istilah yang melambangkan konsep-konsep yang dicipta oleh penyelidik dari Malaysia sendiri misalnya, affordable – mampu milik lay out – susun atur design – reka bentuk

3. Pelestarian Istilah Melalui Bahasa Serumpun Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan

Malysia atau ringkasnya MABBIM merupakan badan bahasa peringkat antarabangsa yang berusaha untuk melaksanakan tugas pembakuan bahasa di ketiga-tiga negara tersebut. Organisasi ini bertanggungjawab dalam pembentukan, penyelarasan dan penyebaran istilah. Pada tahun 1975, pedoman umum pembentukan istilah dihasilkan bagi memberikan petunjuk kepada penggubalan istilah. Pedoman ini Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 125 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... mengambil perkiraan bahawa bahasa yang mula-mula dicari dalam khazanah kosa kata ialah bahasa Melayu sama ada moden atau klasik, diikuti dengan bahasa pribumi yang serumpun dan akhirnya baharulah dipinjam daripada bahasa-bahasa lain. Namun begitu, secara realistiknya pengambilan kata-kata daripada bahasa-bahasa serumpun amat minimum. Hal ini disebabkan banyak konsep-konsep baharu tidak ada dalam komuniti bahasa seumpun dan pakar-pakar bahasa pribumi atau bahasa serumpun ini tidak menduduki jawatankuasa istilah baik pada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. MABBIM telah memutuskan untuk mengambil manfaat daripada khazanah bahasa pribumi dan bahasa serumpun. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengusahakan projek-projek pengumpulan istilah yang antara lainnya mengumpulkan istilah dalam bidang pertukangan kapal, keris, tenunan, perubatan tradisional dan sebagainya. Usaha ini dilanksanakan juga di kedua-dua negara, iaitu Indonesia dan Brunei Darussalam. hasilnya dibincangkan dalam Sidang pakar dan Sidang Eksekutif tetapi hanya dipertukarkan sebagai bahan maklumat sahaja. Tindakan susulan bergantunglah kepada inisiatif masing-masing negara. Asmah Haji Omar 2000 berpandangan bahawa istilah-istilah pribumi dan serumpun dapat diguna Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 126 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... pakai bagi bidang-bidang seperti fauna dan lora, topograi, pertanian, pertukangan dan boleh membantu pakar-pakar bidang memperbaharui penglihatan dunia mereka yang selama ini dibendung oleh penglihatan dunia Barat, khususnya yang berbahasa Inggeris. Beliau menekankan bahawa pakar yang menjadi pakar yang lebih baik sekiranya mereka dapat mempertemukan kedua-dua penglihatan dunia itu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan pertama, kata tunggal, kedua, kata terbitan, ketiga, kata ganda, dan keempat, bentuk gabungan. Oleh itu, dalam menentukan kemasukan bahasa serumpun ke dalam peristilahan Melayu, keempat-empat kaedah tersebut dipertimbangkan. Istilah kata tunggal – istilah yang terbentuk daripada kata dasar yang dipilih antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Indonesia pain – nyeri Sunda lasting – awet Jw bog – paya Indonesia akuifug - perkebal Indonesia slit – lanau Indonesia boulevard – adimarga Indonesia banquet – andrawina Indonesia Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 127 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... Gunarwan, 1995 Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa serumpun di Indionesia yang boleh ditimbangkan untuk peristilahan bahasa Melayu . cempa Jw – nama padi abon Jw - nama sejenis makanan alimbubu Minang - pusaran angin amben – Jw – ikat pinggang wanita andalas Minang – nama saintiik bagi pohon morus mancroura Kamus Etimologi Indonesia Bahasa Melayu Brunei primigravida – mandaring bearing down – mengajan Terdapat beberapa kata lain dalam bahasa Melayu Brunei seperti mucang-mucang bergotong-royong, pugut perosak harta benda, ungkayah usaha dan lain-lain. Malaysia lunch – merarau Ib ellipenut – engkabang Ib snack – kudapan dialek Perak peat – gambut Banjar