Sayang Semuanya Nursery rhyme Sayang Semuanya Soleram Nursery rhyme Soleram

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 510 Awang Azman bin Awang Pawi ..... Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta tidak dapat merampas Kelantan. Ramai tokoh politik BN tewas termasuk Shahrizat Abdul Jalil, Sammy Vellu, Koh Tsu Koon, M.Kayveas dan Zainuddin Maidin. Yang menjadi benteng BN ialah negeri Sarawak, Sabah dan Johor. Prestasi tidak cemerlang BN dianggap paling buruk dalam pilihan raya moden Malaysia. Jumlah Undi Popular Pilihan Raya Umum PRU Sejak Pembentukan Malaysia hingga tahun 2013 Era Tahun Pilihan Raya Umum Peratus undi Popular Tunku Abdul Rahman 1964 PRU 2 58.5 Tunku Abdul Rahman 1969 PRU 3 44.3 Tun Abdul Razak 1974 PRU 4 60.7 Tun Hussein Onn 1978 PRU 5 57.2 Dr Mahathir Mohamad 1982 PRU 6 60.5 Dr Mahathir Mohamad 1986 PRU 7 57.3 Dr Mahathir Mohamad 1990 PRU 8 53.4 Dr Mahathir Mohamad 1995 PRU 9 65.2 Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 511 Awang Azman bin Awang Pawi ..... Dr Mahathir Mohamad 1999 PRU 10 56.5 Abdullah Ahmad Badawi 2004 PRU 11 63.9 Abdullah Ahmad Badawi 2008 PRU 12 51.39 Abdul Najib Tun Abdul Razak 2013 PRU 13 47.38 Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Kesan daripada ini, Abdullah didesak untuk berundur dan Mohd Najib Abdul Razak mengambilalih. Beliau memperkenalkan dasar Program Transformasi Nasional NKRA dan Indeks Petunjuk Prestasi KPI. Pelantikan Idris Jala bekas ketua eksekutif MAS meneraju Pemandu iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan yang menyelia Program Transformasi Kerajaan GTP dan Program Transformasi Ekonomi ETP. Slogan 1 Malaysia juga diperkenalkan selain Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M. Namun gerakan BERSIH, kerjasama erat PAS, PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat membantu memberikan peningkatan kemenangan parti pembangkang. Persepsi tadbir urus lemah, pengundi bandaran atau peranan kelas menengah yang mahu pentadbiran lebih telus membawa kepada Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 512 Awang Azman bin Awang Pawi ..... undi popular semakin merosot sebanyak 4 peratus, iaitu daripada 51 peratus hingga 47 peratus. Situasi ini membawa kekuatan Putrajaya semakin goyah. Hayat kelangsungan politik BN bersandarkan kekuatan negeri Sarawak, Sabah dan Johor. Hal ini dapat dilihat melalui barisan cabinet persekutuan baharu yang diumumkan pada Mei 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Didapati tujuh menteri penuh dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen Sarawak. Empat daripadanya merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB iaitu Datuk Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Rohani Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Douglas Uggah Embas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala Datuk Joseph Entulu Belaun daripada Parti Rakyat Sarawak PRS dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Richard Riot Jaem daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP sebagai Menteri Sumber Manusia. Seorang lagi menteri dari Sarawak adalah Senator Datuk Seri Idris Jala yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tiga timbalan menteri dilantik daripada PBB iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Timbalan Menteri Dalam Ne-geri, Datuk Alexander Nanti