Menambah Sub-Jawatankuasa Menguruskan Jawatankuasa

5 Menggunakan MyMesyuarat: Urus Setia Membuat Penetapan Jawatankuasa Urus Setia bertanggungjawab dalam menguruskan jawatankuasa. Di dalam MyMesyuarat, Urus Setia dibenarkan untuk mengemas kini templat mesej, tambah ahli ke dalam jawatankuasa, menentukan senarai semakan tugas jawatankuasa dan menguruskan kebenaran untuk ahli. Aktiviti ini biasanya dilakukan semasa tetapan jawatankuasa MyMesyuarat.

5.1 Menguruskan Jawatankuasa

Jawatankuasa dan Urus Setia mereka telah dicipta semasa proses pemasangan MyMesyuarat. Urus Setia tersebut mempunyai akses terhadap jawatankuasa mereka dan mereka juga boleh mula menguruskan jawatankuasa tersebut. Ini termasuk menetapkan templat asal dan juga menambah ahli ke dalam jawatankuasa.

5.1.1 Menambah Sub-Jawatankuasa

Urus Setia hanya dibenarkan untuk menambah sub-jawatankuasa. Langkah untuk menambah sub-jawatankuasa adalah klik pada ikon “cipta” pada nama jawatankuasa yang ingin ditambah sub-jawatankuasa tersebut. Rajah 5.1: Ikon untuk menambah sub-jawatankuasa Rajah 5.2: Paparan untuk menambah sub-jawatankuasa 41 Ruang Penerangan Nama Nama jawatankuasa yang akan dipaparkan pada laporan dan minit. Nama Ringkas Nama jawatankuasa yang akan dipaparkan apabila terdapat pilihan yang perlu dibuat pada borang dan ia juga bertindak sebagai URL MyMesyuarat. • Nama ringkas yang dimasukkan hendaklah tidak mempunyai jarak. Templat bilangan mesyuarat Merupakan templat tetap MyMesyuarat yang akan menjanakan bilangan jawatankuasa pada mesyuarat akan datang di dalam jawatankuasa tersebut. contoh: Bil 1 Tahun 2008 Templat tajuk mesyuarat Merupakan tajuk tetap untuk mesyuarat di dalam jawatankuasa. Terdapat dua tag yang boleh digunakan pada Ruang ini: • committeeshort : akan digantikan dengan nama ringkas jawatankuasa • committeelong : akan digantikan dengan nama penuh jawatankuasa Format paparan jadual pada laporan maklumbalas Urus Setia boleh menetapkan laporan maklum balas di dalam jawatankuasa tersebut akan menggunakan latar belakang berselang putih dan biru, latar belakang putih atau latar belakang biru. Klasifikasi dokumen Pengguna boleh menetapkan samada dokumen yang dimasukkan dalam jawatankuasa tersebut adalah terhad, sulit atau rahsia. • Terhad – Data tidak dienkrip encrypt. Semua ahli boleh melihat dokumen tersebut. • Sulit – Data dienkrip encrypt. Hanya ahli jawatankuasa tersebut dapat melihat dokumen di dalam jawatankuasa tersebut. • Rahsia - Data dienkrip encrypt. Hanya ahli jawatankuasa tersebut dapat melihat dokumen di dalam jawatankuasa tersebut. Perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat Nama yang telah ditetapkan adalah “Projek”. Tetapi ianya terdapat sesetengah jawatankuasa yang tidak membincangkan tentang projek di dalam mesyuarat mereka. Mereka mungkin membincangkan tentang “Agenda” ataupun “Tugas Klik butang “Simpan”. Sistem akan memaparkan buku alamat bagi jawatankuasa tersebut dan Super Administrator bagi jawatankuasa tersebut merupakan admin bagi jawatankuasa tersebut. Super Administrator perlu menambah Urus Setia untuk jawatankuasa yang baru diwujudkan dengan mengklik pautan “Tambah Ahli Baru”. Ini adalah bagi memastikan setiap jawatankuasa mempunyai Urus Setia. 42

5.1.2 Mengemas kini Jawatankuasa