Jana Templat Minit Default Salin Minit Mesyuarat Lalu

8 Menggunakan MyMesyuarat: Urus Setia Selepas Mesyuarat Apabila mesyuarat telah berakhir, Urus Setia perlu mengisi semua keputusan yang di buat di dalam mesyuarat dan seterusnya menyemak isi kandungan minit sebelum minit dihantar kepada pengerusi untuk Kelulusan Edaran Minit. Setelah diluluskan, minit tersebut akan diedarkan kepada semua ahli.

8.1 Menambah minit serta butiran di dalamnya

Terdapat dua fungsi yang berbeza untuk menambah minit mesyuarat iaitu Jana Templat Minit Default dan Salin Minit Mesyuarat Lalu.

8.1.1 Jana Templat Minit Default

Templat minit mesyuarat dijana dari data yang terdapat di Agenda semasa menambah mesyuarat mengikut format Tetap atau Bebas yang dipilih oleh pengguna. Rajah 8.1: Agenda Langkah-langkah menjana Templat Minit Default : 1. Setelah mesyuarat dicipta, klik pada pautan bilangan mesyuarat yang telah di cipta tersebut. Contoh : Bil. 3 Tahun 2013 75 1 2. Klik pada pautan “Tambah minit”. 3. Klik pada pautan “Jana templat minit default”. 4. Klik “OK”. Format minit akan dijanakan mengikut pilihan format tetap yang telah dipilih semasa proses menambah mesyuarat baru.

8.1.2 Salin Minit Mesyuarat Lalu

Fungsi Salin Minit Mesyuarat Lalu adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna menyalin kandungan minit dari minit mesyuarat yang lepas. Pengguna perlu memastikan minit yang terdahulu mengandungi maklumat yang ingin disalin. 76 2 3 4 Langkah-langkah Salin Minit Mesyuarat Lalu : 1. Klik pada nama jawatankuasa yang telah di senaraikan pada skrin utama jawatankuasa. Contoh : _Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat 2. Klik pautan tab menu “Mesyuarat”. 3. Klik pada pautan “Tambah mesyuarat baru”. 4. Isikan semua maklumat yang berkaitan dan pilih ahli mesyuarat yang ingin di jemput serta tetapkan peranan setiap ahli mesyuarat. 5. Klik butang “Simpan”. 6. Klik butang “Hantar Email Jemputan Sekarang” atau “Hantar Email SMS Jemputan” atau “Jangan hantar jemputan”. 7. Setelah mesyuarat dicipta, klik pada pautan bilangan mesyuarat yang telah di cipta tersebut. Contoh : Bil. 4 Tahun 2013 77 2 3 7 1 8. Klik pada pautan “Tambah minit”. 9. Klik pada pautan “Salin minit mesyuarat lalu”. 10. Klik “OK”. 11. Klik butang “Teruskan”. 12. Klik “Paparan Minit” untuk melihat minit yang telah disalin. 78 8 10 9 11 12

8.1.3 Tambah Butiran Langkah-langkah menambah butiran :