Jadual berkenaan maklumat profil pengguna
Gelaran Gelaran pengguna
Nama Nama pengguna
No. ICNo Passport Nombor ICPassport pengguna
Jawatan Jawatan pengguna
SeksyenBahagian SeksyenBahagian pengguna
KementerianAgensi KementerianAgensi pengguna
Skim Perkhidmatan Skim perkhidmatan pengguna
Gred Gred pengguna
Emel Emel pengguna
CC Emel Emel yang akan dihantar bersama semasa penghantaran emel
oleh admin MyMesyuarat Alamat
Alamat pengguna Telefon
Nombor telefon pengguna Faks
Nombor faks pengguna Mobil
Nombor mobil pengguna Telco
Talian telco pengguna Jawatankuasa
Jawatankuasa yang ingin ditetapkan kepada pengguna
3.1.2 Menambah Ahli Baru
Super Administrator bertanggungjawab untuk menambah ahli baru ke dalam sistem MyMesyuarat. Terdapat dua cara untuk menambah ahli ke dalam sistem iaitu:
• Secara satu persatu
• Secara pukal
3.1.2.1 Menambah ahli secara satu persatu
Rujuk 3.1.1 untuk menambah ahli secara satu per satu mengikut cara yang sama.
3.1.2.2 Menambah ahli secara pukal
Menambah ahli secara pukal adalah cara yang paling cepat untuk memasukkan data pengguna ke dalam sistem MyMesyuarat.
13
Peringatan
Adalah dinasihatkan bahawa Super Administrator perlu berada di peringkat Kementerian sahaja. Ini adalah bagi menjamin keselamatan data pengguna dan
jawatankuasa yang lain. Super Administrator perlu melantik Super Urus Setia di peringkat Agensi bagi menggantikan peranan Super Administrator untuk menambah
ahli ke dalam sistem.
Langkah-langkah untuk mendaftarkan ahli baru secara pukal ke dalam sistem :
1. Log masuk sebagai Super Administrator.
2. Setelah antara muka MyMesyuarat terpapar di skrin, tatalscroll ke bawah hingga
anda terlihat ruangan “Tugas-tugas Lain” dan kemudian klik ikon “Ahli-ahli”. Sistem akan memaparkan senarai ahli di dalam sistem.
3. Klik pada pautan “Muatnaik rekod ahli secara pukal”, sistem akan memaparkan
skrin untuk muatnaik rekod ahli.
4. Untuk memuatnaik ahli secara pukal, maklumat ahli perlu disimpan di dalam format
.xls terlebih dahulu mengikut templat yang telah ditetapkan. Klik pautan “sini” untuk memuat turun templat fail .xls dan isikan maklumat ahli berdasarkan templat fail
tersebut.
14 2
3
4 5
6
5. Pastikan field yang wajib diisi seperti yang telah dinyatakan pada petunjuk diisi
dengan lengkap. Setelah selesai, klik butang “Browse” dan pilih fail .xls yang telah diisikan rekod ahli tersebut dan kemudian klik “Open”.
6. Seterusnya klik butang “Simpan” untuk menyimpan rekod ahli yang terdapat di
dalam fail ke dalam sistem MyMesyuarat.
7. Perkataan “Berjaya. Sebanyak 1 rekod telah diimport.” akan terpapar di skrin.
Klik butang “Hantar” untuk menghantar emel berkenaan Id Pengguna dan Kata Laluan kepada setiap ahli yang didaftarkan ke dalam sistem.
15 7
Rajah 3.2: Senarai petunjuk bagi templat .xls yang disediakan
3.1.3 Mencipta Jawatankuasa Peringkat Paling Atas