Menukar Logo MyMesyuarat Log masuk dan log keluar

Statistik boleh diakses dengan mengklik ikon “Statistik” yang terletak di dalam panel “Tugas-tugas Lain” pada skrin utama jawatankuasa. Fungsi ini juga boleh diakses dengan mengklik ikon “Statistik” yang terletak pada sebelah kanan sistem. Klik pada kriteria pilihan dan klik butang “Cari” untuk menyenaraikan senarai keputusan yang dicari. Rajah 3.27: Paparan statistik sistem Kriteria carian adalah seperti berikut: • Aktiviti ahIi - Akan menyenaraikan aktiviti yang telah dilakukan oleh pengguna termasuk bilangan pos yang telah mereka laksanakan. • Jumlah Keputusan - Akan menyenaraikan maklumat tentang jumlah mesyuarat dan jumlah keputusan. • Hantar Laporan Bulanan - Boleh menjana laporan mengikut kementerianagensi dan bulan.

3.11 Menukar Logo MyMesyuarat

Logo MyMesyuarat boleh di tukar mengikut kesesuaian kementerian. Untuk menukar logo MyMesyuarat, klik pada ikon “Tetapan global”. Klik pada pautan “Kemas kini logo”. Rajah 3.28: Pautan “Kemas kini logo” Klik butang “Browse” dan pilih fail logo yang ingin di tukarkan. Rajah 3.29: Skrin untuk mengemas kini logo 33 Logo yang ingin digantikan hendaklah berformat .jpg.jpeg dan bersaiz 155x80 px 4 Menggunakan MyMesyuarat

4.1 Log masuk dan log keluar

Sistem berkebolehan untuk diakses dengan menggunakan http ataupun dengan ciri-ciri keselamatan Secure Socket Layer SSL melalui https. Satu sijil SSL perlu disediakan di pelayan MyMesyuarat. Log Masuk Rajah 4.1: Log masuk sistem Taip alamat MyMesyuarat seperti https:nama kementerian.mymesyuarat.gov.my. Jika anda telah didaftarkan di dalam sistem MyMesyuarat oleh Urus Setia jawatankuasa, anda boleh memasukkan “ID pengguna” dan “kata laluan” pada laman “Log Masuk”. Setelah memasukkan maklumat ID pengguna dan kata laluan, klik butang “Log masuk” untuk log masuk ke dalam sistem. Setelah log masuk berjaya, sistem akan memaparkan laman “Jawatankuasa”. Sebagai langkah keselamatan, Captcha akan muncul setelah tiga kali percubaan untuk log masuk seperti di dalam rajah di bawah. Anda akan diminta untuk mengisi kotak kod dengan memasukkan input mengikut abjad yang tertera pada skrin untuk mengelakkan kata laluan digodam. Rajah 4.2: Captcha yang akan dipaparkan Akaun log masuk anda akan disekat setelah melakukan 6 kali percubaan untuk log masuk. Apabila akaun disekat, hubungi urus setia jawatankuasa anda atau super admin atau super urus setia untuk mengaktifkan semula akaun anda. 34 Rajah 4.3: Akaun akan dikunci jika melebihi tempoh 6 kali percubaan Log Keluar Anda boleh mendapatkan pautan “Log keluar” di setiap laman MyMesyuarat pada sebelah kanan skrin. Klik pada pautan “Log Keluar”, sistem akan menamatkan sesi terkini dan terus memaparkan skrin “Log Masuk”. Rajah 4.4: Berjaya log keluar

4.2 Arahan Tukar Kata Laluan