Rajah 3.21: Skrin untuk mengemas kini skim perkhidmatan
3.6.2.3 Menghapuskan Skim Perkhidmatan
Klik ikon “Hapus” yang terletak di sebelah skim perkhidmatan untuk mengemas kini maklumat skim perkhidmatan.
Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menghapuskan maklumat. Jika butang “OK” diklik, sistem akan menghapuskan maklumat yang dipilih, manakala jika
butang “Cancel” diklik, sistem akan kembali kepada paparan senarai skim perkhidmatan.
Rajah 3.22: Menghapuskan skim perkhidmatan
3.7 Menguruskan Semakan Tugasan
Semakan tugasan sistem menyeluruh digunakan sebagai senarai semak tugasan untuk tiap-tiap jawatankuasa baru dalam sistem. Tugasan ini akan disalin ke dalam jawatankuasa
yang baru direka. Contoh semakan tugasan adalah:-
•
Penempahan bilik mesyuarat
•
Penyediaan projektor
Semakan sistem menyeluruh boleh diakses dengan klik pada ikon “Senarai semakan” pada panel “Tugas-tugas Lain”. Ia juga boleh diakses dengan klik pada ikon “Senarai
Semakan” di sebelah kanan sistem.
3.7.1 Menambah Semakan Tugasan Klik pada pautan “Tambah semakan baru sistem” untuk menambah semakan sistem.
30
Rajah 3.23: Skrin untuk menambah semakan sistem
Ruang Penerangan
Nama Namapenerangan tentang semakan sistem
Keutamaan Tahap kepentingan semakan sistem
Klik butang “Simpan” untuk merekod maklumat. Jika maklumat berjaya direkod, sistem akan memaparkan senarai semakan sistem yang telah berjaya direkod oleh sistem.
3.7.2 Mengemas kini Semakan Tugasan Klik ikon “Kemas kini” yang terletak di sebelah nama senarai semakan. Kemas kini
maklumat dan klik pada butang “Simpan” untuk menyimpan rekod. Senarai semakan sistem yang telah berjaya direkod akan dipaparkan jika kemas kini berjaya direkod.
Rajah 3.24: Skrin untuk mengemas kini semakan sistem
3.7.3 Menghapuskan Semakan Tugasan Klik ikon “Hapus” untuk menghapuskan semakan sistem. Sistem akan memaparkan kotak
mesej pengesahan untuk menghapuskan semakan sistem. Jika butang “OK” diklik, sistem akan menghapuskan maklumat yang dipilih, manakala jika butang “Cancel” diklik, sistem
akan kembali kepada paparan senarai skim perkhidmatan.
Rajah 3.25: Menghapuskan semakan sistem
3.8 Menguruskan Templat Mesej
Templat mesej adalah templat tetap yang akan disalin ke dalam mesej templat jawatankuasa di mana ia akan digunakan untuk menjana templat semasa emel dihantar
kepada sesebuah jawatankuasa yang lain.
31
Templat mesej boleh diakses dengan mengklik pada ikon “Mesej-mesej” pada panel “Tugas-tugas Lain”. Ia juga boleh diakses dengan mengklik ikon “Mesej-Mesej” pada
sebelah kanan sistem. Super Administrator boleh melihat dan mengemas kini isi kandungan mesej templat ini.
3.8.1 Mengemas kini Templat Mesej Klik ikon “Kemas kini” yang berada bersebelahan dengan templat mesej dari laman
penyenaraian Mesej. Langkah untuk mengemas kini adalah adalah sama dengan langkah untuk Urus Setia mengemas kini mesej templat jawatankuasa mereka.
Klik butang “Simpan” untuk menyimpan rekod, senarai mesej templat yang telah direkod akan dipaparkan apabila rekod berjaya disimpan.
3.8.2 Melihat Templat Mesej Untuk melihat mesej templat sistem, klik pada ikon “Lihat”.
3.9 Menguruskan Log
MyMesyuarat mempunyai modul log di mana ia akan memantau log di dalam sistem. Super Administrator boleh mengesan aktiviti semua ahli. Dari masa ke masa, saiz log akan
meningkat dan akan ada keperluan untuk memadam log lama.
3.9.1 Menghapuskan Log
Log terdahulu di dalam sistem MyMesyuarat boleh dihapuskan oleh Super Administrator. Super Administrator mempunyai pilihan samada untuk menghapuskan log enam bulan
sebelum atau setahun yang lepas.
Klik pada pautan “Hapus log – 6 bulan lalu” untuk menghapuskan log pada enam bulan yang lepas.
Klik pada pautan “Hapus log – 1 tahun lalu” untuk menghapuskan log satu tahun yang lalu.
Rajah 3.26: Menghapuskan sistem log
3.10 Melihat Statistik
Melihat statistik adalah seperti laporan tentang penggunaan MyMesyuarat di dalam jawatankuasa tertentu. Super Administrator boleh memantau keaktifan sesebuah
jawatankuasa.
32
Statistik boleh diakses dengan mengklik ikon “Statistik” yang terletak di dalam panel “Tugas-tugas Lain” pada skrin utama jawatankuasa. Fungsi ini juga boleh diakses dengan
mengklik ikon “Statistik” yang terletak pada sebelah kanan sistem. Klik pada kriteria pilihan dan klik butang “Cari” untuk menyenaraikan senarai keputusan yang dicari.
Rajah 3.27: Paparan statistik sistem Kriteria carian adalah seperti berikut:
• Aktiviti ahIi
- Akan menyenaraikan aktiviti yang telah dilakukan oleh pengguna termasuk bilangan pos yang telah mereka
laksanakan. •
Jumlah Keputusan - Akan menyenaraikan maklumat tentang jumlah
mesyuarat dan jumlah keputusan. •
Hantar Laporan Bulanan - Boleh menjana laporan mengikut kementerianagensi dan bulan.
3.11 Menukar Logo MyMesyuarat