Menambah Super Urus Setia

3 Tetapan MyMesyuarat: Super Administrator Super Administrator bertanggungjawab bagi memastikan sistem ini berjalan lancar sesudah pemasangan. Setelah pemasangan MyMesyuarat, MyMesyuarat telah mempunyai data asal tetapi ia tetap menjadi tanggungjawab Super Administrator untuk memastikan data asal itu mencukupi untuk kegunaan kesemua jawatankuasa yang dicipta. Super Administrator boleh mengakses fungsi untuk tetapan global, senarai semakan, templat mesej, peranan, gelaran, gred dan format minit. Super Administrator juga mempunyai hak untuk mengakses aktiviti log dan statistik sistem. Rajah 3.1: Panel “Tugas-tugas lain” Hanya Super Administrator yang dapat melihat fungsi yang terdapat di dalam “Tugas- Tugas Lain” yang dipaparkan pada skrin Jawatankuasa di atas.

3.1 Tetapan Jawatankuasa

Satu akaun tetap untuk Super Administrator akan dicipta semasa proses pemasangan MyMesyuarat. Super Administrator ini boleh mencipta jawatankuasa dan melantik seorang Urus Setia untuk jawatankuasa terbabit. Super Administrator atau Urus Setia boleh mendaftarkan ahli untuk jawatankuasa yang terlibat. Jawatankuasa hanya boleh dicipta oleh Super Administrator tetapi ianya boleh dikemas kini oleh Urus Setia jawatankuasa terbabit. Perkataan jawatankuasa boleh juga melibatkan nama bahagian atau mana-mana bahagian di dalam agensi yang mengendalikan mesyuarat.

3.1.1 Menambah Super Urus Setia

Walaupun Super Administrator boleh menambah ahli sebagai pengguna sistem, tetapi adalah amat penting untuk menambah Super Urus Setia terlebih dahulu. Super Urus Setia dapat meringankan beban Super Administrator di Kementerian untuk mendaftarkan ahli baru. 10 Langkah-langkah untuk mendaftarkan ahli baru ke dalam sistem : 1. Log masuk sebagai Super Administrator. 2. Setelah antara muka MyMesyuarat terpapar di skrin, tatalscroll ke bawah hingga anda terlihat ruangan “Tugas-tugas Lain” dan kemudian klik ikon “Ahli-ahli”. Sistem akan memaparkan senarai ahli di dalam sistem. 3. Klik pada pautan “Tambah ahli baru”, sistem akan memaparkan skrin untuk tambah ahli. 11 2 3 4. Masukkan maklumat di setiap ruangan. Pastikan ruangan yang berwarna merah diisi dengan lengkap. 5. Setelah selesai mengisi maklumat, klik butang “Simpan”. Apabila maklumat berjaya direkod, sistem akan memaparkan teks Maklumat ahli telah disimpan. Jadual berkenaan maklumat profil pengguna ID Pengguna Nama yang akan digunakan semasa log masuk Kata laluan Kata laluan yang akan digunakan semasa log masuk Sahkan kata laluan Ruang untuk mengesahkan kata laluan Admin Ruang untuk menentukan akses paras pengguna sama ada pengguna adalah Ahli Biasa, Super Admin atau Super Urus Setia Kedudukan jawatan Kedudukan jawatan pengguna pilih samada Default, Menteri atau KSUKP • Untuk jawatan Menteri - Menteri boleh melihat dan mengakses keseluruhan jawatankuasa didalam sistem MyMesyuarat. • Untuk jawatan KSUKP - KSUKP hanya boleh melihat dan mengakses jawatankuasa di bawah kelolaanya sahaja. 12 4 5 Jadual berkenaan maklumat profil pengguna Gelaran Gelaran pengguna Nama Nama pengguna No. ICNo Passport Nombor ICPassport pengguna Jawatan Jawatan pengguna SeksyenBahagian SeksyenBahagian pengguna KementerianAgensi KementerianAgensi pengguna Skim Perkhidmatan Skim perkhidmatan pengguna Gred Gred pengguna Emel Emel pengguna CC Emel Emel yang akan dihantar bersama semasa penghantaran emel oleh admin MyMesyuarat Alamat Alamat pengguna Telefon Nombor telefon pengguna Faks Nombor faks pengguna Mobil Nombor mobil pengguna Telco Talian telco pengguna Jawatankuasa Jawatankuasa yang ingin ditetapkan kepada pengguna

3.1.2 Menambah Ahli Baru