1 Selamat Datang ke MyMesyuarat
1.1 Pendahuluan
MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan   kertas.   Ia   merupakan   salah   satu   produk   dari  Bahagian   Dasar
Perancangan   ICT  BDPICT   MAMPU   dan   dibangunkan   mengikut  Pekeliling   Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991, Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan
Jawatankuasa-jawatankuasa   Kerajaan.   Ia   dimulakan   sebagai   langkah   penyelesaian kepada ahli Government IT and Internet Committee GITIC dan kini ia telah diperluaskan
penggunaannya kepada seluruh agensi dan setiap paras di dalam kerajaan Malaysia.
MyMesyuarat   adalah   MyMeeting   Versi   4   yang   telah   ditambah   baik   bagi   tujuan   Projek Perlaksanaan MyMeeting ke 25 kementerian. MyMeeting telah dibangunkan oleh MAMPU
dan telah memenangi Anugerah  berprestij   Anugerah Inovasi perkhidmatan Awam AIPA bersempena dengan Anugerah Kualiti Sektor Awam AKSA, yang merupakan acara yang
dianjurkan   oleh   MAMPU   untuk   memberi   pengiktirafan   dan   penghargaan   kepada  Agensi Sektor Awam.
Mengakses MyMesyuarat merupakan satu perkara yang mudah di mana setelah selesai pemasangan, sistem ini boleh dilayari oleh pelayan web seperti Firefox, Chrome dan lain-
lain.
1.2 Kebaikan MyMesyuarat
MyMesyuarat   telah   dibahagikan   kepada  lima  kumpulan   pengguna   iaitu  Super Administrator, Super Urus Setia, Urus Setia, Pengerusi dan Ahli Mesyuarat. Kebaikan
penggunaan MyMesyuarat adalah:
a Untuk Super Administrator
• Memudahkan sistem pentadbiran
• Memantau aktiviti mesyuarat
b Untuk Super Urus Setia
• Boleh menambah ahli ke dalam Jawatankuasa atau Sub-Jawatankuasa yang di
tugaskan ke atasnya •
Boleh menetapkan peranan ahli di dalam Jawatankuasa atau Sub-Jawatankuasa mereka
c Untuk Urus Setia
• Membantu di dalam menguruskan persediaan mesyuarat
• Menghantar jemputan dan peringatan mesyuarat secara automatik
• Menghantar   peringatan   untuk   mengemas   kini   status   maklum   balas   secara
1 Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome 24.x, Firefox 8.x,
Internet  Explorer 8.x dengan resolusi skrin 1024 x 76
automatik •
Mengekstrak keputusan tugas daripada minit secara automatik •
Membantu   di   dalam   penyediaan   minit   dan   laporan   melalui   templat   yang   telah disahkan oleh agensi
d  Untuk Pengerusi
• Memantau   dan   memberi   komen   terhadap   status   maklum   balas   yang   telah
diisikan oleh ahli mesyuarat ke dalam MyMesyuarat •
Memantau status pengendalian •
Penerimaan notis tentang status maklum balas yang telah dikemas kini •
Mudah untuk mendapatkan semula maklumat mesyuarat dan arkib
e  Untuk Ahli Mesyuarat
• Boleh mengemas kini status maklum balas tugas pada bila-bila masa dan di
mana jua •
Boleh menerima peringatan untuk mengemas kini status •
Melakukan perbincangan secara atas talian online •
Kemas kini Profil
1.3 Objektif MyMesyuarat