Semakan Tugasan Mesyuarat Mengambil Kehadiran

Rajah 6.6: Skrin “Maklumat Mesyuarat” 6.1.3 Menghapuskan dan Membatalkan Mesyuarat Klik ikon “Hapus” yang terletak di sebelah nama mesyuarat untuk menghapuskan mesyuarat. Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menghapuskan mesyuarat. Jika butang “OK” diklik, sistem akan memaparkan mesej “Mesyuarat telah dihapuskan”. Jika butang “Cancel” diklik sistem akan memaparkan skrin “Mesyuarat” kembali. Sistem akan menghantar emel pembatalan mesyuarat kepada setiap ahli mesyuarat yang telah menerima jemputan mesyuarat yang dihapuskan tersebut.

6.2 Semakan Tugasan Mesyuarat

Senarai semakan tugasan mesyuarat adalah satu fungsi untuk menyemak tugasan yang perlu di selesaikan sebelum mesyuarat. Contoh: Menyediakan projektor, menempah bilik dan sebagainya. Hanya Urus Setia boleh mengakses semakan tugasan mesyuarat ini. Pada asalnya, semakan tugasan ini akan tercipta mengikut senarai semakan tugasan yang telah dicipta pada laman “Jawatankuasa”. 68 Rajah 6.7: Skrin ”Senarai tugasan” 6.2.1 Menambah Senarai Semakan Tugas Pada laman “Senarai Mesyuarat” klik pada pautan “Semakan” yang berada di sebelah nama mesyuarat yang ingin anda kemas kini dan klik pada pautan “Tambah aktiviti baru”. Skrin “Senarai semak mesyuarat” akan dipaparkan. Rajah 6.8: Skrin ”Tambah aktiviti baru” Ruang Penerangan Nama Penerangan tentang tugas yang perlu disemak Keutamaan Paras kepentingan tugas Tindakan Orang yang terlibat untuk melaksanakan tugas Isikan maklumat tugasan dan klik butang “Simpan” untuk merekod maklumat. Sistem akan memaparkan templat emel yang akan dihantar kepada individu yang dipertanggungjawabkan ke atas tugasan tersebut. 6.2.2 Mengemas kini Tugasan Mesyuarat Klik ikon “Kemas kini” di sebelah maklumat senarai tugasan. Skrin di bawah akan dipaparkan. Rajah 6.9: Skrin ”Semakan Mesyuarat” 69 Kemas kini maklumat tugasan dan klik butang “Simpan” untuk menyimpan rekod, senarai tugasan akan dipaparkan jika maklumat berjaya direkod. 6.2.3 Menghapuskan Tugasan Mesyuarat Klik ikon “Hapus” yang terletak di sebelah nama tugasan pada skrin “Semakan Jawatankuasa” untuk menghapuskan tugasan. Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menghapuskan mesyuarat. Jika butang “OK” diklik, sistem akan memaparkan mesej “Mesyuarat telah dihapuskan”. Jika butang “Cancel” diklik sistem akan memaparkan skrin “Mesyuarat” kembali. Rajah 6.10: Menghapuskan tugasan

6.3 Menguruskan Projek Jawatankuasa

Modul projek digunakan untuk menambah dan mengemas kini maklumat projek di dalam jawatankuasa. Projek biasanya merupakan perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Ini merupakan tanggungjawab Urus Setia untuk mengemas kini senarai projek tersebut. Perkataan “Projek” akan ditentukan oleh Urus Setia semasa mengemas kini jawatankuasa. Perkataan projek boleh digantikan dengan perkataan “Tugasan” dan sebagainya. Perkataan yang ditentukan ini akan digunakan sepanjang penggunaan MyMesyuarat. Rajah 6.11: Skrin “Projek” Projek tidak boleh dihapuskan jika terdapat keputusan yang berkaitan dengan projek tersebut. 70 Sebagai langkah penambahbaikan sistem, MyMesyuarat telah menyediakan satu fungsi untuk menambah projek semasa minit dicipta. Rajah 6.12: Skrin “Tambah keputusan” 6.3.1 Menambah Projek Terdapat dua cara untuk menambah projek iaitu sama ada dengan mengklik pada pautan “Projek” pada tab menu jawatankuasa atau menambah projek semasa menambah butiran di dalam minit seperti di dalam skrin “Tambah keputusan” di atas. Klik pautan Tambah projek baru pada laman “Projek” pada jawatankuasa yang ingin ditambah projek. Rajah 6.13: Skrin “Tambah projek” Ruang Penerangan Nama Merujuk kepada nama penuh projek Nama ringkas Merujuk kepada nama ringkas projek Penerangan Penerangan tentang projek yang dicipta Tarikh mula Tarikh mula projek Tarikh akhir Tarikh akhir projek Klik butang “Simpan” untuk merekod maklumat projek. Sistem akan memaparkan senarai 71 projek yang telah berjaya direkod di dalam sistem. 6.3.2 Mengemas kini Projek Klik pada ikon “Kemas kini” untuk mengemas kini maklumat projek. Kemas kini maklumat projek. Rajah 6.14: Skrin “Kemas kini projek” Klik butang “Simpan” untuk menyimpan rekod, senarai projek akan dipaparkan jika rekod berjaya disimpan.

6.3.3 Melihat Projek

Maklumat projek Semua keputusan yang berkaitan dengan projek boleh dilihat dengan mengklik nama projek. Untuk melihat laporan berdasarkan projek, klik pada “Lihat laporan”.

6.3.4 Menghapuskan Projek

Projek yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang mempunyai keputusan tidak dibenarkan untuk menghapuskan projek tersebut. Maka, ikon “Hapus” tidak akan kelihatan pada laman tersebut. Klik ikon “Hapus” yang terletak di sebelah nama projek untuk menghapuskan projek. Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menghapuskan projek. Jika butang “OK” diklik, sistem akan memaparkan mesej “Projek telah dihapuskan”. Jika butang “Cancel” diklik sistem akan memaparkan skrin “Projek” kembali.

6.3.5 Membuat Pengesahan Kehadiran

Selepas ahli membuat pengesahan kehadiran, Urus Setia juga perlu membuat pengesahan kehadiran ahli semasa mesyuarat dan bagi pihak ahli. Laman kehadiran akan dipaparkan apabila pautan “Kehadiran” diklik. Pautan “Kehadiran” terdapat di sebelah nama mesyuarat pada laman “Mesyuarat”. Hanya Urus Setia yang dibenarkan untuk mengakses laman di bawah ini. 72 Rajah 6.15: Skrin “Kehadiran” Jika ahli telah membuat pengesahan kehadiran, Urus Setia akan dapat melihat tarikh kemas kini kehadiran yang telah di buat oleh ahli. Pilih samada “Y” atau “T” untuk setiap ahli dan klik butang “Simpan”. Tarikh kemas kini akan dipaparkan jika pengesahan kehadiran berjaya dilakukan. 73 Pengesahan kehadiran oleh ahli 7 Menggunakan MyMesyuarat: Urus Setia Semasa Mesyuarat Urus Setia boleh mengambil kehadiran dan mencipta minit semasa mesyuarat berlangsung.

7.1 Mengambil Kehadiran

Urus Setia mempunyai peranan untuk mengemas kini kehadiran dan mengesahkan kehadiran bagi setiap ahli yang hadir di dalam mesyuarat. Skrin di bawah menunjukkan senarai ahli yang telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat. Kehadiran juga akan diambil semasa mesyuarat. Klik pautan “Kehadiran” yang terdapat di dalam jadual senarai mesyuarat. Klik butang “Y” di bawah kolum kehadiran jika ahli hadir pada mesyuarat tersebut, manakala klik “T” jika ahli tidak hadir pada mesyuarat tersebut. Dan isikan sebab tidak hadir. Klik butang “Simpan” untuk merekod maklumat kehadiran. Rajah 7.1: Skrin “Kehadiran” setelah dikemas kini oleh Urus Setia 74 Pengesahan kehadiran oleh Urus Setia 8 Menggunakan MyMesyuarat: Urus Setia Selepas Mesyuarat Apabila mesyuarat telah berakhir, Urus Setia perlu mengisi semua keputusan yang di buat di dalam mesyuarat dan seterusnya menyemak isi kandungan minit sebelum minit dihantar kepada pengerusi untuk Kelulusan Edaran Minit. Setelah diluluskan, minit tersebut akan diedarkan kepada semua ahli.

8.1 Menambah minit serta butiran di dalamnya