Rajah 4.3: Akaun akan dikunci jika melebihi tempoh 6 kali percubaan
Log Keluar Anda boleh mendapatkan pautan “Log keluar” di setiap laman MyMesyuarat pada
sebelah kanan skrin. Klik pada pautan “Log Keluar”, sistem akan menamatkan sesi terkini dan terus memaparkan skrin “Log Masuk”.
Rajah 4.4: Berjaya log keluar
4.2 Arahan Tukar Kata Laluan
MyMesyuarat akan meminta pengguna secara automatik untuk menukar kata laluan mereka apabila ID pengguna mereka adalah sama dengan kata laluan mereka.
35
Peringatan MyMesyuarat mempunyai session timeout di mana ia akan log keluar secara
sendiri jika sistem berada di dalam keadaan terbiar selama 200 minit.
Rajah 4.5: Tukar kata laluan
Rajah 4.6: Skrin tukar kata laluan selepas kata laluan yang sama dengan ID pengguna diubah.
Untuk lebih melindungi akaun anda, pastikan anda mendaftar kata laluan yang mudah diingati dan sukar kepada yang lain untuk meneka kata laluan anda. Bagi tujuan
keselamatan, kata laluan baru anda mestilah ditetapkan paling minimum lima karakter. Kata laluan yang disarankan adalah ianya perlu mengandungi kombinasi huruf besar dan huruf
kecil dan perlu mempunyai gabungan nombor.
4.3 Pemulihan Kata Kaluan yang Hilang
MyMesyuarat membenarkan anda menetapkan semula kata laluan anda jika anda terlupa. Jika pautan “Lupa kata laluan” diklik, skrin akan memaparkan skrin di bawah:
Rajah 4.7: Lupa kata laluan? Apabila anda memasukkan alamat emel anda, MyMesyuarat akan menghantar emel
kepada anda satu pautan yang boleh anda gunakan untuk menukar kata laluan. MyMesyuarat tidak akan menghantar kata laluan lama anda kerana kata laluan yang
disimpan di dalam pangkalan data adalah kata laluan yang telah di enkrip. Ini bermakna Super Administrator juga tidak boleh melihat kata laluan anda.
Rajah 4.8: Tukar kata laluan 36
Pautan tersebut hanya boleh digunakan sekali. Jika anda ingin mencipta kata laluan baru, anda boleh klik pautan “Lupa kata laluan” pada laman log masuk kembali untuk mencipta
semula. Memandangkan kata laluan anda dihantar melalui emel dan emel adalah tidak selamat untuk menyimpan kata laluan, adalah dinasihatkan bahawa anda perlu menukar
kata laluan yang diterima secepat mungkin sebagai langkah keselamatan. Jika emel anda sudah ditukar, anda perlu menghubungi Super Administrator untuk menetapkan semula
kata laluan anda.
Skrin di bawah akan dipaparkan apabila anda klik pautan “Lupa ID pengguna” pada skrin log masuk:
Rajah 4.9: Lupa ID pengguna? Apabila anda memasukkan emel anda, MyMesyuarat akan menghantar ID pengguna yang
boleh anda gunakan untuk mengakses sistem.
4.4 Jawatankuasa