Menguruskan Ahli Tetapan Global

3.1.1.2 Mengemas kini Tetapan SMS bagi Jawatankuasa

Pada laman “Tambah Jawatankuasa” seperti di atas, klik pada tab “Tetapan SMS”. Isikan maklumat berkaitan dengan tetapan SMS seperti di bawah dan klik butang “Simpan”. Rajah 3.5: Skrin untuk membuat tetapan SMS Ruang Penerangan ID Pengguna ID Pengguna yang telah ditetapkan oleh MySMS Kata Laluan Kata laluan yang telah ditetapkan oleh MySMS Kata Kunci Kata kunci yang telah ditetapkan oleh MySMS Nama AgensiJawatankuasa Nama agensiJawatankuasa yang ingin dilakukan tetapan

3.2 Menguruskan Ahli

Super Administrator berperanan untuk menguruskan semua ahli di dalam sistem MyMesyuarat. Super Administrator boleh menambah ahli baru dan menentukan jawatankuasa mereka, menetapkan semula kata laluan ahli, mengemas kini ahli dan juga mereka juga boleh menghapuskan ahli di dalam sistem dan pada setiap jawatankuasa yang mereka terlibat. 3.2.1 Mengemas kini Ahli Klik pada ikon “Kemas kini profil” yang berada di sebelah nama ahli untuk mengemas kini maklumat ahli. 21 Rajah 3.6: Skrin untuk kemas kini profil ahli Ubah maklumat ahli. Klik butang “Simpan” untuk menyimpan data, senarai pengguna akan dipaparkan jika data berjaya direkod. 3.2.2 Melihat Maklumat Ahli Maklumat tentang ahli boleh dilihat dengan mengklik pautan ID Pengguna ahli. Butir-butir pengguna akan dipaparkan bersama-sama dengan jawatankuasa yang mereka terlibat. Rajah 3.7: Melihat maklumat ahli 22 3.2.3 Menghapuskan Ahli Klik ikon “Hapuskan ahli” di sebelah nama ID pengguna untuk menghapuskan butiran tentang ahli. Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menghapus data, jika butang “Ok” diklik, sistem akan menghapuskan data ahli yang dipilih. Tetapi jika butang “Cancel” dipilih, sistem akan memaparkan senarai nama pengguna. Rajah 3.8: Menghapuskan ahli 3.2.4 Set Semula Kata Laluan Ahli Untuk menetapkan semula kata laluan ahli, klik pada ikon “Set semula kata laluan”. Sistem akan memaparkan kotak mesej pengesahan untuk menetapkan semula kata laluan ahli, jika butang “Ok” diklik, kata laluan ahli akan ditetapkan semula, manakala jika butang “Cancel” dipilih, sistem akan memaparkan senarai pengguna kembali. Rajah 3.9: Tetap semula katalaluan Ahli

3.3 Tetapan Global

Kawalan konfigurasi global MyMesyuarat adalah kawalan operasi untuk sistem MyMesyuarat. Sebarang perubahan yang dibuat pada skrin ini akan mengemas kini fail mymeeting.php. Fail ini perlu di dalam mode kemas kini supaya anda boleh mengedit 23 konfigurasi anda. Tetapan global boleh diakses dengan mengklik ikon “Tetapan Global” yang disenaraikan di dalam panel “Tugas-tugas Lain” pada laman utama jawatankuasa atau dengan klik ikon yang dipaparkan pada sebelah kanan sistem. Ruang Penerangan URL Pelayan Ini merupakan URL sebenar untuk sistem MyMesyuarat anda Nama Agensi Merupakan tetapan untuk membenarkan anda menetapkan nama agensi yang akan dipaparkan pada bar tajuk Alamat agensi Alamat agensi anda Slogan Agensi Slogan agensi anda Format Tarikh Format tarikh yang akan dipaparkan oleh sistem adalah haribulantahun Format masa Format masa yang akan dipaparkan oleh sistem adalah jam:minit ampm g:i a Bilangan Hari untuk Peringatan Bilangan hari untuk status. Jika 7, maka 7 hari sebelum tarikh terakhir keputusan, pelaksana akan menerima untuk mengemas kini maklum balas mereka. Papar jawatan pada Minit dan Laporan Maklumbalas Sekiranya kotak ditanda, maka jawatan akan dipaparkan di bahagian bawah Tindakan di dalam minit mesyuarat. Jika tidak, nama ahli mesyuarat yang akan terpapar di bahagian tersebut. Bilangan hari untuk sahkan kehadiran Bilangan hari untuk ahli mengesahkan kehadiran mereka Klik butang “Simpan” dan klik pautan “Muat Semula untuk menyimpan rekod. Setelah rekod berjaya disimpan, sistem akan memaparkan teks “Tetapan global telah disimpan”. Rajah 3.10: Super Administrator mengemas kini tetapan global 24

3.4 Peranan