Pengguna dan Kumpulan Ikon yang Digunakan di dalam MyMesyuarat

Di dalam MyMesyuarat, ahli-ahli juga merupakan pelaksana jika mereka ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap apa-apa keputusan. Setiap keputusan mempunyai tarikh akhir di mana mereka perlu memberi perhatian. Pelaksana hanya dapat mengemas kini status dalam MyMesyuarat. Ahli-ahli yang lain hanya boleh melihat. Kebenaran Ia adalah penting untuk memahami bahawa pengguna MyMesyuarat mempunyai satu set tetapan kebenaran. Kebenaran bergantung kepada cara tanggungjawab yang diwakilkan mengikut jenis pengguna di dalam sistem.

2.4 Pengguna dan Kumpulan

Pengguna akan diberi satu ID pengguna dan kata laluan untuk mengakses sistem MyMesyuarat. Di dalam sistem MyMesyuarat, pengguna boleh terlibat di dalam banyak jawatankuasa. Oleh itu, hanya Urus Setia, Super Urus Setia atau Administrator di dalam jawatankuasa boleh menentukan peranan anda di dalam jawatankuasa tersebut. Ahli di dalam jawatankuasa boleh dikategorikan mengikut kumpulan. Kumpulan mungkin di tentukan mengikut bahagian, gred, skim perkhidmatan. Fungsi ini adalah bagi memudahkan proses memilih ahli. Pengguna hanya perlu menyemak kotak tandaan nama kumpulan dan secara automatik, semua ahli di dalam kumpulan itu akan turut di pilih.

2.5 Ikon yang Digunakan di dalam MyMesyuarat

Jadual di bawah merupakan penerangan tentang ikon yang digunakan di dalam MyMesyuarat. Ikon Penerangan Kemas kini Lihat Hapus Kemas kini Aliran Semakan Pengumuman Mesej Ahli Reset kata laluan Emel 8 Ikon Penerangan Mengubah posisi ke atas Mengubah posisi ke bawah Menambah sub-jawatankuasa 9 3 Tetapan MyMesyuarat: Super Administrator Super Administrator bertanggungjawab bagi memastikan sistem ini berjalan lancar sesudah pemasangan. Setelah pemasangan MyMesyuarat, MyMesyuarat telah mempunyai data asal tetapi ia tetap menjadi tanggungjawab Super Administrator untuk memastikan data asal itu mencukupi untuk kegunaan kesemua jawatankuasa yang dicipta. Super Administrator boleh mengakses fungsi untuk tetapan global, senarai semakan, templat mesej, peranan, gelaran, gred dan format minit. Super Administrator juga mempunyai hak untuk mengakses aktiviti log dan statistik sistem. Rajah 3.1: Panel “Tugas-tugas lain” Hanya Super Administrator yang dapat melihat fungsi yang terdapat di dalam “Tugas- Tugas Lain” yang dipaparkan pada skrin Jawatankuasa di atas.

3.1 Tetapan Jawatankuasa