Kaedah Pengumpulan Data

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Tiga kaedah pengumpulan data telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu temu bual, pemerhatian dan penganalisisan dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuan ketiga-tiga Tiga kaedah pengumpulan data telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu temu bual, pemerhatian dan penganalisisan dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuan ketiga-tiga

3.4.1 Temu Bual

Di sekolah yang menjadi tempat penyelidikan, temu bual telah dijalankan dengan pihak- pihak yang ada kaitan dalam mengendalikan aktiviti pemulihan bacaan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Mereka ini terdiri daripada Guru Pemulihan Khas, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, guru kelas atau guru mata pelajaran Bahasa Melayu murid-murid yang mengikuti pemulihan bacaan, Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Penyelaras Pusat Sumber/Media Sekolah. Temu bual juga dijalankan dengan murid-murid Tahun 1 yang mengikuti kelas tersebut dan ibu bapa atau penjaga mereka.

Temu bual dengan Guru Pemulihan Khas adalah untuk mendapatkan maklumat umum dan maklumat khusus berkaitan pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan yang dijalankan di Sekolah X. Maklumat umum adalah merangkumi perkara-perkara seperti keadaan murid dan ibu bapa/penjaga murid pemulihan, serta usaha yang dirancang untuk mempertingkatkan aktiviti berkenaan secara keseluruhan. Maklumat-maklumat in juga Temu bual dengan Guru Pemulihan Khas adalah untuk mendapatkan maklumat umum dan maklumat khusus berkaitan pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan yang dijalankan di Sekolah X. Maklumat umum adalah merangkumi perkara-perkara seperti keadaan murid dan ibu bapa/penjaga murid pemulihan, serta usaha yang dirancang untuk mempertingkatkan aktiviti berkenaan secara keseluruhan. Maklumat-maklumat in juga

Selain Guru Pemulihan Khas, guru kelas atau Guru Bahasa Melayu murid yang menghadapi masalah membaca merupakan sumber terpenting untuk memperoleh maklumat tentang aktiviti pemulihan bacaan, terutama maklumat yang berkaitan murid terbabit. Antaranya termasuklah perkara-perkara seperti tahap penguasaan membaca murid, kesulitan membaca yang dialami, faktor yang menyebabkannya serta keadaan diri murid tersebut seperti status sosio ekonomi keluarga, emosi dan kesihatan murid- murid. Selain itu guru kelas/mata pelajaran Bahasa Melayu juga merupakan salah satu pihak terpenting dalam memastikan aktiviti pemulihan bacaan dapat berjalan lancar dan berkesan. Hal ini disebabkan mereka terlibat secara langsung dalam proses pencalonan murid, serta khidmat bantu dan kepakaran mengajar mereka telah diguna pakai untuk membantu Guru Pemulihan Khas menjalankan aktiviti pemulihan bacaan. Guru-guru tersebut juga adalah pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindak susulan supaya kesulitan membaca tidak berulang apabila murid pulang dari Kelas Pemulihan atau telah pulih dan dikembalikan semula ke kelas. Peranan dan tanggungjawab yang Selain Guru Pemulihan Khas, guru kelas atau Guru Bahasa Melayu murid yang menghadapi masalah membaca merupakan sumber terpenting untuk memperoleh maklumat tentang aktiviti pemulihan bacaan, terutama maklumat yang berkaitan murid terbabit. Antaranya termasuklah perkara-perkara seperti tahap penguasaan membaca murid, kesulitan membaca yang dialami, faktor yang menyebabkannya serta keadaan diri murid tersebut seperti status sosio ekonomi keluarga, emosi dan kesihatan murid- murid. Selain itu guru kelas/mata pelajaran Bahasa Melayu juga merupakan salah satu pihak terpenting dalam memastikan aktiviti pemulihan bacaan dapat berjalan lancar dan berkesan. Hal ini disebabkan mereka terlibat secara langsung dalam proses pencalonan murid, serta khidmat bantu dan kepakaran mengajar mereka telah diguna pakai untuk membantu Guru Pemulihan Khas menjalankan aktiviti pemulihan bacaan. Guru-guru tersebut juga adalah pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindak susulan supaya kesulitan membaca tidak berulang apabila murid pulang dari Kelas Pemulihan atau telah pulih dan dikembalikan semula ke kelas. Peranan dan tanggungjawab yang

Temu bual dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Penyelaras Pusat Sumber/Media Sekolah pula telah dijalankan kerana mereka menganggotai Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah iaitu satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memastikan keberkesanan aktiviti pemulihan (JPK, 1999). Keadaan ini secara langsung menyebabkan kedua-dua guru berkenaan terlibat dalam tindakan dan keputusan yang diambil berkaitan aktiviti pemulihan bacaan yang dijalankan di sekolah. Selain itu kedua-dua guru berkenaan juga telah membantu menjayakan pelaksanaan aktiviti pemulihan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Sebagai contoh, Guru Bimbingan dan Kaunseling ada melakukan usaha memulihkan emosi murid pemulihan yang sering terganggu dan tidak stabil. Usaha ini termasuklah memujuk dan menasihatkan mereka supaya rajin dan jangan takut untuk datang ke sekolah serta kadang kala menjenguk murid-murid pemulihan di Kelas Pemulihan sambil bertanya khabar supaya murid-murid berkenaan dapat merasakan bahawa ada orang yang sayang dan mengambil berat terhadap mereka. Bagi Penyelaras Pusat Sumber Sekolah pula, beliau didapati terlibat dalam menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan, selain pernah membantu memulihkan bacaan murid melalui Program Mentor Mentee untuk murid-murid pemulihan. Sehubungan dengan itu kedua-dua guru berkenaan turut dapat menyumbangkan banyak maklumat yang berkaitan pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan di Sekolah X.

Di samping guru, temu bual juga telah dijalankan dengan murid-murid yang mengikuti Kelas Pemulihan bacaan dan ibu bapa/penjaga mereka. Temu bual dengan kedua-dua pihak ini adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat asas berkaitan profil diri Di samping guru, temu bual juga telah dijalankan dengan murid-murid yang mengikuti Kelas Pemulihan bacaan dan ibu bapa/penjaga mereka. Temu bual dengan kedua-dua pihak ini adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat asas berkaitan profil diri

Selain itu persepsi serta perasaan murid dan ibu bapa/penjaga tentang kelas pemulihan juga telah ditanya. Perkara-perkara yang dikemukakan adalah seperti adakah murid suka belajar di kelas tersebut, adakah mereka menyukai Guru Pemulihan Khas , rakan- rakan dan alat-alat yang terdapat di kelas berkenaan? Pada ibu bapa/penjaga pula, perkara-perkara yang ditanya adalah seperti perasaan dan kesediaan mereka untuk membenarkan anak mengikuti Kelas Pemulihan serta kerjasama dan sumbangan yang diberi kepada sekolah dan Guru Pemulihan Khas. Maklumat-maklumat seperti ini ada kaitannya dengan kejayaan dan kesulitan melaksanakan aktiviti pemulihan bacaan.

Selain pihak-pihak di atas, temu bual juga telah dijalankan dengan pegawai di- Jabatan Pendidikan Khas di KPM dan JPN Selangor yang mengendalikan Program Pemulihan Khas. Tujuan temu bual ini adalah untuk mendapatkan maklum balas di peringkat atasan iaitu peringkat membuat keputusan mengenai aktiviti pemulihan seperti dasar dan hala tuju aktiviti tersebut serta rancangan-rancangan masa kini dan masa depan yang diatur untuknya. Pada kebiasaannya perancangan dan keputusan di peringkat makro ini banyak mempengaruhi pelaksanaan aktiviti pemulihan yang berlangsung di peringkat sekolah. Dalam konteks Guru Pemulihan Khas misalnya, pelbagai perkara mengenainya boleh diperoleh seperti dasar yang diamalkan oleh KPM dalam Selain pihak-pihak di atas, temu bual juga telah dijalankan dengan pegawai di- Jabatan Pendidikan Khas di KPM dan JPN Selangor yang mengendalikan Program Pemulihan Khas. Tujuan temu bual ini adalah untuk mendapatkan maklum balas di peringkat atasan iaitu peringkat membuat keputusan mengenai aktiviti pemulihan seperti dasar dan hala tuju aktiviti tersebut serta rancangan-rancangan masa kini dan masa depan yang diatur untuknya. Pada kebiasaannya perancangan dan keputusan di peringkat makro ini banyak mempengaruhi pelaksanaan aktiviti pemulihan yang berlangsung di peringkat sekolah. Dalam konteks Guru Pemulihan Khas misalnya, pelbagai perkara mengenainya boleh diperoleh seperti dasar yang diamalkan oleh KPM dalam

Kesemua temu bual telah dijalankan secara separa berstruktur, iaitu berpandukan satu set soalan yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan data utama diperoleh daripada setiap peserta, di samping untuk membuat perbandingan data yang dikemukakan antara peserta. Soalan-soalan tambahan telah dikemukakan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci, mengukuhkan lagi maklumat yang telah ada serta untuk mencungkil penemuan baru yang mempunyai kaitan dan manfaat kepada perkara yang dikaji.

3.4.2 Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan ke atas perkara-perkara berikut: i.

Keadaan sekolah dan persekitarannya dalam membantu merangsang perkembangan bacaan murid seperti penyediaan pondok-pondok bacaan, penyediaan bahan bacaan sampingan serta lukisan/catatan dinding yang ada unsur-unsur bacaan.

ii. Keadaan Bilik Pemulihan seperti kesesuaian lokasi, keluasan, keselesaan, keselamatan dan faktor kesihatan (contohnya pengaliran udara).

iii. Kemudahan asas yang terdapat di Bilik Pemulihan (seperti kerusi meja, papan tulis, bilik kerja guru, meja meletakkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dan ruang-ruang pembelajaran dan pengajaran), bahan asas (seperti buku, kit-kit pembelajaran) dan bahan bantu mengajar (seperti keratan kad-kad, alat permainan) iaitu dari segi kecukupan, kesesuaian penempatannya, kesempurnaan keadaan fizikalnya (masih elok) dan kesesuaian isi bahan asas iii. Kemudahan asas yang terdapat di Bilik Pemulihan (seperti kerusi meja, papan tulis, bilik kerja guru, meja meletakkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dan ruang-ruang pembelajaran dan pengajaran), bahan asas (seperti buku, kit-kit pembelajaran) dan bahan bantu mengajar (seperti keratan kad-kad, alat permainan) iaitu dari segi kecukupan, kesesuaian penempatannya, kesempurnaan keadaan fizikalnya (masih elok) dan kesesuaian isi bahan asas

iv. Pemerhatian terhadap rancangan mengajar yang disediakan guru iaitu dari segi perkara-perkara yang diambil kira untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran serta kelengkapan dan kejelasan guru menghuraikan setiap perkara tersebut.

v. Pemerhatian terhadap pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran pemulihan iaitu dari segi adakah pembelajaran dan pengajaran selaras dengan perancangan, hubungan guru dan murid di sepanjang proses tersebut, respons murid terhadap pengajaran guru, hubungan dan kerjasama murid dengan rakan-rakan yang lain, sikap murid di sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran serta emosi dan prestasi murid.

vi. Pemerhatian terhadap diri murid-murid pemulihan bacaan iaitu dari segi keadaan fizikal, pakaian, kesihatan, emosi dan pergaulan sosial mereka.

vii Pemerhatian terhadap keadaan rumah murid-murid pemulihan bacaan dari segi keselesaannya untuk belajar dan kemudahan belajar yang disediakan. Mengikut Jacob (1988), keadaan yang semula jadi atau sebenar merupakan satu ciri utama penyelidikan kualitatif. Sehubungan dengan itu pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis non-participant observation yang membolehkan pengkaji memisahkan diri daripada apa yang berlaku (Aini, 2001). Dengan pemerhatian sedemikian, apa yang berlaku di bilik pemulihan dapat berjalan seperti biasa. Seterusnya untuk mengelakkan kehadiran pengkaji dirasai yang mana keadaan ini boleh mengubah perjalanan biasa yang dilakukan murid dan guru, penyelidik telah berada di Sekolah X empat bulan (sejak Februari 2004) sebelum aktiviti pemulihan bacaan bermula. Strategi pemerhatian yang sedemikian ternyata memberi hasil yang memuaskan. Semua warga sekolah vii Pemerhatian terhadap keadaan rumah murid-murid pemulihan bacaan dari segi keselesaannya untuk belajar dan kemudahan belajar yang disediakan. Mengikut Jacob (1988), keadaan yang semula jadi atau sebenar merupakan satu ciri utama penyelidikan kualitatif. Sehubungan dengan itu pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis non-participant observation yang membolehkan pengkaji memisahkan diri daripada apa yang berlaku (Aini, 2001). Dengan pemerhatian sedemikian, apa yang berlaku di bilik pemulihan dapat berjalan seperti biasa. Seterusnya untuk mengelakkan kehadiran pengkaji dirasai yang mana keadaan ini boleh mengubah perjalanan biasa yang dilakukan murid dan guru, penyelidik telah berada di Sekolah X empat bulan (sejak Februari 2004) sebelum aktiviti pemulihan bacaan bermula. Strategi pemerhatian yang sedemikian ternyata memberi hasil yang memuaskan. Semua warga sekolah

3.4.3 Penganalisisan Dokumen

Beberapa dokumen yang dapat membekalkan maklumat untuk kajian ini telah dianalisis, termasuklah dokumen-dokumen seperti buku persediaan mengajar Guru Pemulihan Khas, fail peribadi murid pemulihan, buku kedatangan murid, buku tulis murid, rekod-rekod ujian murid serta dokumen-dokumen yang menyatakan tentang keperluan melaksanakan aktiviti pemulihan bacaan dan keperluan-keperluan yang wajar ada bagi mengurus dan melaksanakannya. Tujuan penganalisisan dokumen-dokumen tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat secara rasmi atau bertulis tentang aktiviti pemulihan yang dilaksanakan itu. Penganalisisan dokumen-dokumen berkenaan ternyata banyak memberi maklumat yang tepat dan lengkap kepada perkara-perkara yang amat diperlukan dalam kajian ini. Contohnya prestasi dan pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik, buku tulis dan rekod-rekod ujian dapat menunjukkan daerah kelemahan bacaan murid-murid pemulihan seperti mana yang diberitahu oleh Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu murid tersebut.