Teori-Teori Pembelajaran Bahasa

2.3 Teori-Teori Pembelajaran Bahasa

Pemerolehan bahasa merupakan proses perkembangan bahasa yang berlaku pada manusia. Pemerolehan bahasa pertama biasanya dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak dan pemerolehan bahasa kedua pula dikaitkan dengan perkembangan bahasa orang dewasa. Dalam konteks kanak-kanak, perkembangan bahasa bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.

2.3.1 Teori Kognitif

Pelbagai teori daripada bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses pemerolehan bahasa berlaku pada kanak-kanak. Piaget, ahli psikologi Model Perkembangan Kognitif mengatakan kanak- kanak adalah pelajar yang aktif dan mereka telah berfikir semenjak bayi (Piaget, 1960). Kajiannya terhadap perkembangan berfikir manusia menunjukkan dalam jangka hayat setiap individu, mereka melalui empat tahap berfikir iaitu semasa bayi (dari lahir hingga berumur 1½ atau 2 tahun), peringkat umur prasekolah (1½ atau 2 tahun hingga 6 atau 7 tahun), peringkat umur kanak-kanak (6 atau 7 tahun hingga 11 atau 12 tahun) dan peringkat remaja hingga dewasa (11 atau 12 tahun hingga seterusnya).

Mengikut Piaget, kanak-kanak memperoleh bahasa menerusi hubungan antara keupayaan persepsi kognitif dengan pengalaman yang dialaminya. Persekitaran kanak- kanak dan perkembangan neurologinya menentukan pembelajaran. Oleh itu bahasa dan berfikir berkembang secara serentak apabila anak-kanak melalui tahap-tahap berfikir tadi yang mana setiap tahap memerlukan strategi kognitif yang semakin kompleks. Piaget percaya keupayaan berbahasa adalah secara semula jadi. Namun begitu keupayaan berkenaan mesti digerakkan dari persekitaran dan keprihatinan seseorang individu itu untuk berkomunikasi.

2.3.2 Teori Psikolinguistik

Pandangan Piaget mengenai pemerolehan bahasa adalah selaras dengan pandangan ahli- ahli Teori Nativistic/Psycholinguistic (Psikolinguistik) seperti Chomsky (1965), Lenneberg (1967) dan McNeil (1970). Noam Chomsky iaitu seorang ahli dan penyelidik bidang linguistik mengatakan manusia dilahirkan dengan pembawaan semula jadi untuk menguasai bahasa. Setiap kali mendengar sesuatu, otak manusia akan menganalisis apa

Lenneberg juga mengatakan kanak-kanak mempunyai pembawaan semula jadi untuk menguasai bahasa dan penguasaan ini berlaku sejajar dengan perkembangan dan kematangan yang berlaku pada otaknya (Lenneberg, 1967). Ahli-Ahli psikolinguistik percaya manusia telah dibekalkan keupayaan dan kesediaan mempelajari bahasa sejak lahir, manakala persekitaran bertindak mencetuskan keupayaan tersebut. Hal ini disebabkan manusia mempunyai perkembangan otak dan urat-urat saraf yang paling tinggi dan kompleks berbanding organisme lain. Dengan otak yang tinggi ini, manusia dapat melakukan proses kognitif dengan lebih berkesan dan membolehkannya mempelajari pelbagai hal (Atan, 1982). Mereka juga berpendapat perkembangan bahasa kanak-kanak boleh ditentukan kecuali jika berlaku sesuatu komplikasi pada fizikal atau mental kanak-kanak berkenaan.

2.3.3 Teori Tingkah Laku

Berbanding dengan teori-teori di atas, Teori Tingkah Laku atau dikenali juga sebagai Teori Pembelajaran dengan ahli-ahlinya seperti Skinner (1957), Jenkins dan Palermo (1964) serta Braine (1971) mengatakan kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran memperoleh bahasa secara semulajadi. Namun begitu mereka percaya kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mempelajarinya dan persekitaran memainkan peranan utama untuk merangsang penguasaan tersebut.

74

Mengikut ahli-ahli psikologi yang mengkaji Teori Tingkah Laku berdasarkan perlakuan-perlakuan binatang seperti tikus, anjing dan burung merpati, pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Dalam kurun ke-19, J. B. Watson, profesor psikologi di John Hopkins University telah membuat kajian dan menulis artikel yang bertajuk Psychology as the Behaviorist View (1913). Beliau hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan sedar dan yang tidak sedar. Guthrie pula dalam bukunya The Psychology of Learning (1935) mengatakan pembelajaran berlaku kerana adanya rangsangan yang diikuti oleh tindak balas. Mengikut Guthrie, sesuatu perlakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan yang sama pada masa yang berlainan, dia akan membuat lakuan yang sama. Apabila terjadi rangsangan dan tindak balas secara berulangan seperti ini maka terhasillah pembelajaran.

Mengikut B.F. Skinner iaitu ahli psikologi yang paling masyhur dalam membahaskan teori pembelajaran melalui perlakuan ini, sesuatu pembelajaran itu berlaku jika terdapat rangsangan dan tindak balas yang berulangan. Dalam hal ini, Skinner telah melakukan eksperimen dengan menggunakan burung merpati yang dikurung dalam kotak yang mempunyai swis. Apabila swis tersebut dipetik, satu lubang akan terbuka untuk memberi makanan kepada merpati tersebut. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan. Keadaan ini ditafsirkan sebagai pembelajaran lakuan dan pembelajaran berkenaan tidak jauh berbeza daripada apa yang diutarakan oleh Watson dan Guthrie. Apa yang berbeza ialah Skinner mengemukakan tentang konsep pengukuhan yang mana konsep ini dianggap sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan akan berlaku apabila setiap perlakuan itu diberi dengan suatu balasan yang menyenangkan, seperti makanan kepada burung merpati dalam eksperimen tadi atau pun hadiah dalam konteks pembelajaran dan

Melalui kajiannya juga, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis perlakuan tindak balas iaitu perlakuan automatik dan perlakuan operan. Perlakuan automatik adalah tetap dan berlaku secara tidak sedar, misalnya lutut akan terangkat (tindak balas) apabila diketuk (rangsangan) oleh doktor. Perlakuan operan pula akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan yang mana rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindak balas tertentu yang tetap. Sebagai contoh perlakuan memilih satu buku bukan sahaja kerana rangsangan grafik kulitnya yang cantik, tetapi juga disebabkan rasa ingin tahu terhadap isi buku itu. Mengikut Skinner lagi, kebanyakan perlakuan yang kita lakukan adalah perlakuan jenis operan.

Pandangan-pandangan di atas menunjukkan setiap murid berupaya dan bersedia untuk melakukan bacaan. *Every normal infant is born with the capacity to learn any language” (Rea & Potter, 1989, hlm. 31). Oleh itu jika murid sukar untuk menguasai bacaan, mesti ada sesuatu yang tidak kena padanya. Perkara ini mungkin berpunca daripada kecederaan, kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada otaknya atau pun pada sesuatu anggota fizikalnya seperti mengalami masalah penglihatan. Kesulitan itu juga mungkin disebabkan keadaan persekitaran kanak-kanak tersebut tidak menggalakkan perkembangan bahasanya, sedangkan “sebahagian besar daripada

tingkahlaku manusia adalah hasil pembelajaran dan hanya sebahagian kecil sahaja yang berupa pantulan yang diwarisi semenjak ia dilahirkan” (Atan, 1982, hlm. 261). Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah khususnya Guru

Khas Pemulihan, guru darjah dan guru mata pelajaran untuk mengenal pasti faktor- faktor yang menyebabkan kanak-kanak terbabit sukar menguasai bacaan. Maklumat ini akan memandu guru untuk melakukan tindakan seterusnya dengan mudah.