Signifikan Kajian

1.6 Signifikan Kajian

Keperluan mengkaji aktiviti pemulihan membaca di sekolah rendah boleh dilihat dalam tiga aspek iaitu kepentingan menguasai kemahiran membaca, kepentingan aktiviti pemulihan itu sendiri dan kepentingan kedua-dua perkara ini kepada semua pihak yang berurusan dengannya.

Masalah pembelajaran termasuk kegagalan menguasai bacaan pada peringkat sekolah rendah telah menjadi fokus polisi dan program utama dalam pendidikan di Malaysia

(BPPDP, 2002). Hal ini disebabkan pencapaian dalam kemahiran asas 3M akan mempengaruhi kadar pembelajaran dan kadar penyertaan murid dalam meneruskan pengajian di peringkat sekolah rendah. Keperluan menangani kegagalan menguasai 3M juga amat penting kerana tindakan ini mempunyai kaitan dengan usaha ke arah universalization of primary education. Pendidikan universal pada tahap rendah merupakan salah satu komponen utama program Pendidikan untuk Semua dan merupakan strategi untuk mewujudkan pendemokrasian pendidikan.

Bagi mencapai hasrat di atas, prioriti harus diberi kepada ketiga-tiga aspek pendidikan sejagat iaitu universal access kepada pendidikan rendah, kadar menamatkan persekolahan yang tinggi dan pencapaian maksimum (BPPDP, 2002). Hal ini bermakna kemahiran membaca iaitu salah satu pencapaian utama dan tertinggi dalam kemahiran asas pembelajaran, wajar diperoleh setiap murid sekolah rendah di negara kita. Dengan mengenal pasti sama ada murid dapat dipulihkan selepas mengikuti Kelas Pemulihan Khas, kajian ini dapat menunjukkan sama ada hasrat dan usaha pendidikan kita itu tercapai. Walaupun kajian ini hanya mewakili satu sekolah sahaja kerana kajian ini dijalankan secara kajian kes, sekurang-kurangnnya dapatan kajian ini boleh menjadi petunjuk dan pencetus idea untuk kajian pada skala yang lebih besar supaya dapatan yang diperoleh kelak adalah lebih representative dan dapat menggambarkan situasi sebenar keadaan pemulihan membaca di sekolah rendah di seluruh negara.

Sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, kemahiran membaca merupakan pencapaian utama dan tertinggi yang perlu diperoleh setiap murid sekolah rendah, di samping menguasai penulisan dan matematik. Pada umumnya, pencapaian (dalam konteks

20

kajian ini boleh dikaitkan dengan penguasaan membaca) merupakan kadar kejayaan yang diperoleh seseorang murid setelah beberapa usaha dilakukan. Pencapaian adalah output murid tersebut dan dapat mencerminkan keupayaan fizikal, sosial dan intelektualnya. Sebab itulah pertolongan secara khusus dan berfokus wajar diberi kepada murid yang menghadapi masalah membaca. Tanpa bantuan yang sedemikian, mereka akan terus gagal membaca dan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang menggembirakan di sekolah. Seterusnya mereka juga mungkin akan tercicir daripada sistem persekolahan lebih awal lagi (BPPDP, 2002). Atas sebab yang sama, ramai pendidik dan penyelidik yang berurusan dengan isu kesulitan membaca menegaskan akan kepentingan mengenal pasti dan mengawal selia masalah berkenaan termasuklah aktiviti pemulihan yang dijalankan untuknya (Abdullah, 1986; Chua & Koh, 1992; Robiah 1992; Zalizan, 1986). Hal ini memandangkan pemulihan merupakan wadah terunggul dan paling utama dalam menangani isu kesulitan membaca. Dalam konteks Sekolah X, penerokaan terhadap aktiviti pemulihan membaca diharapkan dapat membantu murid-murid pemulihan meningkatkan potensi diri, meningkatkan keyakinan mereka dan akhirnya dapat menjadi warga negara yang berguna pada masa hadapan.

Empat dekad yang lalu, Beeby (1966) telah mengutarakan bahawa usaha membangunkan pendidikan akan gagal jika aspek kualiti diabaikan. Hal ini disebabkan kegagalan membangunkan pendidikan biasanya bukan berpunca daripada faktor luaran, sebaliknya ia amat berkait rapat dengan sistem pendidikan itu sendiri. Antaranya termasuklah sumber untuk pendidikan, kurikulum, latihan guru, pengajaran dan pembelajaran serta program-program intervensi dan inovasi yang dilaksanakan. Pendapat Beeby ini telah disokong oleh pengkaji perkembangan

Oleh itu perkara-perkara seperti bagaimana pihak sekolah melaksanakan pemulihan bacaan, adakah pemulihan bacaan berjalan sebagaimana yang dirancang?, adakah pemulihan dapat mencapai sasaran dan matlamatnya?, apakah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan pemulihan?, apakah faktor yang menyebabkannya?, apakah implikasinya? dan bagaimanakah hendak mengatasinya wajar dikenal pasti. Maklumat-maklumat seperti ini akan dapat membantu Sekolah X memperbaiki dan memantapkan aktiviti pemulihan mereka, di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan bacaan murid. Seterusnya maklumat seumpama ini dapat memberi sumbangan kepada pelbagai pihak yang berurusan dengan aktiviti pemulihan bacaan iaitu guru-guru sendiri khususnya Guru Pemulihan Khas, pihak pentadbir, ibu bapa dan pihak atasan (PPD, JPN dan KPM). Sebagai contoh bagi faktor yang didapati menyokong pelaksanaan aktiviti ini di Sekolah X, boleh dijadikan panduan dan contoh kepada Guru-Guru Pemulihan Khas yang lain. Bagi faktor yang menghalang pula, jalan penyelesaian perlu difikirkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti sekolah, JPN mahu pun KPM sendiri untuk mengatasinya. Dengan ini aktiviti pemulihan bacaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

22

Akhir sekali mencegah lebih baik daripada merawat. Ungkapan ini bermakna isu kesulitan menguasai bacaan wajar ditangani secepat mungkin, iaitu semasa kanak- kanak berada di tahap awal sekolah rendah lagi. Pertolongan awal sangat penting dalam usaha membantu murid-murid yang menghadapi kesulitan membaca kerana tindakan ini dapat mengelakkan kesan kumulatif (Chua & Koh 1992; Gulliford, 1969; Mercer & Mercer, 2001; Robiah, 1992; Gulliford, 1974). Kesan kumulatif berlaku apabila masalah membaca yang dialami murid pada peringkat awal terutama Tahun 1 tidak diberi perhatian oleh guru dan dibiarkan dibawa ke Tahun 2 dan seterusnya bila mana kesukaran tersebut menjadi lebih serius dan lebih payah untuk diatasi (Chua & Koh, 1992). Oleh itu pertolongan awal dapat mengelakkan masalah kesulitan membaca daripada menjadi semakin rumit, semakin bertambah dan semakin berterusan. Pertolongan awal juga akan dapat merapatkan jurang pencapaian akademik murid terbabit dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Dengan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan di Sekolah X dan mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan pelaksanaannya, kajian ini dapat menunjukkan bagaimana bantuan awal melalui aktiviti pemulihan yang dijalankan kepada murid-murid Tahun 1 di Sekolah tersebut dapat menghalang kesulitan membaca daripada terus merebak dan sekali gus menghalang masalah-masalah lain yang berentetan daripadanya. Masalah-masalah berkenaan termasuklah keyakinan diri yang rendah, sukar menguasai pelajaran yang lebih tinggi, ponteng kelas pemulihan, ponteng sekolah atau pun cicir terus dari sekolah.

Penambahbaikan dan pemantapan terhadap aktiviti pemulihan bacaan adalah satu usaha murni dan wajar dijalankan dari semasa ke semasa. Penambahbaikan dan