Fakot-Faktor Lain Kekacauan dalam Sistem Bunyi dan Ejaan Bahasa Melayu

5.2.3.4 Fakot-Faktor Lain Kekacauan dalam Sistem Bunyi dan Ejaan Bahasa Melayu

Sistem bunyi dan ejaan Bahasa Melayu sendiri ada kekacauan hingga menyebabkan murid menjadi keliru, bingung dan kabur. Kekacauan ini sama ada berpunca secara kebetulan atau tidak sengaja atau pun disebabkan oleh ketidakselarasan yang berlaku pada sistem bunyi dan ejaan Bahasa Melayu itu sendiri. Dapatan ini adalah selaras dengan apa yang ditemui dalam kajian Syed Bakar (1997), Mok (1994) dan Robiah (1992).

i) Kekacauan secara tidak sengaja berlaku pada perkara-perkara berikut: Bunyi huruf ‘i’ adalah ‘e’ dan secara kebetulan ‘e’ adalah nama satu huruf. Kekeliruan mengeja akan berlaku apabila huruf ‘i’ terdapat pada awal perkataan seperti ‘ikan’, ‘ibu’, ‘Ida’ yang mana murid berkecenderungan untuk mengejanya sebagai ‘ekan’, ‘ebu’ dan ‘Eda.’ Bunyi huruf adalah sama dengan bunyi satu suku kata seperti ‘b’ dengan ‘bi’, ‘c’ dengan ‘si’, ‘d’ dengan ‘di’, ‘g’ dengan ‘ji’, ‘i’ dengan ‘ai’, ‘p’ dengan ‘pi’, ‘t’

d engan ‘ti’, ‘ar’ dengan ‘R’ dan ‘u’ dengan ‘yu’. Keadaan ini menyebabkan murid berkecenderungan untuk menggugurkan huruf vokal yang membentuk bunyi suku d engan ‘ti’, ‘ar’ dengan ‘R’ dan ‘u’ dengan ‘yu’. Keadaan ini menyebabkan murid berkecenderungan untuk menggugurkan huruf vokal yang membentuk bunyi suku

Melayu. Perkataan dalam Bahasa Melayu terdapat j uga dalam Bahasa Inggeris seperti ‘cat’ dan ‘air’ walaupun cara sebutan dan maknanya adalah berbeza sama sekali. Akibatnya ada murid pemulihan yang membunyikan ‘cat’ sebagai ‘cat’ iaitu

kucing dalam Bahasa Inggeris.

ii) Ketidakselarasan pada sistem bunyi dan ejaan Bahasa Melayu. Keadaan ini boleh dilihat pada bunyi vokal ‘a, e, i, dan u’. Bagi vokal ‘a’, terdapat dua cara untuk membunyikan atau menyebutnya iaitu ‘a’ dan ‘ ‘ . Akibatnya ada

perkataan yang berakhir dengan huruf ‘a’ seperti ‘ada’, ‘mata dan ‘kuda’ akan dieja sebagai ‘ade‘,mate‘ dan ‘kude‘ iaitu mengikut bunyi yang disebut oleh murid.

Keadaan ini menjadi semakin sukar dan mengelirukan kerana ada pula perkataan- perkataan yang dibunyikan sebagai ‘a’ seperti ‘bola’, ‘beca’ dan ‘Proton Saga’. Vokal ‘e’ yang mempunyai dua bunyi iaitu ‘e’ dan ‘ i ‘ menyebabkan ada murid yang eja ‘ekor’, ‘esok’, ‘ini’ dan ‘intan’ sebagai ‘ikor’, ‘isok’, ‘eni’ dan ‘entan’. Bagi vokal ‘i’ pula, sebutan yang tidak mengikut bunyi sebenar huruf tersebut,

menyebabkan murid mengeja ‘betik’ sebagai ‘betek’, ‘cikgu’ sebagai ‘cekgu’, ‘putik’ dieja ‘putek’, ‘itik’ dieja ‘itek’ dan ‘jahit’ dieja ‘jahet’ .

Masalah yang sama berlaku pada bunyi vokal ‘u’ yang hadir pada suku kata kedua sesuatu perkataan KVKVK seperti ‘patuk’, ‘mulut’ dan ‘datuk’. Sebutan yang

tidak mengikut bunyi sebenar huruf tersebut menyebabkan murid boleh salah mengejanya iaitu ‘patok’, ‘mulot’ dan ‘datok’.

Selain tidak mengikut bunyi huruf, sebutan bahasa harian juga boleh mengelirukan murid-murid untuk mengeja. Misalnya ‘epal’ yang sering disebut ‘epel’ menyebabkan murid mengeja ‘epal’ sebagai ‘epel’ atau pun mengejanya dengan betul iaitu ‘epal’ tetapi salah menyebutnya iaitu ‘epel’ (tidak mengikut bunyi sebutan baku).

Para guru harus sedar bahawa murid Tahun 1 baru sahaja memulakan alam persekolahan dan baru hendak mula belajar membaca secara rasmi. Mereka masíh terlalu mentah untuk dibebankan dengan pengetahuan tentang hukum, nahu serta sebutan baku Bahasa Melayu. Mereka juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebutan dengan melihat konteks dalam ayat sebagaimana yang disarankan oleh pakar bahasa. Mengikut Syed Bakar (1997) mana mungkin seorang kanak-kanak yang baru hendak membaca dapat melihat daripada segi konteks ayatnya. Kekacauan yang berlaku dalam sistem Bahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi boleh menyebabkan murid merasakan bacaan adalah sesuatu yang menyukarkan, boleh menyebabkan mereka hilang minat terhadapnya dan apa yang lebih dikhuatiri ialah boleh menyebabkan mereka enggan terus mempelajarinya sedangkan bacaan adalah asas kepada pemerolehan ilmu.

Program Pemulihan Khas Tidak Mempunyai Peruntukan Tersendiri

Program Pemulihan Khas tiada peruntukan yang tersendiri sedangkan untuk mengajar murid-murid ini memerlukan kepelbagaian bahan dan alat (Mercer dan Mercer, 2001).

Hal yang sama dibangkitkan juga dalam kajian BPPDP (2002) dan Robiah (1988). Stinnett (1968) juga menekankan pentingnya keperluan-keperluan guru pemulihan dipenuhi supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan licin dan lancar. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, aktiviti pemulihan memerlukan banyak bahan dan peralatan maujud seperti blok huruf, kad imbasan, kaset-kaset nyanyian abjad dan suku kata, buku-buku cerita pendek, manila kad, polistirina serta gambar-gambar yang mengandungi huruf dan perkataan yang dipelajari. Begitu juga dengan Bilik Pemulihan itu sendiri yang memerlukan banyak bahan dan peralatan untuk digantung, ditampal dan disusun atur bagi tujuan merangsang dan menarik minat pembelajaran murid-murid pemulihan.

Keadaan murid pemulihan yang mudah lupa, sukar mengenal bentuk dan bunyi huruf, keliru dengan bentuk dan bunyi huruf, sukar mengingati perkataan dan rangkaikata serta tidak mempunyai tumpuan yang lama terhadap isi pelajaran menyebabkan bahan dan peralatan maujud amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bagi memudahkan pemahaman serta mengukuhkan pengamatan dan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari melalui pelbagai deria rasa seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Atan (1982) dalam hal ini menegaskan bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai akan memudahkan sesuatu konsep dikaitkan dengan pengalaman murid. Selain itu dengan mempunyai bilangan alat yang mencukupi, murid-murid dapat menggunakannya secara individu dan kumpulan kecil. Kepelbagaian bentuk, jenis dan warna alat pula menjadikan murid tertarik dan seronok untuk bermain dengannya sambil belajar. Selain bahan maujud, aktiviti pemulihan juga banyak memerlukan peralatan untuk menulis seperti kertas, lembaran kerja dan buku tulis. Hal ini disebabkan setiap aktiviti pemulihan akan diperkukuhkan dengan gerak kerja bertulis supaya murid pemulihan mudah dan cepat mengingati serta memahami

apa yang dipelajari. Ia juga bertujuan supaya daya ingatan mereka terhadap isi pelajaran akan kekal lama. Ketiadaan peruntukan kewangan khusus untuk Program Pemulihan Khas secara keseluruhan boleh menjejaskan dan menghadkan pelaksanaan usaha pemulihan, di samping menimbulkan kesulitan dan menjejaskan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Kajian jelas menunjukkan ketiadaan peruntukan Program Pemulihan Khas menyebabkan Guru Pemulihan Khas di Sekolah X terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli lebih banyak keperluan dan kelengkapan untuk program tersebut terutama bahan bantu mengajar. Ketiadaan peruntukan khas juga menyebabkan pembelian keperluan dan kelengkapan terpaksa diambil daripada peruntukan lain seperti peruntukan Bimbingan dan Kaunseling serta peruntukan Perpustakaan dan Pusat Sumber.

Pengaruh Bahasa Ibunda

Bahasa ibunda yang banyak digunakan di rumah mungkin menyebabkan seorang murid Punjabi dan seorang murid berketurunan India muslim lambat dan sukar menguasai bacaan di sekolah.

Pengamalan Kenaikan Darjah Secara Automatik

Sistem pendidikan negara mengamalkan kenaikan darjah secara automatik. Memang ada murid yang tidak menguasai bacaan dapat dipulihkan dengan cepat iatu dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja. Namun ada juga yang mengambil masa lebih daripada itu. Bagi murid-murid yang belum menguasai bacaan tetapi tetap menaiki darjah, didapati amalan ini membawa beberapa implikasi kepada pelbagai pihak iaitu guru, murid-murid lain serta murid pemulihan itu sendiri iaitu:

Adalah mustahil bagi murid-murid pemulihan yang belum mantap mengenal huruf serta belum menguasai suku kata mudah dan sederhana untuk menguasai bacaan dan seterusnya mengikuti pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Tahun 2. Menimbulkan kesukaran dan tekanan kepada murid pemulihan untuk menguasai pelajaran dan pada kebanyakan masa mereka cicir terus daripada mengikuti pelajaran. Menyukarkan guru untuk mengajar kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada murid yang pelbagai tahap penguasaan serta terpaksa menyesuaikan isi dan bahan pelajaran mengikut kesesuaian murid-murid berkenaan. Membuang masa guru, murid-murid yang lebih maju dan murid-murid pemulihan itu sendiri kerana guru terpaksa mengajar berulang kali untuk memberi pemahaman dan pengukuhan kepada murid-murid pemulihan. Menggangu pelajaran murid-murid lain dan menyebabkan mereka merasa marah dan bosan kerana terpaksa memperlahankan kelajuan belajar mereka.

Huraian di atas sekali lagi menunjukkan dengan jelas bahawa faktor luaran lebih banyak mempengaruhi kebolehan membaca murid terutamanya faktor guru dan dan ibu bapa. Faktor-faktor lain termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum dan pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan itu sendiri, kekacauan dalam sistem bunyi dan ejaan Bahasa Melayu serta pengaruh bahasa ibunda. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti diri murid sendiri sebagai salah satu faktor yang menyebabkan mereka sukar menguasai bacaan. Perkara yang sama turut ditemui dalam kajian BPPDP (2002) yang mana masalah keluarga, kehadiran ke sekolah, kesihatan murid, perkembangan kognitif, sikap murid, sokongan pelajaran di rumah dan kehadiran ke kelas pra sekolah merupakan perkara-perkara yang mempengaruhi penguasaan membaca murid.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam dapatan kajian, sehingga penggal persekolahan tahun 2014 berakhir, tujuh orang murid pemulihan masih rendah dan tidak tekal kemahiran membaca mereka. Kajian mendapati enam daripada murid-murid tersebut mempunyai kelainan dan kompleksiti diri. Empat orang daripada mereka menunjukkan sedikit kelainan pada keadaan fizikal iaitu bertubuh kecil (3 lelaki dan seorang perempuan) dan bertubuh besar (seorang murid lelaki) berbanding rakan sebaya mereka yang lain. Murid lelaki yang bertubuh besar ini juga pernah mengidap demam panas semasa kecil, amat pendiam, kuat minum air, kerap membuang air kecil dan sukar hendak mengangkat bibir untuk bercakap. Murid perempuan yang bertubuh kecil pula tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa dan seoalah-olah berada di alamnya sendiri dengan mengeluarkan cerita-cerita yang menimbulkan tanda tanya akan kebenarannya. Dua orang murid lelaki (salah seorang adalah yang bertubuh kecil tadi) menunjukkan sikap yang teramat nakal hingga ada guru mengatakan mungkin kedua- dua murid ini adalah murid hyperaktif. Kedua-dua murid ini juga bukan penutur jati Bahasa Melayu iaitu seorang berbangsa India Muslim dan seorang berbangsa Punjabi walaupun kedua-duanya lahir di Malaysia. Selain itu dua orang murid yang bertubuh kecil (murid lelaki berbangsa India Muslim dan murid perempuan yang diabaikan keluarga tadi) dan murid lelaki yang bertubuh besar juga amat lemah pemikirannya dan cepat lupa apa yang dipelajari walaupun kemahiran membaca yang diajar adalah sedikit sahaja dan paling mudah.

Persoalannya adakah kekurangan diri, masalah peribadi dan masalah keluarga yang dihadapi murid-murid yang disebutkan tadi mempengaruhi kemahiran membaca mereka seperti mana yang ditemui dalam banyak artikel dan kajian? Mengikut Roselan (2003), tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat Persoalannya adakah kekurangan diri, masalah peribadi dan masalah keluarga yang dihadapi murid-murid yang disebutkan tadi mempengaruhi kemahiran membaca mereka seperti mana yang ditemui dalam banyak artikel dan kajian? Mengikut Roselan (2003), tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat

Jika kedua-dua perkara ini terbukti ada perkaitannya, maka murid-murid tersebut memerlukan perkhidmatan pakar untuk membantu menstabilkan emosi mereka. Murid- murid ini tidak boleh bergantung kepada Guru Pemulihan Khas sahaja. Ini kerana Guru Pemulihan Khas hanya boleh membantu murid-murid yang lambat membaca tetapi tidak mengalami sebarang masalah mental, fizikal dan emosi. Bagi murid lelaki yang dikatakan penah mengalami demam panas semasa kecil dan dua orang murid lagi yng dikatakan hyperaktif, jika terbukti kenyataan ini benar, maka kedua-dua murid ini tidak sewajarnya berada dalam arus sekolah perdana. Sebaliknya mereka patut di tempatkan di sekolah khas. Malangnya semua perkara ini tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana ibu bapa murid-murid tersebut enggan datang ke sekolah bagi membincangkan masalah anak dan enggan membawa anak-anak mereka menjalani pemeriksaan doktor.

Bagi seorang lagi murid (lelaki) yang tidak menunjukkan kelainan pada fizikal, mental dan emosi, mungkin apa yang dikatakan oleh Guru Pemulihan Khas Sekolah X dan Bagi seorang lagi murid (lelaki) yang tidak menunjukkan kelainan pada fizikal, mental dan emosi, mungkin apa yang dikatakan oleh Guru Pemulihan Khas Sekolah X dan