Faktor Murid Masalah Berkaitan Pembelajaran Murid

5.2.3.1 Faktor Murid Masalah Berkaitan Pembelajaran Murid

Terdapat tiga masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan khas di Sekolah X yang menyebabkan timbul pula beberapa kesulitan lain di sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran bacaan. Masalah-masalah tersebut adalah IQ

Persekitaran Sokongan

Pentadbir beri tugasan lain (Faktor menghalang kpd Guru Pemulihan Khas kejayaan aktiviti Ibu Bapa/Penjaga

pemulihan bacaan)

(kurang prihatin pada pelajaran anak, kurang bekerjasama dengan pihak sekolah, tidak mahu anak dilabel murid pemulihan, lalai jaga keselamatan anak, perceraian)

Rakan setugas (pandang rendah pada

murid dan Guru Pemulihan

Khas, hantar murid

sewenangnya ke kelas pemulihan, kurang beri

tumpuan pada murid)

Murid Lambat Pelaksanaan Dipulihkan

Aktiviti )

Pemulihan Pembelajaran dan Pengajaran

1 18 minggu: 7

Sukatan pelajaran tinggi

Bacaan murid

Kelas pemulihan lewat

(6 L, 1 P)

dijalankan

asih masih belum

Kelas pemulihan harian lewat

menguasai bacaan

bermula Sistem pengunduran

4 4 tidak tekal

3 lemah

Murid

Keadaan semulajadi murid Mudah lupa Amat lemah Tiada persediaan awal Daya tumpuan sukar dan singkat Sikap negatif Letih, mengantuk dan lapar Kerap tidak hadir sekolah dan kelas pemulihan

Menghidap penyakit

Rajah 4: Faktor-Faktor yang Menghalang Aktiviti Pemulihan Bacaan Rajah 4: Faktor-Faktor yang Menghalang Aktiviti Pemulihan Bacaan

Ada segelintir (3 orang) murid pemulihan didapati begitu sukar menguasai bacaan walaupun apa yang diajar hanya sedikit dan mudah sahaja seperti lima huruf vokal dan suku kata terbuka yang mengandungi dua huruf, di samping banyak dibantu oleh bahan bantu mengajar untuk merangsang daya pemahaman dan ingatan mereka melalui pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Selain itu murid-murid pemulihan juga mudah dan cepat lupa apa yang dipelajari walaupun perkara yang dipelajari itu amat senang dan sedikit sahaja, perkara berkenaan telah banyak kali dilihat, didengar dan disebut di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai cara dan bahan diguna pakai bagi memudahkan mereka memahami dan mengingati isi pelajaran tersebut. Kebanyakan murid pemulihan juga didapati sukar menumpukan perhatian pada pelajaran dan jangka masa tumpuan mereka terhadap pelajaran amat singkat. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami, mengingati dan menguasai apa yang diajar atau pun hanya menguasai sebahagian kecil sahaja.

Kajian ini juga mendapati ada murid pemulihan yang sukar dan lambat menguasai bacaan mungkin disebabkan gangguan pada otak akibat mengalami demam panas dan sering terhempas kepala kerana jatuh semasa kecil. Mengikut Lockheed et. al. (1991), Hyde (1969) dan Tansley dan Guilford (1967), biasanya murid-murid yang mengalami

kesulitan belajar didapati mengalami gangguan kesihatan atau kecederaan yang berlaku pada otak (Jais & Mat Nor, 1990; Mok, 1994). Guilford (1967) juga mengatakan gangguan organik seperti kerosakan sistem saraf boleh membawa kepada kelemahan pembelajaran murid dan dalam keadaan ini, guru perlu merujuk murid kepada pakar- pakar yang berkenaan. Crowl et al. (1997) pula menegaskan masalah lupa mungkin berpunca kerana adanya gangguan, terhapusnya maklumat atau murid mengalami cue depending forgetting (maklumat yang masuk ke ingatan jangka panjang tidak dapat dikaitkan dengan pengetahuan lain), atau pun disebabkan murid tidak mempunyai kemahiran dan strategi untuk menyimpan maklumat atau pengetahuan dalam ingatan mereka dan sukar mengeluarkan semula maklumat (Reisberg et al., 1984), manakala Mercer dan Mercer (2001) mengatakan lupa adalah disebabkan murid tidak menggunakan ingatan atau rehearsal secara spontan. Masalah sukar menumpu perhatian pula mungkin disebabkan terdapat masalah yang berkaitan dengan sistem ingatan jangka pendek murid (Crowl et al., 1997). Walau bagaimanapun sikap ibu bapa murid-murid pemulihan yang enggan atau tidak mahu membawa anak-anak mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut menyebabkan masalah- masalah yang dinyatakan tadi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Tidak Mendapat Pendedahan Awal tentang Bacaan

Ada segelintir murid pemulihan tidak mendapat pendedahan tentang huruf kerana tidak pergi ke tadika langsung atau pun hanya pergi sekejap sahaja sedangkan pengetahuan asas membaca adalah tapak untuk pencapaian kemahiran yang seterusnya dan peringkat pendidikan yang lebih tinggi (Catts et al., 2002; Scahill, 2010; Snow, 2007). Di rumah pula, ibu bapa tiada banyak masa untuk menunjuk ajar kerana sibuk bekerja, sibuk menguruskan rumahtangga dan tidak tahu cara-cara yang berkesan untuk mengajar anak membaca.

Sikap Negatif Murid

Ada sebilangan murid pemulihan didapati tidak mengambil berat terhadap pelajaran, malas belajar dan tidak bersungguh-sungguh meningkatkan diri untuk menguasai

bacaan. Keadaan ini dibuktikan oleh sikap mereka yang suka ponteng sekolah, ponteng Kelas Pemulihan, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku dan suka bermain semasa guru mengajar. Ada pula murid yang terlalu nakal iaitu tidak tahu duduk diam semasa di dalam kelas dan suka mengganggu kawan. Sikap murid yang sedemikian menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar, kerap tertinggal pelajaran dan tidak dapat memperbaiki kelemahan. Sikap negatif murid ini juga memberi banyak masalah kepada guru dan rakan-rakan normal di dalam kelas seperti mengganggu ketenteraman kelas dan pelajaran terpaksa diberhentikan seketika untuk menegur dan menasihatkan mereka. Perkara-perkara ini didapati sama seperti yang ditemui dalam kajian O’Hagan (1977).

Keadaan Semula jadi Murid

Terdapat dua orang murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri diri yang semula jadi iaitu amat lambat membuat sesuatu semasa di rumah seperti lambat memakai baju, lambat mengikat tali kasut dan lambat menghabiskan makanan dan seorang lagi mempunyai mata yang juling semenjak lahir. Murid ini juga memakai cermin mata yang tebal untuk membantu tahap penglihatannya. Adakah keadaan semula jadi murid yang lambat itu mempengaruhi bacaan murid tersebut iaitu lambat juga untuk belajar membaca, manakala kecacatan mata pula menyebabkan murid berkaitan sukar melihat bentuk huruf, tidak dapat menulis dengan betul iaitu ejean banyak yang salah dan tulisan menjadi senget-senget, bercantum-cantum dan tidak di atas garisan? Mengikut Mok (1994), Villamin dan Villamin (1990), Zalizan (1986) dan Otto et al. (1966) masalah penglihatan yang kurang jelas boleh mengganggu pembelajaran, manakala

Pendekatan Kekurangan Persepsi mengaitkan ketidakupayaan belajar dengan kesilapan yang berlaku pada penglihatan (Crowl et al., 1997).

Letih, Mengantuk dan Lapar

Ada murid yang sering letih dan mengantuk semasa belajar. Ia mungkin disebabkan terlalu banyak bermain sebelum masuk ke kelas dan semasa rehat, keadaan cuaca yang panas, penat menghadiri perhimpunan, penat memanjat tangga untuk pergi ke kelas, kekenyangan selepas makan pada waktu rehat dan terpaksa belajar sehari suntuk iaitu bersekolah agama di sebelah pagi, bersekolah biasa pada waktu tengah hari dan menghadiri kelas tuisyen atau mengaji Al-Quran selepas maghrib. Ada pula murid yang cepat letih mungkin disebabkan lapar kerana tidak mempunyai duit belanja langsung, membawa duit belanja yang sedikit sahaja dan tidak makan sebelum datang ke sekolah. Semua ini menyebabkan murid-murid terlibat tidak dapat memberi tumpuan kepada pengajaran yang dijalankan.

Kerap Tidak Hadir ke Sekolah dan Kelas Pemulihan