Apakah Persediaan Asas yang Ada untuk Melaksanakan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

4.6.4 Apakah Persediaan Asas yang Ada untuk Melaksanakan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

Kajian mendapati Sekolah X mempunyai kemudahan asas dan alat-alat kelengkapan yang sempurna untuk melaksanakan aktiviti pemulihan bacaan iaitu semua kemudahan dan kelengkapan tersebut adalah mencukupi, sesuai dan berfungsi dengan baik. Kemudahan yang paling utama adalah premis untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Didapati Sekolah X mempunyai Bilik Pemulihan- nya sendiri yang dinamakan Kamar

Harapan. Ia mempunyai keluasan seperti yang digariskan oleh Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) iaitu tiga bay dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti lampu, kipas, alat perabot, almari kabinet, meja tulis, rak-rak buku, papan putih dan komputer. Dengan adanya bilik yang sempurna seperti itu, aktiviti pemulihan bacaan dapat djalankan dengan tekal, lancar dan selesa. Ia termasuklah murid tidak perlu berpindah randah yang menyebabkan masa akan terbuang atau aktiviti pemulihan tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan bilik. Selain itu peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan aktiviti pemulihan pula didapati tersusun dengan baik, rapi dan mudah diakses apabila hendak digunakan. Bilik yang luas juga menyebabkan murid tidak perlu berhimpit-himpit semasa mengikuti aktiviti pemulihan bacaan.

Pemerhatian mendapati Bilik Pemulihan yang dinamakan Kamar Harapan itu terletak di tingkat satu blok ketiga bangunan sekolah. Mengikut Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik, bilik tersebut dinamakan sedemikian kerana dua sebab. i.

Pertama adalah untuk menghilangkan imej negatif kepada perkataan pemulihan itu sendiri yang biasanya dipandang rendah oleh ramai orang termasuk warga sekolah seperti guru dan murid-murid lain. Pandangan seperti ini boleh menyebabkan rasa rendah diri dan malu pada mereka yang terlibat dengan aktiviti berkenaan khususnya Guru Pemulihan Khas dan murid pemulihan. Pandangan rendah terhadap Kelas Pemulihan diakui sendiri oleh Guru Pemulihan Khas yang pernah terdengar ungkapan seperti ”Alah, dia Guru Pemulihan saja” dan ”Oh …, Guru Pemulihan ”. Apa yang lebih menyedihkan tambah guru ini ialah kedua-dua ungkapan itu diucapkan oleh kalangan pendidik sendiri. Perkataan pertama diucapkan oleh seorang guru di Sekolah X semasa guru tersebut berbual dengan Pertama adalah untuk menghilangkan imej negatif kepada perkataan pemulihan itu sendiri yang biasanya dipandang rendah oleh ramai orang termasuk warga sekolah seperti guru dan murid-murid lain. Pandangan seperti ini boleh menyebabkan rasa rendah diri dan malu pada mereka yang terlibat dengan aktiviti berkenaan khususnya Guru Pemulihan Khas dan murid pemulihan. Pandangan rendah terhadap Kelas Pemulihan diakui sendiri oleh Guru Pemulihan Khas yang pernah terdengar ungkapan seperti ”Alah, dia Guru Pemulihan saja” dan ”Oh …, Guru Pemulihan ”. Apa yang lebih menyedihkan tambah guru ini ialah kedua-dua ungkapan itu diucapkan oleh kalangan pendidik sendiri. Perkataan pertama diucapkan oleh seorang guru di Sekolah X semasa guru tersebut berbual dengan

ii. Sebab yang kedua pula adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid pemulihan iaitu kesukaran membaca bukanlah bererti peluang mereka untuk belajar telah musnah. Sebaliknya harapan sentiasa ada dan cerah jika mereka rajin berusaha dan tidak berputus asa.

Dengan saiz keluasan tiga bay, Bilik Pemulihan Khas boleh menempatkan hingga 30 orang murid pada satu-satu masa pengajaran. Ruang yang luas juga membolehkan beberapa ruang dan kiosk pembelajaran dan pengajaran diwujudkan sebagaimana yang digariskan oleh Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ia termasuklah kiosk umum untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara kelas, kiosk pengurusan untuk Guru Pemulihan Khas membuat kerja-kerja pentadbiran, serta kiosk bahasa, matematik, rima-muzik, alam semula jadi, kinestetik, pengamatan, ruang, interpersonal dan intrapersonal untuk aktiviti kumpulan kecil dan individu. Kiosk umum boleh menempatkan dengan selesa 25 orang murid pada satu- satu masa dan kiosk-kiosk yang lain pula lima orang.

Temu bual dengan Pegawai Pendidikan Khas di JPN Selangor dan KPM mendapati ruang dan kiosk seperti yang disebutkan adalah perlu untuk mengisi keperluan pelbagai kecerdasan. Hal ini disebabkan sebagaimana murid-murid lain, murid pemulihan juga mempunyai pelbagai kecerdasan, kebolehan, minat, sikap dan kecenderungan dan kesemua ciri ini perlu dicungkil dan dibangunkan sepenuhnya. Ruang umum dan setiap kiosk tersebut tidak mempunyai kerusi kerana ia akan menyempitkan keluasannya serta membataskan pergerakan murid. Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran Temu bual dengan Pegawai Pendidikan Khas di JPN Selangor dan KPM mendapati ruang dan kiosk seperti yang disebutkan adalah perlu untuk mengisi keperluan pelbagai kecerdasan. Hal ini disebabkan sebagaimana murid-murid lain, murid pemulihan juga mempunyai pelbagai kecerdasan, kebolehan, minat, sikap dan kecenderungan dan kesemua ciri ini perlu dicungkil dan dibangunkan sepenuhnya. Ruang umum dan setiap kiosk tersebut tidak mempunyai kerusi kerana ia akan menyempitkan keluasannya serta membataskan pergerakan murid. Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran

Pemerhatian juga mendapati pihak sekolah dan Guru Pemulihan Khas bijak menyusun atur kedudukan bilik dan ruang. Didapati empat daripada enam bilik darjah Tahun 1 adalah terletak berhampiran dengan Kamar Harapan iaitu Tahun 1 Cempaka, 1 Dahlia, 1 Jejarum dan 1 Mawar. Dengan ini masa untuk murid berulang alik dari bilik darjah ke Kelas Pemulihan Khas dan sebaliknya dapat dijimatkan. Selain itu Guru Pemulihan Khas pula mudah dan cepat dapat menyemak dan memanggil murid-murid yang tidak hadir ke Kelas Pemulihan Khas. Faktor keselamatan juga turut terjamin kerana pergerakan murid berulang alik ke Kelas Pemulihan Khas dapat diperhatikan dan diawasi oleh Guru Pemulihan Khas dan guru-guru lain yang mengajar murid-murid berkenaan.

Mengenai penggunaan Bilik Pemulihan pula, sepanjang berada di sekolah ini penyelidik mendapati Guru Pemulihan Khas menggunakan sepenuhnya ruang dan kiosk-kiosk yang terdapat di bilik berkenaan. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran sebahagian besarnya dibuat di ruang umum terutama apabila guru hendak memperkenalkan dan melatih tubi kemahiran-kemahiran baru. Dengan semua murid berada di ruang tersebut, adalah mudah untuk guru mengajar, melatih tubi, mengawasi serta memerhati sebutan dan riaksi murid. Lokasi ruang ini yang terletak berhampiran pintu masuk memudahkan murid keluar masuk ke kelas ini dan menjadikan ia cerah kerana terdapat sinaran matahari. Keadaan ini membolehkan murid dapat membaca dan melihat tulisan guru di papan putih yang terdapat di ruang tersebut dengan jelas. Kain langsir berwarna kuning lembut yang menutupi tingkap-tingkap cermin di bilik ini pula dapat menapis cahaya matahari yang berlebihan dan mengelakkan silau.

Kelengkapan-kelangkapan yang terdapat di setiap kiosk tadi membolehkan Guru Pemulihan Khas menjalankan pengajaran dan mengawasi murid dengan mudah. Sebagai contoh dengan adanya sebuah pentas kecil di bahagian depan ruang umum, guru dapat melihat semua murid dengan jelas apabila beliau duduk di situ semasa mengajar. Sebuah papan putih yang terdapat di atas pentas ini membolehkan guru menulis dengan mudah dan semua murid dapat melihat tulisan guru dengan jelas. Begitu juga apabila seseorang murid dipanggil datang ke depan untuk menulis, mengeja atau membuat sesuatu, semua kawan-kawannya yang lain dapat mendengar dan melihat murid berkaitan dengan jelas kerana dia berdiri di atas pentas tersebut. Tiga buah meja panjang yang disediakan di ruang ini membolehkan murid menulis, membaca dan menjalankan gerak kerja yang diberi seperti mewarna, melukis, menggunting dan menampal huruf atau gambar. Untuk memberi keselesaan kepada murid semasa menulis dan membuat gerak kerja, Guru Pemulihan Khas telah membenarkan murid duduk di mana-mana kiosk yang mereka suka. Sebuah meja kecil yang disediakan di setiap kiosk membolehkan murid menulis dan membuat kerja dengan selesa. Kiosk-kiosk ini juga biasanya digunakan apabila guru hendak mengajar secara kumpulan kecil dan individu atau meminta murid bekerja dalam kumpulan dan secara individu.

Pemerhatian juga mendapati enam batang lampu kalimantang yang terdapat di- Bilik Pemulihan ini dapat menerangi keseluruhan bilik. Tiga buah kipas angin gantung pula adalah mencukupi untuk menyejukkan bilik. Almari kabinet yang terdapat di kiosk intrapersonal digunakan untuk menyimpan bahan bantu mengajar, buku latihan murid dan lembaran kerja murid yang akan digunakan. Di sebelahnya terdapat enam buah kotak yang mengandungi fail peribadi murid pemulihan mengikut tahun persekolahan mereka (Tahun 1 hingga 6). Sebuah rak-rak di belakang ruang umum digunakan untuk Pemerhatian juga mendapati enam batang lampu kalimantang yang terdapat di- Bilik Pemulihan ini dapat menerangi keseluruhan bilik. Tiga buah kipas angin gantung pula adalah mencukupi untuk menyejukkan bilik. Almari kabinet yang terdapat di kiosk intrapersonal digunakan untuk menyimpan bahan bantu mengajar, buku latihan murid dan lembaran kerja murid yang akan digunakan. Di sebelahnya terdapat enam buah kotak yang mengandungi fail peribadi murid pemulihan mengikut tahun persekolahan mereka (Tahun 1 hingga 6). Sebuah rak-rak di belakang ruang umum digunakan untuk

Dinding ruang utama dan dinding kiosk dipenuhi alat atau bahan bantu mengajar seperti carta huruf, suku kata, perkataan dan carta cerita serta slide-slide cerita yang ditampal atau dilekatkan di situ. Keadaan ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Sebagai contoh apabila Guru Pemulihan Khas hendak melatih tubi murid-murid mengeja suku kata selepas menerangkannya di ruang umum dengan menggunakan Kad Suku Kata dan Kad Perkataan Bergambar, beliau akan meminta murid pandang ke Carta Suku Kata berkaitan yang banyak ditampal di sekeliling ruang utama. Apabila hendak ajar mengeja secara kumpulan pula, Guru Pemulihan Khas akan membawa kumpulan murid berkaitan ke kiosk bahasa kerana di situ juga terdapat banyak carta yang mengandungi ejaan mengikut kemahiran-kemahirannya.

Dari segi kemudahan untuk Guru Pemulihan Khas sendiri, sebuah komputer meja disediakan untuk beliau. Dengan ini Guru Pemulihan Khas dapat membuat kerja dengan mudah dan cepat sama ada kerja yang berkaitan pentadbiran seperti menyediakan laporan prestasi murid atau pun kerja-kerja yang bersangkutan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan rancangan pelajaran. Selain itu komputer ini juga boleh digunakan oleh murid-murid seperti menaip huruf dalam gerak kerja yang diberi kepada mereka. Bersebelahan dengan ruang utama pula terdapat sebuah bilik kecil iaitu bilik pengurusan yang dilengkapi sebuah kerusi meja, almari kabinet, lampu, kipas Dari segi kemudahan untuk Guru Pemulihan Khas sendiri, sebuah komputer meja disediakan untuk beliau. Dengan ini Guru Pemulihan Khas dapat membuat kerja dengan mudah dan cepat sama ada kerja yang berkaitan pentadbiran seperti menyediakan laporan prestasi murid atau pun kerja-kerja yang bersangkutan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan rancangan pelajaran. Selain itu komputer ini juga boleh digunakan oleh murid-murid seperti menaip huruf dalam gerak kerja yang diberi kepada mereka. Bersebelahan dengan ruang utama pula terdapat sebuah bilik kecil iaitu bilik pengurusan yang dilengkapi sebuah kerusi meja, almari kabinet, lampu, kipas

Keperluan-keperluan asas yang lain termasuklah buku-buku panduan yang dibekalkan oleh pihak KPM seperti Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) dan Manual Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M1, IPP3M2, IPP3M3), di samping buku-buku bimbingan mengajar bacaan. Bilangan setiap buku tersebut adalah antara tiga hingga 12 salinan. Semua keperluan asas ini adalah mencukupi dan sesuai untuk diguna pakai dalam aktiviti pemulihan bacaan. Mengikut Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik, mereka memang memberi sepenuh kebebasan dan kebijaksanaan kepada Guru Pemulihan Khas untuk menyusun atur Bilik Kamar Harapan tersebut kerana berpendapat Guru Pemulihan Khas cukup arif dengan apa yang harus dilakukan. Apa yang Guru Pemulihan Khas minta untuk keperluan Kamar ini juga akan cuba dipenuhi kerana kedua-dua pentadbir tersebut sedar mengajar murid pemulihan memang memerlukan banyak peralatan.

”Kadang-kadang memang lucu bila lihat keadaan Kamar Harapan itu. Selain disusun

atas meja, rak dan di dalam almari, ada juga alat yang ditampal di dinding, digantung, diikat pada payung dan diikat pada roda basikal. Warnanya pula bermacam-macam. Tapi saya pasti Guru Pemulihan Khas buat semua ini adalah untuk merangsang murid belajar ”,