Kaedah Analisis Data Selepas Pengutipan Data

1.9.1.2 Kaedah Analisis Data Selepas Pengutipan Data

Sebagaimana yang dinyatakan, proses penganalisisan data dalam kajian kes adalah berterusan dan berjalan serentak. Data yang dikutip mula dianalisis sejak awal lagi dan berterusan sehinggalah sesebuah laporan penemuan dapat dihasilkan. Merriam (1988) mengatakan penganalisisan data menjadi lebih rancak dan intensif setelah peringkat pengutipan data berakhir. Bagi tujuan peganalisisan data yang intensif ini, beberapa teknik yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984) digunakan secara serentak selepas pengutipan data berakhir. Teknik-teknik tersebut ialah (a) penyaringan data (b) pembentangan data, (c) membentuk kesimpulan (d) menunjukkan kebolehpercayaan data, dan (e) membuat verifikasi.

Penyaringan Data

Sebagaimana yang telah dinyatakan, kajian kes amat kaya dengan data. Oleh itu penyaringan data adalah sangat penting dijalankan pada sepanjang masa pengutipan data bagi memudahkan kerja penganalisisan data semasa dan selepas pengutipan data. Malahan proses penyaringan data ini telah pun dijalankan sejak kerja lapangan dimulakan di sekolah kajian sebagaimana yang telah diterangkan di atas tadi.

Proses penyaringan data menjadi lebih penting dan perlu selepas pengutipan data tamat. Bagi tujuan penyaringan data pada peringkat selepas pengutipan data, satu set pengkodan dibentuk untuk dijadikan panduan penyaringan data. Pengkodan ini dibentuk berdasarkan kategori yang didasari oleh soalan kajian dan juga isu yang bersabit. Sebagai contoh, data temu bual GPK mengenai diri murid pemulihan khas telah diberi kod TBGPK_M1_Fizikal (Temu Bual Guru Pemulihan Khas Murid1 – keadaan fizikal), TBGPK_M1_Sikap (Temu Bual Guru Pemulihan Khas Murid1 – sikap murid), TBGPK_M1_Kesediaan Belajar (Temu Bual Guru Pemulihan Khas Murid1 – Kesediaan Belajar), TBGPK_M1_SES (Temu Bual Guru Pemulihan Khas Murid1 – Status Sosio Ekonomi Keluarga),

Pembentangan Data

Teknik membentangkan data juga digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penganalisisan data. Sebagai permulaan bagi proses penganalisisan data selepas pengutipan data, kesemua data yang dikumpulkan itu dibaca dan diteliti semula bagi mendapatkan kekerapan dan pola. Semasa membaca dan meneliti data yang dikumpulkan, perkataan, frasa dan ayat yang memperlihatkan kepentingan dan hubungkait dengan soalan kajian ditandakan dan dituliskan di bahagian tepi kertas yang dianalisis. Perkataan, frasa dan ayat ini kemudiannya dikembangkan ke dalam sesebuah Teknik membentangkan data juga digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penganalisisan data. Sebagai permulaan bagi proses penganalisisan data selepas pengutipan data, kesemua data yang dikumpulkan itu dibaca dan diteliti semula bagi mendapatkan kekerapan dan pola. Semasa membaca dan meneliti data yang dikumpulkan, perkataan, frasa dan ayat yang memperlihatkan kepentingan dan hubungkait dengan soalan kajian ditandakan dan dituliskan di bahagian tepi kertas yang dianalisis. Perkataan, frasa dan ayat ini kemudiannya dikembangkan ke dalam sesebuah

Membentuk Kesimpulan

Dalam usaha penyelidik membentuk kesimpulan berdasarkan kumpulan data yang ada, taktik yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984) digunakan. Taktik-taktik seperti membuat hitungan, menentukan tema dan pola, membuat pengelompokan tema dan mengumpul rangkaian bukti bagi membuat perkaitan konsepsi dan teoretikal digunakan.

Bagi pembentukan sesebuah kategori dalam satu set unit data, kekerapan kemunculan tema perlu dihitung. Semasa menganalisis data selepas dikutip, bilangan kemunculan sesuatu tema dihitung untuk menentukan kekerapannya. Misalannya, temu bual dengan Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah kajian mendapati perkara-perkara yang berkaitan murid pemulihan sering diperkatakan mereka. Perkara- perkara ini termasuklah murid mudah lupa apa yang dipelajari, daya tumpuan murid pada pengajaran guru tidak lama, murid kerap ponteng pada hari Isnin dan hari Jumaat, murid selalu tidak bawa buku, murid lambat menyiapkan tugas, murid perlu selalu dibimbing, terpaksa ajar berulang kali, ibu bapa tidak ambil berat pelajaran anak dan sebagainya. Kekerapan yang tinggi berkaitan diri murid ini menyebabkan penyelidik meletakkan murid sebagai salah satu kategori dalam faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan pemulihan bacaan. Seterusnya kategori ini dipecahkan pula kepada sub-sub tema supaya pengkategorian data menjadi lebih teratur dan mudah dianalisis. Dalam penulisan laporan pula, pengelompokan data yang sedemikian menjadikan laporan lebih Bagi pembentukan sesebuah kategori dalam satu set unit data, kekerapan kemunculan tema perlu dihitung. Semasa menganalisis data selepas dikutip, bilangan kemunculan sesuatu tema dihitung untuk menentukan kekerapannya. Misalannya, temu bual dengan Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah kajian mendapati perkara-perkara yang berkaitan murid pemulihan sering diperkatakan mereka. Perkara- perkara ini termasuklah murid mudah lupa apa yang dipelajari, daya tumpuan murid pada pengajaran guru tidak lama, murid kerap ponteng pada hari Isnin dan hari Jumaat, murid selalu tidak bawa buku, murid lambat menyiapkan tugas, murid perlu selalu dibimbing, terpaksa ajar berulang kali, ibu bapa tidak ambil berat pelajaran anak dan sebagainya. Kekerapan yang tinggi berkaitan diri murid ini menyebabkan penyelidik meletakkan murid sebagai salah satu kategori dalam faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan pemulihan bacaan. Seterusnya kategori ini dipecahkan pula kepada sub-sub tema supaya pengkategorian data menjadi lebih teratur dan mudah dianalisis. Dalam penulisan laporan pula, pengelompokan data yang sedemikian menjadikan laporan lebih

Di samping tema, pola-pola yang muncul berulang kali hasil daripada kerja-kerja pengekodan dan penghitungan dicatatkan untuk membentuk pola dan tema yang dapat digunakan untuk tujuan membentuk kesimpulan selanjutnya. Misalnya dalam kajian ini, frasa seperti ‘pinjam buku kawan’, ‘tanya kawan’, ‘tanya guru’, ‘tiru kawan’ dan ‘selalu padam tugasan yang dibuat’ yang timbul dalam catatan pemerhatian bilik darjah

disimpulkan sebagai kesulitan perlakuan murid terhadap bacaan. Pola-pola ini dapat dilihat semasa murid membuat tugasan yang diberi dan ia berlaku berulang kall.

Satu lagi taktik yang membantu penyelidik membentuk kesimpulan ialah taktik membuat pengelompokan data. Taktik ini merujuk kepada proses membentuk kategori berdasarkan ciri atau pola yang sama dimiliki. Proses pengekodan yang dijalankan membantu penyelidik membuat pengelompokan data. Kod yang dibentuk berdasarkan konsep dan tema yang muncul memudahkan proses pengenalpastian, pemilihan dan pengelompokan data.

Menunjukkan Kebolehpercayaan

Semua data temu bual yang dikumpul ditentukan kebolehpercayaannya dengan menggunakan strategi low inference discriptors (Maxwell, 1996). Mengikut strategi ini, data dijelaskan atau dihuraikan secara paling hampir dengan apa yang diperkatakan oleh peserta kajian sama ada daripada segi komen, penjelasan, persepsi, pendapat dan perasaan. Sehubungan dengan itu pelaporan data akan disertakan dengan verbatim yang merupakan petikan kepada jawapan peserta.

Membuat Verifikasi

Bagi memastikan kesahan data yang dikutip, dikumpul dan dianalisis, beberapa teknik mengikut cadangan Miles dan Huberman (1984) digunakan. Teknik-teknik tersebut adalah (a) memeriksa kesan penyelidik (b) membuat triangulasi dan (ci) berkongsi idea.

Memeriksa Kesan Penyelidik

Dalam kajian ini penyelidik merupakan instrumen utama dalam menyelenggara pengutipan dan penganalisisan data. Oleh itu tidak dapat dinafikan kesan kehadiran penyelidik di Sekolah X dalam usaha mendapatkan data sedikit sebanyak dapat mempengaruhi tingkah laku para guru, murid dan pihak yang berada di sekolah tersebut. Bagi mengurangkan kesan penyelidik khususnya terhadap peserta kajian, beberapa langkah telah diambil iaitu menempatkan dan menghadirkan diri penyelidik di sekolah untuk jangka masa yang agak lama, mengikut segala peraturan dan etika sekolah, banyak bergaul dengan warga sekolah dan melibatkan diri dalam program/projek yang dianjurkan sekolah terutama yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan.

Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, penyelidik telah mula berada di Sekolah X sejak bulan Februari 2004 lagi. Walaupun pada masa ini penyelidik lebih banyak berhubung dengan Guru Besar dan Guru Pemulihan Khas, penyelidik juga telah mula meninjau keseluruhan kawasan sekolah, menjenguk perpustakaan dan pusat sumber, melawat pondok-pondok bacaan dan makan di kantin bersama guru-guru untuk mendapatkan gambaran persekitaran dan suasana Sekolah X. Dengan ini kehadiran penyelidik telah mula disedari dan dirasai oleh warga sekolah.

Seterusnya penyelidik mula mengambil peluang menempatkan diri lebih dekat kepada warga sekolah dengan mengambil bahagian dalam majlis atau acara yang dianjurkan Seterusnya penyelidik mula mengambil peluang menempatkan diri lebih dekat kepada warga sekolah dengan mengambil bahagian dalam majlis atau acara yang dianjurkan

Kehadiran penyelidik empat bulan sebelum kelas pemulihan bermula telah membolehkan penyelidik mewujudkan jalinan hubungan yang mesra dengan kebanyakan warga Sekolah X khususnya guru dan murid, mahu pun pekerja am seperti pengawal keselamatan, tukang kebun dan pengusaha kantin. Hubungan ini telah melahirkan suasana biasa dan mesra antara penyelidik dengan warga sekolah khususnya Guru Pemulihan Khas, guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 dan murid-murid pemulihan sendiri. Ekoran daripada itu pihak berkenaan tidak berasa janggal apabila berhadapan dengan penyelidik dan tidak menganggap diri penyelidik sebagai orang asing, malah menerima penyelidik sebagai salah seorang warga sekolah. Hal ini dapat dilihat daripada tanggapan beberapa orang guru yang menyangka penyelidik adalah guru baru di sekolah tersebut semasa bulan-bulan awal penyelidik berada di situ, manakala murid- murid pemulihan pula menganggap penyelidik sebagai salah seorang Guru Pemulihan Khas mereka. Hal ini dibuktika n dengan mereka memanggil penyelidik sebagai “cikgu”, malah murid- murid lain juga turut memanggil penyelidik sebagai “cikgu”.

Dengan ini kehadiran penyelidik dari hari ke hari di Sekolah X tidak lagi menjadi fokus perhatian, menimbulkan kejanggalan dan tanda tanya. Tindakan penyelidik Dengan ini kehadiran penyelidik dari hari ke hari di Sekolah X tidak lagi menjadi fokus perhatian, menimbulkan kejanggalan dan tanda tanya. Tindakan penyelidik

Seterusnya penyelidik juga sedapat mungkin cuba mengelak daripada menarik perhatian murid dan guru. Hal ini tidak begitu sukar untuk dilakukan kerana tempoh empat bulan di Sekolah X membolehkan penyelidik mengenali, menyelami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah tersebut. Contohnya cara pemakaian penyelidik adalah mengikut etika pemakaian guru perempuan. Pengutipan data juga dijalankan mengikut arus perjalanan kegiatan harian sekolah. Di Sekolah X, kelas pemulihan bacaan dijalankan setiap hari. Oleh itu penyelidik berada di kelas pemulihan dan kelas Bahasa Melayu murid-murid pemulihan setiap hari. Penyelidik juga sentiasa memastikan penyelidik menepati masa pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan iaitu masuk ke kelas pemulihan pukul 1.10 petang dan pulang jam 6.30 petang. Jadual kerja ini adalah bersamaan dengan jadual kerja semua guru dan murid di Sekolah X. Dengan wujudnya perhubungan seperti ini, pemerolehan data daripada peserta kajian didapati secara beransur-ansur, bersahaja dan tidak secara mendadak dan menekan.

Kesimpulannya, dengan apa yang dipraktikkan sepanjang tempoh pengutipan data, penyelidik penuh percaya kesan penyelidik terhadap semua pihak di Sekolah X khususnya peserta kajian dapat dikurangkan. Dengan itu juga penyelidik berani mengatakan bahawa data yang diperlukan bagi kepentingan penyelidikan dapat Kesimpulannya, dengan apa yang dipraktikkan sepanjang tempoh pengutipan data, penyelidik penuh percaya kesan penyelidik terhadap semua pihak di Sekolah X khususnya peserta kajian dapat dikurangkan. Dengan itu juga penyelidik berani mengatakan bahawa data yang diperlukan bagi kepentingan penyelidikan dapat

Membuat Triangulasi

Teknik membuat triangulasi juga digunakan untuk memastikan kesahan dalaman dan luaran sesuatu data yang diperoleh dan yang dianalisis oleh penyelidik. Dalam kajian ini dua bentuk triangulasi digunakan iaitu (a) triangulasi antara kaedah (between-method triangulation) dan (b) triangulasi dalam sesebuah kaedah (within-method triangulation) sebagaimana yang diperkatakan oleh Van Maanen (1983).

Dengan cara membuat triangulasi antara kaedah, data yang diperoleh daripada pelbagai kaedah pengutipan data dibandingkan. Dalam konteks kajian ini, triangulasi antara kaedah dibuat dengan membandingkan data temu bual dengan data pemerhatian, data temu bual dengan data penganalisisan dokumen, atau perbandingan dibuat terhadap ketiga-tiga sumber data ini. Misalnya untuk membuat kesahan terhadap kesulitan yang dialami murid dalam bacaan, data temu bual dengan Guru Pemulihan Khas, data temu bual dengan guru-guru Bahasa Melayu murid berkenaan dan data daripada pemerhatian kelas telah dianalisis dan dibandingkan. Tindakan ini bertujuan bagi mendapatkan ketekalan maksud dan bilangan perkiraan terhadap input yang diberi.

Triangulasi dalam sesebuah kaedah pula dilakukan dengan membandingkan data yang diperoleh daripada kaedah pengutipan data yang sama. Misalnya bagi menentusahkan apa yang dinyatakan oleh seseorang peserta kajian tentang sesuatu perkara, input peserta berkenaan akan dibandingkan dengan input yang diberi oleh peserta lain mengenai perkara yang sama. Sebagai contoh dalam kajian ini, penentusahan faktor-faktor yang menyokong kejayaan aktiviti pemulihan bacaan dan faktor-faktor yang menghalangnya, Triangulasi dalam sesebuah kaedah pula dilakukan dengan membandingkan data yang diperoleh daripada kaedah pengutipan data yang sama. Misalnya bagi menentusahkan apa yang dinyatakan oleh seseorang peserta kajian tentang sesuatu perkara, input peserta berkenaan akan dibandingkan dengan input yang diberi oleh peserta lain mengenai perkara yang sama. Sebagai contoh dalam kajian ini, penentusahan faktor-faktor yang menyokong kejayaan aktiviti pemulihan bacaan dan faktor-faktor yang menghalangnya,

Kesimpulannya melalui penggunaan triangulasi antara kaedah (between-method triangulation) dan triangulasi dalam sesebuah kaedah, maka kesahan dalaman dan kesahan luaran sesuatu data itu telah dapat diperoleh.

Dua lagi cara yang digunakan untuk menentusahkan data adalah melalui ulangan penjelasan dan membaca kepada peserta kajian apa yang telah penyelidik tulis atau buat kesimpulan. Kedua-dua cara ini adalah untuk memastikan ketepatan jawapan atau maksud yang telah disampaikan oleh responden. Penentusahan melalui membaca laporan yang telah penyelidik buat adalah untuk laporan-laporan yang sensitif, yang penting atau yang ada implikasinya kepada responden atau sekolah responden.

Perkongsian Idea dengan Pihak Lain

Satu lagi teknik yang digunakan untuk membantu pengesahan data kajian adalah melalui perkongsian idea dengan pihak luar yang ada pengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang dikaji. Dalam kajian ini penyelidik telah berkongsi idea dengan empat orang Guru Pemulihan Khas di sekolah lain yang mempunyai pengalaman mengajar pemulihan bacaan antara lima hingga 10 tahun dan semasa kajian ini dijalankan, kempat-empat guru berkenaan masih menjadi Guru Pemulihan Khas di sekolah masing-masing.

Melalui teknik ini, penyelidik telah menghuraikan dan membincangkan tujuan kajian, penemuan dapatan, isu dan masalah yang bersabit dengan dapatan, jenis data yang dikumpul, kaedah pengutipan data dan kaedah penganalisisan data kepada guru-guru berkenaan untuk mendapatkan ulasan dan pandangan. Ternyata teknik ini amat membantu penyelidik dalam mengenal pasti data yang perlu diperoleh di sekolah kajian, sumber data tersebut boleh diperoleh dan bagaimana data yang dikumpul dapat membantu kesahan maklumat. Sebagai contoh berdasarkan pengalaman mereka, keempat-empat Guru Pemulihan Khas berkenaan telah menyarankan penyelidik supaya mendapatkan maklumat berkaitan kesukaran membaca murid dari banyak pihak seperti Guru Bahasa Melayu, guru kelas, guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru tuisyen, bukan setakat Guru Pemulihan Khas sahaja. Kaedah ini akan banyak membantu dalam kesahan data kelak kerana sumber yang pelbagai ini dapat memperkaya data, menjadikan data lebih terperinci dan menghasilkan dapatan perbandingan yang lebih jitu.

Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini telah dijalankan selama sembilan bulan (Februari hingga Oktober 2004) di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Selangor dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik utama digunakan dalam pengutipan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam penganalisisan data pula, teknik membuat catatan refleksif, membuat catatan memo, membuat saringan data, membentuk kesimpulan dan membuat verifikasi digunakan. Bersandarkan tujuan dan reka bentuk kajian, tempat kajian, peserta kajian dan tempoh kajian telah ditentukan. Berlatarbelakangkan tempat kajian, peserta kajian dan tempoh kajian pula, data telah dikutip dan dikumpulkan serta dianalisis melalui penggunaan kaedah, taktik dan teknik yang telah dihuraikan. Perlu diingatkan di sini bahawa pada keadaan-keadaan tertentu, proses pengutipan dan pengumpulan data serta Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini telah dijalankan selama sembilan bulan (Februari hingga Oktober 2004) di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Selangor dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik utama digunakan dalam pengutipan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam penganalisisan data pula, teknik membuat catatan refleksif, membuat catatan memo, membuat saringan data, membentuk kesimpulan dan membuat verifikasi digunakan. Bersandarkan tujuan dan reka bentuk kajian, tempat kajian, peserta kajian dan tempoh kajian telah ditentukan. Berlatarbelakangkan tempat kajian, peserta kajian dan tempoh kajian pula, data telah dikutip dan dikumpulkan serta dianalisis melalui penggunaan kaedah, taktik dan teknik yang telah dihuraikan. Perlu diingatkan di sini bahawa pada keadaan-keadaan tertentu, proses pengutipan dan pengumpulan data serta