Reka Bentuk Kajian

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti aktiviti pemulihan bacaan yang diIaksanakan ke atas sekumpulan murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah kebangsaan yang mengalami kesulitan menguasai bacaan. Kaedah kajian kes telah diguna pakai untuk melaksanakan kajian ini. Kajian kes digunakan kerana penyelidik ingin meneliti secara terperinci dan mendalam bagaimana aktiviti pemulihan bacaan di laksanakan di sekolah sampel. Seterusnya penyelidik ingin mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid berjaya dipulihkan dan apakah pula faktor-faktor yang menghalangnya.

Selaras dengan tujuan di atas, sembilan kumpulan yang terlibat dengan pelaksanaan aktiviti pemulihan di sekolah sampel telah dipilih sebagai subjek kajian. Mereka terdiri daripada pihak pentadbir sekolah (Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik), Guru Pemulihan Khas, 27 orang murid Tahun 1 yang mengikuti kelas pemulihan bacaan, guru-guru Bahasa Melayu murid berkenaan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pusat Sumber, ibu bapa murid-murid pemulihan, pegawai yang mengendalikan Program Pemulihan Khas di JPN Selangor dan di Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Guru Pemulihan Khas dan murid-murid pemulihan merupakan sumber data utama dalam kajian ini kerana merekalah yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pemulihan bacaan, iaitu fokus kajian ini. Pihak-pihak lain dipilih sebagai subjek kajian kerana mereka ada peranan dan tanggungjawab terhadap aktiviti pemulihan membaca. Dengan itu mereka turut dapat membekalkan data yang diperlukan dalam kajian ini.

Bagi pengutipan data, tiga jenis teknik telah digunakan iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Untuk itu, tiga jenis instrumen telah disediakan iaitu Panduan Temu Bual, Panduan Pemerhatian dan Panduan Analisis Dokumen. Proses pengutipan dan penganalisisan data telah dibuat secara serentak supaya penyelidik boleh bergerak pantas dalam memperoleh data yang diperlukan dan juga untuk menjamin kebolehpercayaan terhadap data dengan mengelakkan berlakunya unsur lupa jika data lambat dianalisis. Analisis juga dibuat selepas pengutipan data bagi mendapatkan maklumat yang menyeluruh, terperinci dan mendalam. Bagi memastikan data diorganisasi dengan teratur serta dapat digunakan dengan mudah, berkesan dan intensif, tiga kaedah analisis telah digunakan semasa pengutipan data iaitu membuat ringkasan, membuat catatan refleksi dan membuat catatan memo, manakala selepas pengutipan data pula kaedah penyaringan data, pembentangan data dan membentuk kesimpulan telah digunakan. Kebolehpercayaan data dibuat melalui kaedah pengutipan dan penganasliisisan data yang dijalankan secara serentak serta kaedah low inference descriptors (Maxwell, 1996). Kaedah pertama adalah untuk mengelakkan lupa jika data lambat dianalisis, manakala kaedah kedua adalah menggunakan penjelasan atau huraian yang paling hampir dengan persepsi, penjelasan, komen dan perasaan yang diberikan oleh responden.

Kesahihan data ditentukan melalui lima cara iaitu dengan mengulang pertanyaan, minta subjek baca apa yang telah penulis lapor atau buat kesimpulan bagi memastikan ketepatan jawapan atau maksud yang disampaikan daripada temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, memeriksa kesan penyelididk, membuat triangulasi dan berkongsi idea dengan pihak yang ada pengetahuan dan pengalaman terhadap perkara yang dikaji. Akhir sekali data dilaporkan dalam bentuk naratif dan pemaparannya dibuat dalam lima tajuk utama dan dikuti oleh sub-sub tajuk. Penyampaian yang sedemikian adalah supaya Kesahihan data ditentukan melalui lima cara iaitu dengan mengulang pertanyaan, minta subjek baca apa yang telah penulis lapor atau buat kesimpulan bagi memastikan ketepatan jawapan atau maksud yang disampaikan daripada temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, memeriksa kesan penyelididk, membuat triangulasi dan berkongsi idea dengan pihak yang ada pengetahuan dan pengalaman terhadap perkara yang dikaji. Akhir sekali data dilaporkan dalam bentuk naratif dan pemaparannya dibuat dalam lima tajuk utama dan dikuti oleh sub-sub tajuk. Penyampaian yang sedemikian adalah supaya