Menyediakan Rancangan Mengajar Harian

4.6.7 Menyediakan Rancangan Mengajar Harian

Berdasarkan analisis terhadap Ujian Mode 3 dan maklumat daripada guru-guru Bahasa Melayu, Guru Pemulihan Khas mula menyediakan Rancangan Mengajar Harian. Rancangan ini merupakan garis panduan asas untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan pada satu-satu hari dan mengandungi perkara-perkara berikut: i.

Kemahiran yang dipelajari. Kemahiran ini mengikut apa yang terkandung dalam buku Manual IPPM3M.

ii. Objektif pelajaran iaitu tujuan yang hendak dicapai dalam pelajaran yang dilaksanakan pada hari berkenaan.

iii. Bahan utama dan bahan sokongan yang akan diguna pakai. Bahan utama adalah bahan yang menjadi sumber atau bahan asas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, manakala bahan sokongan adalah bahan yang membantu kepada bahan utama dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap apa yang dipelajari.

iv. kaedah berkenaan dengan perkataan yang hendak dieja, kelemahan yang dialami oleh seseorang murid serta keserasian dan kesesuaian murid terhadap kaedah berkaitan.

v. Gerak kerja/ latihan yang akan dilaksanakan. Gerak kerja/ latihan merupakan aktiviti yang akan dijalankan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi membantu tercapainya objektif sesuatu kemahiran yang dipelajari. Gerak kerja/latihan ini boleh dalam bentuk bertulis, menyanyi, mengeja, main peranan dan sebagainya. Tujuan lainnya termasuklah untuk memberi keseronokan kepada murid, menghilangkan rasa bosan dan mengantuk, menarik perhatian murid supaya fokus pada pelajaran, untuk menggalakkan murid supaya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan pengajaran dan untuk membantu meningkatkan daya kefahaman dan ingatan murid kepada apa yang dipelajari. Melalui gerak kerja/latihan juga guru dapat mengesan dan mengenal pasti kefahaman dan penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar.

vi. Penilaian dan Pelaporan Penilaian dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan yang dicapai oleh setiap orang murid terhadap kemahiran membaca yang dipelajari pada hari tersebut. Dalam hal ini, Guru Pemulihan Khas akan menulis cara penilaian (cara tidak formal atau cara formal) serta bentuk penilaian (pemerhatian atau secara pensil dan kertas) yang akan digunakan. Seterusnya maklumat yang diperoleh akan dicatatkan dalam senarai kemahiran dan disimpan dalam fail untuk rujukan dan tindakan guru dari semasa ke semasa (JPK, 1999; PPK, 1982).

vii. Impak atau pencapaian sebenar pembelajaran dan pengajaran pada hari berkenaan. Aspek ini amat penting kerana ia dapat menentukan sama ada dan sejauh mana objektif telah tercapai, seterusnya ia akan menentukan pula rancangan pengajaran yang berikutnya. Maklumat terhadap impak pelajaran diperolehi melalui vii. Impak atau pencapaian sebenar pembelajaran dan pengajaran pada hari berkenaan. Aspek ini amat penting kerana ia dapat menentukan sama ada dan sejauh mana objektif telah tercapai, seterusnya ia akan menentukan pula rancangan pengajaran yang berikutnya. Maklumat terhadap impak pelajaran diperolehi melalui

Namun begitu Guru Pemulihan Khas menegaskan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan tidaklah rigid mengikut apa yang terkandung dalam Rancangan Pelajaran Harian. Sebaliknya ia boleh diubah suai mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan sebenar yang berlaku pada satu-satu hari itu. Misalnya jika Guru Pemulihan Khas dapati aktiviti yang dirancang tidak menarik dan berkesan kepada murid, ia boleh ditukar secara serta merta. Pada akhir pelajaran, Guru Pemulihan Khas akan menulis impak pengajaran atau pencapaian sebenar pada hari tersebut. Jika Guru Pemulihan Khas mendapati objektif yang telah ditentukan untuk hari berkenaan tidak tercapai sepenuhnya, kemahiran yang sama akan diajar semula pada keesokan harinya dengan menggunakan aktiviti, bahan dan strategi yang berlainan. Contoh Rancangan Pelajaran Harian dilampirkan (Lampiran 6).