Kaedah Analisis Data Semasa Pengutipan Data

3.9.1.1 Kaedah Analisis Data Semasa Pengutipan Data

Jumlah data yang didapati daripada sesebuah kajian kualitatif adalah banyak, luas dan pelbagai (Marohaini, 1996). Sehubungan dengan itu penyelidik harus bijak mengorganisasi data supaya ia dapat digunakan dengan mudah, berkesan dan intensif. Untuk memudahkan analisis data intensif pada peringkat yang kedua, data yang diperoleh semasa pengutipan data dianalisis, disusun dan disimpan dalam bentuk yang mudah untuk dicari dan digunakan kelak. Yin (1984) menamakan pengurusan data yang sedemikian sebagai ”the case study data base”. Dalam usaha penyelidik menubuhkan pangkalan data berkenaan, beberapa kaedah analisis dan penyaringan data yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984) dijadikan panduan iaitu (a) membuat ringkasan (b) membuat catatan refleksi dan (c) membuat catatan memo.

Membuat Ringkasan

Setiap kali temu bual, pemerhatian dan penganalisisan dokumen selesai dijalankan, pengkaji telah membaca semula catatan lapangan yang dibuat. Daripada pembacaan ini sebuah ringkasan untuk setiap jenis data dihasilkan. Dengan membuat ringkasan yang disesuaikan daripada contact summary sheet (Marohaini, 1996; Miles & Huberman, 1984), data yang diperoleh daripada temu bual dalam bentuk transkrip, pemerhatian kelas dalam bentuk catatan lapangan dan dokumen bertulis telah dirumuskan. Tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan isu utama daripada setiap jenis data yang dikutip, mendapatkan maklumat-maklumat penting yang boleh jadikan input kepada kajian, perkara-perkara yang gagal didapati, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seterusnya dan sumber memperoleh perkara yang diperlukan itu.

Selain itu maklumat asas seperti nama subjek yang terlibat, tarikh dan tempat pengumpulan data dibuat dan bahan-bahan yang diperoleh dicatatkan. Ringkasan ini kemudiannya disimpan bersama dengan kertas catatan lapangan asal dan juga penulisan lapangan yang lengkap dalam sebuah fail. Data temu bual pula diringkaskan, kemudian dikepilkan bersama dengan transkripsi asal dan disimpan dalam satu fail. Justeru hasil daripada ringkasan yang dibuat, tiga fail digunakan untuk menyimpan ringkasan yang berkait dengan temu bual, pemerhatian dan bukti dokumen telah didapati. Cara ini telah memudahkan penyelidik untuk memperoleh dan menggunakan data yang berkaitan apabila analisis intensif hendak dilakukan.

Membuat Catatan Refleksif

Di samping membuat ringkasan, penyelidik juga telah membuat catatan refleksif. Catatan refleksif ini menyerupai renungan atau imbasan kembali tentang apa yang dilihat atau dialami semasa temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dijalankan, Di samping membuat ringkasan, penyelidik juga telah membuat catatan refleksif. Catatan refleksif ini menyerupai renungan atau imbasan kembali tentang apa yang dilihat atau dialami semasa temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dijalankan,

Catatan refleksi ini dibuat secara ringkas dan apabila perlu sahaja iaitu ekoran daripada reaksi yang timbul pada penyelidik dari segi perasaan, pemikiran dan pandangan terhadap apa yang dilihat atau diperhatikan semasa membuat pemerhatian kelas, menemu bual, menganalisis dokumen atau semasa membaca catatan lapangan yang lengkap. Contohnya, bagi catatan refleksif yang ditulis semasa membuat pemerhatian pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan, penyelidik telah menulis seperti ini: (CR: Nyanyian Abjad pada permulaan kelas amat mnggembirakan murid dan mereka dapat menyebut huruf daripada A hingga Z dengan lancar. Adakah perkara yang sama akan berlaku setiap kali guru menggunakan cara ini?); (CR: Bagaimana jika guru tidak menggunakan Nyanyian Abjad, adakah murid masih dapat menyebut huruf A hingga Z dengan lancar?); (CR: Lihat Sorotan Kajian yang menunjukkan murid lebih mudah ingat dan faham jika pembelajaran dan pengajaran menyeronokkan).

Bagi catatan refeleksi semasa penganalisisan jadual kedatangan murid pemulihan pula adalah: (CR: Kenapa murid pemulihan kerap tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin dan Jumaat?); (CR: Kenapa ada murid yang tidak hadir hingga dua minggu tanpa sebab yang munasabah?); (CR: Adakah kekerapan ponteng terutama pada hari Isnin dan Jumaat menyebabkan murid mudah lupa apa yang dpelajari?). Sesungguhnya Catatan Refleksi mempunyai banyak guna dan manfaatnya. Ia dapat memandu dan mendorong penyelidik untuk mendapatkan input yang seterusnya dan kepastian mengenai perkara Bagi catatan refeleksi semasa penganalisisan jadual kedatangan murid pemulihan pula adalah: (CR: Kenapa murid pemulihan kerap tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin dan Jumaat?); (CR: Kenapa ada murid yang tidak hadir hingga dua minggu tanpa sebab yang munasabah?); (CR: Adakah kekerapan ponteng terutama pada hari Isnin dan Jumaat menyebabkan murid mudah lupa apa yang dpelajari?). Sesungguhnya Catatan Refleksi mempunyai banyak guna dan manfaatnya. Ia dapat memandu dan mendorong penyelidik untuk mendapatkan input yang seterusnya dan kepastian mengenai perkara

Membuat Catatan Memo

Satu lagi teknik yang penyelidik gunakan semasa mengutip data adalah Catatan Memo. Biasanya Catatan Memo ditulis semasa penyelidik membuat analisis terhadap data. Catatan ini memuatkan catatan ringkas yang terdiri daripada frasa dan ayat yang menunjukkan konsep-konsep yang terfikir oleh penyelidik semasa menganalisis data dan ada hubungannya dengan perkara-perkara lain yang termasuk dalam fokus kajian. Dengan kata lain, catatan ini berupa dalam bentuk idea yang timbul semasa penganalisisan data dibuat (Marohaini, 1996). Mengikut Miles dan Huberman (1984)

“Memos are always conceptual in intent” (hlm. 69). Idea-idea ini kemudiannya dikembangkan dan dikaitkan dengan data yang ada kaitan dengannya. Misalnya semasa

penyelidik membaca dan meneliti data yang dikumpulkan daripada temu bual murid dan pemerhatian kelas terhadap pembelajaran dan pengajaran pemulihan yang dijalankan, penyelidik telah menghasilkan beberapa catatan memo yang menggambarkan sikap dan keberkesanan Guru Pemulihan Khas menjalankan tugas beliau.

Konsep-konsep di atas terbentuk berdasarkan idea-idea yang timbul daripada jawapan murid, misalnya “Suka belajar sebab cikgu Yati nyanyi sama”, “Sayang cikgu Yati”, “Cikgu Yati tak pernah marah”, “Seronok belajar nyanyi dengan cikgu Yati” dan “Suka tengok cikgu Yati bawa bas” (maksudnya murid ini suka apabila Guru Pemulihan Khas menyanyi Lagu Abjad sambil membuat aksi memandu bas iaitu apa bila perkataan ‘bas’ dieja). Ayat-ayat ini timbul apabila penyelidik bertanya murid pemulihan bacaan tentang aktiviti bacaan yang mereka ikuti. Kumpulan ayat ini memperlihatkan perasaan murid terhadap diri Guru Pemulihan Khas dan kaedah pembelajaran dan pengajaran Konsep-konsep di atas terbentuk berdasarkan idea-idea yang timbul daripada jawapan murid, misalnya “Suka belajar sebab cikgu Yati nyanyi sama”, “Sayang cikgu Yati”, “Cikgu Yati tak pernah marah”, “Seronok belajar nyanyi dengan cikgu Yati” dan “Suka tengok cikgu Yati bawa bas” (maksudnya murid ini suka apabila Guru Pemulihan Khas menyanyi Lagu Abjad sambil membuat aksi memandu bas iaitu apa bila perkataan ‘bas’ dieja). Ayat-ayat ini timbul apabila penyelidik bertanya murid pemulihan bacaan tentang aktiviti bacaan yang mereka ikuti. Kumpulan ayat ini memperlihatkan perasaan murid terhadap diri Guru Pemulihan Khas dan kaedah pembelajaran dan pengajaran

Kesimpulannya, penganalisisan data semasa pengutipan data membolehkan data dianalisis terus, disaring dan disimpan dalam fail-fail tertentu. Penyaringan data yang dilakukan menerusi catatan ringkasan, catatan refleksif dan catatan memo dan cara penyimpanan yang sistematik memudahkan penyelidik menjalankan analisis data yang berikutnya iaitu selepas pengutipan data berakhir.