Bagaimana Aktiviti Pemulihan Bacaan Dilaksanakan di Sekolah X

5.2.1 Bagaimana Aktiviti Pemulihan Bacaan Dilaksanakan di Sekolah X

Pada umumnya aktiviti pemulihan bacaan di Sekolah X telah dijalankan sebagaimana yang digariskan oleh KPM. Elemen-elemen pelaksanaan aktiviti pemulihan bacaan seperti sistem yang diamalkan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi, bahan asas dan bahan sokongan yang diguna pakai, gerak kerja dan pengukuhan yang dijalankan telah dipilih dan diubah suai mengikut keperluan dan keadaan. Ada juga masanya sesuatu teknik pengajaran dan pembelajaran baru diamalkan atas inisiatif dan kreativiti guru-guru sendiri.

Kelas Pemulihan Bacaan untuk Tahun 1 di Sekolah X bermula pada minggu ketiga bulan Jun 2004 iaitu sebaik sahaja cuti penggal pertama persekolahan berakhir. Ia selaras dengan apa yang dicadangkan oleh KPM iaitu usaha pemulihan untuk murid- murid Tahun 1 hendaklah bermula pada bulan tersebut iaitu setelah murid-murid selesai mengikuti Program Transisi (Januari – Mac 2004) serta telah selesai mengikuti pengajaran di kelas biasa (April hingga pertengahan Jun 2004).

Tugas memulihkan murid di Sekolah X tidak dipikul oleh Guru Pemulihan Khas seorang sahaja, sebaliknya tugas ini menjadi tanggungjawab semua pihak yang ada kaitan dengannya terutama pentadbir dan guru-guru Bahasa Melayu. Sekolah X juga mempunyai Jawatankuasa Program Pemulihan Khas yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan aspek dan perjalanan Program berkenaan.

Kelas pemulihan bacaan dijalankan di Bilik Pemulihan Khas yang dinamakan Kamar Harapan. Bilik ini mempunyai keluasan tiga bay dan dilengkapi dengan kemudahan- kemudahan asas. Sekolah X juga mempunyai alat-alat kelengkapan yang mencukupi, Kelas pemulihan bacaan dijalankan di Bilik Pemulihan Khas yang dinamakan Kamar Harapan. Bilik ini mempunyai keluasan tiga bay dan dilengkapi dengan kemudahan- kemudahan asas. Sekolah X juga mempunyai alat-alat kelengkapan yang mencukupi,

Sistem yang diguna pakai adalah sistem pengunduran. Sistem ini dipilih kerana di samping menjalani Kelas Pemulihan Khas, murid-murid dapat berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan mereka yang lebih maju dan boleh mengikuti kelas Bahasa Melayu dengan guru masing-masing. Dengan ini murid-murid pemulihan berpeluang mengikuti mata pelajaran lain seperti biasa, selain dapat menghindarkan rasa bosan dan rendah diri dalam kalangan murid pemulihan.

Bagi strategi pengajaran dan pembelajaran pula, terdapat tiga jenis strategi yang digunakan oleh Guru Pemulihan Khas iaitu pengajaran secara kelas, pengajaran mengikut kumpulan kecil yang tidak melebihi lima orang murid dan pengajaran secara individu. Ketiga-tiga jenis strategi tersebut digunakan secara tekal dari bulan Jun 2004 hingga Kelas Pemulihan yang terakhir iaitu minggu kedua Oktober 2004, khususnya kaedah kelas dan individu. Strategi-strategi ini diguna pakai memandangkan murid mempunyai kesulitan asas membaca yang hampir sama, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan terkawal, masa dapat dijimatkan, murid lebih berkeyakinan, serta murid lebih mudah dan cepat dapat mengeja. Selain itu juga ciri-ciri pengajaran pemulihan tidak terabai iaitu pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dalam kumpulan kecil dan individu serta guru dapat selalu mendampingi dan membimbing murid.

Rancangan Mengajar Harian yang disediakan oleh Guru Pemulihan Khas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemulihan bacaan didapati lengkap dan jelas. Rancangan tersebut mengandungi perkara-perkara seperti kemahiran yang akan Rancangan Mengajar Harian yang disediakan oleh Guru Pemulihan Khas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemulihan bacaan didapati lengkap dan jelas. Rancangan tersebut mengandungi perkara-perkara seperti kemahiran yang akan

Kemahiran bacaan diajar secara turutan, yang mana kemahiran paling asas iaitu mengenal huruf diajar terlebih dahulu. Hal ini disebabkan semua murid pemulihan tidak menguasai huruf. Mengenai bahan pula, terdapat kepelbagaian jenis bahan asas dan bahan sokongan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan bacaan. Ia bertujuan supaya murid tidak mengantuk, murid merasa seronok, murid tidak bosan serta murid tidak merasa tertekan untuk belajar mengeja. Kebanyakan bahan asas dan bahan sokongan ini disediakan oleh pihak sekolah dan ada juga yang dibuat oleh Guru Pemulihan Khas, guru-guru lain atau dibeli sendiri oleh Guru Pemulihan Khas.

Dari segi kaedah mengajar, didapati pelbagai kaedah digunakan iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi, Kaedah Cerakin dan Kaedah Gabung Jalin. Pemilihan kaedah dibuat berdasarkan kekuatan yang ada pada setiap kaedah, kesesuaian kaedah berkenaan dengan perkataan yang hendak dieja, kelemahan yang dialami oleh seseorang murid serta keserasian dan kesesuaian murid terhadap kaedah berkaitan. Terdapat juga kaedah yang guru reka atas inisiatif dan kreativiti sendiri dan ternyata kaedah tersebut berjaya membantu murid tahu, faham dan ingat apa yang dipelajari. Biasanya kaedah berkenaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan kegemaran murid seperti berdasarkan filem kartun, filem fiksyen dan iklan makanan segera.

Dalam setiap kemahiran yang diajar terdapat pelbagai gerak kerja dan latihan yang dijalankan. Gerak kerja ini dibuat secara individu, kumpulan atau kelas dan ada yang berbentuk lisan, tulisan, nyanyian, pemainan, main peranan dan kerja tangan. Tujuan gerak kerja dan latihan dijalankan adalah supaya murid merasa seronok, tidak mengantuk dan dapat memberi perhatian kepada apa yang dipelajari. Pemilihan gerak kerja dan latihan dibuat berdasarkan kemahiran membaca yang diajar, kesesuaian aktiviti dengan strategi pengajaran yang diguna pakai dan faktor masa.

Bagi menilai pencapaian murid, terdapat dua cara yang digunakan oleh Guru Pemulihan Khas iaitu menjalankan penilaian jangka masa pendek (formatif) dan penilaian jangka masa panjang (sumatif). Tujuan penilaian dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kefahaman dan penguasaan murid terhadap apa yang telah dipelajari dan dikuasai pada hari berkenaan (penilaian formatif) atau pun untuk satu-satu jangka masa tertentu (penilaian sumatif). Penilaian formatif dibuat sama ada secara pemerhatian atau pemeriksaan terhadap aktiviti-aktiviti lisan, bertulis, permainan dan main peranan yang diberi kepada murid secara individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi lima orang). Penilaian ini dibuat pada sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pada hujung setiap pelajaran. Penilaian sumatif pula dibuat apabila murid hendak dimasukkan semula ke kelas biasa kerana telah menunjukkan penguasaan membaca yang mantap. Ia dijalankan secara pemerhatian dan pemeriksaan terhadap aktiviti-aktiviti lisan, bertulis dan ujian secara individu. Maklumat daripada penilaian formatif dan sumatif ini akan digunakan oleh Guru Pemulihan Khas untuk membuat tindakan susulan dan perancangan seterusnya dalam membantu murid menguasai kemahiran yang dipelajari.