Bilakah Aktiviti Pemulihan Bacaan Dijalankan di Sekolah X?

4.6.2 Bilakah Aktiviti Pemulihan Bacaan Dijalankan di Sekolah X?

Kajian mendapati Kelas Pemulihan Bacaan untuk Tahun 1 di Sekolah X bermula pada minggu ketiga bulan Jun 2004 iaitu sebaik sahaja sekolah dibuka selepas cuti penggal kedua selama dua minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari selama satu jam iaitu bermula pada jam 1.10 hingga 2.10 petang dari hari Isnin hingga hari Khamis, manakala pada hari Jumaat pula ia bemula pada jam 2.10 hingga 3.10 petang. Mengikut Guru Pemulihan Khas, semua ini adalah selaras dengan apa yang dicadangkan oleh KPM iaitu usaha pemulihan kepada murid-murid Tahun 1 hendaklah bermula pada bulan tersebut. Bulan Jun difikirkan sesuai kerana prestasi murid telah boleh dikenal pasti menjelang bulan berkenaan. Hal ini disebabkan murid-murid telah pun selesai mengikuti Program Transisi selama tiga bulan (Januari – Mac 2004) serta telah selesai mengikuti pengajaran di kelas biasa selama tiga bulan berikutnya (April hingga Jun 2004). Dalam Program Transisi, asas untuk membaca seperti mengecam huruf dan membunyikan huruf vokal sudah mula diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seperti mewarnakan huruf vokal, menulis huruf besar dan menyanyikan Lagu Vokal. Asas Kajian mendapati Kelas Pemulihan Bacaan untuk Tahun 1 di Sekolah X bermula pada minggu ketiga bulan Jun 2004 iaitu sebaik sahaja sekolah dibuka selepas cuti penggal kedua selama dua minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari selama satu jam iaitu bermula pada jam 1.10 hingga 2.10 petang dari hari Isnin hingga hari Khamis, manakala pada hari Jumaat pula ia bemula pada jam 2.10 hingga 3.10 petang. Mengikut Guru Pemulihan Khas, semua ini adalah selaras dengan apa yang dicadangkan oleh KPM iaitu usaha pemulihan kepada murid-murid Tahun 1 hendaklah bermula pada bulan tersebut. Bulan Jun difikirkan sesuai kerana prestasi murid telah boleh dikenal pasti menjelang bulan berkenaan. Hal ini disebabkan murid-murid telah pun selesai mengikuti Program Transisi selama tiga bulan (Januari – Mac 2004) serta telah selesai mengikuti pengajaran di kelas biasa selama tiga bulan berikutnya (April hingga Jun 2004). Dalam Program Transisi, asas untuk membaca seperti mengecam huruf dan membunyikan huruf vokal sudah mula diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seperti mewarnakan huruf vokal, menulis huruf besar dan menyanyikan Lagu Vokal. Asas

Temu bual dengan guru-guru Bahasa Melayu dan pemerhatian kelas tersebut menunjukkan ada beberapa cara yang mereka lakukan untuk memulihkan murid. Cara tersebut termasuklah: i.

Melatih tubi murid-murid ini membaca secara langsung dan tidak langsung. Latih tubi secara langsung ialah dengan mengajar mereka mengenal huruf, membunyikan huruf, membatang suku kata dan mengeja perkataan pada 5 hingga 10 minit waktu akhir pelajaran atau semasa murid-murid lain membuat latihan. Latih tubi yang kedua pula ialah menyuruh mereka mengeja nama hari dan nama tajuk pelajaran semasa guru menulis kedua-duanya di papan hitam atau mengeja perkataan-perkataan yang terdapat dalam ayat dan petikan. Jika murid-murid terbabit sukar, salah atau tidak tahu hendak mengeja, guru akan membimbing mereka. ii.

Memberi murid lebih tumpuan seperti mengajar mereka membaca dalam kumpulan kecil yang tidak melebihi 5 orang atau pun secara individu. Sama seperti melatih tubi, cara ini juga dilakukan pada 5 hingga 10 minit waktu akhir pelajaran atau semasa murid-murid lain membuat latihan. iii.

Memberi murid lebih peluang untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ejaan. iv.

Memudahkan dan mengurangkan tugasan yang diberi supaya murid tidak merasa tertekan, murid dapat menyiapkan tugasan seiring dengan rakan-rakan yang lain dan sekali gus dapat mengelakkan kerja daripada tertunggak.

v. Menyemak kerja murid semasa mereka membuat latihan supaya sebarang kesilapan ejaan dapat ditunjuk ajar dengan serta merta.

Para guru mengatakan dengan tindakan-tindakan di atas, biasanya mereka dapat menyelamatkan empat hingga enam orang murid yang berkecenderungan untuk menjadi murid pemulihan ekoran tidak menguasai bacaan.