Apakah Strategi yang Diguna pakai untuk Menjalankan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

4.6.6 Apakah Strategi yang Diguna pakai untuk Menjalankan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

Terdapat tiga jenis strategi yang digunakan oleh Guru Pemulihan Khas semasa melaksanakan pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan iaitu pengajaran secara kelas, pengajaran mengikut kumpulan kecil yang tidak melebihi lima orang dan pengajaran secara individu. Ketiga-tiga jenis strategi tersebut digunakan secara tekal dari bulan Jun 2004 hingga ke Kelas Pemulihan Khas yang terakhir bagi tahun berkenaan (minggu kedua akhir Penggal Ketiga) khususnya kaedah kelas dan individu. Biasanya apa yang Guru Pemulihan Khas lakukan dalam setiap sesi pengajaran ialah beliau akan mengajar sesuatu kemahiran membaca itu secara kelas terlebih dahulu terutama bagi kemahiran-kemahiran yang baru. Ia kemudiannya diikuti oleh pendekatan secara kumpulan dan secara individu.

Temu bual mendapati ada beberapa faktor yang menyebabkan Guru Pemulihan Khas menggunakan urutan strategi tersebut: i.

Murid mempunyai kesulitan asas membaca yang hampir sama. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesemua murid pemulihan menghadapi kesulitan asas membaca yang sama. Kesulitan-kesulitan tersebut termasuklah belum mengenal semua huruf, keliru terhadap beberapa bentuk huruf besar, keliru terhadap beberapa bentuk huruf kecil, keliru terhadap beberapa bentuk huruf kecil yang sama bentuknya dengan huruf besar, tidak mahir menggunakan huruf besar dan huruf kecil, keliru dengan bunyi huruf dan sukar membatang suku kata.

Kesulitan-kesulitan ini menyebabkan murid sukar dan kadang-kadang tidak boleh langsung mengeja perkataan dan membaca ayat. Dalam kerja-kerja penulisan pula, mereka sering membuat kesalahan ejaan, menulis perkataan dan ayat yang tidak bermakna, lambat menyiapkan kerja, lambat menyalin apa yang disuruh guru atau tidak membuatnya langsung kerana tidak tahu membaca arahan dan tidak tahu hendak menulis jawapan.

ii. Pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan terkawal. Guru Pemulihan Khas merasakan adalah lebih mudah sekiranya sesuatu kemahiran membaca itu diajar secara kelas terlebih dahulu, kemudian baru difokuskan kepada kumpulan kecil dan secara individu. Dengan urutan yang sebegini, semua murid dapat didedahkan dengan sesuatu kemahiran pada awal masa pelajaran. Oleh itu apabila guru beralih kepada pengajaran secara kumpulan dan individu nanti, kumpulan dan murid-murid yang tidak terlibat sudah boleh membuat sendiri kerja mereka masing-masing seperti membaca atau membuat latihan yang guru suruh. Dengan demikian mereka tidak dapat bercakap atau bermain semasa guru mengajar kumpulan atau rakan-rakan mereka yang lain.

iii. Masa dapat dijimatkan. Dengan menggunakan tiga strategi dalam satu waktu pembelajaran dan pengajaran pemulihan, banyak masa Guru Pemulihan Khas dan murid dapat dijimatkan. Ia bermakna Guru Pemulihan Khas hanya perlu memperuntukkan satu jam sahaja setiap hari untuk mengajar kesemua murid pemulihan Tahun 1. Sebaliknya jika guru memecahkan murid kepada kumpulan- kumpulan kecil, ia mungkin mengambil masa antara dua hingga tiga jam sehari atau pun lebih lagi memandangkan jumlah murid pemulihan adalah 27 orang.

Mengikut Guru Pemulihan Khas lagi beliau tidak dapat memperuntukkan lebih daripada lima jam seminggu mengajar murid-murid Tahun 1. Hal ini disebabkan murid-murid tahun lain turut perlu dipulihkan seperti Tahun 2 (18 orang), Tahun 3 (3 orang), Tahun 4 (4 orang) dan Tahun 5 (5 orang). Jika pengajaran secara kumpulan kecil hendak diteruskan juga, ia bermakna ada kumpulan yang tidak dapat berjumpa Guru Pemulihan Khas pada hari-hari tertentu. Keadaan ini tidak digemari oleh Guru Pemulihan Khas memandangkan murid pemulihan mudah lupa dan terlalu lemah untuk menguasai kemahiran. Akibatnya pelajaran akan menjadi lambat kerana guru terpaksa mengulang semula pelajaran yang sebelumnya untuk memastikan murid mengingati dan menguasainya.

Seterusnya Guru Pemulihan Khas juga mengatakan beliau lebih suka Kelas Pemulihan Khas bagi setiap Tahun Persekolahan (Tahun 1, 2 dan seterusnya) dibuat sekali gus satu jam. Dengan masa yang panjang ini, beliau dapat membuat pelbagai perkara berkaitan pemulihan seperti memberi lebih banyak perhatian dan masa kepada kumpulan dan individu yang memerlukan lebih bimbingan. Sebagai contoh, pemerhatian mendapati Guru Pemulihan Khas pernah memperuntukkan masa 10 minit lebih lama untuk tiga hari berturut-turut kepada MA1, MA3, MB2, MD1, MD3 dan MM4 secara individu dan berkumpulan. Guru Pemulihan Khas berbuat demikian adalah untuk melatih tubi murid-murid terbabit mengeja suku kata KVK kerana mereka masih tidak dapat mengeja dengan lancar perkataan- perkataaan yang mengandungi suku kata tersebut. MJ1, MJ2 dan MJ6 pula pernah diajar secara kumpulan selama 10 minit tentang cara-cara pemakaian huruf besar dan kecil ketika murid-murid lain membuat latihan. Hal ini disebabkan MJ1, MJ2 dan MJ6 sering mencampuradukkan pemakaian huruf besar dan kecil dalam ejaan mereka khususnya huruf ‘k’, ‘p’ dan ‘s’.

Dengan jangka masa satu jam juga, Guru Pemulihan Khas boleh memperuntukkan lebih lama masa bagi mengajar sesuatu kemahiran yang sukar dikuasai murid. Sebagai contoh, Guru Pemulihan Khas biasanya akan memperuntukkan lima hari berturut-turut untuk mengajar murid-murid cara menjawab soalan kefahaman. Hal ini disebabkan Guru Pemulihan Khas sedar bahawa murid-murid berkenaan amat lemah dalam aspek ini. Kesukaran membaca sering menyebabkan murid tidak faham isi petikan walaupun petikan serta soalan yang dikemukakan adalah mudah dan pendek. Sehubungan dengan itu mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul

iv. Murid lebih berkeyakinan. Mengikut Guru Pemulihan Khas salah satu ciri murid pemulihan ialah mereka lebih yakin dan cepat belajar sekiranya pengajaran dibuat secara beramai-ramai. Misalnya dari segi ejaan, murid-murid akan lebih selesa, berani, gembira dan tidak malu apabila disuruh mengeja dan membunyikan perkataan secara beramai-ramai iaitu keseluruhan kelas atau kumpulan besar. Mengikut Guru Pemulihan Khas, mungkin bagi murid dengan mengeja beramai- ramai, mereka dapat menutup kesilapan yang dibuat atau pun jika mereka diam kerana tidak dapat mengeja, guru tidak akan perasan kerana kawan-kawan yang tahu akan mengejanya. Di samping lebih berkeyakinan, murid-muird juga akan lebih mudah dan cepat dapat mengeja sekiranya ia dibuat secara beramai-ramai. Hal ini mungkin disebabkan mereka boleh ikut kawan-kawan yang tahu mengeja/membaca.

i. Ciri-ciri pengajaran pemulihan tidak terabai. Pendidikan pemulihan menekankan supaya pembelajaran dan pengajaran hendaklah dibuat dalam kumpulan kecil dan i. Ciri-ciri pengajaran pemulihan tidak terabai. Pendidikan pemulihan menekankan supaya pembelajaran dan pengajaran hendaklah dibuat dalam kumpulan kecil dan

vi. Guru dapat selalu membimbing murid pemulihan. Kesukaran menguasai sesuatu kemahiran membaca, mudah lupa apa yang telah dipelajari serta kenakalan melampau segelintir murid pemulihan menyebabkan Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu perlu sentiasa berada di samping murid-murid berkenaan serta perlu sentiasa berinteraksi dengan mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid didapati akan lebih mudah menguasai pelajaran sekiranya guru mengajar mereka secara individu atau pun dalam kumpulan kecil yang tidak melebihi lima orang. Sehubungan dengan itu pembelajaran dan pengajaran yang bercorak individu dan kumpulan kecil memang merupakan kaedah rutin yang dipraktikkan Guru Pemulihan Khas dan semua guru Bahasa Melayu setiap hari.

Sebagai contoh, pemerhatian terhadap Kelas Pemulihan mendapati setelah guru ajar mengeja sukukata KV secara kelas iaitu guru eja, sebut dan murid ikut, Guru Pemulihan Khas akan meminta murid-murid pula menyebut berdasarkan kumpulan masing-masing. Kumpulan ini boleh terdiri daripada lelaki atau perempuan sahaja, atau mengikut barisan tempat duduk mereka (kiri, kanan, Sebagai contoh, pemerhatian terhadap Kelas Pemulihan mendapati setelah guru ajar mengeja sukukata KV secara kelas iaitu guru eja, sebut dan murid ikut, Guru Pemulihan Khas akan meminta murid-murid pula menyebut berdasarkan kumpulan masing-masing. Kumpulan ini boleh terdiri daripada lelaki atau perempuan sahaja, atau mengikut barisan tempat duduk mereka (kiri, kanan,

1 Jenjarum dan Tahun 1 Mawar). Kemudian Guru Pemulihan Khas akan memastikan setiap murid akan berpeluang untuk mengeja dan menyebut perkataan yang dieja itu. Dengan berbuat demikian, Guru Pemulihan Khas dapat mengenal pasti murid-murid yang masih tidak boleh mengeja dan apa kesulitan yang mereka hadapi. Dengan itu tindakan seterusnya dapat diambil dengan cepat dan tepat. Misalnya Guru Pemulihan Khas pernah membawa MA1, MB1, MB2 dan MD1 ke kiosk Bahasa Melayu untuk mengajar mereka mengeja nama masing-masing semasa murid-murid lain menulis huruf vokal dalam buku latihan. Hal ini disebabkan guru dapati murid-murid berkenaan tidak tahu mengeja nama mereka sendiri. MA1, MC3 dan MM4 pula pernah di bawa ke kiosk yang sama apabila Guru Pemulihan Khas dapati murid-murid ini masih sukar mengeja perkataan KVK seperti ‘jet’, ‘kek’, ‘beg’ ‘pen’ dan ‘mop’.

Contoh latih tubi secara individu pula ialah apabila Guru Pemulihan Khas minta murid-murid menyebut sesuatu huruf, mengeja sesuatu perkataan mengikut suku kata, menulis di tapak tangan, di kertas lembaran, di buku latihan atau datang ke depan untuk menulis di papan putih apa yang disuruh oleh guru, apa yang telah dieja oleh murid-murid lain atau apa yang telah dieja oleh murid itu sendiri. Satu lagi cara latih tubi individu yang diamalkan oleh Guru Pemulihan Khas ialah dengan meminta setiap murid membaca dahulu di hadapan guru latihan yang mereka buat pada hari berkenaan sebelum menyerahkannya kepada guru.

Seterusnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pula, guru-guru akan memastikan murid pemulihan tidak terpinggir daripada rakan-rakan mereka yang Seterusnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pula, guru-guru akan memastikan murid pemulihan tidak terpinggir daripada rakan-rakan mereka yang