Profil Sekolah Sampel

4.2 Profil Sekolah Sampel

4.2.1 Lokasi, Enrolmen, Kemudahan Asas dan Persekitaran

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Shah Alam, Selangor. Sekolah in dinamakan sebagai Sekolah X. Kajian ini telah dijalankan selama 10 bulan iaitu bermula dari bulan Januari hingga Oktober 2004.

Sekolah X adalah sekolah Gred A dengan enrolmen melebihi 1000 orang setiap tahun dan mengamalkan dua sesi persekolahan. Untuk tahun 2004, jumlah enrolmen adalah 1257 orang murid dengan sesi pagi terdiri daripada murid-murid Tahun 2, 5 dan 6, sementara sesi petang pula oleh murid-murid Tahun 1, 3 dan 4. Keseluruhan bilangan kelas adalah 37 buah iaitu enam buah kelas bagi setiap tahun persekolahan (Tahun 1 hingga 6) dan sebuah lagi adalah pra sekolah. Purata bilangan murid setiap kelas adalah antara 28 hingga 37 orang.

Sekolah X mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 10 ekar. Ia dilengkapi dengan empat buah bangunan batu tiga tingkat yang mengandungi bilik darjah, pejabat, makmal Sekolah X mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 10 ekar. Ia dilengkapi dengan empat buah bangunan batu tiga tingkat yang mengandungi bilik darjah, pejabat, makmal

Terletak lebih kurang 8 km dari pusat bandar Shah Alam, Selangor, Sekolah X dikelilingi oleh taman perumahan, kilang serta pusat kecil perniagaan yang mengandungi rangkaian bank, kedai runcit, restoran, kedai membaiki kereta, klinik swasta dan pejabat-pejabat kecil. Semua murid sekolah ini tinggal di taman-taman perumahan tersebut dengan jarak dari rumah ke sekolah adalah dalam lingkungan tidak melebihi lima kilometer. Sebahagian besar (90.0%) ibu bapa murid mempunyai status sosio ekonomi yang sederhana. Mereka bekerja sebagai kakitangan kerajaan, swasta, pekerja kilang serta pusat-pusat perniagaan yang terdapat di sekeliling Sekolah X dengan pendapatan antara RM600.00 hingga RM3000.00 sebulan. Segelintir lagi (10.0%) bekerja sebagai jurutera, doktor dan ahli perniagaan dengan pendapatan bulanan melebihi RM3000.00 dan ada pula yang berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan antara RM1500.00 hingga RM2500.00 sebulan.

4.2.2 Guru

Dari segi tenaga pengajar (Jadual 2), Sekolah X mempunyai 65 orang guru pada tahun ini (2004). Lima puluh lima (55) orang adalah guru terlatih dan selebihnya (10 orang) Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Perkhidmatan GSTT terpaksa digunakan sejak tahun 2003 kerana kekurangan guru. Hal ini disebabkan dua orang guru telah melanjutkan pelajaran pada tahun 2003, sementara pada tahun 2004 pula enam orang guru minta tukar sekolah kerana berpindah rumah, seorang mengikut suami ke luar Dari segi tenaga pengajar (Jadual 2), Sekolah X mempunyai 65 orang guru pada tahun ini (2004). Lima puluh lima (55) orang adalah guru terlatih dan selebihnya (10 orang) Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Perkhidmatan GSTT terpaksa digunakan sejak tahun 2003 kerana kekurangan guru. Hal ini disebabkan dua orang guru telah melanjutkan pelajaran pada tahun 2003, sementara pada tahun 2004 pula enam orang guru minta tukar sekolah kerana berpindah rumah, seorang mengikut suami ke luar

Jadual 2: Ciri-Ciri Guru di Sekolah X bagi Tahun 2002-2004 Tahun

Terlatih

Tidak Terlatih

Jadual 3 menunjukkan enrolmen murid pada tahun 2003 adalah 1342 orang dan pada tahun 2004 pula 1257 orang. Sebahagian besar murid pada kedua-dua tahun adalah Melayu iaitu 90.2% (2003) dan 90.1% (2004). Selain itu, 9.0% lagi adalah murid India, sementara murid Cina kurang daripada 1.0%. Dari segi jantina, jumlah peratusan murid lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua tahun iaitu 49.5% lelaki dan 50.5% perempuan pada tahun 2003, manakala tahun berikutnya ialah 49.6% lelaki dan 50.4% perempuan.

Jadual 3: Ciri-Ciri Murid di Sekolah X bagi Tahun 2003 dan 2004 Thn

Jumlah L

Melayu

Cina

India

Lain-lain

LPJ (%)

4.2.4 Murid Pemulihan

Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri murid pemulihan di Sekolah X bagi tahun 2000 hingga 2004. Didapati bilangan murid tersebut pada setiap tahun adalah antara 60 (2000) hingga 88 orang (2003). Murid lelaki mencatatkan bilangan melebihi murid perempuan pada setiap tahun dengan kadar lebih kurang sekali ganda.

Analisis mengikut tahun persekolahan (Tahun 1 hingga Tahun 6) menunjukkan bilangan murid pemulihan pada setiap tahun adalah paling ramai semasa di Tahap Satu khususnya semasa di Tahun 1 dan Tahun 2. Ia semakin berkurangan sedikit demi sedikit bagi tahun-tahun persekolahan berikutnya. Walau bagaimanapun bilangan tersebut bagi setiap tahun persekolahan adalah tidak melebihi 30 orang. Bilangan paling ramai pernah dicatat adalah 29 orang iaitu murid Tahun 1 pada tahun 2002 dan murid Tahun 2 pada tahun 2000 dan paling sedikit ialah seorang iaitu murid Tahun 6 pada tahun 2004.

Analisis mengikut kohort pula menunjukkan bilangan murid pemulihan Tahun 2 untuk tahun 2000 adalah 29 orang iaitu 19 lelaki dan 10 perempuan. Tiada murid pemulihan untuk Tahun 1 kerana mengikut Guru Pemulihan Khas, pihak pentadbir pada masa itu memutuskan bahawa kelas pemulihan untuk Tahun berkenaan hendaklah dijalankan oleh setiap guru di kelas masing-masing. Bilangan murid pemulihan didapati semakin berkurangan dengan peningkatan darjah iaitu 23 orang untuk Tahun 3 (2001), 9 orang untuk Tahun 4 (2002), 7 orang untuk Tahun 5 (2003) dan hanya seorang apabila tiba Tahun 6 (2004). Bilangan keseluruhan murid pemulihan Tahun 1 bagi tahun 2004 (iaitu murid yang menjadi subjek kajian ini) adalah 27 orang iaitu 19 lelaki dan 8 perempuan.

Jadual 4: Ciri-Ciri Murid Pemulihan di Sekolah X bagi Tahun 2000 - 2004

Jum. Besar Thn

JLPJ Persek

LPJ

Thn1 * * * 15 11 26 20 9 29 17 9 26 19 8 27 71 37 108 Thn 2