Faktor-Faktor yang Menyokong Pelaksanaan Aktiviti Pemulihan Bacaan

5.2.2 Faktor-Faktor yang Menyokong Pelaksanaan Aktiviti Pemulihan Bacaan

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, Teori Tingkah Laku mengatakan pengetahuan dan ketrampilan bahasa kanak-kanak akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Teori ini menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak tanduk yang terhasil daripada rangsangan adalah sebagai tindak balas. Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor- faktor luaran seperti ganjaran yang mana ganjaran akan menguatkan hubungan rangsangan dengan tindak balas. Seterusnya keupayaan belajar akan menjadi semakin kuat jika kanak-kanak dibekalkan kesediaan belajar yang baik dan mendapat sokongan yang memberangsangkan khususnya daripada keluarga. Banyak kajian dan penulisan sama ada dalam atau luar negara menunjukkan akan kebenaran perkara ini (BPPDP, 1994; Crowl et al., 1997 Meimon, 2009; Nor Laila, 1992; Reading Rockets, 2011; Teresa, 2001; Ujang, 2008).

Bagi membuktikan pandangan di atas, pengkaji telah meletakkan sekolah dengan elemen-elemen pembelajarannya seperti kemudahan infrastruktur, guru, pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan murid sendiri sebagai faktor-faktor utama yang dapat menentukan sama ada seseorang murid itu boleh membaca atau sebaliknya. Hal ini disebabkan sekolah dilihat sebagai persekitaran yang paling baik dan paling formal dalam menyediakan apa sahaja pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak termasuk pengajaran dan pembelajaran membaca. Kajian ini telah dapat menunjukkan setiap faktor utama tadi beserta faktor-faktor kecil yang membentuk faktor utama tersebut memang ada peranan dan pengaruhnya kepada tahap penguasaan membaca murid-murid pemulihan di sekolah sampel (Rajah 3). Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut.

Persekitaran Infrastruktur (Faktor menyokong

Ada Bilik Pemulihan Khas yg selesa Kelengkapan asas mencukupi, sesuai kejayaan aktiviti dan berfungsi

pemulihan bacaan)

Masalah kewangan terkawal

Sokongan

Pentadbir: komited & beri sokongan Rakan setugas: komited & beri

sokongan

Program/Projek: Ada dilaksanakan JPN/KPM: komited & beri

sokongan

Pembelajaran & Pengajaran

i. Mengikut apa yang digaris KPM

Murid Berjaya

ii. Ubahsuai

Dipulihkan

iii. Ikut keperluan dan kesesuaian

Pelaksanaan 110 minggu: 2 md L

Aktiviti Kaedah PdP yg pelbagai

114 minggu: 8 md

Pemulihan Pengukuhan: latih tubi dan

(4L, 4P)

Bacaan latihan yang kerap, banyak dan

118 minggu:*10 md

libatkan pelbagai deria

(7L, 3P)

Bahan asas dan BBM yang

1 *1md L

sesuai , pelbagai dan menarik Perhatian individu dan kumpulan

– boleh membaca w/

kecil

/ pun tidak lancar

Ganjaran: setiap sesi PdP; kelas,

kumpulan kecil dan individu; pelbagai cara Kawal tumpuan murid dan disiplin kelas

Guru

Kelayakan: guru terlatih Pengalaman: 7 tahun Sikap: dedikasi (cekap, mahir, rajin, tekun, bertanggungjawab, kreatif, tidak bosan, tidak mudah

putus asa, tidak pandang rendah pada murid, mudah bekerjasama, mesra, menghormati orang lain

Rajah 3: Faktor-Faktor yang Menyokong Aktiviti Pemulihan Bacaan

5.2.2.1 Kemudahan Infrastruktur yang Baik

Sekolah X mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sesuai, mencukupi dan berfungsi untuk menjalankan aktiviti pemulihan membaca. Kelengkapan ini termasuklah sebuah bilik khas yang mengikut standard ditetapkan iaitu berkeluasan tiga bay dan dilengkapi dengan lampu, kipas, alat perabot, kabinet, meja tulis, rak-rak buku, papan putih dan komputer, di samping kiosk-kiosk pembelajaran. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan aktiviti pemulihan pula didapati tersusun dengan baik, rapi dan mudah untuk diambil apabila hendak digunakan. Tingkap yang banyak dan pintu yang luas pula menyebabkan adanya pengaliran udara yang baik. Dengan adanya bilik yang sempurna seperti itu, aktiviti pemulihan bacaan telah dapat berjalan dengan tekal, lancar, selesa dan menjimatkan masa kerana murid tidak perlu berpindah randah.

5.2.2.2 Guru-Guru yang Terlatih dan Dedikasi

Pengetahuan, dedikasi guru terhadap tugas dan sikap positif guru adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada kejayaan pemulihan bacaan (Crawley & Merrit, 2008; Rahman, 2003; Werner, 2005). Kajian Slavin (2008) menunjukkan salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan bacaan murid adalah dengan melaksanakan program-progam pembangunan terutama yang berkaitan dengan pembangunan guru. Program-program seumpama ini biasanya secara tidak langsung ada kaitannya dengan amalan pengajaran guru.

Sekolah X mempunyai seorang Guru Pemulihan Khas yang terlatih dan telah tujuh tahun mengajar kelas pemulihan. Beliau amat cekap, mahir, rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugasnya. Segala aspek yang berkaitan kelas pemulihan seperti perancangan, pentadbiran, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, penilaian serta program sokongan pemulihan bacaan telah dapat dilaksanakan dengan baik dan

berkesan oleh guru ini. Mengikut Teori Tingkah Laku Pembelajaran, perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah penting. Ia harus dapat menentukan apakah perlakuan baru yang perlu dicapai oleh murid-murid dan dapat pula menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Guru Pemulihan Khas juga tidak pernah jemu dengan tugas memulihkan murid, tidak pernah memandang rendah pada kelemahan murid dan sentiasa mencari kaedah, bahan, strategi dan gerak kerja yang terbaik untuk membantu murid membaca. Malah beliau sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk membeli apa yang diperlukan untuk mengajar murid pemulihan. Kesunggguhan beliau semasa mengajar, menegur kesilapan murid dengan senyuman dan melakukan gerak kerja yang digemari murid menyebabkan murid tidak mengantuk, tidak beralih fokus terhadap pelajaran, tidak bosan, malah sentiasa seronok dan aktif sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan rakan setugas, Guru Pemulihan Khas tidak lokek berkongsi ilmu mengenai cara-cara memulihkan bacaan murid. Dengan pihak pentadbir pula, Guru Pemulihan Khas sering berbincang dan mendapatkan pandangan tentang cara dan keperluan yang harus dilakukan untuk meningkatkan kemajuan bacaan murid. Sikap Guru Pemulihan Khas yang sedemikian menyebabkan beliau disenangi oleh semua pihak, termasuk murid-murid pemulihan sendiri.

Selain Guru Pemulihan Khas, guru-guru Bahasa Melayu setiap murid pemulihan juga turut memainkan peranan membantu memulihkan bacaan murid. Pendedahan terhadap pemulihan yang diperoleh semasa latihan perguruan, pengalaman mengajar murid- murid pemulihan dan kesedaran bahawa tugas memulihkan murid adalah merupakan tanggungjawab bersama telah menyebabkan guru-guru Bahasa Melayu dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Didapati guru-guru Bahasa Melayu Selain Guru Pemulihan Khas, guru-guru Bahasa Melayu setiap murid pemulihan juga turut memainkan peranan membantu memulihkan bacaan murid. Pendedahan terhadap pemulihan yang diperoleh semasa latihan perguruan, pengalaman mengajar murid- murid pemulihan dan kesedaran bahawa tugas memulihkan murid adalah merupakan tanggungjawab bersama telah menyebabkan guru-guru Bahasa Melayu dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Didapati guru-guru Bahasa Melayu

Di samping itu guru sering mengingatkan murid supaya menulis huruf dengan betul, cantik dan kemas agar mereka dapat mengeja dengan betul dan mudah. Guru-guru juga sering memegang tangan murid agar bentuk huruf yang terhasil sempurna, membetulkan huruf dan ejaan yang salah dan tidak sempurna serta sering melatih tubi murid menulis sambil mengeja sama ada di papan hitam, di buku rampaian atau di lembaran kerja.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk, letih dan bosan, guru-guru akan menyuruh murid membuat beberapa senaman ringan dan membawa mereka ke pondok bacaan atau ke Bilik Komputer untuk memberi suasana yang berlainan. Guru juga akan memastikan meja murid sentiasa kosong sebelum pelajaran bermula. Tindakan-tindakan seperti ini dapat menjadikan kelas terkawal yang mana murid-murid akan senyap, tidak dapat bermain, tidak dapat bercakap dengan kawan dan tidak membuat kerja lain semasa guru mengajar. Selain itu mereka juga akan lebih fokus kepada apa yang diterangkan guru.

Kesukaran murid pemulihan untuk menguasai sesuatu kemahiran, sifat murid yang mudah lupa serta kenakalan melampau segelintir murid menyebabkan Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu sentiasa ada di samping murid-murid berkenaan untuk membantu mereka serta sentiasa berinteraksi dengan mereka sepanjang proses Kesukaran murid pemulihan untuk menguasai sesuatu kemahiran, sifat murid yang mudah lupa serta kenakalan melampau segelintir murid menyebabkan Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu sentiasa ada di samping murid-murid berkenaan untuk membantu mereka serta sentiasa berinteraksi dengan mereka sepanjang proses

5.2.2.3 Aspek Pembelajaran dan Pengajaran yang Baik/Sesuai

Pengamalan Sistem Pengunduran

Sistem pengunduran membolehkan murid-murid pemulihan dapat berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan mereka yang lebih maju dan boleh mengikuti kelas Bahasa Melayu dengan guru masing-masing. Dengan ini murid-murid pemulihan berpeluang mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam kelas pemulihan, dapat mengikuti mata pelajaran lain seperti biasa, selain dapat menghindarkan rasa bosan dan rendah diri dalam kalangan murid pemulihan.

Cara Kemahiran Membaca Diperkenalkan

Kemahiran bacaan yang diajar secara turutan iaitu daripada yang paling asas (mengenal huruf) kepada yang lebih tinggi (membatang suku kata hingga membaca ayat) amat membantu memajukan penguasaan bacaan semua murid pemulihan yang pada asalnya tidak mengenal huruf.

Penggunakan Kaedah Mengajar yang Sesuai dan Pelbagai

Abdul Rasid (2011) menegaskan pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah menjadikan murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Kajian Siti Rosmah (2005)

mendapati teknik pengajaran dan pembelajaran membaca yang sesuai dapat menyeronokan murid pemulihan dan dapat mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan KV KVK/ KVK KV. Keadaan yang sama berlaku di Sekolah X, yang mana pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bacaan telah digunakan iaitu kaedah abjad, fonik, gabungn suku kata, gabung jalin, seluruh perkataan dan kaedah cerakin. Biasanya pemilihan sesuatu kaedah dibuat berdasarkan kesesuaian kemahiran yang hendak diajar serta kesesuaian pada murid. Gabungan pelbagai kaedah telah dapat mengelakkan murid daripada bosan. Beberapa pendekatan tersendiri dan tertentu juga telah digunakan oleh Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 untuk memperkenalkan huruf kepada murid sama ada daripada segi bentuk atau bunyinya. Ternyata pendekatan yang mereka cipta itu dapat membantu murid mengecam, mengingat dan menulis huruf-huruf berkenaan dengan betul.

Penggunaan Bahan yang Dapat Merangsang Pembelajaran dan Ingatan Murid

Untuk memudahkan murid-murid mengeja, mengecam dan mengingati apa yang dipelajari, Guru Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah X telah menggunakan bahan-bahan yang suku katanya dieja mengikut warna, menggunakan bahan maujud yang sering terdapat dalam kehidupan seharian serta menggunakan bahan maujud yang mudah diperoleh di sekeliling murid. Kirk et al. (2012) dan Abdul Rasid (2011) dalam hal ini mengatakan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran, dapat merangsang minat murid dan dapat menjadi motivasi kepada mereka untuk terus belajar. Oleh itu bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran supaya terhasil pembelajaran yang bermakna dan dapat meninggalkan kesan positif dalam diri murid.

Kepelbagaian Strategi Pembejaran dan Pengajaran

Terdapat tiga jenis strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh Guru Pemulihan Khas sepanjang memulihkan bacaan murid iaitu pengajaran dan pembelajaran secara kelas, pengajaran mengikut kumpulan kecil yang tidak melebihi lima orang murid dan pengajaran secara individu. Kepelbagaian strategi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan terkawal, fokus dapat diberikan kepada setiap murid, masa dapat dijimatkan, murid lebih berkeyakinan, serta murid lebih mudah dan cepat dapat mengeja.

Melatih Tubi Murid Sekerap dan Sebanyak Mungkin Melalui Pelbagai Deria Rasa dan Cara

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, Teori Tingkah Laku Pembelajaran menegaskan akan kepentingan latihan dan latih tubi. Ia bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru pada murid. Latihan pembelajaran mengikut pandangan teori ini ialah latihan yang dikukuhkan, iaitu ulangan satu-satu gerak balas dikaitkan dengan satu-satu rangsangan. Walau bagaimanapun latihan hendaklah dalam keadaan yang bermakna, jika tidak ia akan menjadi sia-sia dan boleh membosankan murid. Perlu diingat, kekalnya satu-satu pembelajaran adalah bergantung kepada bagaimana latihan itu diuruskan. Kajian Meimon (2009) dan Sharifah Azura (2005) mendapati latih tubi yang dijalankan ke atas murid-murid pemulihan berjaya meningkatkan bacaan murid-murid pemulihan.

Apa yang dinyatakan oleh Teori Tingkah Laku Pembelajaran dan para pengkaji yang disebutkan tadi ada dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas dan guru-guru bahasa Melayu murid pemulihan di sekolah X. Memandangkan murid-murid pemulihan mudah lupa terhadap apa yang dipelajari dan keupayaan mereka untuk mengenal, mengingati dan menguasai isi pelajaran juga amat lambat dan lemah, Guru Pemulihan Khas dan Apa yang dinyatakan oleh Teori Tingkah Laku Pembelajaran dan para pengkaji yang disebutkan tadi ada dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas dan guru-guru bahasa Melayu murid pemulihan di sekolah X. Memandangkan murid-murid pemulihan mudah lupa terhadap apa yang dipelajari dan keupayaan mereka untuk mengenal, mengingati dan menguasai isi pelajaran juga amat lambat dan lemah, Guru Pemulihan Khas dan

Memberi Galakan, Nasihat, Pujian dan Peka Dengan Keperluan Murid Pemulihan

Untuk meningkatkan semangat ingin mencuba, rasa seronok belajar dan rasa dihargai pada murid-murid pemulihan, Guru Pemulihan Khas dan semua guru Bahasa Melayu sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menjawab soalan dan melakukan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tidak memarahi mereka jika jawapan yang diberi salah, sebaliknya menggalakkan mereka mencuba lagi atau membimbing mereka mendapatkan jawapan yang betul. Guru-guru juga selalu menasihatkan murid supaya rajin berlatih membaca semasa di rumah, rajin membaca buku cerita kerana ia dapat membantu penguasaan bacaan serta sering memberi pujian kepada murid pemulihan apabila mereka berani mencuba dan dapat melakukan sesuatu tugasan dengan betul. Para guru juga akan menegur murid-murid yang suka mengejek atau mempersendakan murid pemulihan dan peka dengan keadaan murid pemulihan yang memerlukan lebih tumpuan pada pelajaran. Sehubungan dengan itu biasanya guru-guru Bahasa Melayu akan memberi tempat duduk yang selesa kepada murd-murid pemulihan iaitu dengan meletakkan mereka di barisan paling hadapan, paling hampir dengan papan hitam atau paling hampir dengan meja guru. Tujuannya memastikan murid-murid pemulihan memberi tumpuan semasa guru mengajar serta dapat melihat dan mendengar pengajaran guru dengan jelas. Guru- Untuk meningkatkan semangat ingin mencuba, rasa seronok belajar dan rasa dihargai pada murid-murid pemulihan, Guru Pemulihan Khas dan semua guru Bahasa Melayu sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menjawab soalan dan melakukan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tidak memarahi mereka jika jawapan yang diberi salah, sebaliknya menggalakkan mereka mencuba lagi atau membimbing mereka mendapatkan jawapan yang betul. Guru-guru juga selalu menasihatkan murid supaya rajin berlatih membaca semasa di rumah, rajin membaca buku cerita kerana ia dapat membantu penguasaan bacaan serta sering memberi pujian kepada murid pemulihan apabila mereka berani mencuba dan dapat melakukan sesuatu tugasan dengan betul. Para guru juga akan menegur murid-murid yang suka mengejek atau mempersendakan murid pemulihan dan peka dengan keadaan murid pemulihan yang memerlukan lebih tumpuan pada pelajaran. Sehubungan dengan itu biasanya guru-guru Bahasa Melayu akan memberi tempat duduk yang selesa kepada murd-murid pemulihan iaitu dengan meletakkan mereka di barisan paling hadapan, paling hampir dengan papan hitam atau paling hampir dengan meja guru. Tujuannya memastikan murid-murid pemulihan memberi tumpuan semasa guru mengajar serta dapat melihat dan mendengar pengajaran guru dengan jelas. Guru-

Memberi Kerja yang Mudah dan Mengurangkan Kuantiti Kerja

Kesukaran menguasai bacaan menyebabkan kemampuan murid pemulihan dalam perkara-perkara lain turut terjejas dan terbantut seperti sukar memahami arahan dan lambat menyiapkan kerja. Sehubungan dengan itu untuk tidak membebankan mereka, semua guru Bahasa Melayu akan memastikan latihan yang diberi adalah lebih mudah dan tidak sebanyak kawan-kawan mereka yang lain. Amalan ini sama seperti yang ditunjukkan oleh kajian Abdul Rasid (2011) dan Crowley dan Merritt (2008).

Melaksanakan Penilaian

Penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif amat penting kerana ia dapat memberi maklumat tentang kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran bacaan yang telah dipelajari. Maklumat daripada kedua-dua penilaian ini khususnya penilaian formatif banyak membantu Guru Pemulihan Khas untuk mengenal pasti prestasi dan pencapaian bacaan seseorang murid dan dapat digunakan untuk membuat tindakan susulan dan perancangan yang seterusnya.

5.2.2.4 Sokongan

Sokongan dan Kerjasama daripada Semua Pihak dan Aspek

Guru Pemulihan Khas Sekolah X memperoleh kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak seperti pentabir dan rakan-rakan dalam semua aspek seperti kawangan, kepakaran, tenaga dan masa untuk menjalankan aktiviti pemulihan. Guru Besar dan Penolong Kanan Kurikulum akan membeli bahan dan peralatan yang diperlukan oleh Guru Pemulihan Khas, bersedia mendengar masalah yang dialami Guru Pemulihan

Khas dan mengambil tindakan untuk mengatasinya serta ada membuat lawatan ke Bilik Pemulihan Khas untuk memantau aktiviti pemulihan bacaan yang dijalankan dan bertanya khabar Guru Pemulihan Khas dan murid-murid. Rakan-rakan setugas pula seperti Guru Bahasa Melayu, Guru Pusat Sumber dan Guru Bimbingan dan Kaunseling banyak membantu dalam menghasilkan bahan dan alat pengajaran, membantu mengajar murid pemulihan, memberi pengukuhan apa yang murid telah pelajari dalam Kelas Pemulihan serta membantu mengendalikan Program Anak Angkat, Hari Bersama Ibu bapa dan Hari Permuafakatan Dengan Ibu Bapa. Reading Rocketts (2011) dan JPN Wilayah Persekutuan (JPNWP, 2011) juga menyarankan perkara yang sama.

Menjalankan Program Anak Angkat

Dalam Program ini, setiap orang guru di Sekolah X akan mengambil dua orang murid pemulihan sebagai anak angkat secara sukarela untuk dibimbing belajar membaca. Kebebasan sepenuhnya yang diberi kepada guru untuk menjalankan Program tersebut seperti masa untuk melakukan pengajaran, cara mengajar, bilangan anak angkat yang hendak diambil dan siapa anak angkat yang hendak diambil telah memudahkan para guru menjalankan tanggungjawab berkenaan dan menyebabkan mereka tidak merasa terikat dan dipaksa. Program Anak Angkat bukan sahaja ternyata membantu meringankan tugas Guru Pemulihan Khas, tetapi juga banyak membantu murid menguasai bacaan dan kefahaman.

Mengadakan Sesi Perjumpaan dengan Ibu Bapa/Penjaga

Sesi perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu selepas berlangsungnya peperiksaan penggal sekolah. Dalam sesi ini ibu bapa akan diberi penerangan tentang masalah pembelajaran yang dihadapi anak mereka, Sesi perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu selepas berlangsungnya peperiksaan penggal sekolah. Dalam sesi ini ibu bapa akan diberi penerangan tentang masalah pembelajaran yang dihadapi anak mereka,

Kesan daripada faktor-faktor di atas dapat dilihat apabila 20 orang murid pemulihan di Sekolah X dapat menguasai bacaan selepas mengikuti dua hingga tiga bula aktiviti pemulihan. Kejayaan memulihkan murid-murid berkenaan adalah selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Jabatan Pendidikan Khas (1999) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (1982) iaitu murid pemulihan bacaan adalah murid-murid sekolah rendah yang tidak menampakkan kelainan pada fizikal dan mental, tetapi menghadapi kesulitan membaca berbanding kumpulan sebaya mereka. Murid-murid ini mempunyai keupayaan untuk belajar dan melalui intervensi yang betul dan berkesan seperti mengikuti kelas pemulihan bacaan, kesukaran yang dialami itu dapat diatasi. Dua 20 orang murid pemulihan yang sudah boleh membaca tadi adalah murid-murid yang tidak menampakkan kelainan pada fizikal dan mental mereka. Ia juga selaras dengan apa yang dikatakan oleh Bloom (1984) iaitu semua murid boleh belajar sekiranya diberi kemudahan pembelajaran yang betul dan apa yang ditegaskan oleh Atan (1982) bahawa sebahagian besar daripada tingkah laku manusia adalah hasil pembelajaran. Dapatan ini juga menunjukkan persekitaran, dalam konteks kajian ini sekolah, memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi keupayaan membaca kanak-kanak iaitu sama seperti yang dinyatakan oleh Teori Tingkah Laku.

Penerangan di atas juga jelas menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa murid memang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Teori Tingkah Laku Pembelajaran dan dapatan kajian-kajian lain. Dalam konteks kajian ini, faktor sekolah yang didasari oleh elemen-elemen seperti kelayakan dan pengalaman guru, sikap guru, kemudahan asas yang ada, kaedah, teknik dan strategi yang diaplikasi Penerangan di atas juga jelas menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa murid memang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Teori Tingkah Laku Pembelajaran dan dapatan kajian-kajian lain. Dalam konteks kajian ini, faktor sekolah yang didasari oleh elemen-elemen seperti kelayakan dan pengalaman guru, sikap guru, kemudahan asas yang ada, kaedah, teknik dan strategi yang diaplikasi