Faktor Sekolah Sukatan Pelajaran yang Tinggi

5.2.3.3 Faktor Sekolah Sukatan Pelajaran yang Tinggi

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun 1 yang terus bermula dengan ayat atau petikan tentang sesuatu tema amat tidak sesuai untuk murid-murid pemulihan. Kesukaran dan kelambatan menguasai kemahiran peringkat rendah seperti mengenal huruf dan membatang suku kata sebelum boleh membaca rangkaikata dan ayat menyebabkan murid-murid tersebut terus tertinggal.

Dapatan di atas adalah selaras dengan Teori Tingkah Laku Kurangan (Stanley & Moresky, 1980), Kaedah Analisis Tugas (Gallegos & Phelan, 1974) dan Kaedah Montessori (Montessori, 1964), Sofiah Hamid (1983) dan Robiah (1992) yang menekankan bahawa dalam pembelajaran bacaan, kanak-kanak wajar menguasai kemahiran peringkat rendah terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelajaran ke peringkat atau kemahiran yang lebih tinggi. Lagi pun, tindakan pihak sekolah melaksanakan kurikulum berkenaan kepada semua murid sedangkan keupayaan belajar murid adalah berbeza membangkitkan apa yang ditegaskan oleh Crowl et al. (1997) telah berlaku iaitu murid-murid tidak dapat menguasai bacaan bukan disebabkan mereka tidak berkeupayaan, sebaliknya disebabkan oleh jurang yang berlaku antara murid dengan persekitaran pendidikan itu sendiri yang tidak sesuai, dalam konteks ini kurikulum yang diguna pakai tadi.

Pemulihan Bacaan Lewat Bermula

Aktiviti pemulihan Bacaan di Sekolah X bermula pada bulan Jun 2004 iaitu enam bulan selepas murid-murid Tahun 1 berada di alam persekolahan. Ia selari dengan arahan Kementerian Pendidikan bahawa murid-murid Tahun 1 mesti mengikuti Program Transisi selama tiga bulan dan seterusnya berada di kelas biasa selama tiga Aktiviti pemulihan Bacaan di Sekolah X bermula pada bulan Jun 2004 iaitu enam bulan selepas murid-murid Tahun 1 berada di alam persekolahan. Ia selari dengan arahan Kementerian Pendidikan bahawa murid-murid Tahun 1 mesti mengikuti Program Transisi selama tiga bulan dan seterusnya berada di kelas biasa selama tiga

2 orang murid lelaki yang berpotensi untuk cepat dipulihkan iaitu dalam masa dua bulan sahaja. Hal ini bermakna jika aktiviti pemulihan bacaan boleh dilaksanakan seawal pertengahan bulan April, maka peluang untuk murid-murid tersebut menguasai bacaan dan seterusnya berada di kelas biasa juga adalah lebih cepat, iaitu pada bulan Jun 2004.

Begitu juga dengan Kelas Pemulihan yang lewat 10 minit setiap hari yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Dalam jangka masa 10 minit berkenaan, sekurang-kurang satu aktiviti boleh berlangsung seperti menyanyi Lagu Abjad, membuat ejaan mudah atau membaca petikan pendek. Kerugian masa dalam jangka panjang adalah lebih ketara kerana dalam satu minggu bermakna murid-murid kehilangan masa belajar hampir satu jam.

Pengamalan Sistem Pengunduran dalam Pemulihan Bacaan

Sistem pengunduran yang diamalkan oleh Sekolah X walaupun mempunyai beberapa kebaikan tertentu, namun ia juga mempunyai beberapa kekurangan. Sistem pengunduran adalah sesuai untuk murid yang telah menguasai suku kata mudah dan sederhana sahaja, sebaliknya bagi murid yang belum menguasai kedua-dua suku kata tersebut apa lagi mengenal dan membunyikan huruf dengan mantap, sistem ini didapati tidak sesuai digunakan.

Ketidakmampuan murid untuk mengeja menimbulkan kesulitan kepada guru untuk mengajar kerana terpaksa menyediakan isi pelajaran, gerak kerja dan latihan yang berbeza serta memberi lebih tumpuan kepada mereka. Apa yang lebih merugikan lagi Ketidakmampuan murid untuk mengeja menimbulkan kesulitan kepada guru untuk mengajar kerana terpaksa menyediakan isi pelajaran, gerak kerja dan latihan yang berbeza serta memberi lebih tumpuan kepada mereka. Apa yang lebih merugikan lagi

Guru Pemulihan Khas Dibebani Tugasan Lain

Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)8502/5/PK/Jil.V (26) bertarikh 28 Januari 1986 yang jelas melarang Guru Pemulihan Khas daripada menanggung tugas berat seperti menjadi Guru Kelab dan Persatuan, Guru Pusat Sumber, Penyelaras Buku Teks dan sebagainya didapati tidak dipatuhi. Kajian mendapati Guru Pemulihan Khas di Sekolah X diberi tanggungjawab melaksanakan beberapa tugas sampingan iaitu sebagai Penyelaras Program Nilam, Penyelaras Unit Beruniform, Penyelaras Program Pemulihan Khas, Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Kurikulum, AJK SPBT, Penolong Keceriaan Sekolah dan Guru Kelab Seni Kraftangan. Alasan yang diberi adalah sekolah kekurangan guru kerana ramai guru yang berpindah, guru menyambung pelajaran serta Guru Pemulihan Khas mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Tugas-tugas sampingan itu boleh membebankan Guru Pemulihan Khas, mengganggu gugat serta mengurangkan tumpuan beliau kepada tugasan hakikinya sebagai Guru Pemulihan Khas. Tugasan yang banyak, tugasan yang mendesak dan keperluan menyiapkan tugas sampingan dengan kadar segera kadang kala menyebabkan Guru Pemulihan Khas terpaksa melaksanakan tugas-tugas tersebut semasa murid pemulihan membuat tugasan mereka yang mana sepatutnya waktu ini digunakan untuk memantau tugasan, membimbing serta membetulkan kesilapan murid pemulihan secara individu.

Latih tubi, bimbingan dan pembetulan yang berterusan dan serta merta amat diperlukan oleh murid pemulihan kerana mereka mudah lupa apa yang dipelajari dan sering membuat kesilapan. Beban tugas yang banyak juga boleh meletihkan Guru Pemulihan Khas sedangkan Stinnett (1968) menegaskan guru pemulihan wajar mempunyai rehat yang mencukupi supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Ada Guru Kurang Memberi Komitmen

Keberkesanan dan kejayaan Kelas Pemulihan adalah bergantung kepada komitmen semua guru, bukannya kepada Guru Pemulihan Khas semata-mata (Abu Basar, 1986; Carrol, 1972; PPK, 1985). Namun ada segelintir guru di Sekolah X kurang peka terhadap peranan sebenar Kelas Pemulihan, kurang memberi kerjasama dan menggangap tugas memulihkan murid adalah menjadi tanggungjawab Guru Pemulihan Khas sahaja. Mereka juga enggan membantu mengukuhkan pembelajaran murid dengan mengadakan latih tubi, memberi bimbingan yang berterusan dan melakukan penyemakan kerja murid secara serta merta supaya pembetulan segera dapat dibuat, sedangkan sifat murid pemulihan yang mudah lupa dan memerlukan pengajaran yang berulang-ulang amat memerlukan tindakan-tindakan yang disebutkan tadi dibuat oleh para guru (Mercer & Mercer, 2001). Keadaan ini amat bertentangan dengan apa yang ditegaskan oleh Pumfrey (1990) iaitu kejayaan memulihkan murid adalah juga menjadi tanggungjawab guru kelas. Malah guru kelas juga mesti mempunyai hubungan yang lebih baik dengan murid pemulihan berbanding hubungan murid dengan guru pemulihan kerana guru kelas mempunyai lebih banyak masa bersama murid. Oleh itu pengaruh guru kelas terhadap murid pemulihan dalam semua aspek mungkin lebih besar daripada guru pemulihan.

Kurang Tumpuan daripada Guru-Guru Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu tidak dapat memberi banyak perhatian dan bimbingan kepada murid pemulihan sedangkan murid-murid tersebut amat bergantung pada guru untuk membantu mereka mengeja, membuat latihan dan membetulkan kesalahan. Ketidakupayaan guru untuk berbuat demikian adalah disebabkan murid-murid lain juga memerlukan tumpuan, masa mengajar tidak panjang terutama bagi single period (30 minit sahaja), masa pengajaran bukan sahaja digunakan untuk mengajar tetapi juga untuk hal-hal pengurusan murid dan bilik darjah, serta guru terikat untuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan murid untuk peperiksaan. Semua masalah ini adalah selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Chua dan Koh (1992), Jais dan Mat Nor (1997) serta Abdullah (1986).

Kekurangan tumpuan daripada guru Bahasa Melayu menyebabkan murid pemulihan sukar mengingati isi pelajaran, kurang mendapat bimbingan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, tidak dapat mengenal pasti kesilapan yang dibuat serta tidak dapat membetulkan kesilapan tersebut. Seterusnya masalah-masalah ini diburukkan lagi oleh sikap murid pemulihan yang mudah lupa dan sukar memberi tumpuan kepada isi pelajaran. Masalah yang berlarutan ini menyebabkan murid pemulihan semakin lambat menguasai bacaan dan mungkin tercicir terus dalam pelajaran.

Pandang Rendah terhadap Guru Pemulihan Khas

Lima dekad yang lalu, Piddington (1962) mengatakan bahawa salah satu masalah besar yang dihadapi oleh guru pemulihan adalah terdapat guru-guru biasa yang memandang rendah terhadap guru, murid dan Kelas Pemulihan. Sikap ini ada pada segelintir rakan sejawat Guru Pemulihan Khas di Sekolah X dan beberapa pihak luar yang pernah Lima dekad yang lalu, Piddington (1962) mengatakan bahawa salah satu masalah besar yang dihadapi oleh guru pemulihan adalah terdapat guru-guru biasa yang memandang rendah terhadap guru, murid dan Kelas Pemulihan. Sikap ini ada pada segelintir rakan sejawat Guru Pemulihan Khas di Sekolah X dan beberapa pihak luar yang pernah