Faktor Ibu Bapa Masalah Keluarga

5.2.3.2 Faktor Ibu Bapa Masalah Keluarga

Tiga orang murid lagi didapati mengalami masalah keluarga iaitu keluarga miskin, keluarga tidak mengambil berat dan ibu bapa bercerai semasa murid masih kecil. Kemiskinan menyebabkan murid berkenaan tidak pergi ke sekolah tadika, tidak mempunyai bahan bacaan dan tidak mendapat bantuan pelajaran di rumah kerana ibu bapa sibuk bekerja. Ketidakprihatinan ibu bapa pula menyebabkan murid berkaitan sering kelaparan kerana tidak makan sebelum datang ke sekolah, letih dan tidak bermaya, mempunyai pakaian yang kotor dan tiada kekemasan diri. Seterusnya perceraian ibu bapa yang menyebabkan murid terbabit terpisah dengan kakaknya secara spontan (kerana kakak tinggal dengan ayah) menjadikan murid tersebut mengalami gangguan emosi yang lama seperti tidak mahu bercakap, cepat berasa sedih dan menangis serta suka menyendiri.

Keadaan-keadaan yang dialami murid-murid tadi mungkin menjejaskan prestasi bacaan mereka kerana mengikut Jais dan Mat Nor (1990), masalah seperti kemiskinan, suasana pembelajaran yang tidak selesa dan perceraian ibu bapa boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian murid, manakala Otto et al. (1966) dan Mok (1994) mengatakan kekurangan zat makanan boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak, membuat mereka cepat merasa letih, tidak bermaya dan tidak bertenaga. Othman dan Omar (1997), Bryan dan Bryan (1986) dan Havighurst (1981) meletakkan faktor kesediaan amat berkait rapat dengan kemahiran membaca. Chua dan Koh (1992) dan Sharifah Rahmah (1986) pula mengatakan kekurangan pengalaman, kebolehan dan minat boleh menjadi punca masalah murid tertinggal dalam pelajaran, manakala banyak kajian membuktikan murid-murid yang mengalami kesulitan belajar biasanya berasal daripada keluarga yang rendah status sosio ekonomi (BPPDP, 1973, 1994, 1995; Lockheed et Keadaan-keadaan yang dialami murid-murid tadi mungkin menjejaskan prestasi bacaan mereka kerana mengikut Jais dan Mat Nor (1990), masalah seperti kemiskinan, suasana pembelajaran yang tidak selesa dan perceraian ibu bapa boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian murid, manakala Otto et al. (1966) dan Mok (1994) mengatakan kekurangan zat makanan boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak, membuat mereka cepat merasa letih, tidak bermaya dan tidak bertenaga. Othman dan Omar (1997), Bryan dan Bryan (1986) dan Havighurst (1981) meletakkan faktor kesediaan amat berkait rapat dengan kemahiran membaca. Chua dan Koh (1992) dan Sharifah Rahmah (1986) pula mengatakan kekurangan pengalaman, kebolehan dan minat boleh menjadi punca masalah murid tertinggal dalam pelajaran, manakala banyak kajian membuktikan murid-murid yang mengalami kesulitan belajar biasanya berasal daripada keluarga yang rendah status sosio ekonomi (BPPDP, 1973, 1994, 1995; Lockheed et

Ibu Bapa Kurang Prihatin tentang Pendidikan Anak

Ada ibu bapa kurang mengambil berat tentang prestasi anak dan kurang bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memajukan penguasaan bacaan anak mereka sedangkan kajian Thevanin (1993), Radin dan rakan-rakan (1993) serta Fargot dan Kavanagh (1993) menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang memainkan peranan besar dalam mendidik didapati lebih berjaya dalam bidang akademik, mempunyai sosio emosi yang lebih sihat dan mengadaptasi konteks sosial yang lebih baik. Ada ibu bapa murid-murid pemulihan di Sekolah X didapati tidak pernah menyemak kerja sekolah anak dan tidak ambil peduli buku apa yang dibawa oleh anak ke sekolah hingga menyebabkan anak kerap tertinggal buku di rumah manakala buku yang tidak diperlukan dibawa ke sekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak membeli buku yang diperlukan oleh anak walau pun sudah bulan Ogos 2004, tidak membelikan bahan bacaan sampingan terutama yang menyeronokkan seperti buku cerita yang mudah- mudah, tidak hadir ke sekolah untuk sesi perjumpaan dengan mereka, enggan menerima kelemahan anak apabila diberitahu oleh guru, enggan membawa atau membenarkan anak diperiksa doktor serta enggan anak dimasukkan ke Kelas

Pemulihan kerana takut stigma ‘bodoh’, ‘lemah’ dan ‘lembam’ akan lekat kepada anak sampai bila-bila.

Selain itu kesibukan bekerja, kesibukan menguruskan rumahtangga, tidak arif dengan sistem pelajaran hari ini dan anak mudah merajuk atau menangis apabila cuba ditunjuk Selain itu kesibukan bekerja, kesibukan menguruskan rumahtangga, tidak arif dengan sistem pelajaran hari ini dan anak mudah merajuk atau menangis apabila cuba ditunjuk

Sikap ibu bapa yang menganggap tugas ”mencelikkan” anak terletak di bahu guru dan sekolah semata-mata menyebabkan mereka amat kurang melibatkan diri untuk mempertingkatkan prestasi anak. Sama ada ibu bapa turut membantu mengajar anak di rumah sering menjadi tanda tanya guru sedangkan peranan dan tanggungjawab mereka amat penting. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang keperluan persekolahan anak, tidak mengambil berat terhadap kemajuan prestasi dan pencapaian anak khususnya dalam aspek bacaan serta enggan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menangani masalah penguasaan bacaan anak menyebabkan usaha pemulihan lambat mendatangkan kesan. Tiadanya pengawasan dan bimbingan ibu bapa juga mungkin menjadi salah satu punca murid-murid pemulihan tidak mengambil berat terhadap pelajaran, malas datang ke sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak bersungguh-sungguh meningkatkan diri untuk menguasai bacaan; sebaliknya di rumah mereka lebih banyak menonton televisyen dan bermain.