Apakah Sistem yang Diguna pakai untuk Menjalankan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

4.6.5 Apakah Sistem yang Diguna pakai untuk Menjalankan Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sekolah X?

Kajian mendapati Sekolah X mengamalkan sistem pengunduran untuk menjalankan pemulihan bacaan. Hal ini bermakna murid-murid pemulihan akan keluar dari bilik darjah masing-masing untuk mengikuti kelas berkenaan. Masa untuk Kelas Pemulihan Bacaan di sekolah ini ditetapkan dari pukul 1.10 hingga 2.10 petang pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat pula dari pukul 2.10 hingga 3.10 petang. Selepas waktu tersebut, murid-murid akan kembali semula ke kelas mereka untuk belajar bersama rakan-rakan yang lain seperti biasa.

Mengikut Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik, terdapat beberapa faktor mengapa Sekolah X memilih sistem pengunduran bagi melaksanakan aktiviti pemulihan bacaan iaitu: i)

Murid-murid pemulihan masih dapat berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan mereka yang lebih maju. Keadaan ini amat baik untuk perkembangan sosial dan psikologi mereka. Antaranya ialah murid pemulihan tidak akan merasa tersisih, terpinggir dan terasing daripada kawan-kawan yang lebih pandai, murid pemulihan berpeluang mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan yang lebih pandai serta murid pemulihan boleh menjadikan kawan-kawan yang lebih pandai sebagai dorongan dan role model mereka.

ii) Murid-murid pemulihan masih berpeluang mengikuti kelas Bahasa Melayu dengan guru masing-masing. Sehubungan dengan itu mereka berpeluang mempunyai lebih banyak bimbingan iaitu daripada Guru Pemulihan Khas sendiri dan daripada guru Bahasa Melayu berkenaan.

iii) Murid-murid pemulihan berpeluang mengikuti mata pelajaran lain seperti biasa. iv) Murid-murid pemulihan dapat dihindarkan daripada merasa bosan dan rendah diri.

Pemerhatian kelas mendapati apa yang dilaksanakan oleh Sekolah X itu ada kebenarannya iaitu memang ada murid-murid pandai yang mahu membantu murid pemulihan semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Sebagai contoh dalam satu sesi pelajaran Bahasa Melayu, MM1 dilihat ada berbincang dengan rakan di sebelahnya tentang soalan yang dikemukakan guru iaitu jenis lauk pauk yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Kemudian MM1 mengangkat tangan untuk menjawab dan jawapannya itu betul iaitu ‘rendang ayam’ dan ‘kuah kacang’. Kawan di sebelah MM2 pula ada membetulkan jawapan kefahamannya yang salah iaitu dia tertinggal perkataan ‘kaki’ dalam ayat ‘Sang Buaya menggigit (kaki) Sang Kerbau’, manakala. Penolong Ketua Darjah di kelas MB2 ada mengajar MB2 cara mengeja perkataan ‘emak’, ‘ekor’ dan ‘emas’ yang terdapat di dinding bilik darjah mereka.

Selain mendapat pertolongan daripada rakan sekelas, guru-guru Bahasa Melayu pula banyak membimbing dan mengukuhkan apa yang telah murid pemulihan pelajari daripada Guru Pemulihan Khas. Misalnya pada waktu akhir satu pelajaran Bahasa Melayu di kelas Tahun 1 Angsana, GBM1 didapati meminta MA1 mengeluarkan apa yang telah dipelajarinya dalam Kelas Pemulihan Khas pada hari tersebut iaitu perkataan KVK ( ’bas, cat, dam, gam, jam, kek dan sos’). Kemudian GBM 1 minta MA1 mengeja dan menyebut tiga perkataan yang pertama tadi, namun tidak satu pun dapat dieja oleh MA1. Seterusnya GBM1 dilihat mengajar MA1 mengeja perkataan-perkataan yang telah dipelajarinya itu. Setelah beberapa kali dilatih tubi, didapati MA1 dapat mengeja setiap perkataan tersebut. Kemudian GBM1 menyuruh MA1 mengeja dengan kuat dan minta kawan-kawan sekelas berhenti sebentar daripada membuat latihan, sebaliknya mendengar dan menentukan sama ada ejaan MA1 itu betul. Apabila kawan-kawan mengatakan ejaan tersebut betul, GBM1 memuji MA1 dengan mengatakan dia sudah pandai dan meminta kawan-kawan memberi tepukan yang kuat kepadanya.

Di sebalik kelebihan yang dimilikinya, kajian ini mendapati sistem pengunduran juga mempunyai beberapa masalah iaitu: i.

Walaupun sistem ini memberi peluang untuk murid pemulihan mempelajari mata pelajaran lain, namun hakikatnya perkara ini jarang berlaku. Kelemahan membaca yang dialami murid pemulihan menyebabkan mereka sukar mengikuti mata pelajaran lain mahu pun Bahasa Melayu sendiri terutama jika pelajaran-pelajaran yang diajar adalah melibatkan bacaan. Ketidakupayaan murid pemulihan untuk membaca lancar sering menyebabkan mereka ketinggalan daripada mengikuti pelajaran dan membuat latihan.

Pemerhatian dalam pelajaran Bahasa Melayu di semua kelas menunjukkan apabila pelajaran tersebut melibatkan ayat atau petikan yang panjang, murid pemulihan sukar hendak membacanya, sukar hendak memahami maksud ayat berkenaan dan seterusnya sukar hendak menjawab soalan-soalan kefahaman yang dikemukakan. Malah kebanyakan ayat yang dibina atau jawapan kefahaman yang diberi sering kali didapati tidak tepat, tidak lengkap atau salah langsung. Sebagai contoh dalam pelajaran tentang pakaian pada Hari Raya Aidilfitri, didapati MC3 melengkapkan

ayat yang diberi sebagai ‘Ini baju kurungkok’ dan MC5 pula ‘Ini baju songkok’, sedangkan ayat yang sepatutnya ialah ‘Ini baju kurung’ dan ‘Ini songkok’.

Penyemakan latihan Bahasa Melayu mendapati ramai murid pemulihan menulis ayat-ayat yang tid ak boleh dibaca langsung seperti MC5 membuat ayat ‘In yabata’ (Ini jambatan), ‘emk MeMbeli ikuan dv pa’ (Emak membeli ikan dari pasar); MD4 tulis ‘Kaanel jeraanik’ (Kenderaan di air); MM1 tulis ‘Selinaga da ganak menkat’ (GBM5 sendiri tidak tahu apa yang ditulis oleh murid ini, lantas Penyemakan latihan Bahasa Melayu mendapati ramai murid pemulihan menulis ayat-ayat yang tid ak boleh dibaca langsung seperti MC5 membuat ayat ‘In yabata’ (Ini jambatan), ‘emk MeMbeli ikuan dv pa’ (Emak membeli ikan dari pasar); MD4 tulis ‘Kaanel jeraanik’ (Kenderaan di air); MM1 tulis ‘Selinaga da ganak menkat’ (GBM5 sendiri tidak tahu apa yang ditulis oleh murid ini, lantas

Pada satu pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas Tahun 1 Jejarum pula didapati GBM5 membuat dictation tentang Pahlawan Melayu:

Hang Tuah pahlawan terkenal Gagah berani bukan kepalang Hang Tuah lima bersaudara Kepada raja mereka setia.

Apabila penyelidik meninjau apa yang disalin oleh murid-murid pemulihan (MJ1 hingga MJ6), didapati tidak seorang pun daripada mereka dapat menyalin dengan betul apa yang guru sebut. Semua ayat yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak

bermakna. Sekali sekala terdapat perkataan yang betul seperti ‘Hang Tuah (MJ1, MJ2, MJ5) ’, ‘bijak’ (MJ1, MJ3, MJ4), ‘gagah’ (MJ3, MJ6) dan ‘lima’ (MJ6) dan

ini disebabkan perkataan-perkataan tersebut ada ditulis guru di papan hitam.

ii. Memberi kesukaran pada guru-guru lain untuk mengajar iaitu guru terpaksa mengulang semula apa yang telah diajar. Keadaan ini berlaku apabila guru hendak menyambung semula pelajaran yang diajar semasa ketiadaan murid-murid pemulihan. Selain itu guru terpaksa menunggu lama sekiranya ada nota atau latihan di papan hitam yang perlu disalin. Ketidakupayaan membaca menyebabkan murid-murid pemulihan amat lambat menyalin kerana terpaksa kerap melihat apa yang guru tulis. Misalnya untuk mengeja nama hari sekali pun

iaitu ‘Selasa’, MD3 terpaksa melihat tiga kali ke papan hitam, itu pun masih salah kerana ‘s’ tidak ditulis huruf besar. Mula-mula MD3 tulis ‘se‘ diikuti ‘la’ dan ‘sa’.

Satu lagi sebab kelewatan ialah murid-murid pemulihan sering membuat Satu lagi sebab kelewatan ialah murid-murid pemulihan sering membuat

iii. Guru tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada murid-murid pemulihan terutama secara individu kerana murid-murid yang lain juga memerlukan perhatian. Walaupun saiz kelas setiap Tahun 1 di Sekolah X tidak besar iaitu 28 orang setiap kelas, namun mereka terdiri daripada pelbagai prestasi iaitu pandai, sederhana dan lemah. Semua murid memerlukan tunjuk ajar guru termasuk mereka yang pandai kerana walaupun mereka pandai, ia tidak bermakna mereka faham kesemua isi pelajaran dan tidak membuat kesilapan. Penyemakan buku kerja dan latihan yang dibuat dalam kelas mendapati murid-murid pandai pun ada melakukan kesilapan seperti salah mengeja, salah menggunakan tanda baca dan memberi jawapan yang tidak lengkap. Sehubungan dengan itu guru perlu memberi layanan, bimbingan dan perhatian yang sama rata kepada semua murid termasuk mereka yang pandai. Tumpuan dan bimbingan individu kepada murid pemulihan juga tidak dapat diberi sekiranya masa pelajaran adalah singkat iaitu satu waktu sahaja. Kurang tumpuan dan bimbingan individu menyebabkan murid pemulihan terus ketinggalan dalam pelajaran.

iv. Menyebabkan murid-murid lain merasa bosan. Keadaan ini berlaku apabila guru terpaksa memudahkan isi pelajaran untuk menyesuaikannya dengan prestasi murid pemulihan. Pemerhatian terhadap pelajaran ejaan di Tahun 1 Angsana, Bakawali dan Dahlia misalnya mendapati murid-murid yang pandai dapat mengeja dengan cepat sedangkan murid-murid pemulihan masih terkial-kial. Akibatnya mereka yang telah selesai mengeja mula membuat bising, hilang tumpuan pada guru atau meminta guru terus menyebut perkataan-perkataan yang iv. Menyebabkan murid-murid lain merasa bosan. Keadaan ini berlaku apabila guru terpaksa memudahkan isi pelajaran untuk menyesuaikannya dengan prestasi murid pemulihan. Pemerhatian terhadap pelajaran ejaan di Tahun 1 Angsana, Bakawali dan Dahlia misalnya mendapati murid-murid yang pandai dapat mengeja dengan cepat sedangkan murid-murid pemulihan masih terkial-kial. Akibatnya mereka yang telah selesai mengeja mula membuat bising, hilang tumpuan pada guru atau meminta guru terus menyebut perkataan-perkataan yang

v. Membuang masa Guru Pemulihan Khas dan masa guru-guru lain. Sistem pengunduran menyebabkan setiap hari Guru Pemulihan Khas terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 10 minit untuk semua murid tiba di kelas tersebut. Hal ini disebabkan murid datang daripada pelbagai kelas dan biasanya selepas loceng berbunyi, mereka akan masuk ke kelas mereka dahulu untuk meletak beg. Guru Pemulihan Khas tidak membenarkan murid-murid tersebut membawa beg masing- masing ke Kelas Pemulihan Khas kerana khuatir barang-barang mereka seperti buku, botol air, payung dan sebagainya akan hilang. Lagi pun ia akan menyempitkan ruang sekiranya semua beg dibawa masuk ke dalam Bilik Pemulihan. Murid-murid hanya dibenarkan membawa kotak pensel dan pensel warna sahaja ke dalam kelas berkenaan.

Keadaan yang sama berlaku pada guru-guru lain iaitu mereka terpaksa menanti kepulangan murid pemulihan sebelum memulakan pelajaran. Insiden-insiden yang tidak dapat dielakkan seperti tertukar kasut dan lewat menyiapkan kerja di Kelas Pemulihan Khas menyebabkan guru terpaksa menunggu lebih lama. Sepanjang berada di Sekolah X, Penyelidik mendapati ada empat kali berlaku kes tertukar kasut dan semua murid yang terbabit enggan meninggalkan Kelas Pemulihan Khas selagi kasut mereka tidak dijumpai. Akibatnya Guru Pemulihan Khas Keadaan yang sama berlaku pada guru-guru lain iaitu mereka terpaksa menanti kepulangan murid pemulihan sebelum memulakan pelajaran. Insiden-insiden yang tidak dapat dielakkan seperti tertukar kasut dan lewat menyiapkan kerja di Kelas Pemulihan Khas menyebabkan guru terpaksa menunggu lebih lama. Sepanjang berada di Sekolah X, Penyelidik mendapati ada empat kali berlaku kes tertukar kasut dan semua murid yang terbabit enggan meninggalkan Kelas Pemulihan Khas selagi kasut mereka tidak dijumpai. Akibatnya Guru Pemulihan Khas

vi. Membolehkan murid ponteng Kelas Pemulihan Khas dengan mudah. Keadaan ini berlaku terutama jika guru yang mengajar serentak dengan waktu Kelas Pemulihan Khas bukan terdiri daripada guru kelas atau guru Bahasa Melayu. Guru-guru berkenaan biasanya akan terlepas pandang atau terlupa untuk menyuruh murid-murid pemulihan pergi ke kelas tersebut. Kadang-kadang ada pula murid yang tetap enggan pergi ke Kelas Pemulihan Khas walaupun guru telah mengingatkan mereka untuk berbuat demikian. Sebagai contoh MC3 didapati tidak menghadiri Kelas Pemulihan Khas sepanjang bulan Julai 2004 dan pada bulan-bulan lain juga dia kerap ponteng. Mengikut GBM3, jika terlalu didesak, murid ini akan menangis dan merajuk. Pemerhatian mendapati kerap kali juga berlaku Guru Pemulihan Khas sendiri terpaksa memanggil murid-murid yang enggan pergi ke Kelas Pemulihan Khas. Keadaan ini akan membuang masa.

Masalah-masalah di atas menyebabkan semua guru Bahasa Melayu mengatakan mereka lebih suka sistem kelas tetap digunakan untuk menjalankan aktiviti pemulihan bacaan. Sistem yang sedemikian akan membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lebih lancar, berkesan dan sistematik. Hal ini disebabkan guru dapat menyesuaikan isi pelajaran mengikut keupayaan murid dan dapat memberi lebih tumpuan kepada mereka. Di samping itu pembaziran masa dapat dielakkan kerana murid tidak perlu berulang alik ke Kelas Pemulihan Khas, manakala kes ponteng Kelas Pemulihan akan lebih mudah dkawal selia. Guru Pemulihan Khas juga mengemukakan pandangan yang sama. Namun begitu ini tidak bermakna murid pemulihan diasingkan terus daripada rakan mereka yang lain. Sekiranya mereka telah dapat membaca lancar, Masalah-masalah di atas menyebabkan semua guru Bahasa Melayu mengatakan mereka lebih suka sistem kelas tetap digunakan untuk menjalankan aktiviti pemulihan bacaan. Sistem yang sedemikian akan membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lebih lancar, berkesan dan sistematik. Hal ini disebabkan guru dapat menyesuaikan isi pelajaran mengikut keupayaan murid dan dapat memberi lebih tumpuan kepada mereka. Di samping itu pembaziran masa dapat dielakkan kerana murid tidak perlu berulang alik ke Kelas Pemulihan Khas, manakala kes ponteng Kelas Pemulihan akan lebih mudah dkawal selia. Guru Pemulihan Khas juga mengemukakan pandangan yang sama. Namun begitu ini tidak bermakna murid pemulihan diasingkan terus daripada rakan mereka yang lain. Sekiranya mereka telah dapat membaca lancar,