HASIL KAJIAN

HASIL KAJIAN

Bahagian ini akan mengemukakan perbincangan hasil kajian yang diperolehi daripada data-data yang dikumpulkan daripada 725 orang responden kajian. Berdasarkan soalan kajian yang telah dikemukakan, maka diperincikan hasil kajian bersandarkan kepada objektif dan soalan kajian. Setiap satu soalan kajian akan dibincangkan secara mendalam dan terperinci berdasarkan analisis data yang telah berjaya dikumpulkan daripada responden. Secara khususnya, hasil kajian ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 Perbincangan Keputusan Kajian Analisis Statistik Deskriptif dan Bahagian 2 Perbincangan Keputusan Kajian Analisis Statistik Inferensi.

Di dalam Bahagian 1, semua maklumat yang diperolehi daripada responden dianalisis secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, min dan juga peratusan. Gambarajah dan jadual dipersembahkan di dalam usaha memberikan gambaran yang lebih jelas tentang hasil kajian. Secara terperinci, Bahagian 1 melibatkan perbincangan berhubung profil responden dan juga persepsi mereka terhadap pengetahuan, minat, objektif, kepentingan, penilaian, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan yang disediakan. Setiap item yang dikemukakan di dalam borang soal selidik yang secara tidak langsung menjawab persoalan berhubung tahap penerimaan dan menjawab persoalan berhubung persepsi pelajar terhadap pengetahuan dan minat serta komponen penilaian yang menjadi angkubah tidak bersandar di dalam kajian pelaksanaan kursus wajib

universiti iaitu Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Pendidikan Moral dan

Bahasa Kebangsaan.

Interpretasi dan perbincangan di Bahagian 1 iaitu hasil kajian analisis statistik

67 8 -9

deskriptif adalah berdasarkan kepada Jadual Nilai Min dan Interpretasi di bawah

sebagaimana yang telah digunapakai oleh pengkaji terdahulu iaitu Mohd. N

SB

Syariefudin Abdullah (2005) dan Sharliana Che Ani (2007) yang mengkaji I

tentang Pelaksanaan Kursus Tamadun Asia (TITAS II) di Institusi Pengajian

D IN

E CE

Tinggi Awam (IPTA) dan Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Kursus Wajib

Universiti di Sebuah IPTS.

C Jadual 3: Nilai Min dan Interpretasi Hasil Kajian N E

NILAI MIN

INTERPRETASI

1 2 1.0-2.4 CO Negatif 0

2.5-3.4

Sederhana

I2 N

3.5-5.0

Positif

CC E

Bahagian 1: Keputusan Analisis Statistik Deskriptif

Borang soal selidik telah diedarkan di enam buah IPTS iaitu Universiti Tun Abdul Razak, Masterskill University of Health Science, Taylors University College, Universiti Tunku Abdul Rahman, KPJ International College of Nursing and Health Sciences dan Kolej Poly-Tech MARA. Seramai 725 orang responden telah memberikan kerjasama bagi menjayakan kajian ini yang terdiri daripada pelbagai fakulti dengan pecahan profilnya sebagaimana yang dipaparkan dalam jadual di bawah.

Bilangan Responden Mengikut Etnik

Bumiputera Lain-lain

Melayu India Cina Bumiputera

Majoriti responden adalah berbangsa India dengan catatan jumlah responden

tertinggi iaitu seramai 319 orang (44%), diikuti dengan 237 orang (33%) -25

berketurunan Melayu, 97 orang (13%) berketurunan Cina, 52 orang (7%) yang

memegang status Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain bangsa dengan 67

jumlah 20 orang (3%).

9 N SB

Bilangan Responden Mengikut Jantina

D IN E

Lelaki

Perempuan

Perempuan

Lelaki

CE O

28%(201) R

2 1 CO

I2 N CC E

Rajah 2

Berdasarkan rajah di atas, kajian menunjukkan majoriti responden adalah perempuan iaitu seramai 524 orang (72%) dan selebihnya iaitu seramai 201 orang (28 %) adalah lelaki.

Bilangan Responden

Mengikut Jenis program

Rajah 3

Majoriti responden mengikuti program Diploma iaitu dengan peratusan tertinggi sebanyak 54.2% atau 393 orang. Seramai 227 orang atau 31.3% daripada jumlah keseluruhan 725 orang pelajar sedang mengikuti program Ijazah Pertama dan selebihnya iaitu 14.5% atau 105 orang pula mengambil program asasi atau Foundation.

Bilangan Responden Mengikut Tahap Kelayakan

4% (33) STPM -25

E D Rajah 4 IN

CE

Dari aspek kelayakan, kajian menunjukkan majoriti responden adalah pelajar

lepasan SPM dengan jumlah 507 orang (70%), diikuti dengan STPM seramai 143

orang (20%) dan Matrikulasi dengan 33 orang (4%). Responden yang memasuki

IPTS dengan kelulusan Diploma dan lain-lain kelayakan masing-masing

2 1 CO

mencatatkan jumlah peratusan yang sama iaitu 3%.

I2 N