Satu Aliran

Satu Aliran

Ku Hasnita Ku Samsu, Ph.D; Universiti Putra Malaysia;

hasnita@putra.upm.edu.my

Adlina Ab. Halim, Ph.D; Universiti Putra Malaysia; adlina@putra.upm.edu.my Lee Yok Fee, Ph.D; Universiti Putra Malaysia; leeyokfee@putra.upm.edu.my Mohd Hafiz Sulaiman, B.A.; Universiti Putra Malaysia;

mohdhafiz2009@yahoo.com

Abstrak – Perpaduan merupakan tonggak pembinaan Negara-bangsa. Demi mencapai perpaduan yang optimum, sistem pendidikan diamanahkan sebagai agen utama perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Evolusi Dasar Pendidikan Malaysia menyaksikan Sekolah Wawasan ditubuhkan sebagai salah satu usaha ke arah perpaduan. Akhir-akhir ini, kewujudan Sekolah Wawasan dilihat sebagai bukan lagi jalan penyelesaian terbaik oleh kementerian berwajib. Oleh yang demikian, isu penubuhan Sekolah Satu Aliran mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pemikir dan ahli politik sebagai alternatif. Sistem pendidikan sedia ada dicadangkan agar kembali ke arah mencapai semangat Penyata Razak 1956 dengan model Sekolah Satu Aliran. Persoalannya, sejauh manakah sistem pendidikan perlu diubah dan diolah agar integrasi tercapai? Benarkah sekolah satu aliran mampu memperbetulkan landasan perpaduan Negara? Justeru, penulisan ini merupakan suatu pengamatan awal berpandukan kepada temu bual mendalam terhadap tujuh orang wakil pendidik sekitar Petaling Jaya dan Gombak, mewakili sekolah aliran kebangsaan, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kertas kertas ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendirian golongan

pendidik terhadap penubuhan Sekolah Satu Aliran sebagai kunci perpaduan antara

kaum. Rata-rata pendidik yang ditemui mempersetujui pelaksanaan sistem

alternatif ini bersandarkan kepada kekuatan yang didokongnya. Walau

bagaimanapun, proses pelaksanaan Sekolah Satu Aliran perlu dikaji dengan lebih

mendalam agar tidak menyemai bibit-bibit perpecahan integrasi kaum. Sistem ini

8 -96 7

juga bakal mengharungi pelbagai rintangan pada peringkat awal penubuhannya.

SB

Kata kunci – sekolah satu aliran; perpaduan; pendidikan. I

SG IN D E

PENDAHULUAN CE O

Manusia dalam masyarakat yang maju dan kompleks mempunyai seribu satu

macam keperluan. Terdapat beberapa keperluan utama yang perlu dipenuhi

antaranya keperluan fisiologi, keperluan rohani, keperluan sosiobudaya,

keperluan intelektual, keperluan politik dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, O

dasar-dasar terpaksa diwujudkan oleh kerajaan yang memerintah demi

I2

memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Di sini jelas menunjukkan peranan

CCN E

yang dimainkan oleh kerajaan dalam pengurusan kehidupan rakyat.

Salah satu peranan kerajaan yang ditekankan oleh segenap rakyat agar senantiasa dipenuhi adalah keperluan intelektual. Kesedaran bahawa hanya dengan intelek yang sempurna mampu meningkatkan minda masyarakat terutamanya generasi pelapis untuk terus mengekalkan kemajuan fizikal dan spiritual sesebuah negara. Oleh itu, pembinaan institusi pendidikan seperti sekolah awam, maktab dan universiti diberi dana peruntukan yang besar oleh sesebuah kerajaan. Institusi-institusi jambatan ilmu ini perlu dilengkapi dengan segala peralatan yang lengkap demi memastikan proses perpindahan ilmu berjalan lancar. Golongan pendidik adalah penggerak utama institusi pendidikan yang disifatkan sebagai golongan penyebar ilmu yang berkeupayaan mendidik generasi muda dengan berbagai cabang ilmu pengetahuan berkaitan kemasyarakatan, pekerjaan, moral, sejarah, sains dan teknologi.

Kuasa intelek bukan sahaja mampu membantu manusia menyelesaikan masalah, bahkan mampu meneroka cabang ilmu yang baharu sehingga dapat mencipta suatu bentuk teknologi baharu. Sehubungan itu, semakin maju tamadun masyarakat itu semakin tinggi tahap intelektual diperlukan supaya dapat mengikuti arus kemajuan. Dengan dipacu oleh arus globalisasi, sektor pendidikan masa kini menuntut perubahan daripada suatu bentuk komunikasi ilmu pengetahuan kepada suatu bentuk pencorakan minda dan spiritual masyarakat seperti saranan ahli-ahli falsafah Barat, misalnya Plato, Aristotle dan lain-lain (Abdullah Hassan, 1987). Aspek kerohanian dan pembentukan moral tidak boleh dipisahkan dalam proses penyampaian ilmu. Hal ini kerana manusia

yang berilmu dianggap mampu memusatkan pemikiran mereka sambil -6

mengawal peri laku masing-masing sejajar dengan norma-norma masyarakat

sekelompok. -59 7

Institusi pendidikan sebagai agen penting untuk membentuk identiti negara- 9

bangsa dalam kemajmukan rakyat di mana-mana negara di dunia. Misalnya, SB

Korea, China and Jepun, rakyat mereka telah diwajibkan mengikuti skim

pendidikan kebangsaan sejak kanak-kanak hingga remaja (Lee, 2003). IN

Pendidikan wajib ini bermotifkan penerapan kesatuan dalam diri rakyat agar

CE O

bangga membawa nama negara mereka ke persada antarabangsa. Di Amerika R

Syarikat pula, pendidikan yang berbentuk kenegaraan juga sedang dilaksanakan dan menurut Streich (2009), asimilasi telah dipromosikan oleh sekolah awam

sejak era 1900 di Amerika. Bahkan, tambah beliau, konsep ini masih berlangsung

hingga sekarang kerana dianggap sebagai sesuai dalam hal pemupukan identiti

Amerika yang dikehendaki. Hal ini menunjukkan kesungguhan Amerika dalam I2

E hal mendidik sifat dan nilai kenegaraan demi memastikan kestabilan dalam CCN

kemajmukan rakyat.

Pada amnya, rakyat majmuk Malaysia yang hidup di era globalisasi ini sangat memandang tinggi sektor pendidikan. Pendidikan dianggap sebagai suatu pelaburan penting dalam melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi dan beridentiti negara. Oleh itu, sejak mencapai kemerdekaan, Dasar Pendidikan Negara sering dikaji semula dan diperbaharui oleh kerajaan, hingga menjadi salah satu dasar awam kerajaan yang paling banyak digubal dan dilaksanakan. Perubahan demi perubahan ini meliputi berbagai aspek, tetapi pada satu matlamat, iaitu penambah baikkan ke arah pembentukan modal insan yang sempurna. Pembentukan modal insan yang sempurna perlu merangkumi aspek rohani, fizikal dan mental yang kukuh. Di samping itu, insan ideal ini menjadi aset yang berharga apabila mampu mendokong aspirasi integrasi dan identiti nasional. Oleh yang demikian, institusi pendidikan juga dipertanggungjawabkan dalam hal pemupukan perpaduan dan penjenamaan identiti rakyat Malaysia yang sedia diketahui mempunyai kemajmukan yang tinggi, suatu yang tidak lagi jangkal dilakukan di era globalisasi ini.

Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan memberi suatu pengamatan awal kepada kajian penubuhan sekolah satu aliran ke arah perpaduan nasional yang sedang dijalankan. Penubuhan sekolah satu aliran dicadangkan demi mencapai semangat Penyata Razak 1956, iaitu integrasi nasional yang dikhuatiri sesetengah pihak semakin luntur. Penulisan ini berpandukan kepada hasil temu bual yang telah dilakukan terhadap beberapa orang wakil pendidik sekitar Petaling Jaya dan Gombak, yang mewakili sekolah aliran kebangsaan, termasuk

jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Artikel ini dibahagikan kepada beberapa -6

bahagian utama yang dimulakan dengan kajian lepas, pendirian guru terhadap

penubuhan sekolah satu aliran dan kesimpulan di akhir kertas ini. -59 7

KAJIAN LEPAS : PERPADUAN DAN SEKOLAH SATU ALIRAN 9

N SB

Terdapat beberapa istilah utama yang amat penting dalam merangkumi

perbincangan demi perbincangan yang wujud dalam penulisan ini. Antara istilah S G

tersebut adalah “perpaduan” dan “Sekolah Satu Aliran.” Kedua-dua istilah ini IN

sangat penting dalam mengaitkan perhubungan kekuatan dan cabaran Sekolah CE O

Satu Aliran sebagai agen terkini dalam mengukuhkan integrasi. Selain itu, istilah

“Sekolah Kebangsaan” dan “Sekiolah Jenis Kebangsaan” juga perlu didefinisikan agar tidak mengundang salah tafsiran.

Perpaduan

I2

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan,

E CCN

peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi

satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Jabatan Perpaduan Negara (1990) dalam

Zahara Aziz et al. (1993) mendefinisikan perpaduan sebagai satu keadaan di Zahara Aziz et al. (1993) mendefinisikan perpaduan sebagai satu keadaan di

Oleh itu, perpaduan boleh didefinisikan sebagai membawa maksud suatu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat agar dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal di kalangan mereka. Dengan itu, perasaan taat setia, cinta dan bangga terhadap negara dapat disemai lantas mengatasi perasaan sentimen perkauman dan kewilayahan masing-masing.

Institusi Sekolah

Sebagai salah satu agen sosialisasi politik, institusi sekolah berperanan dalam pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Sistem persekolahan yang mempunyai perkaitan dengan kajian ini adalah sistem persekolahan aliran kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Menurut Akta Pendidikan (1996), Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan penuh kerajaan yang menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. Sekolah ini menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Inggeris pula dijadikan sebagai mata pelajaran wajib dan pengajaran bahasa Cina atau Tamil ditawarkan sekiranya mendapat permohonan daripada

sekurang-kurangnya lima belas orang ibu bapa bagi murid di sekolah itu. -6

7 Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan pula adalah sekolah rendah kerajaan atau -59 sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang -96

sesuai bagi murid dari umur enam tahun. Sekolah ini menggunakan bahasa Cina 9

atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Kebangsaan dan bahasa SB

Inggeris pula dijadikan sebagai mata pelajaran wajib.

IN

Dasar Pendidikan di Malaysia

O CE

Dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 telah menetapkan R

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama alam persekolahan. Hal ini dilakukan dengan niat untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan

rakyat berbilang kaum. Perkara ini juga berkait rapat dengan elemen

keistimewaan dan jati diri yang terkandung di dalam bahasa pertiwi tersebut.

Akan tetapi, penggubalan dasar bahasa yang bertitik tolakkan insiden pasca I2

E kemerdekaan sebenarnya dihimpit oleh keperluan pembinaan negara CCN

berdasarkan konteks tempatan dan perubahan global semasa. Justeru, dasar

Sejarah telah memperlihatkan sikap kerajaan yang sangat berjaga-jaga dan berhati-hati serta berkompromi demi memenuhi tuntutan etnik yang berbeza. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan perpaduan rakyat yang dizahirkan oleh Penyata Razak 1956 mengalami nasib yang serupa. Proses kompromitasi ini jelas kelihatan pada sistem persekolahan rendah dan menengah yang berbeza pada peringkat awal penggubalan dasar pendidikan. Pada peringkat sekolah rendah, dasar kepelbagaian bahasa pengantar dibenarkan. Ini menyaksikan kewujudan sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular, demi memenuhi keperluan pembelajaran dalam bahasa ibunda masing-masing. Seterusnya, penyeragaman bahasa pengantar bagi mewujudkan integrasi nasional hanyalah dilakukan pada peringkat sekolah menengah. Akan tetapi, pada masa yang sama, sekolah menengah vernakular Cina dikekalkan untuk suatu tempoh sehinggalah Laporan Rahman Talib 1960 dibentangkan. Mengikut laporan ini, mana-mana sekolah menengah vernakular Cina yang enggan bertukar ke aliran kebangsaan secara automatik tersinggir daripada sistem untuk memastikan penyeragaman struktur pendidikan menengah negara (Tan Yao Sua, 2012).

Setelah Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 pula digubal untuk memperakukan dua jenis sekolah menengah sahaja dalam sistem pendidikan kebangsaan (Tan Yao Sua, 2012). Pertama, sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini mengajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib, manakala bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai mata pelajaran hanya apabila mendapat permintaan daripada 15 orang ibu bapa pelajar. Kedua, sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Di sini, pelajar didedahkan dengan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib, manakala pengajaran bahasa Cina dan Tamil diajar sekiranya mendapat permintaan. Bahasa Melayu ditekankan sebagai bahasa penyatu pada peringkat sekolah menengah sangat berasas. Hal ini menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku Mohd.Taib Osman (2004), rasional bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian ilmu secara berkesan kerana bahasa ibunda merupakan bahasa yang dapat memupuk perkembangan emosi manusia setempat. Justeru, bahasa Melayu bukan sahaja melambangkan cara berkomunikasi rakyat tetapi juga melambangkan emosi dan minda yang terkandung di dalam bahasa itu sendiri.

Dasar penyeragaman bahasa ini mendapat tentangan meluas daripada golongan bukan Melayu, terutamanya pendidik Cina yang bernaung di bawah Dong Jiao Zong, iaitu sebuah gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong) dan

Persekutuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina (Dong Zong) (Tan Yao Sua, 2012: 62). Malah, menurut Asmah dalam Tan Yao Sua (2012), pergolakan bahasa dan politik perkauman ketika itu berakhir dengan tragedi rusuhan kaum 1969, hingga mengakibatkan penguatkuasaan bahasa Melayu terpaksa dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan pelajar Tahun 1 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris pada tahun 1970. Perkara ini jelas menunjukkan dasar-dasar bahasa yang diperkenalkan sangat bersifat kompromi antara dasar keseragaman bahasa pengantar dengan dasar kepelbagaian bahasa pengantar. Sikap berwaspada perlu diambil sebagai langkah membendung keretakan hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia.

Setelah hampir 30 tahun bahasa Melayu digunapakai, bahasa Inggeris diberi status bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik pada tahun 2003 melalui dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Senario ini menyaksikan percanggahan yang ketara dengan Akta Pendidikan 1996 yang memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Hal ini juga menyaksikan situasi pelajar menengah Tingkatan

4 yang memasuki aliran Sains cuma didedahkan dengan bahasa Melayu dalam tiga subjek sahaja iaitu Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Tambahan pula, dasar PPSMI ini hanya terlaksana terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan, yang selama ini menjadi agen perpaduan dan pendaulat Bahasa Kebangsaan. Pengecualian PPSMI diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina kerana Sains dan Matematik diajar dalam dwibahasa, iaitu bahasa Cina dan -6

bahasa Inggeris (Tan Yao Sua, 2012). Hal ini sudah tentu akan memberi ruang

penggunaan bahasa Cina yang lebih kerana Dong Jiao Zong senantiasa -59 7

menekankan penerapan bahasa Cina kepada pelajar seperti yang pernah berlaku -96

dalam lipatan sejarah. Pendaulatan bahasa Melayu juga hanya kekal di dalam 9

Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang usaha untuk memurnikan lagi SB

bahasa pertiwi ini. Oleh yang demikian, isu pengukuhan bahasa Melayu yang

didokong selama ini oleh dasar dan akta pendidikan Negara dilihat seolah-olah IN

diabaikan hingga dikhuatiri merobak integrasi nasional dan pendaulatan bahasa

CE O

yang diidamkan. R

Setelah hampir tujuh tahun mengguna pakai PPSMI, kerajaan akhirnya

mengambil keputusan memansuhkan dasar ini dan menggantikan dasar tersebut

dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI) pada tahun 2009. Penukaran dasar ini dilihat perlu kerana PPSMI I2

E telah menyebabkan kerugian besar kepada pelajar, yakni 75% murid seluruh CCN

Malaysia didapati tergolong dalam kategori pencapaian sederhana dan lemah

dalam tiga mata pelajaran terlibat, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik (Berita 40

Harian, 4 November 2011). Selain itu, dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah kembali mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Manakala di sekolah menengah, bahasa Melayu akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains (Berita Harian, 5 November 2011). Dengan MBMMBI, bahasa Melayu kembali menjadi bahasa pengantar utama, lantas proses pendaulatan bahasa kembali terjamin. Pelaksanaan dasar ini diharap menjadi agenda berterusan dan bukan lagi percaturan politik. Hal ini kerana pendidikan dan bahasa merupakan kelangsungan Negara yang perlu dijaga rapi agar generasi akan datang terpelihara dan terus mendaulatkan Negara.

Idea “Sekolah Satu Aliran”

Sekolah Satu Aliran adalah sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai pengantar. Ini bermakna tiada lagi sekolah berasaskan etnik seperti Sekolah Rendah atau Menengah Jenis Kebangsaan. Walau bagaimanapun, elemen etnik itu akan dijadikan subjek wajib bagi semua pelajar tanpa mengira kaum. Sebagai contoh, bahasa Mandarin dan Tamil akan dijadikan subjek wajib di dalam kurikulum Sekolah Kebangsaan.

Idea mewujudkan system persekolahan satu aliran ini telah diutarakan oleh pelbagai pihak seawal tahun 2009 melalui media cetak sebagai medium utama

untuk mencapai perpaduan nasional. Menurut Prof. Khoo Kay Kim, seperti yang -6

dilaporkan oleh Malaysiakini (2009, November 3), mencadangkan

penstrukturan semula sistem pendidikan nasional, termasuk melaksanakan satu -59 7

aliran persekolahan, untuk memastikan hasrat dan matlamat konsep 1 Malaysia. -96

Tambah beliau, sistem persekolahan sedia ada yang menjurus kepada pelbagai 9

aliran, khususnya berpaksikan perkauman, tidak membantu masyarakat SB

memahami erti perpaduan yang dibawa oleh konsep 1 Malaysia. Namun, idea ini

juga telah mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif daripada kalangan IN

masyarakat, terutamanya pendidik Cina melalui Dong Jiao Zong.

CE O

Selain itu, idea Sekolah Satu Aliran menjadi perbualan masyarakat, khususnya ahli politik demi memperkasakan lagi MBMMBI. Pemusatan agenda pendidikan

dalam satu aliran yang sama dilihat mampu menyelesaikan kemelut sensitiviti

kaum di Malaysia. Dengan terlaksananya sistem ini, generasi akan datang akan

mempunyai tahap integrasi nasional yang tinggi, bahkan mampu memacu I2

E Negara ke persada antarabangsa dengan satu identiti. CCN

KEKUATAN DAN CABARAN PENUBUHAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Pendirian guru dilihat sebagai suatu justifikasi penting dalam penubuhan sekolah satu aliran. Guru merupakan nadi kepada perjalanan sistem pendidikan Negara. Mereka juga merupakan insan yang berurusan secara terus dengan hal pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, pandangan mereka dilihat sebagai perlu untuk mengetahui keperluan dalam penubuhan sekolah satu aliran ini. Demi menjelaskan pendirian mereka, penulisan ini dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Kekuatan

Rata-rata pendidik yang ditemui di daerah Petaling Jaya dan Gombak mempersetujui pelaksanaan Sekolah Satu Aliran. Sokongan penuh diperoleh daripada pendidik aliran kebangsaan atau lebih tepat lagi sekolah menengah kebangsaan (SMK). Bagi sekolah jenis kebangsaan, Cina atau pun Tamil, mereka akan menerima polisi pendidikan daripada kementerian yang bertanggungjawab dengan hati yang terbuka. Di sini kelihatan kebimbangan daripada pendidik kaum Cina dan India dalam hala tuju modul pendidikan SJK dalam model Sekolah Satu Aliran.

Kekuatan sistem ini berasaskan kepada beberapa faktor. Faktor pertama adalah dalam isu penggunaan dan pendaulatan bahasa Melayu. Pendidik aliran kebangsaan bersetuju bahawa konsep memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama mampu dilakukan dengan tertubuhnya Sekolah Satu

Aliran (S1A). Penubuhan S1A ini juga dilihat pada pandangan mereka sebagai

pendokong utama MBMMBI yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2009. 85

Proses memartabatkan bahasa Melayu akan memberi keuntungan yang besar -59 7

kepada semua pihak. Ia bukanlah suatu projek kerajaan untuk melenyapkan atau -96

menghapuskan bahasa ibunda etnik lain tetapi sebagai program pengukuhan 9

N SB

bahasa Melayu kepada semua. Menurut pandangan Pendidik PJ1,

kalau dia semua dah satu aliran…bahasa Melayu..jadi akhirnya…jangka panjang..bukan IN

untuk setahun dua tahun…semua murid-murid jadi mudah kuasai bahasa

CE O

Melayu…secara tidak langsung boleh memartabatkan bahasa

Pengukuhan bahasa Melayu ini dikatakan penting dan wajar dilaksanakan agar N F E R E semua lapisan rakyat, termasuklah golongan Melayu sendiri mampu N

menuturkan Bahasa Kebangsaan ini dengan yakin dan betul, bukan lagi dalam

bahasa slanga. 0

I2

E CCN

Seterusnya, konsep S1A berkaitan rapat dengan dasar pendidikan Negara. Para R

pendidik ini bersetuju bahawa konsep ini sebenarnya telah wujud barangkali

lebih lama daripada Penyata Razak 1956. Hal ini kerana dasar sekolah lebih lama daripada Penyata Razak 1956. Hal ini kerana dasar sekolah

perpaduan…sebenarnya telah ditekankan dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) setiap sekolah yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing…bukannya isu baharu

Pendidik PJ3 juga menambah dengan mengatakan bahawa dasar kurikulum sekolah sangat menekankan pemahaman budaya etnik yang berbeza. Budaya- budaya masyarakat Malaysia, termasuk isu-isu sensitif perkauman perlu didedahkan dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek Moral dan Sejarah. Oleh yang demikian, sekiranya semua rakyat memahami konsep dasar pendidikan, masyarakat umum tidak mungkin akan mempertikaikan pelaksanaan S1A demi meningkatkan taraf akademik dan meyakini kekuatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu seperti mana Jepun menggunakan bahasa Jepun dalam semua aspek termasuk pendidikan. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa konsep yang cuba dibawa S1A bukanlah suatu yang asing dalam kalangan pendidik tetapi lebih tepat sebagai suatu program penjanaan semula atau ke arah memberi nafas baru kepada dasar sedia ada.

Tambahan pula, konsep S1A yang cuba diketengahkan sangat bertepatan dengan matlamat Penyata Razak. Hal ini kerana pendidikan awal dalam satu aliran dapat membentuk peribadi yang dikehendaki sebagai masyarakat Malaysia, tanpa

mencerminkan identiti etnik yang terlalu ketara. Oleh itu, S1A dilihat sebagai

titik tolak kepada usaha ke arah perpaduan yang kukuh. Penubuhan S1A juga

penting dipertimbangkan pelaksanaannya demi mengukuhkan kefahaman dan

7 -59

asas bangsa Malaysia agar jurang antara etnik dapat dikurangkan atau

dilenyapkan terus. Hal ini dilihat penting kerana rata-rata pendidik yang ditemui

mengakui Sekolah Kebangsaan yang wujud sekarang terlalu bersifat eksklusif N

SB

iaitu dijuarai oleh kaum Melayu. Keadaan ini menyebabkan pelajar mewujudkan I

kelompok masing-masing apabila sampai di peringkat menengah yang

IN

menerima percampuran etnik. Adalah menguntungkan semua pihak sekiranya D E

O CE

isu perpaduan dapat diselesaikan secara beransur-ansur melalui penerapan S1A

hingga mewujudkan generasi Malaysia baru pada masa akan datang. P

Selain itu, faktor setempat juga menjadi salah satu penyumbang kekuatan

konsep S1A. Sekolah kebangsaan yang banyak menerima pelajar kaum Cina dan

India dilihatkan tidak mempunyai masalah dalam pelaksanaan S1A. Sebagai 0

I2

contoh, SMK Damansara Jaya menerima kemasukan pelajar Cina dalam kuantiti

E CCN

yang banyak hingga mereka menjadi golongan majoriti dalam sekolah R kebangsaan tersebut. Hal ini berkait rapat dengan sistem fidel yang diamalkan

oleh kementerian demi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat setempat.

Dari segi komposisi pelajar, SMK Damansara Jaya menerima majoriti kemasukan pelajar daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Cina) Yuk Chai yang berhampiran. Di tangga kedua merupakan pelajar Melayu diikuti dengan pelajar berbangsa India di kedudukan terbawah. Oleh itu, sekolah ini tidak akan bermasalah dari segi pembelajaran dan pentadbiran sekiranya S1A diwujudkan. Penulis percaya, masih banyak lagi sekolah yang beroperasi dengan keadaan yang sama di Malaysia, barangkali masyarakat yang tidak menyedari hakikat ini.

CABARAN DAN KEKANGAN

Rata-rata pendidik bersetuju bahawa cabaran paling utama sekiranya S1A dilaksanakan adalah ibu bapa. Sesetengah sekolah terpaksa berhadapan dengan amukan dan tomahan daripada ibu bapa secara berterusan. Hal ini kerana institusi sekolah merupakan orang pertama yang akan menerima sebarang akibat atau faedah apabila sesuatu dasar pendidikan dilaksanakan. Bagi kawasan yang mempunyai semangat perkauman yang kuat, agak sukar untuk menerima perubahan ini dalam sekelip mata. Tambahan pula, SRJK merupakan simbol perwakilan kaum bukan Melayu di Malaysia yang mempunyai signifikasi yang mendalam. Situasi ini bersamaan dengan hal pelaksanaan PPSMI suatu masa dahulu yang mendapat tentangan daripada golongan yang bersikap ultra- Melayu. Seterusnya, sekiranya S1A mula mendapat sambutan, pihak sekolah barangkali akan mempunyai masalah berkomunikasi dengan ibu bapa dan pelajar sekolah vernakular tersebut. Akan tetapi masalah ini akan berlarutan hanya pada peringkat awal pelaksanaan S1A.

-6 -25

Pertama, cabaran utama penubuhan S1A berpaksikan pada isu bahasa. 85

Pelaksanaan S1A dilihat tidak bertepatan dengan masa dan keadaan. Tambahan -59 7

pula, pelaksanaan ini dikatakan belum tiba masanya dan masih terdapat cara -96

lain untuk perpaduan. Institusi pendidikan peringkat rendah perlu berada dalam 9

N SB

persekitaran budaya etnik tersendiri. Pendedahan bahasa Mandarin dan Tamil

misalnya, perlu dilakukan pada peringkat awal kerana faktor budaya yang S G

dibawa oleh bahasa itu sendiri. Mengambil bahasa Mandarin sebagai contoh, IN

masyarakat Cina menekankan pembelajaran ilmu dalam bahasa mereka kerana CE O

bahasa ini membawa jati diri dan identiti mereka. Hal ini berkait rapat dengan

isu pendidikan awal kanak-kanak perlu diterapkan menerusi bahasa ibunda (mother’s tongue) demi memastikan ilmu tersebut mudah difahami dan

diaplikasikan oleh pelajar bukan Melayu. Hal ini diketengahkan oleh Pendidik O

GB2 dalam temubual yang dijalankan. Menurut beliau,

I2

E CCN

pendidikan awal kanak-kanak perlu diterapkan menerusi bahasa ibunda (mother’s

tongue) demi memastikan ilmu tersebut mudah difahami kanak-kanak…tambah-

tambah kanak-kanak India dan Cina

Dalam isu yang sama, menurut Pendidik GB2 juga, sesetengah pendidik kaum India berpendapat bahawa mereka berbangga dengan keteguhan jati diri mereka yang dikekalkan melalui pelaksanaan SRJK walaupun hanya mampu memahami pertuturan bahasa Melayu tanpa mampu bertutur menggunakannya dengan baik.

Kedua, SRJK merupakan simbol perwakilan kaum bukan Melayu di persada Malaysia. Dengan kewujudan sekolah ini, adat resam dan jati diri kaum diyakini terpelihara. Lantas, hak untuk hidup bersama dijaga dan dihormati. Identiti kaum bukan Melayu tidak akan terhakis dan lenyap dari peta bangsa Malaysia. Sebagai contoh, organisasi SRJK Cina perlu mencerminkan hak pentadbiran 100% kaum Cina demi memastikan budaya dan semangat sedia ada tidak berkurangan. Perkara ini dijelaskan oleh Pendidik PJ4,

organisasi SRJK Cina perlu hak pentadbiran 100% kaum Cina…ini untuk memastikan budaya dan semangat sedia ada kekal…lagipun kalau bercampur masuk pentadbir Melayu…budaya dan kehendak Cina mereka mesti tak faham…

Hal ini juga boleh mengelakkan perbezaan pendapat yang ketara kerana faktor budaya yang berbeza. Perkara ini juga berkait rapat dengan permintaan kaum bukan Melayu dalam setiap kali pilihan raya umum dilakukan agar bilangan SRJK ditambah. Mana mungkin S1A akan diterima sekiranya SRJK bakal dijenamakan semula? Ini akan bertentangan dengan hasrat kaum mereka.

Seterusnya, pelaksanaan S1A akan menyaksikan penempatan semula guru-guru

secara berskala luas. Hampir seluruh organisasi sekolah akan dirombak bagi

7 -59

menampung keperluan pendidikan generasi muda. Guru-guru yang telah

dilantik perlu ditempatkan semula agar tidak berlaku keciciran dan penamatan

khidmat. Perubahan penggunaan bahasa pengantar kepada guru juga akan N

SB

mengambil masa. Sebagai contoh, guru-guru yang selesa dengan bahasa I

pengantar Tamil atau Mandarin perlu menyesuaikan diri mengajar subjek

IN

Matematik mahupun bahasa Melayu dengan baik. Oleh yang demikian, beberapa D E

O CE

siri latihan pengukuhan perlu dijalankan kepada guru-guru untuk memastikan

tahap kompetansi mereka seiring dengan dasar baru. Perubahan pengurusan P

juga diharapkan tidak berat sebelah dan mengamalkan budaya kesamarataan N

dalam hal kebajikan para guru.

Berkait rapat dengan guru, institusi sekolah pula perlu ditambah baik dari segi 0

I2

bilangan kelas dan lain-lain fasiliti yang berkaitan. Hal mengenai jam pengajaran

E CCN

sangat dikhuatiri bakal membebankan guru sekiranya bahasa Tamil dan R Mandarin pula diwajibkan. Isu ini dikatakan perlu dikaji berdasarkan

pengalaman pihak sekolah pada masa sekarang yang memperkenalkan subjek pengalaman pihak sekolah pada masa sekarang yang memperkenalkan subjek

Seterusnya, isu peperiksaan juga perlu diambil kira dalam pelaksanaan S1A. Hal ini kerana rata-rata SRJK sekarang menggunakan dwi bahasa dalam kertas peperiksaan awam mereka. Bahasa yang diguna pakai adalah bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris atau bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Pelaksanaan S1A pada peringkat awal juga memerlukan kertas dwi bahasa seperti bahasa ibunda etnik itu dengan bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kewajaran khidmat penterjemah juga perlu dipertimbangkan pada peringkat awal. Akan tetapi isu ini dapat diatasi sekiranya S1A dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu memulakan dasar ini kepada pelajar Tahap 1 dan Tingkatan 1 yang baru memasuki alam persekolahan tanpa mengganggu pelajar yang telah hampir menempuhi peperiksaan awam.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, rata-rata pendidik yang ditemui mengakui bahawa

pelaksanaan S1A akan menguntungkan semua pihak terutamanya pelajar

walaupun akan menerima tentangan daripada ibu bapa pada peringkat awal. 85

7 Konsep S1A akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada generasi akan -59 datang terutamanya menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Melayu yang -96

merupakan Bahasa Kebangsaan. Sistem ini wajar diperkenalkan bermula pada 9

N SB

peringkat Sekolah Kebangsaan sesuai dengan perumpamaan Melayu “melentur

buluh dari rebungnya,” mengambil iktibar kanak-kanak pada peringkat ini S G

sangat mudah dicorakkan dengan nilai yang dibawa oleh bahasa tersebut. IN

Unjuran itu, pada masa yang sama S1A dapat memartabatkan penghayatan CE O

patriotisme yang sebenar dalam kalangan rakyat.

Walau bagaimanapun, proses pelaksanaan S1A perlu dikaji dengan mendalam

dan perlu menghadapi pelbagai rintangan. Tentangan daripada masyarakat, O

khasnya kaum Cina dan India, yang tidak menerima perubahan bakal

I2

memuncak. Hal ini dilihat berkaitan dengan isu bahasa dan budaya yang sangat

E CCN

disanjungi dan dipertahankan seolah-olah bakal dilenyapkan, seperti yang

diwakili oleh SRJK. Kita harus sedar bahawa perubahan dalam sekelip mata,

Oleh itu, sekiranya isu perpaduan dikehendaki pada masa sekarang, tindakan secara mengejut iaitu perubahan ke arah S1A bukanlah jawapannya. Akan tetapi, sekiranya sebagai asas pembinaan bibit-bibit perpaduan generasi akan datang, S1A mampu mencorakkan identiti masyarakat Malaysia ke arah satu bangsa yang diidamkan. Jesteru, langkah secara berperingkat-peringkat wajar dilaksanakan barangkali sistem S1A ini diterapkan dalam Sekolah Kebangsaan sedia ada, Sekolah Wawasan ataupun diwujudkan satu sekolah percubaan untuk dinilai kesan pelaksanaannya. Perkara ini penting dipertimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini agar isu pendidikan tidak dipolitikkan hingga mencetus tragedi.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Pendidikan Seratus Tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Akta Pendidikan 1996.

Keputusan muktamad. (2011, 4 November). Berita Harian. Laporan Temu Bual FRGS (2011).

Lee, Byung-jin. (2003). Education and national identity. Policy Future in Education, Vol. 1, 2, 332-341.

MBMMBI imbangi penguasaan dua bahasa utama. (2011, 5 November). Berita

Mohd. Taib Osman. (2004). Globalosasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan. -59 7

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

7 8 -96

Streich, G.W. (2009). Discourses of American national identity: echoes and 9

lessons from the 1910s–1920s. Citizenship Studies. 13(3) June 2009, 267– SB

Tan Yao Sua. (2012). Dasar Bahasa dalam Sistem Pendidikan. Pemikir. Jan-Mac IN

2012. 59-70.

CE O

I2

E CCN

Higher Education National Interest and Social