PENGENALAN CE

PENGENALAN CE

“Bahasa kiasan itu memang penuh didapati di dalam segala bahasa dan mustahillah seseorang

boleh bercakap atau menulis dengan tiada memakai dia” ~ Za’ba.

Masyarakat Melayu memang kaya dan terkenal dengan kepelbagaian

2 CO

penghasilan sastera lisan yang tidak ternilai harganya yang diperturunkan

daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui proses sosialisasi

N I2

yang dilengkapi oleh kawalan sosial dan tekanan sosial sama ada yang CC E

berbentuk primer ataupun sekunder. Hal ini untuk memastikan agar anggota

6 masyarakat akur pada segala peraturan dan bertindak dalam lingkungan yang 30 dibenarkan oleh masyarakat dan budayanya. Oleh itu, dalam berkomunikasi 6 masyarakat akur pada segala peraturan dan bertindak dalam lingkungan yang 30 dibenarkan oleh masyarakat dan budayanya. Oleh itu, dalam berkomunikasi

Dalam bukunya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (2002), ahli bahasa dan persuratan Melayu ulung Za’ba menulis, bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain sama ada dengan menyebutkan bandingan di antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi; tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan maknanya.

Jelaslah bahasa kiasan ialah satu ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri, tetapi diperoleh berdasarkan makna tersirat yang melatarinya.

Penciptaan bahasa kiasan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dulu melalui

sastera lisan adalah sebagai hasil pemerhatian dan pengalaman mereka

terhadap peristiwa, perihal, cara, sifat dan keadaan yang berlaku dalam 85

masyarakat dan terhadap alam sekelilingnya, iaitu alam semula jadi yang

67 8 -9

mengandungi flora dan fauna dijadikan sumber rujukan yang paling tepat dan

beradab. Hanya dengan mengutip dan mengkaji unsur-unsur alam, masyarakat N

SB

terdahulu berjaya menyatakan mesej secara bijaksana sebagai pengajaran dan

pedoman dengan gubahan bahasa kiasan yang indah untuk menghindari sesuatu S G

IN D

pertelingkahan kerana masyarakat Melayu memang terkenal dengan sikap yang

tidak suka berterus terang, berhati-hati dalam memilih perkataan yang sesuai CE

supaya tidak menyakiti perasaan orang lain yang menggambarkan kesopanan

mereka berkomunikasi. Hal ini seiring dengan ajaran agama Islam yang dianuti

mereka yang melarang umatnya menyinggung atau menyakiti hati orang lain.

Tiap satu yang diungkapkan itu sudah diperhatikan dalam kehidupan peribadi

CO 1 2

dan penghidupan masyarakat bahawa ia benar. Kebenaran yang bukan saja pada

I2 N

maksud, perasaan dan fikiran tetapi juga pada kenyataan pada bahasa kiasan

E CC

inilah yang menyebabkannya kekal hidup berzaman-zaman (Keris Mas, 1990).

Penciptaannya berlaku tanpa disedari oleh penutur sesuatu bahasa sama ada

ketika mereka bertutur ataupun menulis (Ainon & Abdullah 2002).

Namun kebelakangan ini, penggunaan bahasa kiasan kurang dititikberatkan sama ada yang berbentuk ujaran ataupun penulisan, walaupun bahasa kiasan ini

merupakan elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa yang bertujuan memperindah bahasa, menimbulkan daya tarikan dengan keterampilan berbahasa atau kesan-kesan lain sama ada untuk keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Hal ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan pencinta bahasa tentang masa hadapan generasi muda terutama pelajar di institusi pengajian tinggi yang kurang memahami dan kurang menggunakan bahasa kiasan terutama yang berbentuk peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan sebagainya.

Bertitik tolak daripada itulah, kertas kerja ini akan membincangkan kekerapan penggunaannya dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi awam yang telah dipelajari seawal sekolah rendah hinggalah pada peringkat sekolah menengah.