Rumusan Dapatan Kajian

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes ini bertujuan untuk meneroka dan memahami proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik di Makassar Indonesia. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah soal selidik item terbuka, temu bual berstruktur, pemerhatian dan dokumen telah digunakan untuk membina dan mengkesankan kerangka proses yang bersifat substantif. Bagi mendapatkan maklumat dan data, responden telah mengisi borang Kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes ini bertujuan untuk meneroka dan memahami proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik di Makassar Indonesia. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah soal selidik item terbuka, temu bual berstruktur, pemerhatian dan dokumen telah digunakan untuk membina dan mengkesankan kerangka proses yang bersifat substantif. Bagi mendapatkan maklumat dan data, responden telah mengisi borang

Kajian mendapati terdapat enam aktiviti proses pembelajaran berterusan yang dilalui guru fizik iaitu aktiviti pembelajaran arahan kendiri, aktiviti perkongsian pendapat, aktiviti pembangunan dan penambahbaikan, aktiviti pembelajaran inkuiri, aktiviti pembelajaran program latihan dan kemahiran menggunakan ABM. Aktiviti pembelajaran arahan kendiri dijalankan dengan cara membaca akhbar atau majalah, membaca rujukan lain, dan melalui internet. Aktiviti berkongsi pendapat dijalankan dengan cara bertukar pikiran dengan rakan sekerja dan bertanya kepada rakan sekerja yang memiliki pengetahuan lebih menerusi mentoring dan lesson study. Aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan dijalankan apabila guru terbabit dalam ahli pasukan bidang pengajian, ahli kurikulum, dan guru penolong kanan di sekolah. Aktiviti pembelajaran inkuri dijalankan dengan cara melakukan kajian tindakan dan mereka dan merancang LKS. Aktiviti program latihan merupakan aktiviti yang paling digemari oleh responden menerusi aktiviti MGMP, bengkel dan seminar. Selain itu, kemahiran dalam merancang dan menggunakan ABM pula merupakan aktiviti pembelajaran yang telah dilalui responden. Aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran ini adalah kemahiran dalam menggunakan peralatan makmal, kemahiran menggunakan komputer, dan kemahiran menggunakan ABM lainnya. Dapatan kajian ini pada dasarnya selari dengan teori yang dicadangkan oleh

Blackburn (2000) dan lima model proses pembelajaran berterusan oleh Sparks’s dan Loucks-Horsley (1989, 1990).

Kajian ini turut meneroka maklum balas guru dalam proses pembelajaran berterusan. Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mendapati terdapat dua situasi yang berlaku kepada kesemua responden dalam kajian ini iaitu tahap maklum balas

dan tahap peningkatan kompetensi. Tahap maklum balas merangkumi pemerolehan kompetensi pengetahuan dan kemahiran, usaha pembangunan kerjaya, pelaksanaan UKG sebagai refleksi dan peranan pengetua. Tahap peningkatan kompetensi merangkumi peningkatan kompetensi pengetahuan dan kemahiran, kompetensi

pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, bahan yang dibentangkan dan kompetensi yang diinginkan. Pemerolehan kompetensi pengetahuan dan kemahiran, pembangunan kerjaya dan pelaksanaan UKG merupakan kewujudan daripada maklum balas responden dalam proses pembelajaran berterusan yang mereka lalui. Walau bagaimanapun, usaha akhir yang dijalankan kerajaan bagi menilai maklum balas guru dalam proses pembelajaran berterusan adalah pelaksanaan UKG. Polisi ini dijalankan kerajaan bagi mengenal pasti sejauh mana maklum balas berupa pemerolehan kompetensi pengetahuan dan kemahiran selepas guru melaksanakan proses pembelajaran berterusan. Keputusan pencapaian UKG merupakan penanda aras kejayaan daripada proses pembelajaran berterusan. Kajian mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan dapat meningkatkan kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran seorang guru fizik dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kompetensi ini dilaksanakan dalam tahap-tahap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bermula daripada pendahuluan, aktiviti utama, penutup, sehinggalah kepada proses penilaian pelajar. Kompetensi lainnya adalah kemahiran menggunakan peralatan makmal baru, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran menggunakan projektor-LCD. Walau bagaimanapun, guru-guru sangat menghendaki kompetensi penguasaan dan penggunaan peralatan makmal sebagai kompetensi yang sememangnya mereka miliki selepas pelaksanaan program proses pembelajaran berterusan. Masa kini, banyak peralatan makmal baru sedia ada, namun guru belum tahu cara mengoperasikan.

Kajian telah mengenal pasti tiga tahap sokongan dan perubahan organisasi dalam proses pembelajaran berterusan iaitu tahap perubahan organisasi dalam proses pembelajaran berterusan, tahap pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi di sekolah dan tahap mengenai sokongan awam dan ibu bapa. Kajian ini mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan memberikan impak kepada organisasi sekolah menerusi aktiviti kerja saintifik dalam peningkatan kompetensi, impak kepada organisasi dan impak kepada pembangunan modal insan guru. Kajian mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi merangkumi tahap komunikasi, sosialisasi dan profesionalisme berkesan, impak kepada guru dan kakitangan di sekolah dan cabaran dalam organisasi di sekolah. Kajian pula mendapati tahap mengenai sokongan awam dan ibu bapa dalam proses pembelajaran berterusan merangkumi impak daripada sekongan awam dan ibu bapa, Kajian telah mengenal pasti tiga tahap sokongan dan perubahan organisasi dalam proses pembelajaran berterusan iaitu tahap perubahan organisasi dalam proses pembelajaran berterusan, tahap pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi di sekolah dan tahap mengenai sokongan awam dan ibu bapa. Kajian ini mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan memberikan impak kepada organisasi sekolah menerusi aktiviti kerja saintifik dalam peningkatan kompetensi, impak kepada organisasi dan impak kepada pembangunan modal insan guru. Kajian mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi merangkumi tahap komunikasi, sosialisasi dan profesionalisme berkesan, impak kepada guru dan kakitangan di sekolah dan cabaran dalam organisasi di sekolah. Kajian pula mendapati tahap mengenai sokongan awam dan ibu bapa dalam proses pembelajaran berterusan merangkumi impak daripada sekongan awam dan ibu bapa,

Kajian telah meneroka dan mengenal pasti tiga kes berkaitan dengan halangan guru dalam proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi iaitu kepentingan proses pembelajaran berterusan, halangan dalam proses pembelajaran berterusan dan halangan dalam mengamalkan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan. Aktiviti proses pembelajaran berterusan penting dilaksanakan oleh guru kerana mereka boleh mendapatkan pengalaman dan wawasan, menambah pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai bidang tugas, membangun potensi kendiri dan meningkatkan kompetensi, mampu mengurus bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan meningkatkan pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan. Kajian mendapati halangan dalam proses pembelajaran berterusan merangkumi halangan- halangan dalam pelaksanaan enam aktiviti proses pembelajaran berterusan yang dilalui guru. Kajian pula mendapati halangan dalam mengamalkan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan merangkumi penyediaan buku pelajaran atau LKS di sekolah, keadaan dan fasiliti makmal fizik, kesanggupan guru fizik menggunakan ABM berasaskan ICT, dan prestasi pelajar. Pada pandangan penyelidik, sebagai solusi daripada halangan guru yang bersumber daripada makmal adalah; pertama, perlu adanya sokongan sama ada daripada kalangan kerajaan, kalangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ataupun kalangan swasta mengenai pengadaan bangunan, peralatan, dan fasiliti makmal di sekolah. Kedua, kerajaan perlu melantik dan mengangkat pembantu makmal sehingganya peralatan dan kondisi bilik makmal sentiasa dijaga dan dilestarikan. Ketiga, guru fizik perlu Kajian telah meneroka dan mengenal pasti tiga kes berkaitan dengan halangan guru dalam proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi iaitu kepentingan proses pembelajaran berterusan, halangan dalam proses pembelajaran berterusan dan halangan dalam mengamalkan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan. Aktiviti proses pembelajaran berterusan penting dilaksanakan oleh guru kerana mereka boleh mendapatkan pengalaman dan wawasan, menambah pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai bidang tugas, membangun potensi kendiri dan meningkatkan kompetensi, mampu mengurus bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan meningkatkan pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan. Kajian mendapati halangan dalam proses pembelajaran berterusan merangkumi halangan- halangan dalam pelaksanaan enam aktiviti proses pembelajaran berterusan yang dilalui guru. Kajian pula mendapati halangan dalam mengamalkan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan merangkumi penyediaan buku pelajaran atau LKS di sekolah, keadaan dan fasiliti makmal fizik, kesanggupan guru fizik menggunakan ABM berasaskan ICT, dan prestasi pelajar. Pada pandangan penyelidik, sebagai solusi daripada halangan guru yang bersumber daripada makmal adalah; pertama, perlu adanya sokongan sama ada daripada kalangan kerajaan, kalangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ataupun kalangan swasta mengenai pengadaan bangunan, peralatan, dan fasiliti makmal di sekolah. Kedua, kerajaan perlu melantik dan mengangkat pembantu makmal sehingganya peralatan dan kondisi bilik makmal sentiasa dijaga dan dilestarikan. Ketiga, guru fizik perlu

makmal. Seterusnya, sebagai solusi mengenai halangan guru daripada ABM berasaskan ICT mengikut pandangan penyelidik adalah pertama, kerajaan, pengetua, dan PIBG perlu merancang program pengadaan ABM seperti LCD-projektor di setiap bilik darjah, sehingga semua guru boleh mengamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kedua, perlunya program latihan khas bagi guru mengenai teknikal penggunaan ABM dan kemahiran dalam mengamalkan sesuatu perisian seperti Microsoft office Powerpoint atau Macromedia flash. Ketiga, pengetua perlu melengkapkan fasiliti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, terutamanya mengenai fasiliti elektrikal sehingga guru sentiasa menggunakan ABM berasaskan ICT di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, kajian ini pula telah mendapati beberapa kes mengenai impak proses pembelajaran berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu cabaran dalam proses pembelajaran berterusan, cara mengamalkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan, pengajaran guru di dalam bilik darjah, dan impak proses pembelajaran berterusan guru kepada pembelajaran pelajar. Mengenai cabaran dalam proses pembelajaran berterusan didapati tiga faktor iaitu faktor pembelajaran guru, faktor personal guru dan faktor luaran guru. Cara yang dijalankan guru dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan, antaranya iaitu membuat jurnal pengajaran, pelaksanaan perkongsian pendapat menerusi lesson study dan mentoring, melakukan kajian tindakan, dan membuat ABM. Keempat-

empat cara ini diamalkan pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Akhirnya, kajian ini mendapati terdapat tiga impak proses pembelajaran berterusan kepada pembelajaran pelajar iaitu pertama, keadaan pelajar merangkumi personal pelajar, minat pelajar terhadap bidang pengajian fizik, dan pencapaian pelajar. Kedua, pengajaran guru merangkumi kemampuan menggunakan ABM dan fasiliti makmal, motivasi guru, dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Ketiga, penentuan KKM di mana pencapaian pelajar sentiasa berada di atas markah KKM.