Aktiviti Pembelajaran Berterusan yang Dilalui

5.3.2 Aktiviti Pembelajaran Berterusan yang Dilalui

Pembelajaran guru merupakan sesuatu daripada pengalaman dalam proses pembelajaran berterusan mereka. Bahagian ini bertumpu pada usaha peningkatan pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperolehi guru fizik pada proses pembelajaran berterusan mereka. Walau bagaimanapun, bergantung kepada tujuan daripada program atau aktiviti itu dijalankan. Bahagian ini menghuraikan pelbagai aktiviti yang dilalui guru fizik dalam proses pembelajaran berterusan. Analisis mendapati enam aktiviti pembelajaran berterusan yang dilalui guru fizik iaitu aktiviti pembelajaran arahan kendiri, aktiviti pembelajaran berkongsi pendapat, aktiviti pembangunan dan penambahbaikan, aktiviti pembelajaran inkuiri, aktiviti pembelajaran program latihan dan mahir menggunakan ABM. Keenam-enam aktiviti ini dijangka boleh meningkatkan kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Dalam kajian ini, aktiviti yang dilalui dimaksudkan sebagai proses pembelajaran berterusan yang selama ini dilalui oleh guru fizik berdasarkan pengalaman mereka dalam Pembelajaran guru merupakan sesuatu daripada pengalaman dalam proses pembelajaran berterusan mereka. Bahagian ini bertumpu pada usaha peningkatan pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperolehi guru fizik pada proses pembelajaran berterusan mereka. Walau bagaimanapun, bergantung kepada tujuan daripada program atau aktiviti itu dijalankan. Bahagian ini menghuraikan pelbagai aktiviti yang dilalui guru fizik dalam proses pembelajaran berterusan. Analisis mendapati enam aktiviti pembelajaran berterusan yang dilalui guru fizik iaitu aktiviti pembelajaran arahan kendiri, aktiviti pembelajaran berkongsi pendapat, aktiviti pembangunan dan penambahbaikan, aktiviti pembelajaran inkuiri, aktiviti pembelajaran program latihan dan mahir menggunakan ABM. Keenam-enam aktiviti ini dijangka boleh meningkatkan kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Dalam kajian ini, aktiviti yang dilalui dimaksudkan sebagai proses pembelajaran berterusan yang selama ini dilalui oleh guru fizik berdasarkan pengalaman mereka dalam

5.3.2.1 Aktiviti pembelajaran arahan kendiri

Pada konteks teori pembelajaran dewasa, guru sebagai orang dewasa yang matang, mereka suka pembelajaran arahan-kendiri (Blackburn, 2000). Orang dewasa melihat diri mereka sebagai bebas, bertanggungjawab, dan berkemampuan mengarah dan menilai pembelajaran sendiri. Paradigma baru pengajaran profesional yang menekankan peranan guru sebagai pembelajar kendiri adalah merupakan asas bagi meningkatkan kualiti pengajaran (Sachs, 2003). Di samping itu, interaksi antara faktor hasil daripada pembelajaran guru dalam proses pembelajaran berterusan merangkumi orientasi pembelajaran kendiri dan formal, keupayaan yang terhad untuk terlibat dalam amalan reflektif pengajaran dan pembelajaran, dan orientasi pembelajaran daripada kepelbagaian tumpuan mengajar, memuaskan tujuan peribadi, dan untuk meningkatkan kemampuan dalam mengatasi konteks sekolah (Wrastari, 2008).

Pada konteks kajian ini, aktiviti pembelajaran arahan kendiri dilalui oleh guru fizik dengan cara membaca akhbar atau majalah, membaca pelbagai buku rujukan, dan atau melalui internet. Kebanyakan responden melihat diri mereka sebagai bebas, bertanggungjawab, dan berkemampuan mengarah dan menilai pengajaran mereka sendiri. Kebanyakan responden berpandangan bahawa aktiviti pembelajaran arahan kendiri mudah dijalankan, bila dan di mana sahaja boleh dijalankan, hemat kos dan masa, dan bahan belajar disesuaikan dengan keperluan guru. Beberapa kajian tentang pembelajaran arahan kendiri mengisytiharkan, walaupun hasilnya tidak begitu nyata tetapi tanda-tanda menunjukkan cara berkenaan boleh mengarahkan guru untuk menangani permasalahan mereka, membina semangat profesionalisme, dan memberikan ruang untuk rangsangan intelektual (Loucks-Horsley et al., 2003). Kelebihan utama daripada aktiviti pembelajaran arahan kendiri ialah cara ini mempunyai fleksibiliti, memberikan peluang pilihan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan guru berkenaan (Guskey, 2000). Di samping itu, cara ini juga Pada konteks kajian ini, aktiviti pembelajaran arahan kendiri dilalui oleh guru fizik dengan cara membaca akhbar atau majalah, membaca pelbagai buku rujukan, dan atau melalui internet. Kebanyakan responden melihat diri mereka sebagai bebas, bertanggungjawab, dan berkemampuan mengarah dan menilai pengajaran mereka sendiri. Kebanyakan responden berpandangan bahawa aktiviti pembelajaran arahan kendiri mudah dijalankan, bila dan di mana sahaja boleh dijalankan, hemat kos dan masa, dan bahan belajar disesuaikan dengan keperluan guru. Beberapa kajian tentang pembelajaran arahan kendiri mengisytiharkan, walaupun hasilnya tidak begitu nyata tetapi tanda-tanda menunjukkan cara berkenaan boleh mengarahkan guru untuk menangani permasalahan mereka, membina semangat profesionalisme, dan memberikan ruang untuk rangsangan intelektual (Loucks-Horsley et al., 2003). Kelebihan utama daripada aktiviti pembelajaran arahan kendiri ialah cara ini mempunyai fleksibiliti, memberikan peluang pilihan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan guru berkenaan (Guskey, 2000). Di samping itu, cara ini juga

Aktiviti pembelajaran arahan kendiri penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar, walaupun kontribusi pembelajaran guru dalam pencapaian pelajar boleh ditentukan oleh pembangunan kapasiti sekolah (King & Newmann, 2001). Selain itu, kehadiran Institusi Latihan Perguruan, bagaimanapun, tidak memenuhi keperluan pembelajaran kendiri guru dan mempunyai kesan yang sedikit atau tiada berterusan ke atas amalan mereka (Hinds, 2007).

Analisis menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran arahan kendiri ini diiktiraf oleh majoriti guru fizik yang dijalankan lebih daripada dua kali dalam seminggu. Kekerapan pembelajaran kendiri guru ini sebenarnya belum mencapai standard yang telah ditetapkan (Basleman & Mappa, 2011; Mietzel, 1977). Untuk mendapatkan peratusan pencapaian pembelajaran dewasa cukup besar dikekalkan dalam minda, sehingga aktiviti pembelajaran perlu diulang banyak kali (Mietzel, 1977). Mengekalkan bilangan yang mencukupi bagi pelaksanaan aktiviti pembelajaran yang diperlukan adalah kira-kira 50 peratus atau lebih daripada tiga kali dalam seminggu (Basleman & Mappa, 2011; Mietzel, 1977).

Aktiviti pembelajaran arahan kendiri penting dilalui guru fizik untuk menguasai dan mengkaji semula bahan pengajaran, meningkatkan kompetensi individu, mengajar dengan baik dan berkesan dan mengikuti perkembangan sains. Guru fizik percaya bahawa sebelum mengajar perlu menguasai bahan pelajaran, struktur, konsep, pemikiran saintifik, dan sentiasa melakukan inovasi kaedah pengajaran dalam usaha peningkatan pencapaian pelajar sebagai tumpuan akhir daripada proses pembelajaran berterusan yang guru lalui (Ball & Cohen, 1999; Borko, 2004; Cohen & Hill, 2000; Elmore, 2002; Hill, Rowan, & Ball, 2005; Joyce & Showers, 2002b; Supovitz & Turner, 2000; Vescio, Ross, & Adams, 2008; Yoon et al., 2008).

5.3.2.2 Aktiviti pembelajaran berkongsi pendapat

Berkongsi pendapat merupakan aktiviti pembelajaran yang dilalui responden pada masa menjumpai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran atau hasil pemerhatian dan penilaian yang dijalankan rakan guru pada aktiviti Lesson Study (Sparks & Loucks-Horsley, 1989, 1990). Aktiviti pembelajaran guru ini boleh dijalankan melalui interaksi dengan rakan guru, sama ada secara formal mahupun secara tidak formal. Secara formal, misalnya menerusi aktiviti Mentoring yang dijalankan oleh guru kanan yang berpengalaman kepada guru novis berasaskan penugasan secara rasmi di sekolah (Feiman-Nemser & Parker, 1993; Baharin Abu, 2006; Saito et al., 2006a, 2006b; Yufridawati, 2010). Secara tidak formal boleh dijalankan menerusi aktiviti perbincangan yang tidak rasmi, misalnya pada masa berada di bilik guru, pekarangan sekolah, dan di tempat lain yang bersifat tidak rasmi. Aktiviti penyeliaan pengajaran sama ada oleh guru kanan, pengetua mahupun Nazir Sekolah, termasuklah ke dalam kategori aktiviti pembelajaran ini. Dalam kajian ini, didapati bahawa penyeliaan rakan sekerja merupakan model penyeliaan yang paling berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru di dalam bilik darjah. Keputusan ini selari dengan kajian Saito et al. (2006a, 2006b) dan Yufridawati (2010), kecemerlangan kaedah Mentoring dan Lesson Study dalam meningkatkan kompetensi guru iaitu guru memperolehi cara penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka dalam tempoh masa yang singkat, bahan latihan disesuaikan dengan masalah yang dihadapi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dan kos operasi pelaksanaannya relatif lebih rendah. Dalam kajian ini aktiviti pembelajaran berkongsi pendapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti pembelajaran Mentoring dan aktiviti pembelajaran Lesson Study.

(i) Aktiviti pembelajaran Mentoring

Dalam kajian ini, mentoring ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui seseorang guru kanan atau guru berpengalaman kepada guru novis untuk membantu mereka dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan/atau untuk proses pembelajaran berterusan dan kerjaya guru (Fan, 2007; Sparks & Loucks-Horsley, 1989; Weaver & Chelladurai, 1999). Aktiviti Dalam kajian ini, mentoring ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui seseorang guru kanan atau guru berpengalaman kepada guru novis untuk membantu mereka dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan/atau untuk proses pembelajaran berterusan dan kerjaya guru (Fan, 2007; Sparks & Loucks-Horsley, 1989; Weaver & Chelladurai, 1999). Aktiviti

dan kes mengenai pelajar boleh diselesaikan dengan bertanya kepada rakan sekerja yang berpengalaman, guru kanan atau pengetua. Kebanyakan responden memberikan pandangan mengenai aktiviti pembelajaran Mentoring boleh meningkatkan kompetensi sikap, pola tingkah laku, dan pengetahuan seseorang guru daripada apa yang akan diajarkan. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Wang dan Wu (2008) bahawa mentoring dapat meningkatkan self-efficacy daripada guru dan kajian Bernier, Larose, dan Soucy (2005), Campbell dan Campbell (2007), dan Rodger dan Tremblay (2003) bahawa mentoring boleh meningkatkan pencapaian akademik atau pengetahuan guru. Sesetengah responden mengiktiraf bahawa kadang-kadang dijalankan berkongsi pendapat menerusi Mentoring dengan memberi cadangan kepada rakan guru novis mengenai kemahiran seseorang guru, terutamanya dalam menilai pelajar dengan baik dan benar. Justeru itu, pembelajaran model Mentoring boleh meningkatkan kompetensi guru. dapatan ini selaras dengan kajian yang menunjukkan bahawa program asas Mentoring boleh meningkatkan penggunaan kemahiran berfikir kritikal, kemahiran interpersonal, dan kemahiran resolusi konflik daripada seseorang guru (Gensemer, 2000; Baharin Abu, 2006).

Seterusnya, dalam kajian ini terdapat segelintir responden sahaja yang percaya bahawa aktiviti pembelajaran Mentoring boleh menyelesaikan masalah yang di alami guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian pendapat menerusi Mentoring memudahkan penyelesaian masalah yang dialami guru dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran. Pengetua adalah seorang guru dan seorang pemimpin pengajaran di sekolah, sehingga apabila guru menjumpai masalah sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun masalah profesion, pengetua sebagai orang yang tepat sebagai mentor dan memberikan solusi ke atas masalah yang dialami. Walau bagaimanapun, kajian secara am mengiktiraf bahawa Mentoring telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian akademik seperti kajian yang dijalankan oleh Bernier, Larose dan Soucy (2005), Campbell dan Campbell (2007) dan Rodger pengajaran dan pembelajaran. Pengetua adalah seorang guru dan seorang pemimpin pengajaran di sekolah, sehingga apabila guru menjumpai masalah sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun masalah profesion, pengetua sebagai orang yang tepat sebagai mentor dan memberikan solusi ke atas masalah yang dialami. Walau bagaimanapun, kajian secara am mengiktiraf bahawa Mentoring telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian akademik seperti kajian yang dijalankan oleh Bernier, Larose dan Soucy (2005), Campbell dan Campbell (2007) dan Rodger

Oleh itu, keberkesanan aktiviti pembelajaran Mentoring bergantung kepada (1) definisi yang jelas mengenai peranan Mentoring dalam proses pembelajaran berterusan; (2) mentor sememangnya mempunyai kemahiran teknikal yang tepat, pengalaman praktikal, dan pengalaman mengajar; (3) orientasi yang komprehensif mengenai maklumat berhubungkait dengan misi, polisi, dan amalan sekolah, prinsip- prinsip pedagogi, kemahiran teknikal dan konsep, komunikasi dan keterlibatan kemahiran, dan sokongan perkhidmatan sedia ada (Brannagan & Oriol, 2010). Pada konteks Indonesia, aktiviti pembelajaran Mentoring telah dijalankan oleh guru kanan, Pendidik Guru, atau pensyarah daripada universiti (Sutrisno & Aisyah, 2012). Namun, halangan daripada aktiviti ini merangkumi faktor-faktor personal ialah kekurangan motivasi guru, pengurusan dan pentadbiran sekolah, fasiliti yang tidak mencukupi dan juga faktor-faktor luaran adalah kekurangan sokongan daripada kerajaan daerah dalam meningkatkan kelayakan pendidikan (Sutrisno & Aisyah, 2012).

(ii) Aktiviti pembelajaran Lesson Study

Pada amnya, aktiviti pembelajaran Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru. Berbanding dengan aktiviti pembelajaran guru yang lainnya, aktiviti pembelajaran Lesson Study adalah unik dan merupakan model bottom-up di mana aktiviti ini adalah atas inisiatif guru-guru

sendiri dan bukan arahan kalangan atasan (Stigler & Hiebert, 1999). Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran pelajar. Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan sendiri dan bukan arahan kalangan atasan (Stigler & Hiebert, 1999). Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran pelajar. Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan

Dalam kajian ini, aktiviti pembelajaran Lesson Study merupakan aktiviti pembelajaran berdasarkan inisiatif guru sendiri melalui pemerhatian dan penilaian rakan-rakan mereka pada amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, seperti melalui pemerhatian klinikal atau melalui penyeliaan sekerja (Amin Senin, 2008; Gersten et al., 2010; Saito et al., 2006a; Sparks & Loucks-Horsley, 1989, 1990). Kajian mendapati segelintir responden kerap menjalankan aktiviti pembelajaran Lesson Study. Aktiviti pembelajaran ini dianggap boleh menjadi input yang berguna bagi guru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran mereka melalui pemerhatian klinikal rakan sekerja. Dapatan ini selari dengan cadangan Saito et al. (2006a, 2006b) dan Yufridawati (2010) bahawa aktiviti pembelajaran Lesson Study mempunyai keunggulan dalam meningkatkan kompetensi guru, iaitu guru memperolehi cara penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka dalam tempoh masa yang singkat, bahan latihan disesuaikan dengan masalah yang dihadapi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dan kos operasi pelaksanaannya relatif lebih rendah.

Kajian mendapati bahawa aktiviti pembelajaran Lesson Study belum secara rasmi dijalankan di sekolah, namun aktiviti pembelajaran ini kerap dijalankan pada masa mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan dalam perkhidmatan. Dalam amalannya, guru mendapat kritikan daripada rakan sama ada mengenai konten

pengetahuan bidang pengajian mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, mungkin sahaja ada rakan guru yang tidak berpuas hati kerana dikritik oleh rakan, namun perlu kesedaran daripada guru yang diperhati bahawa perkara ini merupakan usaha ke arah penambahbaikan. Justeru itu, guru mesti sedar

bahawa ilmu pengetahuan yang dipunyai relatif, sehingga diperlukan usaha untuk saling berkongsi ilmu di antara sesama rakan guru. Kajian lain mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran Lesson Study dengan bahawa ilmu pengetahuan yang dipunyai relatif, sehingga diperlukan usaha untuk saling berkongsi ilmu di antara sesama rakan guru. Kajian lain mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran Lesson Study dengan

5.3.2.3 Aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan

Aktiviti pembelajaran lain yang melibatkan guru dalam pasukan untuk terlibat dalam sesuatu proses adalah aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan. Aktiviti ini berlaku jika guru terlibat secara langsung dalam usaha pembangunan dan penambahbaikan di sekolah, seperti dalam pembangunan dan perancangan kurikulum sekolah, merancang program, dan terlibat dalam suatu proses yang sistematik untuk peningkatan sekolah (Amin Senin, 2008; Sparks & Loucks- Horsley, 1989, 1990). Dalam kajian ini, kebanyakan guru fizik kadang-kadang bahkan tidak pernah dilibatkan dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah, manakala sebahagian kecil sahaja dari mereka yang kerap dilibatkan.

Analisis mendapati bahawa penglibatan guru dalam program pembangunan dan penambahbaikan dijalankan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka terutamanya mengenai bahan pelajaran, silibus berkarakter, RPP, membuat soalan peperiksaan sekolah, perancangan KKM, dan pengkayaan untuk persiapan mengikuti UN. Dapatan ini selaras dengan pandangan yang menyatakan bahawa penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran profesional memberikan kesan yang besar kepada amalan pengajarannya (Thoonan et al., 2011). Di samping itu, pembelajaran dan pembangunan guru adalah aspek kritikal dan paling berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya akan mendorong ke arah peningkatan komitmen individu dan pasukan kepada matlamat sekolah (Hargreaves, 2011).

Didapati pula bahawa guru-guru percaya aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan merupakan aktiviti yang bersifat analisis dan sangat penting bagi mereka. Oleh itu, pembangunan dan penambahbaikan sekolah sememangnya menjadi tanggungjawab bersama meskipun dalam organisasi sekolah sudah dibentuk hal ehwal tertentu. Secara keseluruhannya penyelidik mendapati ciri-ciri berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan di sekolah pada konteks Makassar iaitu (1) aktiviti ini dilalui guru apabila terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah sebagai guru penolong kanan, ahli pasukan kurikulum dan ahli kumpulan bidang pengajian, (2) aktiviti dijalankan setiap awal tahun pelajaran membincangkan program kurikulum pengajaran, bidang pengajian, silibus, RPP dan program penilaian (membuat soalan peperiksaan sekolah, merancangkan KKM, dan analisis soalan persiapan UN), dan (3) aktiviti ini merupakan tanggungjawab bersama di antara guru, pengetua, dan stakeholder sekolah.

5.3.2.4 Aktiviti pembelajaran inkuiri

Aktiviti pembelajaran inkuiri dilalui dengan cara melakukan kajian terhadap sesuatu isu berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran dan dilakukan sama ada pembelajaran secara berpasukan mahupun secara individu (Cochran-Smith & Lytle, 1993; Sparks & Loucks-Horsley, 1989). Aktiviti ini berdasarkan anggapan bahawa guru boleh membangunkan strategi dan idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran apabila diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan menjawap soalan berkenaan berasaskan kutipan data di bilik darjah. Aktiviti pembelajaran ini dijalankan melalui usaha untuk sentiasa memerhati, menganalisis dan melakukan refleksi terhadap setiap amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Di samping itu, guru akan memperolehi sejumlah pengetahuan dan pemahaman baru mengenai pelajar, sekolah, kurikulum, dan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran.

Proses pembelajaran berterusan yang berkesan perlu direka bentuk dengan menggunakan pelbagai strategi dalam kombinasi satu sama lain bagi menjana satu reka bentuk yang unik. Dua strategi proses pembelajaran berterusan berkesan iaitu Proses pembelajaran berterusan yang berkesan perlu direka bentuk dengan menggunakan pelbagai strategi dalam kombinasi satu sama lain bagi menjana satu reka bentuk yang unik. Dua strategi proses pembelajaran berterusan berkesan iaitu

Aktiviti pembelajaran inkuiri kadang-kadang juga dikenali sebagai aktiviti kajian tindakan. Kajian mendapati bahawa sesetengah guru fizik melakukan kajian tindakan sebanyak satu kali dalam masa tiga tahun terakhir. Dapatan ini menunjukkan bahawa kekerapan guru dalam menjalankan aktiviti kajian tindakan masih kurang. Walau bagaimanapun, mengikut para guru bahawa aktiviti pembelajaran kajian tindakan boleh memberikan manfaat seperti guru memperolehi pengalaman dan pembelajaran, meningkatkan keberkesanan amalan mengajar, mengenal pasti masalah yang dijumpai pelajar dan meningkatkan pencapaian pelajar. Dapatan ini selaras dengan pernyataan Kemetarian Pelajaran Malaysia bahawa guru sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dalam aktiviti ini, guru melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

Kajian mendapati majoriti guru fizik percaya bahawa melalui aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mendapat pengalaman dan pembelajaran, mengenal pasti segala kelebihan dan kekurangan mereka dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, dan sangat menyokong penambahbaikan dalam pengajaran mereka. Pelaksanaan kajian tindakan lebih bermanfaat jika Kajian mendapati majoriti guru fizik percaya bahawa melalui aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mendapat pengalaman dan pembelajaran, mengenal pasti segala kelebihan dan kekurangan mereka dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, dan sangat menyokong penambahbaikan dalam pengajaran mereka. Pelaksanaan kajian tindakan lebih bermanfaat jika

4.3.2.5 Aktiviti pembelajaran program latihan

Aktiviti pembelajaran program latihan merupakan aktiviti pembelajaran konvensional yang dianggap sangat berkesan dalam mengongsi maklumat dan idea kepada sekumpulan besar guru peserta (Sparks & Loucks-Horsley, 1989). Aktiviti pembelajaran ini digambarkan sebagai suatu sesi yang dikendalikan oleh seorang pakar yang akan mempersembahkan kandungan dan objektif pengajaran dengan andaian bahawa guru boleh mempelajari perlakuan pengajaran daripada orang lain kemudiannya menterjemahkan di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran program latihan sesuai apabila masalah berkenaan dikenal pasti sebagai sesuatu yang tidak diketahui oleh guru atau keperluan guru untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu (Sergiovanni, 1996). Oleh itu, aktiviti pembelajaran program latihan sentiasa berdasarkan objektif yang jelas dan yang biasanya ditentukan oleh penganjur. Pelaksanaannya pula bergantung dengan kaedah konvensional seperti kuliah dan demonstrasi.

Pada konteks Indonesia, aktiviti pembelajaran program latihan guru yang dilalui seperti aktiviti latihan dalam perkhidmatan program MGMP dan bengkel. Matlamat utama aktiviti pembelajaran latihan daripada projek MGMP Bermutu adalah bagi meningkatkan kompetensi guru melalui program latihan (Saito et al., 2006a, 2006b; Yufridawati, 2010). Pelbagai aktiviti boleh dijalankan guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka, antaranya iaitu melakukan kajian, melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan, Pada konteks Indonesia, aktiviti pembelajaran program latihan guru yang dilalui seperti aktiviti latihan dalam perkhidmatan program MGMP dan bengkel. Matlamat utama aktiviti pembelajaran latihan daripada projek MGMP Bermutu adalah bagi meningkatkan kompetensi guru melalui program latihan (Saito et al., 2006a, 2006b; Yufridawati, 2010). Pelbagai aktiviti boleh dijalankan guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka, antaranya iaitu melakukan kajian, melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan,

Dalam kajian ini, aktiviti pembelajaran program latihan yang kerap dilalui oleh guru fizik di Makassar adalah aktiviti latihan program MGMP, bengkel, dan seminar. Guru fizik mengakui bahawa pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa belajar dalam program latihan, secara langsung boleh diamalkan kepada rakan-rakan guru di sekolah. Oleh itu, guru-guru di sekolah boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sekalipun tidak terlibat langsung dalam proses pembelajaran program latihan (Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 1997, 1999, 2003). Aktiviti pembelajaran program latihan lainnya adalah mengikuti mesyuarat- mesyuarat yang sifatnya boleh menambah ilmu bagi guru. Hal ini menunjukkan bahawa keaktifan guru dalam mesyuarat boleh menambah pengetahuan dan kemahiran mereka. Berasaskan pemerhatian penyelidik pada aktiviti pembelajaran program latihan MGMP Bermutu zon 4 Remote sesi empat didapati bahawa kehadiran guru dalam aktiviti masih kurang. Faktor yang menjadi penyebab adalah guru ahli MGMP zon remote adalah semua guru SMP yang ada di daerah luar bandar dan daerah pulau daripada kawasan pentadbiran Makassar, sehingga menyebabkan transfortasi tidak berjalan lancar. Keputusan ini selaras dengan pemerhatian yang dijalankan oleh Hendayana (2007) di mana ramai guru tidak aktif dan tidak ikut menyertai program latihan. Kajian lain pula mendapati bahawa kehadiran guru dalam aktiviti lebih menekankan aspek formaliti sahaja (Nielsen, 2003). Kajian tentang PEQIP di Indonesia pula mendapati bahawa guru lebih sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat pentadbiran dibanding meningkatkan kualiti menerusi proses

pembelajaran berterusan (van der Werf et al., 2000).

Kajian mendapati bahawa kebanyakan guru fizik kerap mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan dengan kekerapan tiga kali atau lebih dalam masa tiga tahun terakhir. Pelbagai aktiviti pembelajaran program latihan yang pernah dilalui guru fizik seperti contohnya latihan dalam perkhidmatan program MGMP Bermutu, pelbagai bengkel pengajaran, PLPG, bengkel panduan teknikal (BIMTEK) KTSP, bengkel pengambilan ABM, latihan dalam perkhidmatan pengurusan makmal sains, dan lainnya. Kajian mendapati pula beberapa manfaat selepas mengikuti aktiviti Kajian mendapati bahawa kebanyakan guru fizik kerap mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan dengan kekerapan tiga kali atau lebih dalam masa tiga tahun terakhir. Pelbagai aktiviti pembelajaran program latihan yang pernah dilalui guru fizik seperti contohnya latihan dalam perkhidmatan program MGMP Bermutu, pelbagai bengkel pengajaran, PLPG, bengkel panduan teknikal (BIMTEK) KTSP, bengkel pengambilan ABM, latihan dalam perkhidmatan pengurusan makmal sains, dan lainnya. Kajian mendapati pula beberapa manfaat selepas mengikuti aktiviti

5.3.2.6 Kemahiran menggunakan ABM

Dalam kajian ini aktiviti kemahiran menggunakan ABM merupakan aktiviti pembelajaran guru melalui kemahiran mereka menggunakan ABM seperti peralatan makmal, komputer dan ABM lainnya seperti LCD projektor. Kajian mendapati bahawa sebelum guru menggunakan ABM dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, tahap percubaan dijalankan untuk mengetahui teknikal penggunaan ABM sama ada melalui perkongsian pendapat antara sesama rakan guru fizik mahupun melalui buku petunjuk teknikal penggunaan ABM. Aktiviti ini penting dialui oleh guru kerana kajian terdahulu telah mendapati bahawa ramai guru di Indonesia tidak menguasai penggunaan ABM terutamanya penggunaan infostruktur (Mahsunah et al., 2012). Selain itu, amalan penggunaan ABM yang efektif ini masih belum dilaksanakan secara maksimum memandangkan keperluan guru memberikan masa, tenaga dan wang untuk menyediakannya (Sufean Hussin et al, 2005). Terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu (1) membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ABM memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran, (2) mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku, dan (3) mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (Purwiradilaga, 2007).

(i) Mahir menggunakan peralatan makmal baru

Pengurusan makmal pada masa kini menjadi lebih kompleks yang memerlukan satu sistem pengurusan yang lebih sistematik. Kajian mendapati bahawa pengurusan makmal di sekolah konteks Makassar masih menggunakan sistem tradisional atau satu sistem lama yang digunapakai di mana sistem ini banyak menggunakan buku log untuk merekodkan penggunaan makmal dan juga item item di dalam makmal. Dapatan ini berbeza dengan kajian mengenai pengurusan makmal sains di sekolah yang memerlukan satu sistem berkomputer yang canggih bagi menggantikan sistem tradisional yang sedia ada (Johari Bin Hassan & Ahmad Irzam Bin Ahmad Malek, 2010).

Kajian mendapati tiga cabaran berkaitan dengan kemahiran menggunakan peralatan makmal di sekolah. Antara cabaran ini iaitu (1) bilangan bilik darjah dibeberapa sekolah yang ramai sehingga penggunaan makmal berasaskan skala prioriti, (2) beberapa sekolah tidak mempunyai makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam makmal komputer, dan (3) beberapa sekolah berlaku perombakan makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam bilik darjah. Ketiga-tiga cabaran ini pada pandangan penyelidik merupakan cabaran dalam kes penggunaan dan pemanfaatan fasiliti makmal fizik di sekolah. Hal yang mungkin berlaku adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah, sehingga amalan eksperimen berubah menjadi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat konvensional (ceramah dan perbincangan). Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang menunjukkan bahawa ramai sekolah di Indonesia yang tidak mempunyai fasiliti makmal yang lengkap sehingga amalan pengajaran eksperimen berlaku di dalam bilik darjah (Thair & Treagust, 1997, 1999; Zulkarnain, 2007; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010). Kewujudan makmal sains di sekolah-sekolah masih agak terhad di mana secara amnya kemudahan makmal sedia ada masih tidak mencukupi dan tidak digunakan secara optimum (Sudono, 2007). Makmal sains berfungsi sebagai tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan peralatan khas yang sukar untuk dihadirkan di bilik darjah (Hofstein & Naaman, 2007; Sutrisno, 2007). Oleh itu, pengetua, pengurus makmal, guru sains, dan unsur-unsur berkaitan lain harus Kajian mendapati tiga cabaran berkaitan dengan kemahiran menggunakan peralatan makmal di sekolah. Antara cabaran ini iaitu (1) bilangan bilik darjah dibeberapa sekolah yang ramai sehingga penggunaan makmal berasaskan skala prioriti, (2) beberapa sekolah tidak mempunyai makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam makmal komputer, dan (3) beberapa sekolah berlaku perombakan makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam bilik darjah. Ketiga-tiga cabaran ini pada pandangan penyelidik merupakan cabaran dalam kes penggunaan dan pemanfaatan fasiliti makmal fizik di sekolah. Hal yang mungkin berlaku adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah, sehingga amalan eksperimen berubah menjadi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat konvensional (ceramah dan perbincangan). Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang menunjukkan bahawa ramai sekolah di Indonesia yang tidak mempunyai fasiliti makmal yang lengkap sehingga amalan pengajaran eksperimen berlaku di dalam bilik darjah (Thair & Treagust, 1997, 1999; Zulkarnain, 2007; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010). Kewujudan makmal sains di sekolah-sekolah masih agak terhad di mana secara amnya kemudahan makmal sedia ada masih tidak mencukupi dan tidak digunakan secara optimum (Sudono, 2007). Makmal sains berfungsi sebagai tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan peralatan khas yang sukar untuk dihadirkan di bilik darjah (Hofstein & Naaman, 2007; Sutrisno, 2007). Oleh itu, pengetua, pengurus makmal, guru sains, dan unsur-unsur berkaitan lain harus

(ii) Mahir menggunakan komputer

Kajian mendapati bahawa satu kemahiran yang perlu yang berkaitan dengan ABM adalah kemahiran menggunakan komputer atau ICT/multimedia (infostruktur). Didapati bahawa pada dasarnya ramai di kalangan guru fizik sudah mahir dalam membangunkan sendiri bahan pengajaran berasaskan teknologi dan multimedia. Hal ini berlaku kerana projek integrasi ICT sebenar telah dilalui guru dalam proses pembelajaran berterusan pada aktiviti pembelajaran program latihan MGMP Bermutu.Tambahan pula, projek MGMP Bermutu pada hari ini juga telah melahirkan ramai guru-guru yang celik teknologi. Membangunkan bahan pengajaran multimedia memerlukan kepada penekanan terhadap beberapa aspek. Antara aspek yang amat dipertekankan ialah apakah panduan yang perlu digunakan atau diikuti bagi memastikan segala proses mereka bentuk dan pembangunan berjalan dan menepati apa yang dikehendaki (Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris, & Zaidatun Tasir, 2007).

Kajian ini menerangkan tentang aspek yang diberi perhatian oleh guru-guru fizik dalam membangunkan media pengajaran berasaskan mutimedia. Kesimpulan yang dapat dilakukan oleh penyelidik selepas pemerhatian bilik darjah ialah guru- guru fizik yang mahir menggunakan teknologi masih memerlukan panduan dalam membangunkan media pengajaran. Ini kerana, pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia tidak terletak kepada kepakaran teknologi semata-mata, namun memerlukan pengintegrasian aspek psikologi pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar serta pedagogi pengajaran yang juga berkait rapat juga dengan rekabentuk bahan (Rafiza Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman, 2013). Oleh itu, sangat penting bagi guru untuk menjalankan proses pembelajaran menggunakan teknologi maklumat/multimedia atau infostruktur. Analisis mendapati bahawa penggunaan infostruktur bergantung kepada kesiapan topik bidang pengajian, kesiapan infostruktur, segala fasiliti sedia ada dan mengikut jadual penggunaan infostruktur di sekolah. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran menggunakan infostruktur boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan Kajian ini menerangkan tentang aspek yang diberi perhatian oleh guru-guru fizik dalam membangunkan media pengajaran berasaskan mutimedia. Kesimpulan yang dapat dilakukan oleh penyelidik selepas pemerhatian bilik darjah ialah guru- guru fizik yang mahir menggunakan teknologi masih memerlukan panduan dalam membangunkan media pengajaran. Ini kerana, pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia tidak terletak kepada kepakaran teknologi semata-mata, namun memerlukan pengintegrasian aspek psikologi pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar serta pedagogi pengajaran yang juga berkait rapat juga dengan rekabentuk bahan (Rafiza Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman, 2013). Oleh itu, sangat penting bagi guru untuk menjalankan proses pembelajaran menggunakan teknologi maklumat/multimedia atau infostruktur. Analisis mendapati bahawa penggunaan infostruktur bergantung kepada kesiapan topik bidang pengajian, kesiapan infostruktur, segala fasiliti sedia ada dan mengikut jadual penggunaan infostruktur di sekolah. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran menggunakan infostruktur boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

(iii) Mahir menggunakan projektor-LCD

Penggunaan LCD projektor di bilik darjah mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna. Penggunaannya pula membolehkan guru atau kalangan berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran fizik. Di samping itu, penggunaan LCD projektor membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. Akhirnya, penting untuk mengenal pasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan LCD projektor dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik. Justeru itu, bagi seorang guru, selain mereka harus mahir menguasai komputer juga mahir menggunakan LCD projektor sedemikian.