Impak Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.7 Impak Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam konteks Indonesia, Permendiknas 16/2007 tentang standard kelayakan akademik dan kompetensi guru merupakan peraturan yang diharapkan boleh mencipta ke arah profesionalisme guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Dalam Permendiknas ini, kompetensi profesional guru merujuk kepada penguasaan pendidikan secara mendalam yang membolehkan mereka memberi rujukan kepada pelajar dan mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sememangnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sehingga boleh memberikan kefahaman kepada pelajar di dalam bilik darjah. Di samping itu, pencapaian pembelajaran yang cemerlang juga disebabkan oleh keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang profesional. Sufean Hussin (1995) mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Profesionalisme boleh dirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.

Kes yang cukup menggembirakan adalah kemahuan sebahagian guru untuk sentiasa meningkatkan profesionalisme mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya akan dihuraikan mengenai kompetensi asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah di Indonesia.

2.7.1 Kompetensi Asas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, yang diperhati guru pertama kali adalah pelajar yang memiliki tujuan, keadaan dan kemampuan. Guru sememangnya mengenal pasti keadaan dan kemampuan pelajar, menempatkan diri bersesuaian dengan keadaan pelajar tersebut, sehingga pelajar dapat menerima ilmu dan pengetahuan dari guru dengan berkesan. Guru merupakan komponen manusiawi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, yang ikut berperanan dalam usaha pembentukan sumber manusia yang potensial dibidang pembangunan (Sardiman, 2011). Justeru itu, guru sebagai pendidik, tokoh, panutan, bagi para pelajar dan persekitaran, merupakan satu komponen dalam pendidikan yang sememangnya menjalankan tugasan secara profesional. Salah satunya iaitu mempunyai kemahiran dalam mengajar.

Kemahiran asas guru dalam pengajaran (Teaching Skills) merupakan satu ciri-ciri am daripada seseorang guru yang berhubungkait dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh diwujudkan melalui tindakan (Rusman, 2011). Kemahiran asas pengajaran pada dasarnya merupakan bentuk-bentuk perilaku yang bersifat asas dan khas yang sememangnya dimiliki oleh seorang guru sebagai modal permulaan dalam menjalankan tugas-tugas pembelajaran secara terancang dan profesional. Di samping itu, kemahiran adalah kemampuan menjalankan pola-pola tingkah laku yang kompleks dan tersusun rapi sesuai dengan keadaan untuk pencapaian tertentu.

Kemahiran bukan sahaja merangkumi gerakan motorik, melainkan fungsi minda yang bersifat kognitif. Guru dianggap mahir apabila telah berjaya dalam proses mempengaruhi atau memberdayakan pelajar secara tepat (Syah, 2010).

Akhirnya, kemahiran asas pengajaran guru diperlukan agar guru dapat menjalankan peranan dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sehingga dapat berjalan secara berkesan (Sandjaya, 2010). Kemahiran asas merupakan syarat mutlak agar guru boleh melaksanakan pelbagai starategi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mahir akan mampu mengamalkan kemahiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai jenis kemahiran asas guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Turney (dikutip dalam Mulyasa, 2009) dan Wingkel (2004) mendapati lapan kemahiran asas guru dalam pengajaran

yang berperanan dalam menentukan kualiti pembelajaran iaitu kemahiran penyoalan, kemahiran memberikan pengukuhan, kemahiran menjalankan kepelbagaian, kemahiran menjelaskan, kemahiran membuka dan menutup pelajaran, kemahiran menyelia perbincangan kumpulan kecil, kemahiran mengurus bilik darjah dan kemahiran mengajar kumpulan kecil dan perseorangan.

2.7.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah

Untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran berterusan beberapa cara boleh dijalankan, antaranya iaitu melakukan kajian, melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan, memperkasakan MGMP, memperkasakan organisasi profesion, menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, pensijilan dan ujian kompetensi (Agung, 2008; Barros & Elia, 1998; Depdiknas, 2008; Suma, 2004; USAID, 2005). Selari dengan itu, King dan Newmann (2001) mengiktiraf bahawa untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran, sehinggalah proses pembelajaran berterusan perlu mengendalikan tiga aspek daripada kapasiti sekolah, iaitu pengetahuan, kemahiran, dan kedudukan individu guru; komuniti profesional di kalangan kakitangan secara keseluruhan; dan kepaduan program di sekolah. Meskipun demikian, peningkatan kelayakan guru, latihan dalam perkhidmatan yang lebih luas, dan UU baru Kakitangan Awam (PNS) untuk pembangunan kerjaya guru, amnya tidak memberikan pengaruh yang signifikan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran akibat susunan birokrasi, di mana tidak menegaskan keutamaan tertinggi kepada kualiti pendidikan (Nielsen, 2003).

Keperluan akan program proses pembelajaran berterusan berterusan di bidang sains bagi guru di peringkat SMP adalah penting kerana ramai guru mempunyai salah faham atau pemahaman yang tidak lengkap mengenai konsep sains, sama ada mengenai proses ilmiah mahupun produk ilmiah. Para guru cenderung untuk menggunakan kaedah konvensional (ceramah dan perbincangan) tanpa adanya kaedah lain yang bersifat inkuiri. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pencapaian pelajar, seorang guru perlu menggunakan model pembelajaran yang mencabar, kerana dipercayai boleh mengasah kemahiran teknikal dan kemahiran ilmiah daripada pelajar (Sumintono, 2010; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010).

Kajian yang dijalankan oleh Baharin Abu (2006) mengenai tahap kesediaan pedagogi guru pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam latihan mengajar mendapati bahawa guru novis berhadapan dengan masalah besar dalam tahap kesediaan proses pengajaran dan pembelajaran. Baharin Abu (2006) menyatakan pengetahuan dan kemahiran mengajar guru novis yang berada pada tahap sederhana. Guru novis seringkali dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pengajaran di bilik darjah. Aspek-aspek seperti penerapan nilai dan kemahiran berfikir tidak ditekankan dalam proses pengajaran. Oleh itu, guru sepatutnya menggunakan kemahiran berpusatkan pelajar dan sanggup mengajar subjek yang bukan bidang pengkhususan.

Ramai kalangan meragukan sejauh mana proses pembelajaran berterusan boleh memberikan impak kepada guru dan masa hadapan daripada amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Walaupun menurut Singh (2008) pelaksanaan proses pembelajaran berterusan guru bertujuan bagi memahami dan mencerminkan tugas guru di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Malah, usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kedudukan guru merupakan satu tahap penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar (King & Newmann, 2001). Kesedaran tentang pentingnya interaksi antara gaya pembelajaran dan gaya berfikir dapat membantu pihak sekolah dan guru menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan pelajar (Baharin Abu et al., 2007). Selain itu, gaya pembelajaran dan gaya berfikir juga dapat membantu para pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta mampu mengecapi kecemerlangan dalam akademik mahupun kehidupan.

Namun, selepas berjaya membina perluasan rangkaian latihan dan standard pendekatan proses pembelajaran berterusan di Indonesia, pemerhatian menunjukkan bahawa ramai guru tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi ke dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (Thair & Treagust, 2003). Guru hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran tanpa pengimplementasian kepada amalan sebenar daripada pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (Hendayana, 2007). Rendahnya kualiti pendidikan sains dan matematik di Indonesia mengikut laporan PISA dan TIMSS, disebabkan oleh rendahnya kualiti guru sains dan matematik itu sendiri (Hendayana, Asep, & Imansyah, 2010). Sementara itu, pengalaman mengajar guru tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengetahuan dan keyakinan guru mengenai tujuan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah (Sarkim, 2004). Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat dua masalah utama guru di Indonesia iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru dan penekanan kepada kaedah menghafal dalam bilik darjah (Sriyati, 2009; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010; Zulfikar, 2009). Akibatnya, amalan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah masih jauh daripada yang diharapkan (Wahyudi & Treagust, 2004).

Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam hal penggunaan dan pemanfaatan peralatan makmal sangat diperlukan kerana aktiviti praktikum dalam pengajaran dan pembelajaran sains lebih berkesan berbanding dengan seluruh pendekatan didaktik tradisionil dan perbincangan (Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2004). Thair dan Treagust (1997,1999) mencadangkan perlunya dipersoalkan keberkesanan daripada penyelenggaraan aktiviti praktikum sains di sekolah dan persetujuan mengenai matlamat yang tepat bagi membentangkan aktiviti ini. Pelbagai halangan di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan makmal di Indonesia masa kini seperti peralatan makmal yang kurang lengkap, bilangan pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai (40 sehingga 50 pelajar dalam satu bilik darjah), beban mengajar guru terlalu padat (24 jam pelajaran setiap minggu atau lebih), praktikum menghabiskan banyak masa manakala bilangan jam untuk sains terhad (untuk SMP, dua jam pelajaran atau 90 minit sahaja dalam satu minggu bagi bidang pengkhususan fizik atau biologi) (HDEAPR, 2010b; Sriyati, 2009). Perkara lainnya adalah mengenai penggunaan buku teks atau buku pelajaran, mengikut Adisendjaja dan

Romlah (2007) penggunaannya masih ada yang kurang tepat, sehingganya menyebabkan berlaku miskonsepsi kepada pelajar. Selain itu, pembelajaran guru tidak berasaskan kepada lesson plan (RPP) atau kurikulum, akan tetapi berdasarkan buku sumber atau acuan lain (Sriyati, 2009).

Akhir sekali, daripada pelbagai halangan ini sekali gus memberikan gambaran mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah pada ketika ini di Indonesia. Penyelidik meletakkan jangkaan besar kepada keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran berterusan, sehinggalah guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran sebenar bagi meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran mereka, meningkatkan pencapaian pelajar, dan kualiti pendidikan secara amnya.