Aktiviti Penambahbaikan di Sekolah

4.3.3 Aktiviti Penambahbaikan di Sekolah

Dalam kajian ini, aktiviti pembangunan dan penambahbaikan ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh responden apabila terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beberapa pandangan responden mengenai aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan, seperti responden GF/I-01 yang mengiktiraf aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan tetap dilalui kerana beliau sebagai guru penolong kanan hal ehwal kurikulum di sekolahnya. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/I-06, di mana beliau menggunakan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan kerana beliau terbabit dalam pasukan pembangun kurikulum di sekolah. Berdasarkan pernyataan responden GF/I-01 dan GF/I-06, aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan mereka lakukan kerana terbabit dalam pasukan pembangunan dan

sebagai guru penolong kanan di sekolahnya. Oleh itu, aktiviti ini dilalui apabila seseorang guru terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

Jadwal 4.8: Penglibatan Guru Fizik Dalam Aktiviti Penambahbaikan

Deskripsi

Bilangan Peratus

Penglibatan dalam aktiviti penambahbaikan di sekolah - Kerap

14 38.9 - Kadang-kadang

12 33.3 - Tidak pernah

10 27.8 - Sangat kerap

Jumlah

Jadual 4.8 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Hasil analisis menunjukkan bahawa penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah adalah kerap dilakukan iaitu sebanyak 14 orang (38.9 peratus) responden menilainya pada tahap kerap untuk Jadual 4.8 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Hasil analisis menunjukkan bahawa penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah adalah kerap dilakukan iaitu sebanyak 14 orang (38.9 peratus) responden menilainya pada tahap kerap untuk

10 orang (27.8 peratus) menilai tidak pernah terlibat di dalam program pembangunan dan penambahbaikan. Tidak ada responden (0 peratus) yang melabelkan pada tahap sangat kerap.

Berdasarkan huraian di atas menunjukkan 38.9 peratus guru fizik SMPN Makassar kerap dilibatkan dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Hal ini dilakukan kerana merupakan aktiviti yang sangat penting dan merupakan tanggungjawab bersama. Manakala 61.1 peratus guru kadang-kadang bahkan tidak pernah dilibatkan dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Bagaimana pun, segelintir responden percaya aktiviti ini dilalui kerana merupakan aktiviti yang sangat penting dan merupakan tanggungjawab bersama

antara semua ahli organisasi di sekolah. Responden GF/Q-35 mengiktiraf aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan dilalui setiap awal tahun pelajaran di sekolah dengan bahan ajar mengenai program bidang pengajian, silibus, dan RPP. Di samping itu, responden GF/Q-27 menjelaskan contoh aktiviti sebagai kewujudan daripada keterlibatan guru adalah membuat soalan peperiksaan sekolah, merancangkan Kriteria Kelulusan Minima (KKM), Rancangan Pelaksanaan Pengajaran (RPP), silibus berkarakter, dan soalan pengkayaan bagi pelajar sebagai persiapan untuk mengikuti peperiksaan awam (UN).

Pengiktirafan daripada responden GF/Q-35 dan GF/Q-27 turut disokong oleh responden GF/Q-32. Beliau mengeluhkan rancangan KKM yang dibuat oleh pasukan rumpun mata pelajaran sains di sekolahnya. Katanya;

Di sekolah kami RPP, silabus, dan KKM ditentukan oleh MGMP sendiri berdasarkan Standard Kompetensi (SK) dan Kompetensi Asas (KD) yang sedia ada. Hanya yang menjadi halangan bagi kami guru mata pelajaran KKM yang ditentukan sekolah lebih tinggi daripada yang kita tentukan. Akibatnya dalam satu tahun pernah dua kali harus mengganti KKM.

Pernyataan berbeza disampaikan oleh responden GF/Q-26. Beliau mengiktiraf bukti keterlibatan beliau dalam aktiviti pembangunan dan penambahbaikan di Pernyataan berbeza disampaikan oleh responden GF/Q-26. Beliau mengiktiraf bukti keterlibatan beliau dalam aktiviti pembangunan dan penambahbaikan di

... kerana memiliki sedikit kemampuan dibidang ICT maka kerap saya dilibatkan dalam pembangunan ICT dalam pembelajaran, sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun penilaian.

Analisis mendapati tiga daripada 36 responden (8 peratus) responden percaya proses pembelajaran guru mengikut aktiviti pembangunan dan penambahbaikan merupakan aktiviti pembelajaran yang sangat penting bagi guru dan merupakan

tanggungjawab bersama antara guru, pengetua, dan stakeholder sekolah. Responden GF/Q-19 misalnya berkata proses pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan merupakan aktiviti pembelajaran guru yang bersifat analisis sehinggalah ini sangat penting. Tambahan pula, pentingnya aktiviti ini menjadikan pelaksanaannya mesti

berselang seli (GF/Q-30). Menurut responden GF/Q-24 aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan sememangnya menjadi tanggungjawab bersama meskipun dalam organisasi sekolah telah dibentuk hal ehwal tertentu.

Akhir sekali, secara keseluruhannya penyelidik mendapati tiga perkara berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan iaitu (1) aktiviti ini dilalui guru apabila terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah sebagai guru penolong kanan, ahli pasukan kurikulum dan ahli kumpulan bidang pengajian, (2) aktiviti dijalankan setiap awal tahun pelajaran membincangkan program kurikulum pengajaran, bidang pengajian, silibus, RPP dan program penilaian (membuat soalan peperiksaan sekolah, merancangkan KKM, dan analisis soalan persiapan UN), dan (3) aktiviti ini merupakan tanggungjawab bersama di antara guru, pengetua, dan stakeholder sekolah.