Aktiviti Pembelajaran Inkuiri

4.3.4 Aktiviti Pembelajaran Inkuiri

Analisis temu bual mendapati majoriti responden bersetuju aktiviti pembelajaran inkuiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan cara melaksanakan penyelidikan mengenai sesuatu isu yang berhubungkait dengan Analisis temu bual mendapati majoriti responden bersetuju aktiviti pembelajaran inkuiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan cara melaksanakan penyelidikan mengenai sesuatu isu yang berhubungkait dengan

mereka perolehi di dalam bilik darjah. Selain aktiviti kajian tindakan, aktiviti pembelajaran inkuri boleh dalam bentuk ABM dan LKS yang direka sendiri oleh guru fizik untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar. Seperti dinyatakan oleh responden GF/I-06 satu aktiviti pembelajaran yang beliau lalui adalah merancang LKS di mana rujukan diperolehi daripada pelbagai sumber atau menerusi laman internet.

Berdasarkan analisis dokumen penyelidik mengenai LKS yang direka oleh responden GF/I-06 untuk topik bahan ajar mata dan peralatan optik terbilang sangat mudah, terdiri daripada empat muka surat berisikan rajah daripada mata dan bahagian mata, kamera, mikroskop, LUP, dan teleskop. Sumber rujukan terutamanya rajah yang digunakan bersumber daripada penelusuran laman internet. Selain itu, responden GF/I-08 mengiktiraf aktiviti pembelajaran yang beliau lalui adalah merancang dan membuat kajian tindakan. Pernyataan responden GF/I-06 dan GF/I-

08 turut dikongsi oleh GF/Q-17, GF/Q-22, dan GF/Q-29, aktiviti yang dilalui guru dalam peningkatan kemahiran iaitu menjalankan kajian dalam bentuk kajian tindakan, kajian kes, kajian kritikal, jurnal, dan lainnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis dokumen penyelidik mengenai kajian tindakan, sebahagian kerja guru ini masih dalam bentuk proposal, manakala segelintir guru telah sampai kepada tahap penyelesaian laporan kajian. Pelaksanaan aktiviti kajian tindakan yang dilalui guru masih bersifat mudah sahaja, bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dialami pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Namun, segala proses ini melibatkan inisiatif yang tinggi kepada individu seseorang guru yang terbabit. Di samping itu, bergantung pula dengan kompleksiti daripada masalah yang akan dikaji serta penggunaan masa yang banyak bagi menjayakan aktiviti pembelajaran kajian tindakan.

Dalam kajian ini, aktiviti pembelajaran kajian tindakan ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan melaksanakan penyelidikan sederhana terhadap masalah-masalah yang dialami dalam pengajaran dan Dalam kajian ini, aktiviti pembelajaran kajian tindakan ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan melaksanakan penyelidikan sederhana terhadap masalah-masalah yang dialami dalam pengajaran dan

sebanyak satu kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Terdapat segelintir responden (14 daripada 36 responden atau 39 peratus) menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan sebanyak dua sehingga tiga kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Tambahan pula, terdapat segelintir responden (tiga daripada 36 responden atau lapan peratus) menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan

sebanyak lebih daripada tiga kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Malah, seorang responden mengiktiraf tidak pernah menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan.

Jadual 4.9: Kekerapan Melakukan aktiviti Kajian Tindakan

Deskripsi

Bilangan Peratus

Kekerapan melakukan kajian tindakan dalam tiga tahun terakhir

- 1 kali

18 50.0 - 2 sehingga 3 kali

14 38.9 - Lebih daripada 3 kali

3 8.3 - Tidak pernah

Akhirnya, dapatan kajian mengikut pandangan responden melahirkan tema- tema seperti mereka dan merancang ABM dan kajian tindakan, memperolehi pengalaman dan pembelajaran, mengenal pasti masalah yang dijumpai pelajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

4.3.4.1 Membuat ABM dan kajian tindakan

Responden GF/I-07 menyatakan aktiviti pembelajaran inkuri yang kerap beliau lalui adalah mereka dan merancang ABM serta mengujinya menerusi aktiviti kajian tindakan. Di samping itu, beliau pula aktif membuat tulisan pada pelbagai media atau akhbar. Pernyataan responden GF/I-07 ini disokong oleh responden GF/I-

09. Beliau menyatakan ABM sebenar yang kerap beliau gunakan adalah ABM berasaskan persekitaran menerusi penyeliaan pelajar untuk mencari sesuatu dengan cara berinteraksi dengan persekitaran sekolah. Beliau menceritakan pengalamannya,

... kadangkala saya tidak bertumpu kepada satu peralatan, melainkan dengan mengajak pelajar keluar bilik darjah, malah sampai menjolok mangga. Saya menggunakan model kooperatif-inkuiri berasaskan ICT dengan cara mengajak pelajar keluar bilik darjah untuk mencari benda-benda di alam misalnya benda-benda yang bermuatan elektrik, dan lain-lain. Seterusnya, mengajak pelajar untuk masuk kembali ke dalam bilik darjah untuk melakukan perbincangan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.

Pernyataan responden GF/I-09 berbeza dengan pernyataan responden GF/I-

03. Beliau mendedahkan keinginannya sebenar beliau iaitu aktiviti pembelajaran dengan cara melaksanakan penyelidikan dalam bentuk kajian tindakan, namun beliau merasa apa yang beliau punyai masih sangat kurang. Ujar GF/I-03,

... begitu banyak masalah yang saya temui dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik, terutamanya mengenai pengetahuan asas mengira dari pelajar dan masalah pengetahuan mengenai susunan ketahanan elektrik siri-selari. Jadi sekali lagi, yang paling saya suka sebenarnya adalah aktiviti pembelajaran inkuiri (kajian tindakan) dari ABM yang saya buat, bagaimanapun penyusunan laporan dan literatur saja yang jadi masalah.

Responden GF/I-08 dan GF/I-09 pula menceritakan pengalamannya menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Mereka kerap menjalankan kajian tindakan kerana kerap diikutkan dalam program latihan pengambilan kajian tindakan sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat daerah. Responden GF/I-09 mendapati halangan dalam perancangan aktiviti kajian tindakan, terutamanya pada peringkat analisis data. Bagaimana pun, beliau merasa masih perlu belajar lebih banyak lagi.

Akhir sekali, berdasarkan dapatan kajian di atas penyelidik merumuskan bahawa aktiviti pembelajaran inkuiri dilalui dengan menjalankan aktiviti mereka dan merancang ABM serta melakukan percubaan dalam aktiviti kajian tindakan. Aktiviti pembelajaran inkuiri juga boleh dilalui dengan ikut aktif dalam membuat tulisan pada media atau akhbar. Rancangan ABM berasaskan persekitaran dilalui dengan cara mencari bahan menerusi aktiviti berinteraksi dengan persekitaran sekolah.

4.3.4.2 Memperolehi pengalaman dan pembelajaran

Responden GF/Q-11 menjelaskan menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mendapatkan pengalaman dan pembelajaran. Sementara itu, responden GF/Q-05 dan GF/Q-36 mendedahkan pengalaman mereka dalam pengambilan kajian tindakan, seseorang guru banyak menemukan perkara dan pengalaman baru terutamanya mengenai aktiviti pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah. Menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengetahui segala kelebihan dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran dan sangat menyokong penambahbaikan dalam pengajaran. Responden GF/Q-15 mengiktiraf pengalamannya dalam merancang aktiviti kajian tindakan awalnya agak sukar, tetapi selepas berjalan sambil belajar akhirnya boleh beliau faham. Manfaat lainnya adalah menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengukur sejauh mana kemampuan guru dalam mengajar serta kekurangan yang guru punyai (GF/Q-18). Responden GF/Q-27 berkata,

Pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana sejak mengikuti MGMP program Bermutu, sudah ada dua produk kajian tindakan yang telah saya buat. Membuat kajian tindakan tidak rumut jika kita hendak membiasakan diri untuk berbuat .

Responden GF/Q-06 pula mengiktiraf manfaat yang beliau perolehi sangat baik, kerana seseorang guru dapat merefleksi pengajaran yang telah mereka lakukan dan

merancangkan penambahbaikan pengajaran seterusnya. Menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan akan lebih bermanfaat jika dalam proses pelaksanaan merancangkan penambahbaikan pengajaran seterusnya. Menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan akan lebih bermanfaat jika dalam proses pelaksanaan

Akhirnya, menerusi aktiviti pembelajaran inkuiri seorang guru memperolehi pengalaman dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran inkuiri bertujuan untuk mengetahui segala kelebihan dan kekurangan guru dalam pengajaran, merefleksi pengajaran yang mereka telah lakukan serta menyokong penambahbaikan dalam pengajaran mereka seterusnya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran inkuiri boleh mengukur sejauh mana kemampuan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti penilaian yang mereka lalui.

4.3.4.3 Mengetahui masalah pembelajaran pelajar

Kebanyakan responden percaya melalui aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui masalah pembelajaran daripada pelajar mereka. Responden GF/Q-13 misalnya menyatakan aktiviti ini sangat menarik kerana menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar dan berusaha mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/Q-03 menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengemukakan atau menemukan masalah mengenai pelajar yang tidak sirius belajar dan situasi bilik darjah yang tidak berkesan. Menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengetahui kekurangan atau permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manfaat aktiviti pembelajaran kajian tindakan bagi guru itu sendiri iaitu dengan mengetahui kaedah kajian tindakan serta mengetahui solusi masalah yang dihadapi, sehinggalah seseorang guru boleh mengetahui strategi mengajar yang tepat untuk diterapkan pada pelajar mereka (GF/Q-35).

Responden GF/Q-07 mengemukakan pengalamannya selama menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Beliau menyatakan pengalaman beliau dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Bagaimanapun pelajar yang malas mengikuti pelajaran fizik, menurusi aktiviti kajian tindakan beliau mengenal Responden GF/Q-07 mengemukakan pengalamannya selama menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Beliau menyatakan pengalaman beliau dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Bagaimanapun pelajar yang malas mengikuti pelajaran fizik, menurusi aktiviti kajian tindakan beliau mengenal

Pengalaman saya dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan, pelajar yang malas mengikuti pelajaran fizik dengan adanya aktiviti kajian tindakan ini saya jadi tahu penyebab ia malas mengikuti pelajaran fizik.

Pengalaman yang didedahkan oleh responden GF/Q-07 turut disokong oleh responden GF/Q-21, menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui kelemahan-kelemahan pelajar mereka dan boleh menindaklanjuti kelemahan-kelemahan pelajar tersebut. Sungguhpun responden GF/Q-32 bersetuju dengan pandangan responden yang lain, namun beliau menemui masalah dalam merancangkan aktiviti kajian tindakan. Komen GF/Q-32,

Pengalaman yang pertama saya lakukan adalah bingung bagaimana menganalisis/mengomentari masalah yang ditemui dan tindak lanjut yang harus dijalankan.

Responden GF/Q-32 menceritakan pengalaman pertama yang beliau lakukan adalah merasa bingung bagaimana menganalisis dan membincangkan masalah yang ditemukan dan tindak lanjut serta refleksi daripada apa yang harus dijalankan.