Pembangunan Kerangka Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Peningkatan Kompetensi Guru Fizik Sekolah Menengah

5.3.7 Pembangunan Kerangka Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Peningkatan Kompetensi Guru Fizik Sekolah Menengah

Tujuan utama bahagian ini adalah membina kerangka proses berdasarkan lima faktor seperti yang terdapat dalam Rajah 5.1. Kerangka proses ini dibina berasaskan pengumpulan data yang sistematik dan dianalisis menggunakan teknik analisis tematik menggunakan perisian NVivo. Responden kajian juga dipilih secara berhati-hati dengan menggunakan persampelan bertujuan untuk memberi keseluruhan aspek yang dikaji dan menjawab persoalan-persoalan kajian. Rajah 5.1 menunjukkan proses kajian dengan lebih jelas memberi jawapan berasaskan data yang telah dianalisis. Oleh itu, pembinaan kerangka proses pembelajaran berterusan yang timbul dari data dapat ditunjukkan. Terdapat tiga tahap dalam kerangka proses pembelajaran berterusan berkaitan dengan maklumat input, proses dan output. Tahap input dalam kerangka proses ini adalah guru fizik sekolah menengah di Makassar. Guru fizik dalam kajian ini dipilih kerana mempunyai perbezaan dengan guru lain terutamanya kerana guru fizik mesti dapat menguruskan makmal dan mesti mahir dalam menggunakan infrastruktur makmal. Tahap proses pelaksanaan pembelajaran berterusan merangkumi aktiviti pembelajaran berterusan yang dilalui, maklum balas guru, sokongan organisasi dan perubahan, dan halangan-halangan dalam proses pembelajaran berterusan. Tahap output merangkumi impak pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar.

Ketiga-tiga tahap dalam kerangka proses pembelajaran berterusan ini pada asasnya bersesuaian dengan teori keberkesanan proses pembelajaran berterusan yang diasaskan oleh Stufflebeam et al. (1971), Guskey (2000) dan Yoon et al. (2008). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara kerangka proses pembelajaran berterusan yang dibangunkan oleh penyelidik dengan ketiga-tiga asas teori Stufflebeam et al. (1971), Guskey (2000) dan Yoon et al. (2008), terutamanya berkaitan dengan halangan guru dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan. Kerangka proses pembelajaran berterusan ini telah mengenal pasti 34 halangan- halangan guru fizik dalam menjalankan aktiviti proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi mereka, sama ada bersumber daripada polisi kerajaan, Agensi/Institusi Latihan Perguruan, pengetua, awam dan ibu bapa, guru Ketiga-tiga tahap dalam kerangka proses pembelajaran berterusan ini pada asasnya bersesuaian dengan teori keberkesanan proses pembelajaran berterusan yang diasaskan oleh Stufflebeam et al. (1971), Guskey (2000) dan Yoon et al. (2008). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara kerangka proses pembelajaran berterusan yang dibangunkan oleh penyelidik dengan ketiga-tiga asas teori Stufflebeam et al. (1971), Guskey (2000) dan Yoon et al. (2008), terutamanya berkaitan dengan halangan guru dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan. Kerangka proses pembelajaran berterusan ini telah mengenal pasti 34 halangan- halangan guru fizik dalam menjalankan aktiviti proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi mereka, sama ada bersumber daripada polisi kerajaan, Agensi/Institusi Latihan Perguruan, pengetua, awam dan ibu bapa, guru

Di samping itu, model CIPP Stufflebeam dalam keadaan tertentu tidak dapat memberikan maklum balas terhadap persoalan atau isu signifikan yang timbul kerana kemungkinan bertentangan dengan kehendak pembuat polisi yang mengawal proses pembelajaran berterusan berkenaan. Selain itu, jika keseluruhan model ini diikuti maka pendekatan pembelajaran ini akan memakan belanja besar, mengambil masa yang lama dan menjadi kompleks. Ini menyukarkan penyelidik yang memerlukan dapatan kajian yang cepat untuk membangun dan membuat keputusan tentang kerangka proses pembelajaran berterusan. Model Guskey juga menunjukkan bahawa pengaruh proses pembelajaran berterusan pada peningkatan pembelajaran pelajar boleh diwujudkan melalui kesan langsung guru dalam mengamalkan kompetensi mereka. Mengikut model Guskey, pembelajaran dan amalan guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi hubungan proses pembelajaran berterusan guru dan pembelajaran pelajar. Jika proses pembelajaran berterusan tidak mampu membangunkan kompetensi guru, sangat sedikit penambahbaikan dalam proses pembelajaran pelajar yang boleh diharapkan. Sebaliknya, dalam kerangka proses pembelajaran berterusan yang dibangunkan oleh penyelidik, 34 halangan yang telah dikenal pasti merupakan faktor utama yang mempengaruhi hubungan proses pembelajaran berterusan guru dengan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Justeru itu, model Guskey mengenal pasti tiga kes yang mempengaruhi peningkatan pembelajaran pelajar iaitu proses pembelajaran guru, amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan pentadbiran pendidikan, manakala kerangka proses pembelajaran ini telah mengenal pasti 34 halangan yang bersumber daripada polisi kerajaan, Agensi/Institusi Latihan Perguruan, Pengetua, Awam dan Ibu Bapa, Guru itu sendiri, dan pelajar. Model Guskey mencadangkan usaha guru dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan untuk peningkatan kompetensi sahaja, manakala dalam kerangka proses ini dihuraikan secara terperinci mengenai aktiviti proses Di samping itu, model CIPP Stufflebeam dalam keadaan tertentu tidak dapat memberikan maklum balas terhadap persoalan atau isu signifikan yang timbul kerana kemungkinan bertentangan dengan kehendak pembuat polisi yang mengawal proses pembelajaran berterusan berkenaan. Selain itu, jika keseluruhan model ini diikuti maka pendekatan pembelajaran ini akan memakan belanja besar, mengambil masa yang lama dan menjadi kompleks. Ini menyukarkan penyelidik yang memerlukan dapatan kajian yang cepat untuk membangun dan membuat keputusan tentang kerangka proses pembelajaran berterusan. Model Guskey juga menunjukkan bahawa pengaruh proses pembelajaran berterusan pada peningkatan pembelajaran pelajar boleh diwujudkan melalui kesan langsung guru dalam mengamalkan kompetensi mereka. Mengikut model Guskey, pembelajaran dan amalan guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi hubungan proses pembelajaran berterusan guru dan pembelajaran pelajar. Jika proses pembelajaran berterusan tidak mampu membangunkan kompetensi guru, sangat sedikit penambahbaikan dalam proses pembelajaran pelajar yang boleh diharapkan. Sebaliknya, dalam kerangka proses pembelajaran berterusan yang dibangunkan oleh penyelidik, 34 halangan yang telah dikenal pasti merupakan faktor utama yang mempengaruhi hubungan proses pembelajaran berterusan guru dengan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Justeru itu, model Guskey mengenal pasti tiga kes yang mempengaruhi peningkatan pembelajaran pelajar iaitu proses pembelajaran guru, amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan pentadbiran pendidikan, manakala kerangka proses pembelajaran ini telah mengenal pasti 34 halangan yang bersumber daripada polisi kerajaan, Agensi/Institusi Latihan Perguruan, Pengetua, Awam dan Ibu Bapa, Guru itu sendiri, dan pelajar. Model Guskey mencadangkan usaha guru dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan untuk peningkatan kompetensi sahaja, manakala dalam kerangka proses ini dihuraikan secara terperinci mengenai aktiviti proses