Aktiviti Pembelajaran Arahan Kendiri

4.3.1 Aktiviti Pembelajaran Arahan Kendiri

Aktiviti pembelajaran arahan kendiri merupakan tema yang menyoroti aktiviti yang dilalui responden untuk melakukan proses pembelajaran secara mandiri sama ada dalam persekitaran sekolah mahupun di tempat-tempat lain seperti pada masa responden berada di rumah. Aktiviti ini diyakini boleh mempengaruhi responden dalam mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi yang bersumber daripada motivasi belajar responden itu sendiri. Berdasarkan analisis data didapati dua sub tema mengenai proses pembelajaran arahan kendiri iaitu aktiviti pembelajaran kendiri yang dilalui dan kepentingan proses pembelajaran arahan kendiri.

4.3.1.1 Aktiviti pembelajaran kendiri yang kerap dijalankan

Analisis temu bual mendapati aktiviti pembelajaran arahan kendiri dilalui responden menerusi aktiviti membaca akhbar atau majalah, membaca pelbagai sumber rujukan atau buku pelajaran, dan melalui laman internet. Aktiviti ini dipercayai responden sebagai cara yang disukai dan termudah. Di samping itu, boleh secara langsung mengetahui sesuatu yang bersumber daripada bahan tersebut. Responden GF/I-09 misalnya menyatakan pembelajaran yang beliau lalui dengan cara mencari bahan pelajaran yang bersesuaian dengan bahan yang akan diajarkan esok hari. Pernyataan ini disokong oleh responden GF/I-03, aktiviti pembelajaran yang dilalui adalah mencari buku dan pelbagai sumber rujukan, dibaca dan dipelajari, kemudian berupaya untuk menerapkannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Analisis soal selidik pula mendapati aktiviti pembelajaran yang paling kerap dijalankan oleh responden iaitu membaca buku dan bahan pembelajaran lain (seperti Akhbar, majalah, dan lain-lain). Responden GF/Q-11 merumuskan,

Cara saya belajar iaitu memperbanyak membaca buku dan bacaan lain seperti Akhbar dan majalah lainnya yang bersesuaian dengan bahan yang akan diajarkan.

Pandangan responden di atas menunjukkan untuk peningkatan kompetensi pengetahuan maka seorang guru diperlukan untuk sentiasa menjalankan proses pembelajar sendiri dengan banyak membaca literatur, buku, atau sumber lain yang bersesuaian dengan bahan yang akan diajarkan.

Aktiviti lain yang dijalankan responden dalam proses pembelajaran arahan kendiri iaitu merancang LKS menggunakan rujukan sama ada bersumber dari pelbagai bahan, buku, ataupun melalui laman internet. Responden GF/I-02 dan GF/I-

05 mengiktiraf aktiviti pembelajaran yang mereka jalankan melalui pelbagai sumber, menerusi laman internet dan belajar menggunakan produk teknologi seperti komputer. Mereka menyedari pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi sangat berguna dan boleh membantu di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Responden GF/I-06 pula mengiktiraf kesan daripada proses pembelajaran yang beliau lakukan adalah kemahiran dalam merancang LKS untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan rujukan beliau perolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, akhbar, majalah, mahupun melalui laman internet. GF/I-06 berkata,

Salah satu cara yang saya lakukan sebagai aplikasi dari pembelajaran yang saya lakukan adalah merancang LKS yang rujukannya saya dapatkan dari pelbagai sumber seperti dari internet.

Bagaimanapun, kompetensi yang diperolehi responden GF/I-06 bukan sahaja kompetensi pengetahuan, namun beliau memberikan tumpuan kepada kemahiran dan pengalaman dengan cara merancang LKS untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, aktiviti pembelajaran arahan kendiri dijalankan responden menerusi aktiviti proses pembelajaran daripada pelbagai sumber seperti buku, akhbar atau majalah, dan melalui laman internet kemudian memberikan kesan kepada peningkatan kompetensi seperti merancang LKS untuk digunapakai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Analisis soal selidik item terbuka mendapati kebanyakan responden mengiktiraf proses pembelajaran kendiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan bagi meningkatkan pemberdayaan mereka secara individu kerana matlamat dan aktiviti ditentukan oleh responden itu sendiri. Dapatan kajian Analisis soal selidik item terbuka mendapati kebanyakan responden mengiktiraf proses pembelajaran kendiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan bagi meningkatkan pemberdayaan mereka secara individu kerana matlamat dan aktiviti ditentukan oleh responden itu sendiri. Dapatan kajian

Kerana terhad masa, mengingat tugas di sekolah yang padat dan kerana masa di rumah lebih banyak untuk keluarga sehingga proses pembelajaran hanya boleh dijalankan dua hingga tiga kali sahaja dalam seminggu.

Oleh itu, kekerapan proses pembelajaran responden sangat bergantung kepada aktiviti keseharian responden itu sendiri.

Analisis soal selidik pula mendapati kebanyakan responden menjalankan aktiviti proses pembelajaran arahan kendiri dalam peningkatan kompetensi pengetahuan menerusi aktiviti pembelajaran melalui laman internet. Aktiviti ini dijalankan responden dengan cara mencari bahan-bahan yang akan diajarkan, mencari artikel jurnal, kajian, dan lain-lain menerusi laman internet. Responden GF/Q-27 dan GF/Q-08 misalnya mempunyai akses internet dalam bentuk broadband di rumahnya, kewujudan daripada interaksi belajar menerusi laman internet menurut pandangan mereka seperti berikut,

Yang saya inginkan sebenarnya adalah pembelajaran dengan cara membuka internet secara berterusan. Yang jelas, saya tidak bosan- bosannya membuka internet. Saya mencari bahan belajar dari internet atau sumber-sumber lainnya.

Pandangan responden di atas menunjukkan aktiviti pembelajaran terbaik dalam peningkatan kompetensi pengetahuan responden adalah mencari sumber belajar menerusi pencarian pada laman internet. Aktiviti ini dijalankan dengan mencari bahan pelajaran yang akan diajarkan, mencari artikel, jurnal, kajian, dan lainnya menerusi general search engine, seperti google. Bagaimanapun, analisis temu bual mendapati beberapa pernyataan dan pandangan responden mengenai aktiviti pembelajaran menggunakan fasiliti internet. GF/I-02 dan GF/I-05 misalnya memberi pandangan proses pembelajaran yang mereka jalankan iaitu pembelajaran menerusi pelbagai sumber seperti internet kerana sangat berguna dan boleh membantu mereka di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Pandangan GF/I-02 dan GF/I-05 mengenai pemanfaatan teknologi dalam proses pembelajaran kendiri adalah,

Adapun cara yang saya lakukan iaitu belajar dari pelbagai sumber seperti internet (GF/I-02). Selalu belajar, terutama mengenai penggunaan ICT, karena aktiviti ini berguna dan boleh membantu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (GF/I-05).

Selari dengan pandangan GF/I-02 dan GF/I-05 di atas, GF/I-09 dan GF/I-06 memberikan pandangan mengenai proses pencarian sumber belajar menerusi internet. Responden GF/I-09 menyatakan apa yang biasa beliau lakukan iaitu mencari bahan menerusi laman google sesuai dengan bahan yang akan diajarkan besok hari. Pandangan ini menunjukkan cara mudah dalam mencari apa-apa sumber pembelajaran menerusi laman pencarian google, walaupun menunjukkan pola kerja yang tidak dirancang secara berkesan.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru boleh melakukan tunjuk ajar kepada pelajar mereka mengenai pencarian bahan pelajaran menerusi laman pencarian internet apabila fasiliti penyokong dalam bilik darjah sedia ada. Hal ini bersesuaian dengan pemerhatian lawatan bilik darjah yang dijalankan penyelidik kepada responden GF/O3-01, di mana pelajar diberi tugasan untuk mencari maklumat mengenai peralatan optik menerusi laman pencarian google langsung di dalam bilik darjah. Aktiviti yang sama dijalankan penyelidik kepada responden GF/O3-02, di mana responden pula memberi tugasan yang sama kepada pelajar untuk mencari bahan rujukan mengenai pemanfaatan limbah menerusi laman pencarian google. Di samping itu, dokumen RPP yang dibuat oleh responden seperti GF/D-01 memberi keterangan sumber data dan rajah mengenai mata, peralatan optik bersumber daripada internet.

Oleh itu, berdasarkan pelbagai pandangan responden di atas mengenai aktiviti pembelajaran berterusan yang dilalui guru, sehingga penyelidik merumus bahawa aktiviti yang dilalui guru antaranya membaca Akhbar atau majalah, membaca pelbagai sumber rujukan atau buku pelajaran, dan membaca menelusuri laman internet (infostruktur).

4.3.1.2 Kepentingan aktiviti pembelajaran arahan kendiri

Proses pembelajaran arahan kendiri ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan berdasarkan inisiatif peribadi daripada seseorang guru, dengan andaian aktiviti ini boleh meningkatkan pemberdayaan mereka secara individu kerana matlamat dan aktiviti ditentukan oleh mereka sendiri. Berdasarkan analisis didapati secara am semua responden soal selidik menyukai model pembelajaran kendiri, di mana 16 daripada 36 (44 peratus) responden melakukan pembelajaran kendiri sebanyak dua hingga tiga kali dalam seminggu. Jadual 4.5 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap kekerapan belajar arahan kendiri. Hasil analisis menunjukkan bahawa kekerapan guru fizik Makassar belajar arahan kendiri adalah dua sehingga tiga kali dalam seminggu iaitu sebanyak 16 orang (44.4 peratus) responden belajar arahan kendiri sebanyak dua sehingga tiga kali. Sebanyak 15 orang (41.7 peratus) belajar arahan kendiri lebih daripada tiga kali dalam seminggu. Sebanyak lima orang (13.9 peratus) belajar arahan kendiri sebanyak satu kali sahaja. Tidak ada responden (0 peratus) yang melabelkan pada tahap tidak pernah belajar arahan kendiri.

Jadual 4.5: Kekerapan Belajar Arahan Kendiri

Deskripsi

Bilangan Peratus

Kekerapan belajar arahan kendiri dalam seminggu - 2 sehingga 3 kali

16 44.4 - Lebih daripada 3 kali

15 41.7 - 1 kali sahaja

5 13.9 - Tidak pernah

Jumlah

Aktiviti pembelajaran arahan kendiri dijalankan oleh responden untuk menguasai dan mengkaji semula bahan pengajaran. Responden GF/Q-11 mendedahkan sebelum mengajar seorang guru mesti menguasai dan membangun bidang pengajian kerana hal ini sangat penting dan hanya boleh dijalankan melalui

pembelajaran secara berterusan. Responden GF/Q-27 pula mengiktiraf guru yang profesional sangat perlu menguasai topik bidang pengajian, konsep, struktur, dan paradigma saintifik yang menyokong perkara subjek. Sementara itu, responden

GF/Q-32 menjelaskan pengalamannya mengenai aktiviti pembelajaran kendiri yang beliau lalui. Beliau berkata,

Pembelajaran kendiri saya lakukan jika topik pengajaran yang baru dengan metode/praktikum yang baru atau pelajar yang diajari baru pertama kali menerima topik bidang pengajian itu dan ternyata mereka masih banyak yang belum memahami maka untuk bilik darjah seterusnya harus disiapkan lebih matang lagi.

Jika responden GF/Q-32 menjelaskan pengalamannya dalam aktiviti pembelajaran kendiri, responden GF/Q-12 pula mengiktiraf kes yang sama mengenai pengalaman menjalankan aktiviti pembelajaran kendiri. Beliau mengiktiraf kompetensi yang beliau dapatkan dalam aktiviti latihan dikaji semula menerusi pembelajaran kendiri, mengingat syarahan daripada pembentang terhad masa, sehingga beliau mencari kesempatan lain bagi mebjalankan aktiviti pembelajaran semula. Ujar GF/Q-12,

... apa yang diperoleh dari aktiviti latihan dikaji ulang mengingat penjelasan dari pembentang menggunakan masa yang sangat terbatas, sehingga kami mencari ketempatan lain untuk mempelajari kembali.

Di samping itu, responden GF/Q-29 pula berpandangan seorang guru sentiasa menjalankan inovasi dalam proses pembelajaran secara berterusan sebagai upaya peningkatan kompetensi mereka dan pencapaian pelajar. Oleh itu, guru menjalankan aktiviti proses pembelajaran kendiri untuk menguasai dan mengkaji semula bahan pengajaran, struktur, konsep, dan pemikiran saintifik agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Analisis mendapati aktiviti pembelajaran kendiri dijalankan untuk meningkatkan kompetensi individu daripada guru itu sendiri. Responden GF/Q-03 mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri boleh meningkatkan kompetensi individu masing-masing guru. Sementara itu, responden GF/Q-26 mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri kerap beliau jalankan kerana berkaitan dengan keadaan beliau sekarang yang sedang meneruskan pendidikan ke tahap sarjana. Hal ini menjadikan kekerapan menjalankan aktiviti pembelajaran lebih daripada tiga kali seminggu, kes berbeza apabila beliau sebagai seorang guru sahaja. Di samping itu, kadang-kadang Analisis mendapati aktiviti pembelajaran kendiri dijalankan untuk meningkatkan kompetensi individu daripada guru itu sendiri. Responden GF/Q-03 mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri boleh meningkatkan kompetensi individu masing-masing guru. Sementara itu, responden GF/Q-26 mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri kerap beliau jalankan kerana berkaitan dengan keadaan beliau sekarang yang sedang meneruskan pendidikan ke tahap sarjana. Hal ini menjadikan kekerapan menjalankan aktiviti pembelajaran lebih daripada tiga kali seminggu, kes berbeza apabila beliau sebagai seorang guru sahaja. Di samping itu, kadang-kadang

Seterusnya, analisis mendapati tiga daripada 36 responden (lapan peratus) mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri dijalankan responden adalah untuk mengikuti perkembangan sains dan meningkatkan kualiti pendidikan. Responden GF/Q-08 dan GF/Q-24 misalnya mengiktiraf aktiviti pembelajaran kendiri kerap mereka lalui untuk sentiasa berusaha mengimbangi laju kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan ilmu pendidikan khasnya bidang sains. Responden GF/Q-23 mengisytiharkan, aktiviti pembelajaran kendiri penting dijalankan kerana mempunyai pengaruh penting dalam membangunkan kualiti pengajaran.

Jadual 4.6 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap pentingnya pembangunan profesional guru. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembangunan profesional guru fizik Makassar adalah sangat penting dilakukan iaitu sebanyak 28 orang (77.8 peratus) responden menilainya pada tahap sangat penting. Sebanyak 8 orang (22.2 peratus) menilai pembangunan profesional guru fizik pada tahap penting. Tidak ada responden (0 peratus) yang melabelkan pada tahap tidak penting.

Jadual 4.6: Pentingnya Proses Pembelajaran Berterusan Guru Fizik

Deskripsi

Bilangan Peratus

Kepentingan proses pembelajaran berterusan guru fizik - Sangat Penting

28 77.8 - Penting

8 22.2 - Tidak Penting

Jumlah

Justeru itu, berdasarkan analisis penyelidik mendapati empat perkara berhubungkait dengan kepentingan proses pembelajaran arahan kendiri dijalankan, antaranya iaitu, menguasai dan mengkaji semula bahan pengajaran, meningkatkan kompetensi individu, keberkesanan dalam pengajaran dan mengikuti perkembangan sains.

Akhir sekali, satu aktiviti daripada proses pembelajaran berterusan guru fizik di Makassar adalah aktiviti pembelajaran arahan kendiri. Aktiviti ini adalah proses pembelajaran berterusan yang dilalui guru fizik secara mandiri sama ada dalam persekitaran sekolah mahupun di tempat-tempat lain seperti pada masa guru fizik berada di rumah. Aktiviti ini diyakini boleh mempengaruhi responden dalam mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi yang bersumber daripada motivasi belajar responden itu sendiri. Aktiviti pembelajaran kendiri yang dilalui guru fizik di Makassar diantaranya membaca Akhbar atau majalah, membaca pelbagai sumber rujukan atau buku pelajaran, dan membaca menelusuri laman internet (infostruktur). Terdapat empat perkara berhubungkait dengan kepentingan proses pembelajaran arahan kendiri dijalankan, antaranya iaitu, menguasai dan mengkaji semula bahan pengajaran, meningkatkan kompetensi individu, keberkesanan dalam pengajaran dan mengikuti perkembangan sains.