Implikasi Kajian

5.4 Implikasi Kajian

Bahagian ini membincangkan implikasi kajian yang terdiri daripada implikasi bagi guru fizik di Makassar dan implikasi untuk pakar Institusi Latihan Perguruan di Makassar.

5.4.1 Implikasi bagi Guru Fizik di Makassar

Berdasarkan pelbagai halangan yang didapati dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan guru fizik di Makassar sehingga penting untuk mengekalkan pelaksanaan proses pembelajaran berterusan. Halangan-halangan yang bersumber daripada polisi kerajaan, Agensi/Institusi Latihan Perguruan, pengetua, awam dan ibu bapa, guru fizik itu sendiri dan pelajar berpotensi menjadi isu tekanan yang berlaku di kalangan guru fizik Makassar. Halangan ini boleh menjadikan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik sukar untuk mencapai tahap output iaitu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran fizik dan pencapaian pelajar. Memahami kerangka proses pembelajaran berterusan, pengerahan, dan keputusan, dengan menyemak proses pembelajaran berterusan secara holistik merangkumi tahap input, proses dan output boleh membantu guru fizik SMP Makassar bagi menggambarkan sesuatu orientasi, amalan, dan keputusan proses pembelajaran berterusan yang mereka lakukan. Selain itu, kerangka proses pembelajaran berterusan akan memberi manfaat kepada masa hadapan pendidikan fizik di Makassar, membantu mereka dalam menyokong rakan guru lain dan pelajar- pelajar mereka untuk sentiasa belajar, dan akhirnya membantu mereka dalam amalan pengajaran dan pembelajaran fizik yang berkesan.

Proses pembelajaran berterusan adalah penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar, walaupun sumbangan proses pembelajaran berterusan dalam pencapaian pelajar sangat ditentukan usaha guru fizik dalam mengurangi tekanan yang bersumber daripada halangan-halangan yang mereka perolehi dalam proses pembelajaran. Guru fizik sentiasa belajar secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti pembelajaran sehingga dapat meningkatkan kompetensi mereka Proses pembelajaran berterusan adalah penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar, walaupun sumbangan proses pembelajaran berterusan dalam pencapaian pelajar sangat ditentukan usaha guru fizik dalam mengurangi tekanan yang bersumber daripada halangan-halangan yang mereka perolehi dalam proses pembelajaran. Guru fizik sentiasa belajar secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti pembelajaran sehingga dapat meningkatkan kompetensi mereka

(i) Guru fizik Makassar sentiasa menjalankan proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat untuk meningkatkan kompetensi pengetahuan, sikap dan kemahiran mereka sehingga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan. Justeru itu, proses pembelajaran berterusan harus membangunkan kandungan berstruktur dan mendalam mengenai konsep kapasiti sekolah terutamanya pengetahuan dan kemahiran guru fizik untuk mewujudkan amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang berkesan.

(ii) Proses pembelajaran berterusan direka sebagai satu projek jangka panjang bagi menggalakkan pembangunan dan perubahan dalam kandungan pengetahuan, orientasi, dan amalan guru. Proses pembelajaran berterusan mesti mencabar guru-guru untuk mengubah didaktik dan orientasi, didorong oleh aktiviti ke arah orientasi penyelidikan.

(iii) Proses pembelajaran berterusan hendaklah merangkumi penilaian dan peluang susulan untuk memberi maklum balas dan membantu guru fizik untuk sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi, pemahaman, dan kemahiran mereka dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penilaian dan sokongan susulan ini setidaknya boleh memberikan bukti empirikal bagi guru fizik dalam meningkatkan pengetahuan kandungan pedagogi mereka.

(iv) Pengetua, Guru Kanan, Guru Pelatih, Pendidik Guru, Nazir Sekolah, dan persekitaran organisasi pendidikan di Makassar, perlu membantu dan menyokong guru-guru fizik, dan juga diri mereka sendiri untuk menyedari perlunya sentiasa belajar, membangun kompetensi (iv) Pengetua, Guru Kanan, Guru Pelatih, Pendidik Guru, Nazir Sekolah, dan persekitaran organisasi pendidikan di Makassar, perlu membantu dan menyokong guru-guru fizik, dan juga diri mereka sendiri untuk menyedari perlunya sentiasa belajar, membangun kompetensi

5.4.2 Implikasi untuk pakar Institusi Latihan Perguruan di Makassar

Dalam kajian ini, pakar Institusi Latihan Perguruan antaranya adalah Guru Kanan, Pengetua, Guru Pelatih, Pendidik Guru, Nazir Sekolah, dan persekitaran organisasi pendidikan di Makassar. Pakar Institusi Latihan Perguruan perlu pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam membangunkan kepakaran mereka mengenai kandungan pengetahuan dan kandungan pengetahuan pedagogi pendidikan fizik, perubahan organisasi, pembelajaran dan pembangunan orang dewasa, latihan, penilaian, dan strategi proses pembelajaran berterusan (Loucks-Horsley et al., 2003). Dalam kajian ini, didapati bahawa pakar Institusi Latihan Perguruan mesti membangunkan kepakaran dalam kandungan pengetahuan pedagogi merangkumi pengetahuan pembelajaran guru, strategi proses pembelajaran berterusan, kurikulum, dan penilaian. Kajian ini memberi implikasi bahawa kita mungkin perlu mengambil kira proses pembelajaran berterusan untuk pakar Institusi Latihan Perguruan bagi meningkatkan orientasi dan kandungan pengetahuan pedagogi yang mencukupi untuk proses pembelajaran berterusan. Pakar Institusi Latihan Perguruan mungkin perlu:

(i) Sentiasa sedar dan berusaha membangunkan kandungan pengetahuan, pengetahuan pedagogi dan kandungan pengetahuan pedagogi mereka untuk mengamalkan pengetahuan kepada guru-guru secara berkesan.

(ii) Meningkatkan pemahaman mereka tentang model dan strategi proses pembelajaran berterusan serta kaedah penilaian untuk membantu guru- guru memahami bagaimana kepercayaan yang sedia ada dan pengaruh tabiat amalan untuk tafsiran idea dan amalan baru mereka.

(iii) Membangunkan pemahaman mengenai spesifikasi kerangka proses pembelajaran berterusan yang bertujuan untuk mengubah cara mereka mengajar dengan cara yang lebih berkesan.

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan di atas, pakar Institusi Latihan Perguruan perlu mengambil bahagian dalam proses pembelajaran berterusan yang membantu mereka untuk membangunkan orientasi pengajaran fizik dan proses pembelajaran berterusan ke arah orientasi penyelidikan dan juga untuk membangunkan kandungan pengetahuan pedagogi untuk proses pembelajaran berterusan. Dalam kes ini, pakar Institusi Latihan Perguruan adalah penting untuk menyediakan sokongan pembelajaran kepada guru.

Akhir sekali, dalam usaha untuk menggalakkan dan mengekalkan intensif proses pembelajaran berterusan daripada pakar Institusi Latihan Perguruan , sebagai satu pasukan, perlu menetapkan matlamat untuk pembelajaran individu mereka dalam proses pembelajaran berterusan.