Sokongan Awam dan Ibu Bapa

4.5.3 Sokongan Awam dan Ibu Bapa

Analisis soal selidik mendapati responden bersetuju awam dan ibu bapa memberi sokongan kepada proses pembelajaran berterusan (Jadual 4.17). Seramai 23 responden (63.9 peratus) bersetuju awam dan ibu bapa memberi sokongan kepada proses pembelajaran berterusan yang mereka lalui. Sebaliknya, ada tujuh responden (19.4 peratus) tidak bersetuju awam dan ibu bapa memberi sokongan kepada proses pembelajaran berterusan mereka.

Jadual 4.17: Sokongan Awam dan Ibu Bapa

Bilangan Peratus Sokongan awam dan ibu bapa terhadap proses pembelajaran berterusan - Ya

Deskripsi

23 63.9 - Tidak

7 19.4 - Tidak memberi jawapan

Sokongan awam dan ibu bapa pelajar sangat diperlukan dalam keupayaan proses pembelajaran berterusan seorang guru kerana boleh memberikan impak kepada kualiti pendidikan amnya dan pencapaian pelajar khasnya. Guru profesional diharapkan boleh memberikan kesan positif secara langsung kepada pelajar, ibu bapa pelajar, dan persekitaran awam (GF/Q-24). Oleh itu, seorang guru harus bekerjasama dengan ibu bapa pelajar, sebab tanpa kerjasama yang baik, proses pembelajaran berterusan tidak boleh berjaya (GF/Q-34).

Analisis mendapati ibu bapa pelajar memberikan sokongan apabila kanak- kanak mereka mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan mendapat perkhidmatan yang berkesan, sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Komen dua orang responden,

… ibu bapa pelajar sangat menyokong supaya kanak-kanak mereka mendapatkan pendidikan yang berkualiti (GF/Q-35). … ibu bapa pelajar senang kalau anaknya mendapat perkhidmatan yang baik, sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik

darjah (GF/Q-06).

Responden GF/Q-14, GF/Q-16, dan GF/Q-10 mendedahkan perkara yang sama bahawa awam dan ibu bapa pelajar menyokong proses pembelajaran berterusan yang mereka lalui. Sebagai buktinya, setiap guru yang mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan akan diberi bantuan dalam bentuk kos transfort yang bersumber daripada komite sekolah (PIBG). Malah ada yang diberi sumbangan semacam komputer riba (laptop) oleh ibu bapa pelajar.

Oleh itu, berdasarkan komen-komen tertulis di atas menunjukkan awam dan ibu bapak pelajar pada dasarnya menyokong pelaksanaan proses pembelajaran berterusan guru kerana mereka mahu kanak-kanak mereka memperoleh pendidikan berkualiti dan senang kalau kanak-kanak mereka mendapat perkhidmatan yang baik, sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Sebaliknya, beberapa komen tertulis responden menyatakan proses pembelajaran berterusan tidak mendapatkan sokongan daripada awam dan ibu bapa pelajar. Responden GF/Q-11 dan GF/Q-13 misalnya mengatakan awam dan ibu bapa tidak mengetahui proses pembelajaran berterusan yang dijalankan oleh guru kerana dalam pelaksanaannya tidak membabitkan awam dan PIBG. Bahkan responden GF/Q-04 dan GF/Q-01 dengan tegas menyatakan lebih kurang daripada 10 peratus sahaja ibu bapa sekarang yang seolah-olah mahu memberi sokongan, manakala sekolah telah bekerja untuk semuanya. Oleh itu, menurut responden sokongan ibu bapa tidak berlaku secara sepenuhnya.

Responden GF/Q-02 mengiktiraf pelbagai keupayaan telah dijalankan oleh guru termasuklah melaksanakan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi agar pelajar mereka memiliki kejayaan, manakala ramai ibu bapa pelajar tidak menyokong dan memantau cara belajar kanak-kanak mereka di rumah. Komen GF/Q-02,

… guru sudah mahu berbuat dan memperbaiki diri agar pelajar mereka memiliki kejayaan, akan tetapi ramai ibu bapa pelajar tidak

menyokong dan memantau cara belajar kanak-kanak mereka di rumah.

Pernyataan responden GF/Q-02 turut disokong oleh responden GF/Q-32 dan GF/Q-

07 yang mengiktiraf apabila pelajar diberikan tugasan projek untuk mengasah kemahiran mereka, kadang-kadang ibu bapa tidak memberikan maklum balas dan sokongan. Hal ini kerana sebahagian besar ibu bapa tidak tahu kes yang sebenar berlaku.

Perkara lainnya adalah dengan adanya pendidikan percuma yang dijalankan oleh kerajaan. Responden GF/Q-06 mengatakan dengan berlakunya polisi pendidikan percuma, sehingga untuk menjalankan sesuatu aktiviti harus menggunakan wang sendiri. Responden GF/Q-28 dan GF/Q-26 pula menyatakan kurangnya sokongan ibu bapa dengan alasan sudah ada program sekolah percuma, manakala aturan kerajaan daerah yang melarang sekolah untuk memungut kos daripada ibu bapa. Responden GF/Q-26 berkata masa kini guru hanya menunggu bantuan daripada kerajaan sehingga proses pembangunan pendidikan menjadi semakin lambat. Oleh itu, dengan merujuk kepada ketentuan am UU 20/2003 mengenai Sistem Pendidikan Nasional perkara 1 perenggan 1 telah disebutkan,

“Pendidikan adalah usaha sedar dan terancang bagi kewujudan suasana pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran agar peserta didik secara aktif membangunkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, kawalan diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta kemahiran yang diperlukan dirinya, masyarakat, bangsa, dan Negara ”.

Berasaskan pemahaman daripada ketentuan UU tersebut sehingga perlu dilihat, bahagian mana daripada siri proses yang boleh dilakukan tanpa menggunakan kos Berasaskan pemahaman daripada ketentuan UU tersebut sehingga perlu dilihat, bahagian mana daripada siri proses yang boleh dilakukan tanpa menggunakan kos

Oleh itu, berasaskan huraian di atas sebenarnya sudah jelas kerajaan tidak mungkin membiayai set keseluruhan daripada proses pendidikan di sekolah. Walau bagaimanapun, diperlukan adanya suatu kejelasan mengenai mana-mana bahagian daripada siri tersebut, manakala kerajaan boleh melakukan campur tangan positif sesuai dengan kemampuan negara. Berapa peratus kemampuan kerajaan bagi melakukan campur tangan? Dengan melihat sisi ini sahaja, semakin jelas penyertaan kerajaan adalah terhad dalam membiayai pendidikan.

Mengenai prinsip pelaksanaan pendidikan, UU 20/2003 memberikan mandat “pendidikan diadakan dengan memberi kuasa kepada semua bahagian masyarakat

melalui peranannya dalam penyelenggaraan dan kawalan kualiti perkhidmatan pendidikan ” (perkara 4, perenggan 6). Perkataan ini membawa kesan kerajaan menyediakan peluang kepada setiap bahagian masyarakat (di luar kerajaan) untuk mengambil bahagian dalam pembinaan bangsa melalui pembinaan dan pembangunan dunia pendidikan. Selain itu, institusi persendirian yang mahu terbabit dengan terus dalam dunia pendidikan, pula didakwa bagi membiayai semua siri proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, diperlukan intervensi daripada pihak kerajaan. Kerajaan memiliki kewajipan bagi membiayai sebahagian kos yang tidak mungkin dibiayai oleh sekolah (atau swasta) dan ibu bapa pelajar. Kewajipan kerajaan disebutkan dalam UU 20/2003 perkara 11 perenggan 1, “kerajaan pusat dan daerah wajip menyediakan Oleh itu, diperlukan intervensi daripada pihak kerajaan. Kerajaan memiliki kewajipan bagi membiayai sebahagian kos yang tidak mungkin dibiayai oleh sekolah (atau swasta) dan ibu bapa pelajar. Kewajipan kerajaan disebutkan dalam UU 20/2003 perkara 11 perenggan 1, “kerajaan pusat dan daerah wajip menyediakan

Akhir sekali, daripada seluruh huraian di atas setidaknya wacana pendidikan percuma harus dikaji semula dengan lebih menyeluruh. Hal ini kerana kekurangan sokongan ibu bapa dalam proses pembelajaran berterusan guru dengan alasan sudah ada program pendidikan percuma, manakala kerajaan daerah memberi amaran kepada pengetua untuk tidak memungut kos daripada ibu bapa. Masa kini guru hanya menunggu bantuan daripada kerajaan sehingga berakibat kepada kejayaan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru.