Proses Pembelajaran Berterusan Mempengaruhi Iklim Sekolah

4.5.2 Proses Pembelajaran Berterusan Mempengaruhi Iklim Sekolah

Berdasarkan analisis soal selidik didapati proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim sekolah. Jadual 4.16 menunjukkan terdapat 24 responden (66.7 peratus) bersetuju proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim sekolah. Sebaliknya, sembilan responden (25.0 peratus) tidak bersetuju proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim sekolah.

Jadual 4.16: Proses Pembelajaran Berterusan Mempengaruhi Iklim Sekolah

Deskripsi

Bilangan Peratus Proses pembelajaran berterusan guru mempengaruhi

iklim sekolah - Ya

24 66.7 - Tidak

9 25.0 - Tidak memberi jawapan

Jumlah

Responden GF/Q-12 misalnya mengiktiraf proses pembelajaran berterusan boleh mempengaruhi iklim sekolah. Beliau menunjukkan satu bukti;

... selepas menjalankan aktiviti pembelajaran program latihan MGMP, guru yang tadinya ada yang bermalas-malasan mengajar boleh berubah menjadi rajin, yang tadinya tidak ambil peduli, boleh ada perhatian kembali khususnya kepada pelajar mereka.

Bukti lain didedahkan oleh responden GF/Q-13. Beliau menjelaskan komunikasi antara pengetua dengan guru di sekolahnya semakin baik. Bagi responden GF/Q-27, sosialisasi dan perkongsian pendapat sama ada kumpulan mata pelajaran mahupun persendirian perlu dijalankan bagi mewujudkan perubahan iklim sekolah ke arah yang lebih baik. Responden GF/Q-27 menyatakan,

Hal lain yang boleh dijalankan oleh guru fizik untuk mewujudkan perubahan pada iklim sekolah adalah bagaimana setiap bahan yang diperoleh dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP disosialisasikan kepada rakan guru mata pelajaran dan dijadikan program kerja di sekolah seperti dalam membuat RPP, PTK, dan melaksanakan lesson study.

Sebaliknya, responden GF/Q-32 menyatakan apapun upaya yang dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan kompetensi dan membangun profesional seseorang guru, hasilnya bergantung kepada individu guru itu sendiri. Sementara itu, responden GF/Q-24 percaya semakin profesional ahli organisasi, semakin menyokong iklim organisasi untuk lebih maju. Responden GF/Q-26 dan GF/Q-28 menceritakan pengalamannya mengenai sesuatu bukti perubahan iklim organisasi di sekolah selepas proses pembelajaran berterusan dijalankan. Responden GF/Q-26 bercerita,

... pada masa awal bekerja di sekolah, kakitangan pentadbir sekolah dan pelan pengajaran masih dilakukan dengan menggunakan mesin taip secara manual, manakala selepas pelaksanaan proses pembelajaran berterusan, pegawai tadbir boleh menggunakan komputer hingga sekarang. Oleh itu, proses pentadbiran menjadi lebih cepat dan lebih baik. Jadi proses pembelajaran berterusan boleh mempengaruhi perubahan cara kerja yang bergantung kepada ketersediaan alat.

Seterusnya, responden GF/Q-28 membenarkan beberapa rakan yang mulanya belum tahu menggunakan komputer sekarang sudah bermotivasi untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pandangan daripada beberapa responden di atas menunjukkan bukti proses pembelajaran berterusan boleh mempengaruhi iklim sekolah dalam hal ini perubahan cara kerja daripada kaki tangan secara keseluruhan di sekolah.

Sebaliknya, segelintir responden menganggap proses pembelajaran berterusan yang dijalankan guru biasa-biasa sahaja, tidak mempengaruhi iklim sekolah. Seperti dijelaskan oleh responden GF/Q-35 dan GF/Q-10, semua berjalan seperti biasa iaitu tidak berlaku perubahan dalam organisasi dan prosedur di sekolah. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/Q-32 dengan menunjukkan bukti singkat mengenai persijilan guru dan Penilaian Prestasi Guru (PKG) berlaku di Indonesia. Pelaksanaan polisi pendidikan ini dianggap belum memberi impak kepada suatu perubahan. Komen responden GF/Q-32,

Pada masa persijilan guru berlaku di Indonesia dan bahkan di tahun 2013 maklumat mengenai Penilaian Prestasi Guru (PKG) belum memberikan impak mengenai suatu perubahan. Bahkan ada sebahagian guru yang tambah merosot.

Akhir sekali, berasaskan analisis data di atas penyelidik mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi di sekolah. Sebagai bukti keadaan ini iaitu kewujudan daripada implementasi komunikasi, sosialisasi dan profesionalisme secara berkesan di sekolah. Komunikasi di antara pengetua dan guru semakin baik, sosialisasi dan perkongsian pendapat telah dijalankan dan profesionalisme dikalangan pengetua, guru dan kakitangan telah dicapai. Selain itu, proses pembelajaran berterusan telah memberi impak kepada guru dan kakitangan di sekolah. Sebagai bukti adalah guru dan kakitangan telah bermotivasi menjalankan Akhir sekali, berasaskan analisis data di atas penyelidik mendapati bahawa proses pembelajaran berterusan mempengaruhi iklim organisasi di sekolah. Sebagai bukti keadaan ini iaitu kewujudan daripada implementasi komunikasi, sosialisasi dan profesionalisme secara berkesan di sekolah. Komunikasi di antara pengetua dan guru semakin baik, sosialisasi dan perkongsian pendapat telah dijalankan dan profesionalisme dikalangan pengetua, guru dan kakitangan telah dicapai. Selain itu, proses pembelajaran berterusan telah memberi impak kepada guru dan kakitangan di sekolah. Sebagai bukti adalah guru dan kakitangan telah bermotivasi menjalankan