Mahir menggunakan ABM dan Peralatan Makmal

4.3.6 Mahir menggunakan ABM dan Peralatan Makmal

Analisis temu bual mendapati pelbagai kaedah pembelajaran guru menerusi kemahiran menggunakan ABM dan peralatan makmal seperti mahir menggunakan peralatan makmal baru, mahir menggunakan komputer, dan mahir menggunakan ABM lainnya seperti projektor-LCD. Kebanyakan responden mengisytiharkan sebelum mereka menggunakan ABM maka terlebih dahulu dijalankan uji coba atau melalui aktiviti pembelajaran mengenai teknikal penggunaan ABM tersebut, sama ada melalui perkongsian pendapat dengan sesama rakan guru fizik mahupun aktiviti pembelajaran melalui buku petunjuk teknikal penggunaan ABM.

4.3.6.1 Mahir menggunakan peralatan makmal baru

Analisi mendapati tiga sub tema berkaitan dengan kemahiran menggunakan peralatan makmal iaitu pembelajaran asas mengenai peralatan, teknikal penggunaan peralatan di sekolah, dan halangan dalam menggunakan peralatan makmal di sekolah. Komen responden GF/I-02 mengenai fasiliti makmal di sekolah seperti berikut:

Mengenai fasiliti makmal di sekolah kami, Alhamdulillah lebih dari cukup. Dari segi bilik ataupun alat dan bahan memadailah begitu. Makmal digunakan sesuai dengan fungsinya. Oleh karena bilangan bilik darjah yang ramai, sehingga penggunaannya pun perlu di atur sedimikian rupa. Untuk penggunaan biasanya kita gunakan skala prioriti dengan cara melihat bahan ajar dan konsep serta kesediaan alat yang akan digunakan oleh guru.

Komen responden GF/I-02 di atas menunjukkan perlu dijalankan pengaturan masa dalam penggunaan makmal fizik di sekolahnya, kerana bilangan bilik darjah yang cukup ramai. Selain itu, bilangan guru fizik yang mengajar dalam satu jam pelajaran ada tiga atau empat orang. Hal ini bermakna ada tiga atau empat guru fizik yang boleh memiliki jam pelajaran yang bersamaan dalam menggunakan makmal. Sehubungan dengan peranan responden GF/I-02 sebagai pengurus makmal sains di sekolahnya, maka cara yang biasa dijalankan adalah dengan menggunakan skala Komen responden GF/I-02 di atas menunjukkan perlu dijalankan pengaturan masa dalam penggunaan makmal fizik di sekolahnya, kerana bilangan bilik darjah yang cukup ramai. Selain itu, bilangan guru fizik yang mengajar dalam satu jam pelajaran ada tiga atau empat orang. Hal ini bermakna ada tiga atau empat guru fizik yang boleh memiliki jam pelajaran yang bersamaan dalam menggunakan makmal. Sehubungan dengan peranan responden GF/I-02 sebagai pengurus makmal sains di sekolahnya, maka cara yang biasa dijalankan adalah dengan menggunakan skala

Hal yang unik adalah keadaan yang berlaku di sekolah responden GF/I-09 yang tidak mempunyai makmal sains. Beliau menjelaskan sekolah tidak memiliki bangunan makmal sains, sehinggalah peralatan makmal sains-fizik disimpan pada makmal komputer. Halangan yang berlaku apabila guru ICT mahu menggunakan makmal komputer sementara guru fizik juga mahu menggunakannya. Akibatnya, guru fizik harus mengalah dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal lain juga dialami oleh responden GF/I-01 yang menyatakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan makmal fizik tetap beliau jalankan meskipun bilik makmal belum memadai. Responden GF/I-01 berkata,

Fasiliti makmal cukup memadai, hanya sahaja baru-baru ini ada perombakan sehingga aktiviti eksperimen tidak terfokus di makmal tetapi dilakukan di bilik darjah dengan cara memindahkan alat dan bahan ke bilik darjah jika memungkinkan .

Komen responden GF/I-01 di atas menunjukkan pelaksanaan aktiviti eksperimen dalam bentuk demonstrasi tetap dijalankan sekalipun peralatan makmal harus di hantarkan ke bilik darjah.

Akhir sekali, berasaskan dapatan kajian penyelidik mendapati tiga cabaran dalam penggunaan peralatan dan makmal fizik di sekolah. Antara cabaran ini iaitu (1) bilangan bilik darjah dibeberapa sekolah yang ramai sehingga penggunaan makmal berasaskan skala prioriti, (2) beberapa sekolah tidak mempunyai makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam makmal komputer, dan (3) beberapa sekolah berlaku perombakan makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam bilik darjah. Ketiga-tiga cabaran ini merupakan cabaran dalam kes penggunaan dan pemanfaatan fasiliti makmal fizik di sekolah. Hal yang mungkin berlaku adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam Akhir sekali, berasaskan dapatan kajian penyelidik mendapati tiga cabaran dalam penggunaan peralatan dan makmal fizik di sekolah. Antara cabaran ini iaitu (1) bilangan bilik darjah dibeberapa sekolah yang ramai sehingga penggunaan makmal berasaskan skala prioriti, (2) beberapa sekolah tidak mempunyai makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam makmal komputer, dan (3) beberapa sekolah berlaku perombakan makmal fizik sehingga aktiviti eksperimen fizik dijalankan di dalam bilik darjah. Ketiga-tiga cabaran ini merupakan cabaran dalam kes penggunaan dan pemanfaatan fasiliti makmal fizik di sekolah. Hal yang mungkin berlaku adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam

4.3.6.2 Mahir menggunakan komputer

Tema lain yang muncul berdasarkan dapatan kajian yang berkaitan dengan ABM adalah kemahiran menggunakan komputer atau ICT. Responden GF/I-01 menjelaskan seorang guru sememangnya perlu menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah berasaskan bidang pengajian dan kesiapan ICT itu sendiri. Hal ini boleh diwujudkan apabila kesiapan bahan ajar dan fasiliti sedia ada mengikut jadual penggunaan. Responden GF/I-05 menyatakan amalan pengajaran dan pembelajaran kerap beliau jalankan dengan menggunakan ABM berasaskan ICT. Beliau sedar kemahiran menggunakan ABM berasaskan ICT sangat berguna dan boleh membantu guru dalam peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Beliau menambahkan kesan daripada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, sehinggalah proses pengambilan rancangan pengajaran atau pengambilan dan penggunaan ABM berasaskan komputer boleh dijalankan sendiri. Responden GF/I-05 berkata,

...trik saya menjalankan proses pembelajaran, seperti contohnya dirumah...pembelajaran mengenai teknologi (komputer) iaitu dengan memperbanyak uji coba latihan-latihan, terutama pada masa membuat rancangan pembelajaran, ABM, dan lain-lain. Akibatnya, membuat saya cukup terlatih menggunakan IT atau minimal tidak

melupakannya.

Apa yang dijalankan oleh responden GF/I-05 sebenarnya merupakan aktiviti pembelajaran positif yang mesti dijalankan oleh guru lainnya. Mengenai penguasaan teknologi, responden GF/I-07 mengiktiraf sesungguhnya beliau merasa masih kurang kerana pembelajaran beliau betul-betul bermula dari tidak ada.

Oleh itu, boleh dirumuskan sangat penting bagi guru untuk menjalankan proses pembelajaran menggunakan teknologi maklumat (infostruktur). Penggunaan infostruktur bergantung kepada kesiapan topik bidang pengajian, kesiapan Oleh itu, boleh dirumuskan sangat penting bagi guru untuk menjalankan proses pembelajaran menggunakan teknologi maklumat (infostruktur). Penggunaan infostruktur bergantung kepada kesiapan topik bidang pengajian, kesiapan

4.3.6.3 Mahir menggunakan LCD projektor

Tema seterusnya adalah pemanfaatan projektor LCD (Liquid-Crystal Display) sebagai ABM dalam bilik darjah. Tema ini melahirkan dua sub tema iaitu pengelapastian projector-LCD dan penggunaan projector-LCD di sekolah. Projektor LCD sebenar adalah jenis projektor video untuk memaparkan video, imej atau data komputer pada skrin atau lain-lain permukaan yang rata. Projektor LCD adalah jenis moden daripada projektor slaid atau projektor overhed. Bagi seorang guru, selain mereka harus mahir menguasai komputer juga mahir menggunakan projektor LCD sedemikian. Responden GF/I-01 menjelaskan bilangan projektor LCD di sekolahnya ada enam buah dan diguna pakai sebagai ABM penyokong. Sementara itu, responden GF/I-02 menyatakan bilangan projektor LCD di sekolahnya ada 12 buah dan semua guru boleh sahaja menggunakannya, walaupun penggunaannya tidak berterusan kerana bergantung daripada bahan yang akan diajarkan. Apabila topik bidang pengajian perlu menggunakan projektor LCD, maka projector ini boleh sahaja digunakan. Pernyataan responden GF/I-01 dan GF/I-02 turut disokong oleh responden GF/I-09, bilangan projektor LCD di sekolah ada empat buah dan semuanya dipasang permanen di bilik darjah. Pernyataan berbeza dikemukakan oleh responden GF/I-05 yang hanya memiliki satu projektor LCD di sekolahnya. Menurut beliau sesiapa sahaja guru boleh menggunakan projektor ini. Berdasarkan pengiktirafan daripada responden GF/I-05, sehingganya boleh dikenal pasti projektor LCD kemungkinan tidak pernah digunakan mengingat bilangan guru sekitar 50 orang. Selain itu, boleh jadi projektor ini hanya digunakan oleh satu atau dua orang guru sahaja. Berdasarkan pemerhatian lawatan bilik darjah yang dijalankan penyelidik kepada empat orang responden menunjukkan hanya ada satu orang responden sahaja menggunakan projektor LCD, manakala tiga responden lainnya menggunakan kaedah konvensional (ceramah dan perbincangan).

Analisis soal selidik mendapati usaha lain yang dilalui responden untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dalam peningkatan kompetensi kemahiran adalah merancang dan mereka ABM serta menggunakan peralatan makmal. Responden GF/Q-28 mengiktiraf aktiviti yang dilalui dalam pembelajaran adalah merancang dan mereka ABM, sebagai contohnya membuat ABM daripada bahan-bahan persekitaran seperti pemanfaatan sampah plastik. Hal yang sama dijalankan oleh responden GF/Q-32 aktiviti pembelajaran dilalui oleh beliau dengan cara mahir merancang dan mereka ABM. Beliau berkata,

Mengadakan penilaian terhadap bahan yang telah diajarkan, menggunakan atau merancang serta mereka ABM yang bersumber daripada persekitaran.