Impak Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.7 Impak Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif kelima kajian adalah mengenal pasti impak proses pembelajaran berterusan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran. Persoalan kajiannya adalah apakah impak proses pembelajaran berterusan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran? Berdasarkan dapatan kajian, bahagian ini akan membincangkan Objektif kelima kajian adalah mengenal pasti impak proses pembelajaran berterusan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran. Persoalan kajiannya adalah apakah impak proses pembelajaran berterusan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran? Berdasarkan dapatan kajian, bahagian ini akan membincangkan

4.7.1 Mengamalkan Pengetahuan dan Kemahiran Baru Secara Berkesan

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian mengenai cara guru menerapkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan yang melahirkan tema-tema seperti bagaimana menerapkan dan kesiapan infrastruktur dan komunikasi di sekolah.

4.7.1.1 Cara mengamalkankan

Jadual 4.19 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap kompetensi yang diperolehi berguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa kompetensi yang diperolehi dalam program pembangunan profesional berguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 35 orang (97.2 peratus) responden bersetuju bahawa kompetensi yang diperolehi dalam program pembangunan profesional berguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat satu orang (2.8 peratus) responden tidak memberi jawapan

Jadual 4.19: Kompetensi yang Diperolehi Berguna dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Deskripsi

Bilangan Peratus Kompetensi yang diperolehi berguna dalam pelaksanaan

Pengajaran dan pembelajaran - Ya

35 97.2 - Tidak

- - - Tidak member jawapan

Jumlah

Dapatan kajian mendapati beberapa cara yang dijalankan responden dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan iaitu sentiasa menjalankan proses pembelajaran kendiri dengan cara membaca buku atau menerusi laman internet, membuat jurnal pengajaran, berkongsi pendapat menerusi aktiviti mentoring dan lesson study, membuat kajian yang bersifat inkuiri, membangunkan model pengajaran dan pentadbiran guru, dan sentiasa mengikuti program latihan.

Responden GF/I-06, GF/I-04, GF/I-08, dan GF/I-09 memberikan pandangan yang sama bahawa proses pembelajaran kendiri dijalankan oleh guru dengan cara membaca buku dan belajar menerusi laman internet. Aktiviti ini dipercayai sentiasa boleh mengekalkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan. Responden GF/I-06 mengisytiharkan membaca buku atau belajar menerusi laman internet (infostruktur) menyebabkan rasa ingin tahu guru semakin tinggi. Oleh itu, guru perlu belajar bahkan setiap kali mahu mengajar perlu membaca buku. Responden GF/I-06 pula mengisytiharkan pentingnya bagi seorang guru untuk membuat jurnal pembelajaran kerana ilmu baru yang diperolehi boleh diterapkan terus dan boleh mengetahui keadaan daripada pelajar. Beliau berkata,

Jika saya mendapatkan ilmu baru misalnya, maka langsung sahaja diamalkan di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu membuat jurnal pembelajaran, untuk mengetahui sejauh mana pelajar mengetahui bahan pelajaran.

Pandangan GF/I-06 turut dikongsi oleh GF/I-08. Beliau menyatakan seorang guru perlu membuat program kerja, perlu ada tindak lanjut, tidak boleh berhenti, dan jangan berhenti. Seorang guru sememangnya banyak membaca dan menemukan sendiri perkara yang mereka inginkan.

Mengenai berkongsi pendapat menerusi aktiviti mentoring dan lesson study, responden GF/I-04 menjelaskan berkongsi pendapat dijalankan rakan guru apabila mendapatkan temuan baru dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan cara berkongsi dengan rakan sekerja atau diamalan dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Oleh itu, penemuan guru dalam proses pembelajaran diteruskan kepada rakan guru lain dan pelajar. Responden GF/I-03 mengiktiraf lesson study hanya dijalankan dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP sahaja kerana guru Mengenai berkongsi pendapat menerusi aktiviti mentoring dan lesson study, responden GF/I-04 menjelaskan berkongsi pendapat dijalankan rakan guru apabila mendapatkan temuan baru dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan cara berkongsi dengan rakan sekerja atau diamalan dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Oleh itu, penemuan guru dalam proses pembelajaran diteruskan kepada rakan guru lain dan pelajar. Responden GF/I-03 mengiktiraf lesson study hanya dijalankan dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP sahaja kerana guru

Lesson study atau open class juga kerap dijalankan, namun dijalankan pada masa pelaksanaan pembelajaran program latihan MGMP sahaja. Aktiviti ini jarang dilakukan di sekolah kerana guru mempunyai jam pelajaran yang bertepatan. Selain itu, bilangan jam pelajaran juga ramai.

Responden GF/I-02 menceritakan pengalamannya dalam memberikan masukan kepada rakan guru yang sudah mahu bersara. Beliau menjelaskan jika menjumpai rakan guru berpikiran acuh tak acuh untuk belajar kerana mendekati usia bersara, penyelesaiannya dengan cara membuka minda mereka bahawa bersara itu bukan berhenti atau tidak belajar lagi. Beliau bercerita,

Jika menjumpai rakan guru yang berpikiran sudah mahu bersara, penyelesaiannya dengan cara membuka fikiran mereka bahawa bersara itu bukan bererti berhenti atau tidak belajar lagi.

Sub tema seterusnya mengenai aktiviti pembelajaran program inkuiri, responden GF/I-03 dan GF/I-07 secara bersama mengiktiraf ramai rakan guru belum menguasai aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Beberapa guru mengakui mereka pernah membuat kajian tindakan meskipun hanya satu kali sahaja untuk diguna pakai dalam pentadbiran kenaikan pangkat. Komen berbeza disampaikan oleh responden GF/I-07. Beliau mengemukakan aktiviti lain dalam program inkuiri seperti menulis dalam akhbar pendidikan, membuat modul pengajaran dan pembelajaran, serta membuat ABM. Mengenai aktiviti pembelajaran kajian tindakan, responden GF/I-07 menyedari pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kajian tindakan baru pada tahap penyusunan proposal sahaja. Beliau berkata,

Guru menemui halangan dalam penyusunan dan pelaksanaan kajian tindakan. Hal ini karena pengetahuan tentang kajian tindakan yang diperoleh dalam aktiviti latihan MGMP itu hanya sampai pada tahap proposal. Jadi untuk utuhnya belum pernah.

Seterusnya, mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan, responden GF/I-07 menjelaskan perlu dipertimbangan dalam menjemput rakan guru Seterusnya, mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan, responden GF/I-07 menjelaskan perlu dipertimbangan dalam menjemput rakan guru

... dengan melihat kekerapan kehadiran rakan-rakan guru pada aktiviti latihan MGMP, ada yang betul-betul rajin, ada yang datang seenaknya sahaja, kemudian ada pula yang betul-betul berminat. Untuk ke depannya, perlu dipertimbangkan untuk menjemput rakan- rakan guru yang betul-betul mahu maju.

Responden GF/I-06 menyatakan selepas guru mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan, sememangnya guru sedar mereka didakwa untuk sentiasa menjalankan proses pembelajaran berterusan. Apabila guru tidak belajar, tidak menutup kemungkinan pelajar lebih banyak tahu daripada gurunya. Pandangan responden GF/I-06 turut dikongsi oleh GF/I-03. Beliau menjelaskan ramai guru mengakui kompetensi yang mereka perolehi dalam program latihan belum memadai untuk diterapkan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Mengikut responden GF/I-03 bahan pengajian (kandungan) proses pembelajaran program latihan yang diinginkan oleh guru fizik adalah penguasaan peralatan makmal atau penguasaan mengenai bidang pengajian fizik di dalam bilik darjah. Responden GF/I-

03 menjelaskan,

Bidang pengajian (konten) aktiviti pembelajaran program latihan MGMP menurut saya sememangnya adalah latihan mengenai penguasaan peralatan makmal atau penguasaan mengenai bidang pengajian di dalam bilik darjah. Namun sejauh ini belum pernah kita dapatkan dalam program latihan MGMP. Terkadang setiap akhir pelaksanaan latihan, kita mengisi borang jurnal pembelajaran mengenai apa-apa yang diperlukan untuk aktiviti latihan seterusnya, namun tetap juga tidak ada realisasi.

Mengenai kaedah pengajaran yang dibuat oleh guru, responden GF/I-02 mengisytiharkan model pengajaran yang pernah dibuat oleh guru kemudian diterapkan dalam aktiviti latihan MGMP untuk diketahui oleh rakan-rakan guru peserta dan seterusnya menerapkannya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Responden GF/I-02 meneruskan,

... mengenai pentadbiran guru, terkadang rakan-rakan guru membuat RPP dan tidak lulus jadi disarankan menggunakan kaedah pengajaran ... mengenai pentadbiran guru, terkadang rakan-rakan guru membuat RPP dan tidak lulus jadi disarankan menggunakan kaedah pengajaran

Akhir sekali, berdasarkan analisis data mengikut pernyataan responden, penyelidik mendapati enam tahap yang boleh dijalankan guru dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran baru mereka secara berkesan iaitu,

(i) Menjalankan proses pembelajaran kendiri dengan cara membaca buku atau menerusi laman internet (infostruktur). Aktiviti ini menyebabkan rasa ingin tahu guru semakin tinggi dan dipercayai boleh mengekalkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan.

(ii) Membuat jurnal pengajaran untuk mengenal pasti pengalaman berharga, rancangan penyebaran, permasalahan, solusi permasalahan dalam proses pembelajaran guru dan boleh mengetahui keadaan daripada pelajar.

(iii) Berkongsi pendapat menerusi aktiviti mentoring dan lesson study dijalankan apabila mendapatkan temuan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

(iv) Membuat kajian yang bersifat inkuiri dengan cara menulis dalam akhbar pendidikan, membuat modul pengajaran dan membuat ABM untuk mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalah penilaian.

(v) Sentiasa aktif dalam program latihan untuk mengenal pasti tahap penyusunan kurikulum pengajaran (Silibus dan RPP), penilaian guru, pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan infostruktur.

(vi) Membangunkan kaedah pengajaran dan pentadbiran guru untuk mengenal pasti kaedah berkesan berasaskan kaedah PAIKEM kemudian menerapkannya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

4.7.1.2 Kesiapan infrastruktur dan komunikasi di sekolah

Jadual 4.20 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap kesiapan infostruktur dan komunikasi dalam proses pembelajaran berterusan sedia ada di sekolah. Hasil kajian mendapati responden bersetuju kesiapan infostruktur dan komunikasi dalam proses pembelajaran berterusan sedia ada di sekolah. Seramai 20 orang (55.6 peratus) responden bersetuju bahawa kesiapan infostruktur dan komunikasi dalam proses pembelajaran berterusan sedia ada di sekolah. 13 orang (36.1 peratus) responden tidak bersetuju bahawa kesiapan infostruktur dan komunikasi dalam proses pembelajaran berterusan sedia ada dan berkesan dan tiga orang (8.3 peratus) responden tidak memberi jawapan.

Jadual 4.20: Sumber dalam Proses Pembelajaran Berterusan

Bilangan Peratus Sumber dalam proses pembelajaran berterusan guru sedia ada - Ya

Deskripsi

20 55.6 - Tidak

13 36.1 - Tidak memberi jawapan

Berdasarkan analisis temu bual didapati beberapa kes dalam mengamalkan pengetahuan dan kemahiran baru iaitu mengenai buku pelajaran dan LKS, kesilapan komunikasi, dan fasiliti makmal. Mengenai buku pelajaran dan LKS, responden GF/I-04 mengiktiraf tidak ada alokasi penggunaan dana BOS untuk pengadaan buku, manakala buku librari sekolah boleh dipinjam tetapi hanya boleh dibaca ditempat sahaja. Responden GF/I-04 meneruskan;

Ada buku yang dipakai sekolah, tetapi itu sudah lama sekali, beberapa tahun lalu. Jadi bagaimana pelajar mahu bekerja dalam kumpulan kalau tidak ada buku? Selain itu, halangannya jika mahu menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar tidak ada jalan lain harus punya buku. Sementara di beberapa sekolah tidak ada sama sekali buku pakej kecuali LKS.

Walau bagaimanapun, mengikut responden GF/I-04 bahan ajar LKS sangat terhad, manakala pelajar belum mampu menganalisis sendiri kandungan bahan ajar daripada LKS tersebut.

Mengenai kesilapan komunikasi, responden GF/I-09 menyatakan kesilapan komunikasi berlaku ketika topik bidang pengajian yang dibincangkan kepada sesama rakan guru berbeza, sehingganya melahirkan salah faham diantara sesama rakan guru. Oleh itu, mengikut responden GF/I-09 diperlukan seorang guru kanan, guru pelatih atau pendidik guru untuk berperanan sebagai mentor. Beliau bercerita,

... apa yang guru bincangkan tidak sama dengan apa yang dibincangkan oleh rakan guru yang lain. Ataupun terjadi miskomunikasi antara sesama rakan guru. Terkadang pula terjadi kesalahfahaman antara sesama rakan guru. Oleh itu, untuk meluruskannya diperlukan seorang penengah.

Seterusnya mengenai fasiliti makmal, responden GF/I-03 menjelaskan bahan pengajian (kandungan) aktiviti latihan yang diinginkan guru adalah mengenai penguasaan peralatan makmal dan penguasaan mengenai bidang pengajian fizik. Walau bagaimanapun, sejauh ini menurut pengakuan responden belum pernah didapatkan dalam aktiviti program latihan MGMP. Setiap akhir pelaksanaan aktiviti latihan, guru mengisi borang jurnal pembelajaran mengenai apa sahaja yang diperlukan untuk pelaksanaan aktiviti program latihan seterusnya, namun tetap sahaja tidak ada realisasi. Halangan lain yang didapati oleh beberapa guru adalah mengenai penggunaan infostruktur dan makmal. Responden GF/I-05 menyatakan sudah puluhan tahun mengajar dan jarang bahkan hampir tidak pernah beliau menjalankan aktiviti pengajaran eksperimen di dalam bilik makmal. Alasannya kerana terhalang oleh fasiliti makmal yang tidak sedia ada.

4.7.2 Pengajaran Guru di Dalam Bilik Darjah

Dalam kajian ini, pemerhatian aktiviti pengajaran guru di dalam bilik darjah dijalankan kepada empat orang responden guru fizik SMP di Makassar iaitu

responden GF/O3-01, GF/O3-02, GF/O3-03, dan GF/O3-04 selepas proses pembelajaran berterusan dilalui. Keempat-empat responden ini pada dasarnya telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang sama selepas mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan. Pemerhatian dijalankan penyelidik dengan mengambil masa dua jam pelajaran di masing-masing sekolah kajian kes. Walau bagaimanapun, disyorkan amalan pengajaran dan pembelajaran boleh memberi impak kepada pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan fizik di sekolah menengah. Keempat-empat guru melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran fizik dengan topik bidang pengajian yang berbeza. Responden GF/O3-01 menggunakan projektor- LCD sebagai ABM, manakala tiga responden GF/O3-02, GF/O3-03, dan GF/O3-04 tidak menggunakan ABM sama sekali. Amalan pengajaran dan pembelajaran daripada keempat-empat responden ini telah konsisten menggunakan kaedah dan pendekatan pembelajaran seperti yang disyorkan dalam kurikulum serta pengetahuan dan kemahiran baru yang diperolehinya dalam aktiviti program latihan. Pengajaran GF/O3-03 mengenai topik “pergerakan zarah tanpa sebarang perubahan dalam halaju (GLB)” dan “pergerakan zarah dengan sebarang perubahan dalam halaju (GLBB)” yang sememangnya disampaikan dengan menggunakan aktiviti eksperimen makmal. Walau bagaimanapun, menyedari tidak mempunyai gedung makmal sehingganya boleh difahami jika guru gagal untuk menggunakan makmal sebagai media pengajaran dan pembelajaran fizik. Responden GF/O3-03 menjelaskan makmal di sekolahnya tidak pernah digunakan kerana telah berubah fungsinya menjadi bilik guru. Akibat kerana kekurangan peralatan dan sumber serta terhad masa dalam melakukan eksperimen, sehingga responden GF/O3-01, GF/O3-02, GF/O3-03, dan GF/O3-04 menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh GF/O3-01, GF/O3-02, GF/O3-03, dan GF/O3-04 sentiasa mengikuti prosedur yang telah mereka perolehi daripada aktiviti pembelajaran program latihan. Semua guru yang diperhati mempunyai RPP dan pentadbiran guru lainnya.

4.7.3 Pembelajaran Pelajar

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian mengenai impak proses pembelajaran berterusan kepada pembelajaran pelajar. Analisis mendapati tiga sub tema yang muncul mengenai impak proses pembelajaran berterusan bagi pelajar. Antara sub tema tersebut adalah keadaan pelajar, pengajaran guru yang berkesan, dan KKM.

Dapatan kajian menunjukkan keadaan pelajar ditentukan oleh personal pelajar, minat pelajar, dan pencapaian pelajar. Mengenai personal pelajar, responden PS/I-01 menjelaskan berlaku perbezaan personal pelajar di setiap sekolah, sehingga perolehan kecemerlangan dan kejayaan pula hampir sulit dipastikan. Responden PS/I-01 berkata,

Input pelajar dihampir semua sekolah sebenarnya tergolong menengah ke bawah, sehingga untuk menyamakan pencapaian pelajar di sekolah kategori tadi dengan pencapaian pelajar pada sekolah kategori tinggi hampir sulit dipastikan. Bagaimanapun, input pelajar di setiap sekolah berbeza.

Mengenai minat pelajar yang di contohkan oleh responden PS/I-01 pada salah sebuah sekolah, iaitu pada tahun pelajaran 2011/2012 bilangan bilik darjah di sekolah mencapai 25 buah, manakala pada tahun pelajaran sebelumnya hanya 20 buah sahaja. Hal ini menunjukkan minat pelajar untuk bersekolah sangat besar.

Responden PM/I-04 mengemukakan pengalamannya mengenai lawatan beliau ke beberapa SMP dan memerhati Guru Model untuk mengajar (lesson study). Responden PM/I-04 menceritakan hasil temubualnya kepada seseorang pelajar.

Pelajar bertanya: “kenapa model pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berbeza?” Guru bertanya pula: “kenapa nak, elokkah caranya?” Pelajar memberikan jawapan: “elok pak kerana pelajar

tidak kaku dan tidak tegang lagi, kemudian soalan dan jawapan pelajar tidak tertuju kepada beberapa orang sahaja sebagai langganan”.

Pengalaman responden PM/I-04 di atas menunjukkan pelajar masa kini senang apabila dijalankan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, mengenai pencapaian pelajar, responden PM/I-04 pula menjelaskan apabila guru yang menjalankan dan melaporkan sendiri hasil daripada peperiksaan maka perubahan pasti berlaku. Hal ini memberikan impak kepada peringkat kelulusan pelajar yang tinggi pada UN tahun 2011-2012 untuk SMP di Makassar. Oleh itu, mana-mana pihak berharap agar pelaksanaan proses pembelajaran program latihan MGMP boleh memberikan impak kepada pencapaian pelajar.

Sebaliknya, responden PM/I-01 mengiktiraf sangat sedikit kesan kejayaan daripada proses pembelajaran berterusan pada pelajar. Menurut responden PM/I-02 berdasarkan maklumat dan laporan-laporan guru mereka menerapkan kaedah pengajaran di sekolah ternyata diterima baik oleh pelajar. Walaupun, kadang-kadang juga mulanya pelajar malas, selepas menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran berasaskan kaedah dan strategi PAIKEM, menjadikan pelajar rajin dan penuh semangat.

Analisis pula mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru berhubungkait dengan motivasi guru dan pelajar. Mengenai motivasi guru, kebanyakan responden memaparkan hasil pemerhatian yang dijalankan pada aktiviti lesson study di mana guru terbabit terus untuk memerhati rakan guru lain melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Analisis mendapati responden aktif dan termotivasi untuk terbabit dalam aktiviti ini. Menurut responden PM/I-03 aktiviti lesson study membabitkan guru secara terus untuk memerhati rakan guru model menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memberikan motivasi kepada ahli kumpulan MGMP lainnya untuk membentuk kumpulan dan saling memerhati dan menyemak menerusi aktiviti lesson study. PM/I-03 mengiktiraf,

Rupanya pelajar merasa tidak asing lagi dengan sistem seperti itu. Akhirnya, untuk kedepannya aktiviti ini sangat positif sehingga boleh memberikan motivasi kepada guru untuk sentiasa berkreasi dan tetap berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aktiviti Rupanya pelajar merasa tidak asing lagi dengan sistem seperti itu. Akhirnya, untuk kedepannya aktiviti ini sangat positif sehingga boleh memberikan motivasi kepada guru untuk sentiasa berkreasi dan tetap berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aktiviti

Mengenai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, responden PS/I-01 menyatakan seorang guru penting untuk sentiasa membina dan membelajarkan pelajar mereka dengan tekun dan berkesan . Apabila guru mengamalkan kompetensi yang mereka perolehi daripada proses pembelajaran berterusan, maka pencapaian pelajar boleh maksima. Oleh itu, guru boleh menerapkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan berkesan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran yang semula konvensional (ceramah dan perbincangan) dengan . Akhirnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru kepada pelajar tidak membosankan lagi, malah sentiasa lebih kreatif dan berkesan.

Dapatan kajian menunjukkan pencapaian nilai KKM pelajar masih kurang. Markah pencapaian pelajar perlu mengacu kepada standard KKM yang telah dibuat oleh guru. Mengikut laporan PM/I-01 terdapat markah purata sekitar enam peratus pelajar sahaja yang memperolehi markah di atas KKM di setiap sekolah. Hal ini kemungkinan perlu di analisis semula dengan betul, apa sebab sehingga pelajar memperolehi nilai seperti itu.

Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian penyelidik mendapati tiga kes mengenai impak proses pembelajaran berterusan guru kepada pembelajaran pelajar iaitu,

(i) Keadaan pelajar, merangkumi personal pelajar, minat pelajar dan pencapaian pelajar. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan personal pelajar di setiap sekolah sehingga kecemerlangan dan kejayaan mereka sukar dipastikan. Minat pelajar untuk bersekolah sangat besar dibuktikan dengan adanya penambahan bilik darjah. Selain itu, mereka senang apabila guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran. Mengenai pencapaian pelajar, sememangnya guru menjalankan dan melaporkan sendiri hasil daripada peperiksaan mereka kerana boleh memberikan impak kepada peringkat kelulusan dalam UN.

(ii) Pengajaran guru yang berkesan, analisis mendapati bahawa masa kini hanya sedikit kesan daripada proses pembelajaran berterusan yang (ii) Pengajaran guru yang berkesan, analisis mendapati bahawa masa kini hanya sedikit kesan daripada proses pembelajaran berterusan yang

(iii) KKM, analisis mendapati bahawa pencapaian markah pelajar di atas markah KKM masih kurang, manakala markah pelajar sememangnya mengacu kepada markah standard KKM yang ditetapkan oleh guru. Segelintir sahaja pelajar yang memperolehi markah di atas markah standard KKM. Oleh itu, penetapan standard markah KKM perlu dikaji semula.

Akhir sekali, berdasarkan pemerhatian bilik darjah yang dijalankan penyelidik kepada empat responden iaitu GF/O3-01, GF/O3-02, GF/O3-03, dan GF/O3-04 didapati semua responden menggunakan kaedah dan model pengajaran dan pembelajaran berasaskan kompetensi yang mereka perolehi pada aktiviti pembelajaran program latihan. Aktiviti yang dijalankan meliputi pendahuluan, aktiviti utama, penutup, dan aktiviti penilaian. Mengenai keadaan pelajar, pemerhatian menunjukkan kehadiran pelajar berada pada kategori tinggi iaitu terdapat satu atau dua orang pelajar sahaja yang tidak hadir dengan alasan sakit. Hal ini membuktikan inisiatif dan motivasi pelajar untuk sentiasa belajar sangat tinggi. Dalam aktiviti perbincangan kumpulan, terdapat dua atau tiga pelajar dalam satu kumpulan yang aktif dalam memberikan jawapan, pendapat, dan saran.