Impak Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah

5.3.6 Impak Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah

Kajian mendapati tiga faktor yang berkaitan dengan impak proses pembelajaran berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan, pengajaran guru di dalam bilik darjah dan pembelajaran pelajar.

5.3.6.1 Mengamalkan Pengetahuan dan Kemahiran Baru Secara Berkesan

Dapatan kajian mendapati enam cara yang dijalankan responden dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan iaitu (1) Menjalankan proses pembelajaran kendiri dengan cara membaca buku atau menerusi laman internet (infostruktur). Aktiviti ini menyebabkan rasa ingin tahu guru semakin tinggi dan dipercayai boleh mengekalkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran baru secara berkesan. (2) Membuat jurnal pengajaran untuk mengenal pasti pengalaman berharga, rancangan penyebaran, permasalahan, solusi permasalahan dalam proses pembelajaran guru dan boleh mengetahui keadaan daripada pelajar. (3) Berkongsi pendapat menerusi aktiviti mentoring dan lesson study dijalankan apabila mendapatkan temuan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. (4) Membuat kajian yang bersifat inkuiri dengan cara menulis dalam akhbar pendidikan, membuat modul pengajaran dan membuat ABM untuk mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalah penilaian. (5) Sentiasa aktif dalam program latihan untuk mengenal pasti tahap penyusunan kurikulum pengajaran (Silibus dan RPP), penilaian guru, pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan infostruktur. (6)

Membangunkan kaedah pengajaran dan pentadbiran guru untuk mengenal pasti kaedah berkesan berasaskan kaedah PAIKEM kemudian menerapkannya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

5.3.6.2 Pengajaran Guru Di Dalam Bilik Darjah

Dalam kajian ini didapati bahawa semua responden menggunakan kaedah dan model pengajaran dan pembelajaran berasaskan kompetensi yang mereka perolehi pada aktiviti pembelajaran program latihan. Walau bagaimanapun, disyorkan amalan pengajaran dan pembelajaran boleh memberi impak kepada pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan fizik di sekolah menengah. Kajian mendapati bahawa pengajaran guru masih menggunakan kaedah ceramah dan perbincangan (Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2003, 2004). Aktiviti yang dijalankan meliputi pendahuluan, aktiviti utama, penutup, dan aktiviti penilaian. Walau bagaimanapun, menyedari tidak mempunyai gedung makmal sehingganya boleh difahami jika guru gagal untuk menggunakan makmal sebagai media pengajaran dan pembelajaran fizik. Makmal di sekolahnya tidak pernah digunakan kerana telah berubah fungsinya menjadi bilik guru. Akibat kerana kekurangan peralatan dan sumber serta terhad masa dalam melakukan eksperimen, sehingga guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa mengikuti prosedur yang telah mereka perolehi daripada aktiviti pembelajaran program latihan. Semua guru yang diperhati mempunyai RPP dan pentadbiran guru lainnya. Mengenai keadaan pelajar, pengkaji mendapati kehadiran pelajar berada pada kategori tinggi iaitu terdapat satu atau dua orang pelajar sahaja yang tidak hadir dengan alasan sakit. Hal ini membuktikan inisiatif dan motivasi pelajar untuk sentiasa belajar sangat tinggi. Dalam aktiviti perbincangan kumpulan, terdapat dua atau tiga pelajar dalam satu kumpulan yang aktif dalam memberikan jawapan, pendapat, dan saran.

5.3.6.3 Pembelajaran Pelajar

Dalam kajian ini, didapati tiga faktor mengenai impak proses pembelajaran berterusan bagi pelajar iaitu keadaan pelajar, pengajaran guru yang berkesan, dan KKM. Keadaan pelajar merangkumi personal pelajar, minat pelajar dan pencapaian pelajar. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan personal pelajar di setiap sekolah sehingga kecemerlangan dan kejayaan mereka sukar dipastikan. Minat pelajar untuk bersekolah sangat besar dibuktikan dengan adanya penambahan bilik darjah. Selain itu, mereka senang apabila guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran. Mengenai pencapaian pelajar, sememangnya guru menjalankan dan melaporkan sendiri hasil daripada peperiksaan mereka kerana boleh memberikan impak kepada peringkat kelulusan dalam UN.

Mengenai pengajaran guru yang berkesan, analisis mendapati bahawa masa kini hanya sedikit kesan daripada proses pembelajaran berterusan yang boleh membawa kepada kejayaan pelajar. Oleh itu, sememangnya guru mengamalkan pelbagai kaedah pengajaran berkesan kepada pelajar seperti contohnya kaedah dan strategi PAIKEM. Pada aktiviti lesson study pelajar rajin dan penuh semangat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru model. Aktiviti ini pula memberikan motivasi kepada guru dan ahli kumpulan MGMP untuk sentiasa memerhati dan melakukan refleksi ke atas pengajaran rakan guru model. Justeru itu, guru sentiasa mengamalkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran agar pengajaran dan pembelajaran mereka menjadi kreatif dan berkesan sehingga pencapaian pelajar maksima.

Analisis mendapati bahawa pengajaran guru berhubungkait dengan motivasi guru, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, dan fasiliti makmal dan ABM. Ramai guru fizik mendedahkan hasil pemerhatian yang dijalankan pada aktiviti lesson study di mana guru terlibat langsung untuk melihat rakan guru lain melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru fizik aktif dan termotivasi untuk terlibat dalam aktiviti ini. Beberapa guru fizik menjelaskan bahawa pada kumpulan MGMP lainnya juga sudah terbentuk kumpulan untuk saling monitoring, mengoreksi seperti model lesson study. Ramai guru fizik menyarankan bahawa pada masa hadapan aktiviti ini tetap dijalankan kerana mempunyai pengaruh yang sangat positif, Analisis mendapati bahawa pengajaran guru berhubungkait dengan motivasi guru, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, dan fasiliti makmal dan ABM. Ramai guru fizik mendedahkan hasil pemerhatian yang dijalankan pada aktiviti lesson study di mana guru terlibat langsung untuk melihat rakan guru lain melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru fizik aktif dan termotivasi untuk terlibat dalam aktiviti ini. Beberapa guru fizik menjelaskan bahawa pada kumpulan MGMP lainnya juga sudah terbentuk kumpulan untuk saling monitoring, mengoreksi seperti model lesson study. Ramai guru fizik menyarankan bahawa pada masa hadapan aktiviti ini tetap dijalankan kerana mempunyai pengaruh yang sangat positif,

pembelajaran pelajar (Chong & Kong, 2012; Lawrence & Chong, 2010; Saito et al., 2006a; Suratno & Iskandar, 2010).

Mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan, kebanyakan guru fizik mengiktiraf bahawa perkara yang paling penting iaitu sejauh mana seseorang guru membina dan mengajarkan pelajar mereka dengan tekun dan berkesan. Apabila guru mengamalkan ilmu yang mereka perolehi daripada proses pembelajarannya atau proses selama ianya belajar (proses pembelajaran berterusan), maka pencapaian pelajar boleh maksima. Guru boleh menerapkan kaedah yang mulanya konvensional (ceramah dan perbincangan) dengan model pengajaran yang kreatif dan berkesan. Oleh itu, proses pengajaran yang dijalankan oleh guru kepada pelajar tidak monoton lagi, akan tetapi sentiasa lebih kreatif dan berkesan.

Berhubungkait dengan Kriteria Kelulusan Minima atau KKM, analisis mendapati bahawa pencapaian markah pelajar di atas markah KKM masih kurang, manakala markah pelajar sememangnya mengacu kepada markah standard KKM yang telah ditetapkan oleh guru. Oleh itu, penetapan standard markah KKM untuk

bidang pengajian fizik perlu dikaji semula. Dapatan kajian ini berkaitan dengan kajian yang membuktikan bahawa pencapaian pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan berasaskan kurikulum. Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan, seperti matlamat arahan, kandungan, aktiviti pembelajaran, peranan guru, penilaian dan keadaan tempatan seperti kekangan masa dan saiz bilik darjah. Dalam erti kata lain, tidak boleh mengharapkan kesan proses pembelajaran berterusan dengan prestasi pelajar dalam tempoh yang singkat (Hadi, 2002).