Mengikuti Program Latihan

4.3.5 Mengikuti Program Latihan

Penyelidik mendapati majoriti responden bersetuju program latihan guru merupakan model konvensional yang dianggap berkesan dalam mengongsi maklumat dan idea dengan sekumpulan besar guru peserta. Program latihan digambarkan sebagai satu sesi yang dikendalikan oleh seorang pakar yang akan mempersembahkan kandungan dan objektif pengajaran dengan andaian guru boleh mempelajari pelbagai perlakuan pengajaran daripada orang lain dan menterjemahkannya dalam bilik darjah.

Jadual 4.10 menunjukkan kekerapan mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan guru fizik dalam tiga tahun ini iaitu 16 orang (44.4 peratus) mengikuti program latihan fizik satu sampai dua kali dalam tiga tahun, 11 orang (31 peratus) mengikuti program latihan guru fizik lebih dari lima kali dalam tiga tahun, lapan orang (22.2 peratus) mengikuti program latihan guru fizik tiga sampai empat kali dalam tiga tahun, dan satu orang (2.8 peratus) belum pernah mengikuti program latihan guru fizik. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar (52.8 peratus) guru fizik mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan sebanyak lebih dari tiga kali dalam tiga tahun.

Jadual 4.10: Kekerapan mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan

Deskripsi

Bilangan Peratus

Kekerapan mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan dalam tiga tahun ini - 1 sampai 2 kali

16 44.4 - Lebih dari 5kali

11 30.6 - 3 sampai 4 kali

8 22.2 - Belum pernah

Oleh itu, dapat pula dikatakan hanya ada separoh daripada guru fizik SMPN Makassar mengikuti prograam latihan sekali dalam masa setahun. Berdasarkan analisis soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan dokumen didapati dua tema mengenai aktiviti pembelajaran program latihan yang dilalui iaitu penglibatan guru dalam aktiviti latihan dan pelaksanaan program latihan MGMP.

4.3.5.1 Penglibatan guru dalam aktiviti MGMP

Aktiviti pembelajaran program latihan dalam kajian ini ditakrif sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dan dilakukan dalam satu kumpulan dipandu oleh seorang pakar (Pendidik Guru atau Guru Pelatih) seperti contohnya penglibatan guru dalam aktiviti MGMP (latihan dalam perkhidmatan) atau bengkel. Analisis mendapati tiga sub tema berhubungkait dengan penglibatan guru dalam aktiviti latihan MGMP iaitu sebab aktiviti latihan disukai, program latihan yang pernah dilalui guru fizik dan manfaat aktiviti pembelajaran program latihan.

(i) Sebab aktiviti latihan disukai

Analisis soal selidik item terbuka mendapati kekerapan responden dalam mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan guru fizik dalam tiga tahun ini. Kebanyakan responden mengikuti aktiviti program latihan sebanyak lebih dari tiga kali dalam tiga tahun. Selain itu, terdapat segelintir responden belum pernah mengikuti aktiviti program latihan guru. Didapati terdapat 10 daripada 36 responden (28 peratus) mengiktiraf aktiviti pembelajaran terbaik bagi mereka adalah mengikuti program latihan guru. Hal ini menunjukkan kecenderungan guru di Indonesia yang lebih menyukai aktiviti pembelajaran kumpulan.

Analisis temu bual mendapati enam daripada sembilan (67 peratus) responden mengiktiraf aktiviti pembelajaran program latihan merupakan aktiviti pembelajaran yang paling mereka sukai. Responden GF/I-02 misalnya menyatakan pelbagai aktiviti pembelajaran guru semua pernah beliau lalui, namun impak yang paling berkesan menurut beliau adalah aktiviti pembelajaran program latihan. Beliau mengiktiraf,

... ya namanya program latihan itu kita mendapatkan banyak pengalaman baru. Jadi aktiviti latihan itu kita boleh berjumpa dengan rakan dengan kemampuan dan latar belakang yang berbeza sehingga kita mendapatkan banyak pengalaman. Kita merasa termotivasi kerana kita melakukan interaksi sesama rakan guru.

Pandangan responden GF/I-02 di atas merupakan alasan mengapa beliau memilih aktiviti pembelajaran program latihan sebagai aktiviti pembelajaran yang beliau sukai. Menurut beliau, guru memperolehi banyak pengalaman selepas mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan, terutamanya dalam peningkatan kompetensi guru, pengalaman pengetahuan, pengalaman mengajar, dan lain-lain. Pandangan responden GF/I-02 ini disokong kuat oleh responden GF/I-04. Beliau mengiktiraf aktiviti pembelajaran program latihan merupakan aktiviti pembelajaran yang paling beliau gemari. GF/I-04 berkata,

.. kalau saya mengikuti aktiviti latihan anggaplah ada beberapa orang yang sudah dikuasakan yang sifatnya mengetahui semua apa yang harus disampaikan kepada peserta, sehingga kita juga bertambah. Nanti kalau kita masuk ke bilik darjah kita melakukan uji coba, kalau memang itu yang elok maka itu yang kita jalankan.

Responden GF/I-04 mengemukakan alasan menyukai aktiviti pembelajaran program latihan kerana pelaksanaan aktiviti dipandu oleh seorang pakar yang sifatnya mengetahui segala sesuatu berhubungkait dengan bahan ajar latihan, sehinggalah peserta boleh merasakan manfaat pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Menurut beliau, semua aktiviti pembelajaran guru bagus, namun beliau memilih aktiviti pembelajaran program latihan sebagai aktiviti yang paling disukai. Pandangan responden GF/I-02 dan GF/I-04 turut disetujui oleh responden GF/I-07. Beliau pula menegaskan aktiviti pembelajaran program latihan merupakan aktiviti pembelajaran guru yang paling beliau sukai. Hal ini kerana responden GF/I-07 lebih cepat mengerti dan memahami sesuatu bahan ajar apabila disampaikan oleh seorang pakar kemudian beliau membuat nota kecil lalu dipelajari. Pandangan responden GF/I-02, GF/I-04, dan GF/I-07 merupakan tiga pandangan yang mengiktiraf aktiviti pembelajaran program latihan guru merupakan aktiviti pembelajaran guru yang paling mereka sukai.

Oleh itu, berasaskan pelbagai pandangan responden di atas, pada pandangan penyelidik terdapat tiga alasan aktiviti pembelajaran program latihan disukai oleh mereka;

(i) Guru memperolehi banyak pengalaman, terutamanya mengenai peningkatan kompetensi, pembangunan profesion dan kerjaya, pengalaman pengetahuan, dan pengalaman mengajar.

(ii) Pelaksanaan aktiviti pembelajaran dipandu oleh seseorang pakar yang sifatnya mengetahui segala sesuatu berhubungkait dengan bahan ajar latihan, sehinggalah peserta boleh merasakan manfaat pengetahuan dan kemahiran yang diberikan.

(iii) Proses pembelajaran yang berkesan, di mana guru lebih cepat mengerti dan memahami sesuatu ilmu apabila di sampaikan oleh seseorang pakar kemudian menyalin nota-nota kecil lalu dipelajari.

Seterusnya, Jadual 4.11 menunjukkan domain kandungan dalam aktiviti program latihan yang diinginkan oleh guru fizik di Makassar.

Jadual 4.11: Domain kandungan aktiviti pembelajaran program latihan

Deskripsi

Bilangan Peratus

Kandungan yang di inginkan guru fizik dalam aktiviti pembelajaran program latihan

- Kandungan ICT

28 77.8 - Kandungan bidang pengajian

25 69.4 - Kandungan kurikulum

24 66.7 - Kandungan pengetahuan pedagogi

Kriteria jawapan responden adalah boleh memilih lebih daripada satu pilihan. Hasil analisis menunjukkan bahawa sebahagian besar guru fizik menginginkan ICT (78%) sebagai kandungan yang harus dipelajari dalam aktiviti pembelajaran program latihan. Meskipun ramai pula guru memilih kandungan bidang pengajian (69%), kandungan kurikulum dan pengajaran (67%), dan kandungan pengetahuan pedagogi (64%) sebagai alternatif kedua.

(ii) Aktiviti program latihan yang pernah dilalui guru fizik

Analisis soal selidik dan temu bual mendapati beberapa aktiviti program latihan yang kerap diikuti oleh guru fizik seperti latihan dalam perkhidmatan program MGMP Bermutu, bengkel kurikulum (KTSP), bengkel makmal sains, Analisis soal selidik dan temu bual mendapati beberapa aktiviti program latihan yang kerap diikuti oleh guru fizik seperti latihan dalam perkhidmatan program MGMP Bermutu, bengkel kurikulum (KTSP), bengkel makmal sains,

bantuan dana geran Kemdiknas RI. Responden GF/I-04 mendedahkan aktiviti pembelajaran program latihan yang kerap dilalui iaitu mengikuti mesyuarat- mesyuarat yang sifatnya boleh menambah ilmu. Komen ini menunjukkan keaktifan guru dalam aktiviti mesyuarat boleh menambah pengetahuan dan kemahiran mereka.

Aktiviti pembelajaran program latihan guru yang kerap dilalui oleh guru fizik SMP di Makassar adalah program MGMP dan bengkel. Responden GF/I-01 misalnya menyatakan aktiviti pembelajaran guru yang berkembang masa kini adalah aktiviti program latihan MGMP. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/I-

06 dan GF/I-05. Mereka mendedahkan aktiviti pembelajaran kajian tindakan dan program MGMP telah mereka lalui. Responden GF/I-06 bahkan mengiktiraf aktiviti pembelajaran lesson study kerap beliau lalui pada masa mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan MGMP. Mengenai aktiviti bengkel guru, responden GF/I-04 menjelaskan pengalamannya pada masa mengikuti bengkel. Beliau berkata;

... bengkel merupakan modal besar bagi guru, kerana dilatih dan diajar oleh seorang pakar yang sudah menguasai betul bidang yang di ampu. Selain itu, kerana seorang pakar sudah pernah diikutsertakan dalam suatu pendidikan langsung.

Responden GF/I-08 menjelaskan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam aktiviti proses pembelajaran menerusi program latihan, secara langsung boleh diaplikasikan kepada rakan-rakan guru di sekolah dalam bentuk penyebaran maklumat. Berdasarkan komen ini, GF/I-08 percaya berkongsi pendapat selepas pelaksanaan aktiviti latihan, merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mengenai rancangan pengajaran dan pembelajaran fizik, kaedah pengajaran dan kajian tindakan, sehingga boleh membantu rakan guru di sekolah untuk peningkatan kompetensi mereka. Oleh itu, guru-guru di sekolah boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sekalipun tidak terbabit secara langsung dalam aktiviti proses pembelajaran program latihan.

Analisis soal selidik mendapati pelbagai aktiviti pembelajaran program latihan yang pernah dilalui oleh responden semasa menjadi guru, antaranya iaitu 100 peratus responden telah melalui aktiviti pembelajaran program latihan MGMP Bermutu sama ada aktiviti latihan dalam perkhidmatan mahupun aktiviti latihan perkhidmatan. Terdapat tiga hingga enam peratus responden (satu hingga dua responden) telah melalui pelbagai bengkel pengajaran, Pendidikan dan Latihan Profesion Guru (PLPG), bengkel panduan teknikal (BIMTEK) KTSP, bengkel pengambilan ABM, dan latihan dalam perkhidmatan pengurusan makmal sains.

(iii) Manfaat aktiviti pembelajaran program latihan

Berdasarkan analisis dokumen mengikut laporan aktiviti pembelajaran program latihan guru MGMP Bermutu zon 4 remote tahun 2011-2012 didapati pelbagai manfaat pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan, antaranya seperti; (1) guru dapat menyusun KTSP dan RPP sesuai dengan keadaan dan kondisi sekolah masing-masing, (2) mampu menyusun jurnal pembelajaran guru, menyelesaikan kes yang berlaku pada sekolah masing-masing berasaskan ciri-ciri kes yang berlaku, (3) mampu mengoperasikan komputer dan menggunakan ICT sekalipun belum mahir betul, (4) mampu mereka dan merancang ABM dengan menggunakan program komputer, (5) mampu menyusun kajian tindakan di sekolah masing-masing, dan (6) mampu menjalankan Penilaian Kompetensi Guru (PKG) atau Penilaian Kompetensi Berterusan (PKB) di sekolah masing-masing.

Responden GF/Q-04, GF/Q-21, dan GF/Q-02 mendedahkan, selepas aktiviti pembelajaran program latihan dilalui, wawasan pengetahuan mengenai dunia pengajaran fizik mereka bertambah dari hal-hal yang semula tidak tahu akhirnya boleh menjadi tahu serta pengalaman dan ilmu baru yang terus berkembang dalam perbaikan kualiti pengajaran. Responden GF/Q-03 mengisytiharkan aktiviti pembelajaran program latihan guru sangat bermanfaat bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh guru sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Begitu pula responden GF/Q-13 menyatakan pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan sangat bermanfaat kerana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diterapkan di sekolah masing-masing. Oleh itu, aktiviti pembelajaran program latihan memberikan manfaat kepada guru fizik kerana boleh Responden GF/Q-04, GF/Q-21, dan GF/Q-02 mendedahkan, selepas aktiviti pembelajaran program latihan dilalui, wawasan pengetahuan mengenai dunia pengajaran fizik mereka bertambah dari hal-hal yang semula tidak tahu akhirnya boleh menjadi tahu serta pengalaman dan ilmu baru yang terus berkembang dalam perbaikan kualiti pengajaran. Responden GF/Q-03 mengisytiharkan aktiviti pembelajaran program latihan guru sangat bermanfaat bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh guru sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Begitu pula responden GF/Q-13 menyatakan pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan sangat bermanfaat kerana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diterapkan di sekolah masing-masing. Oleh itu, aktiviti pembelajaran program latihan memberikan manfaat kepada guru fizik kerana boleh

4.3.5.2 Pelaksanaan Program MGMP

Analisis dokumen mengikut laporan pertanggungjawaban pelaksanaan aktiviti pembelajaran program MGMP Bermutu zon 1 didapati kehadiran guru dalam aktiviti masih kurang. Dari 20 orang guru fizik, yang tidak hadir berkisar antara tiga hingga lapan guru dalam setiap aktiviti mesyuarat. Pada pandangan penyelidik, hal ini menandakan inisiatif guru masih kurang. Pola yang ada masih atas ke bawah dan belum menunjukkan inisiatif guru sendiri. Oleh itu, program MGMP Bermutu merupakan aktiviti latihan guru yang sama dengan aktiviti PKG/SPKG masa lalu di Indonesia, dilalui kerana pendekatan birokrasi dan mendapatkan kos bantuan daripada kerajaan.

Penyelidik telah menjalankan pelbagai pemerhatian pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan, misalnya pemerhatian pada aktiviti latihan MGMP Bermutu zon 4 remote. Aktiviti sesi 4 ini dilaksanakan di SMP 15 Makassar yang terletak di Jalan Permandian Barombong Makassar. Aktiviti pembelajaran ini merupakan sesi akhir daripada serangkaian aktiviti mesyuarat yang dilalui pada tahun pelajaran 2011/2012. Menurut pengerusi MGMP zon 4 remote, aktiviti ini merupakan aktiviti akhir selepas rehat semasa dua bulan. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahun ke tiga program MGMP Bermutu yang sememangnya selesai pada bulan Julai 2012.

Bahan ajar program latihan sesi 4 MGMP ini adalah mengenai pengambilan jurnal belajar guru. Jurnal belajar merupakan suatu borang mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan yang berisikan pengalaman berharga, rancangan diseminasi, permasalahan, dan solusi permasalahan guru pada ketika melalui aktiviti pembelajaran program latihan guru misalnya latihan MGMP. Sebelum membincangkan bahan ajar ini, guru peserta mendengarkan ceramah Bahan ajar program latihan sesi 4 MGMP ini adalah mengenai pengambilan jurnal belajar guru. Jurnal belajar merupakan suatu borang mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan yang berisikan pengalaman berharga, rancangan diseminasi, permasalahan, dan solusi permasalahan guru pada ketika melalui aktiviti pembelajaran program latihan guru misalnya latihan MGMP. Sebelum membincangkan bahan ajar ini, guru peserta mendengarkan ceramah

Berikut ini adalah petikan daripada ceramah yang diberikan oleh lima penceramah yang telah disebutkan. Pertama adalah petikan ceramah daripada pengetua,

Yang masuk dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP Bermutu wilayah Remote adalah semua SMPN yang ada di wilayah pinggiran bandar Makassar dan Pulau, seramai 10 SMPN. Pelaksanaan aktiviti MGMP wilayah Remote mendapatkan kucuran dana dari kerajaan yang lebih tinggi dari zon lain (zon 1, zon 2, dan zon 3). Kehadiran peserta (guru) sememangnya 20 orang (2 orang guru setiap sekolah), namun yang hadir kurang dari 50 peratus. MGMP merupakan suatu wadah pembelajaran berterusan guru.

Kedua adalah petikan ceramah daripada Nazir Sekolah 1 seperti berikut,

Saya mengingatkan kembali pentingnya aktiviti pembelajaran program latihan MGMP dalam keupayaan meningkatkan kompetensi guru. Jika seandainya LPMP tidak membiayai aktiviti MGMP, maka pelaksanaan aktiviti MGMP sememangnya tetap harus berjalan. Jika Nazir Sekolah datang ke sekolah maka jangan ditanggapi oleh guru dengan image lain-lain. Karena Nazir Sekolah adalah mitra pengetua dan guru. Penyeliaan yang dijalankan Nazir Sekolah salah satunya adalah untuk memerhati impak aktiviti pembelajaran dalam penyelenggaraan MGMP atau proses pembelajaran berterusan guru. Seorang guru mesti boleh merancang sendiri perangkat pembelajaran, analisis SK-KD dan pemetaan SK-KD, KKM, RPP yang PAIKEM (eksplorasi, elaborasi, dan konfirmasi), dan Buku Nilai.

Ketiga adalah petikan ceramah daripada Nazir Sekolah 2 seperti berikut,

Saya pertegaskan kembali bahawa seorang guru harus disiplin (jangan dustai kata hati), kalau datang pukul 07.30 katakan 07.30. Aktiviti pembelajaran program latihan MGMP tetap harus dilaksanakan kerana merupakan proses pembelajaran berterusan guru untuk peningkatan kompetensi mereka. Usahakan jangan sekali- kali telat dalam mengajar. Kejujuran, guru harus mengatakan yang Saya pertegaskan kembali bahawa seorang guru harus disiplin (jangan dustai kata hati), kalau datang pukul 07.30 katakan 07.30. Aktiviti pembelajaran program latihan MGMP tetap harus dilaksanakan kerana merupakan proses pembelajaran berterusan guru untuk peningkatan kompetensi mereka. Usahakan jangan sekali- kali telat dalam mengajar. Kejujuran, guru harus mengatakan yang

Keempat adalah petikan ceramah daripada Ketua Bidang Pendidikan Asas pada Majelis Pendidikan Makassar, sekali gus membuka pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan MGMP Bermutu zon 4 (remote) sesi 3,

Saya sarankan bahawa ahli MGMP merampungkan tugasan yang diberikan, agar laporan pelaksanaan aktiviti MGMP boleh diselesaikan tepat pada masanya. Sebenarnya, aktiviti pembelajaran program latihan MGMP merupakan suatu wadah dalam menggodok guru (proses pembelajaran berterusan guru) dalam pembangunan kompetensi dan profesionalnya. Angin segar bagi guru bahawa guru ahli MGMP mendapatkan biasiswa untuk meneruskan pendidikan ke peringkat sarjana (Masters) melengkapi borang dan dihantar ke Direktorat Jenderal Pembinaan SMP, kerana hanya ada 30 jatah guru setiap negeri, pelaksananya adalah Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung, Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), dan Universitas Negeri Malang (UM). Masa kini, proposal sudah dalam tahap seleksi. Mengenai IT, saya kira sangat penting penggunaan IT dalam pembelajaran. Seterusnya, dalam menulis kajian tindakan, boleh melihat karya guru lain tetapi jangan sampai plagiarism. Untuk memasukkan jurnal sama ada langsung mahupun tidak langsung, agar boleh menjadi bahan masukan sama ada pada pihak MGMP, LPMP, Diknas, mahupun perbaikan dalam proses pembelajaran guru.

Kelima adalah ceramah daripada Pendidik Guru MGMP, sekali gus membentangkan program mengenai jurnal pembelajaran guru,

Aktiviti pembelajaran program latihan MGMP merupakan aktiviti mesyuarat guru-guru, tetapi sesungguhnya bukan merupakan hal yang baru. Saya perjelas kembali bahawa tugasan akhir pada aktiviti program MGMP Bermutu adalah pembuatan jurnal belajar secara perorangan. Jadi secara keseluruhannya aktiviti dan tagihan pada pengurusan MGMP Bermutu adalah (1) mengenai kurikulum sekolah dan status, (2) RPP, silabus, dan KD, (3) jurnal/portolio, (4) analisis soalan dan bank soalan, (5) laporan kajian tindakan, dan (6) CPD dan peta guru sekolah/report guru. Seterusnya, perlu diketahui bahawa yang termasuk Karya Tulis Ilmiah (KTI) adalah: makalah, artikel, kajian kritikal, laporan kajian tindakan, laporan penyelidikan lainnya, laporan best practices, hasil penterjemahan bahan, dan lain- lain.

Seorang ahli MGMP memberikan soalan kepada Pendidik Guru mengenai kenaikan pangkat menggunakan jalur membuat kajian tindakan. Soalan ahli 1,

Sekadar maklumat bahawa saya telah memasukkan laporan kajian tindakan ke LPMP tetapi masuk ke urutan 3000 lebih. Kajian tindakan saya buat sendiri semua berkat pelaksanaan aktiviti program MGMP Bermutu. Namun saya khawatir kerana ada isu mengenai bayaran-bayaran sehingga lebih dari Rp. 6.5 juta, padahal dibuat sendiri murni akibat dari pelaksanaan aktiviti MGMP. Bagaimana dengan ini? Saya jadi patah semangat dibuatnya.

Jawapan daripada Pendidik Guru seperti berikut,

Maklumat memang ada sampai membayar. Bahkan ada yang mengantar langsung ke Jakarta. Tahun ini tidak ada jalan untuk jalur membayar lagi. Akan dijamin bahawa 3000 lebih karya ini semuanya akan disemak. Jangan patah semangat, semua yang mengantar langsung sudah ditangkap dan diproses. Jangan berkecil hati, karena pasukan penilai sudah banyak.

Seterusnya, mengikut Pendidik Guru isian jurnal pembelajaran memberikan gambaran mengenai pengalaman berharga guru, rancangan diseminasi, masalah, dan solusi masalah yang dialami guru pada masa melalui aktiviti pembelajaran program latihan MGMP sama ada latihan dalam perkhidmatan mahupun latihan perkhidmatan (contoh isian pada Lampiran E).