Halangan Guru Fizik Pada Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Peningkatan Kompetensi

4.6 Halangan Guru Fizik Pada Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Peningkatan Kompetensi

Persoalan kajian keempat adalah apakah halangan guru fizik pada proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi mereka? Untuk menjawap soalan kajian ini, maka pada bahagian ini akan dibincangkan analisis data soal selidik item terbuka, temu bual, pemerhatian, dan dokumen bagi mengenal pasti halangan guru fizik dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi mereka. Dalam kajian ini, didapati dua tema mengenai halangan guru fizik dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi iaitu pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dan mengamalkan kompetensi di sekolah.

4.6.1 Pelaksanaan Proses Pembelajaran Berterusan

Bahagian ini membincangan dapatan kajian mengenai halangan guru fizik dalam pelaksanaan aktiviti proses pembelajaran berterusan. Terdapat lima tema mengenai halangan dalam proses pembelajaran berterusan iaitu halangan dalam aktiviti pembelajaran kendiri, halangan dalam aktiviti berkongsi pendapat, halangan Bahagian ini membincangan dapatan kajian mengenai halangan guru fizik dalam pelaksanaan aktiviti proses pembelajaran berterusan. Terdapat lima tema mengenai halangan dalam proses pembelajaran berterusan iaitu halangan dalam aktiviti pembelajaran kendiri, halangan dalam aktiviti berkongsi pendapat, halangan

4.6.1.1 Pembelajaran kendiri

Analisis mendapati pelbagai halangan yang dialami responden semasa menjalankan aktiviti pembelajaran kendiri antaranya adalah penggunaan masa. Responden GF/Q-09 mengiktiraf pengalaman beliau yang jarang menjalankan aktiviti pembelajaran kendiri kerana masa di rumah lebih banyak untuk keluarga. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/Q-28 dan GF/Q-30, mereka jarang melakukan aktiviti pembelajaran kendiri kerana terhad masa dan banyak aktiviti- aktiviti lain yang perlu diselesaikan sama ada di sekolah mahupun di rumah. Responden GF/Q-31 dan GF/Q-13 pula menjelaskan, dari pukul 7.00 am hingga pukul 5.30 pm, mereka berada di sekolah sebab tugasan di sekolah sangat banyak, sehingga untuk belajar dan mengulangi lebih daripada tiga kali dalam seminggu tidak mungkin lagi. Bagi responden GF/Q-35, kekurangan guru fizik di sekolahnya, menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan lebih daripada tiga kali dalam satu hari. Akibatnya, pelaksanaan aktiviti pembelajaran kendiri adalah terhad masa. Justeru itu, halangan guru fizik dalam melakukan pembelajaran kendiri bersumber daripada penggunaan masa dalam menjalankan proses pembelajaran.

4.6.1.2 Berkongsi pendapat ( lesson study)

Analisis soal selidik item terbuka mendapati kebanyakan responden (19 daripada 36 responden atau 53 peratus) kadang-kadang bahkan tidak pernah menjalankan aktiviti pembelajaran lesson study. Halangan ini disebabkan oleh pengaturan jadual mengajar di sekolah yang padat dan terhad masa kerana banyak aktiviti-aktiviti lain. Penjelasan lebih lanjut mengenai halangan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran lesson study seperti di bawah ini.

(i) Pengaturan semula jadual pengajaran

Analisis mendapati satu halangan bagi pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study iaitu pengaturan jadual pengajaran. Responden GF/Q-11 mendedahkan pelaksanaan aktiviti perkongsian pendapat menerusi lesson study antara sesama rakan guru sukar di wujudkan kerana pengaturan jadual pengajaran di sekolah. Beliau berkata jadual pengajaran masing-masing guru berbeza sehingga masa untuk mesyuarat/berjumpa juga sukar diwujudkan. Pernyataan responden GF/Q-11 turut dikongsi oleh GF/Q-36. Beliau malah mengiktiraf pelaksanaan perkongsian pendapat menerusi aktiviti lesson study jarang berlaku kerana pengaturan jadual pengajaran di sekolah. Beliau berkata,

... jarang berlaku observasi rutin rakan guru pada masa mengajar. Hal ini disebabkan oleh kerana guru mata pelajaran yang sama kerap mengajar pada jam yang bersamaan.

Keadaan yang berlaku pada responden GF/Q-11 dan GF/Q-36 menunjukkan pengaturan masa dan jadual pengajaran guru fizik perlu diubahsuai sehingga guru mempunyai banyak masa bagi menjalankan aktiviti pembelajaran lesson study. Responden GF/Q-32 menceritakan pengalamannya mengenai aktiviti pembelajaran lesson study. Beliau bercerita,

... di sekolah kami hampir guru fizik mengajar bersamaan dan tidak semua guru sains mahu datang jika tidak ada jam. Jadi biasa yang saya lakukan dengan rakan guru biologi yang tidak mengajar untuk menilai/melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sudah saya lakukan.

Oleh itu, bagi menjayakan aktiviti pembelajaran lesson study perlu pengaturan semula jadual pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

(ii) Terhad masa kerana banyak aktiviti lain

Analisis mendapati halangan lain pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study kerana banyaknya aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh guru fizik. Responden GF/Q-13 dan GF/Q-18 misalnya mengiktiraf mereka jarang melakukan Analisis mendapati halangan lain pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study kerana banyaknya aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh guru fizik. Responden GF/Q-13 dan GF/Q-18 misalnya mengiktiraf mereka jarang melakukan

... kerana kesibukan masing-masing guru dalam bilik darjah yang padat dengan beban mengajar 24 jam/minggu yang menyebabkan penyeliaan dari rakan sekerja menerusi aktiviti lesson study menjadi berkurang. Hanya dilakukan pada jam rehat sahaja.

Keadaan yang berlaku pada responden GF/Q-13 dan GF/Q-18 menunjukkan kesibukan guru menjadikan pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study sukar untuk dijayakan. Di samping itu, responden GF/Q-02, GF/Q-15, dan GF/Q-24 menyatakan halangan daripada aktiviti pembelajaran lesson study lainnya adalah terhad masa. Responden GF/Q-24 misalnya berkata pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study terhalang oleh masa daripada rakan sekerja yang terhad, sehingga sukar untuk dapat lebih intensif dan berjaya. Responden GF/Q-02 mengiktiraf kadang-kadang menjalankan penilaian kepada rakan sekerja pada aktiviti pembelajaran lesson study pada masa tertentu sahaja. Begitu juga responden GF/Q-

15 mengisytiharkan pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study terhad masa. Oleh itu, komen-komen responden ini menandakan halangan pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study adalah terhad masa kerana banyaknya aktiviti-aktiviti lain.

Akhir sekali, untuk menjayakan aktiviti pembelajaran lesson study sehingganya perlu dijalankan pengaturan semula jadual pengajaran di sekolah. Pada pandangan penyelidik, jadual pengajaran untuk sesama guru fizik semestinya dibuat selang seli tidak bertepatan, sehingga ada masa yang lowong bagi memerhati dan menilai rakan. Di samping itu, akibat kesibukan daripada masing-masing guru dalam bilik darjah dengan beban pengajaran guru di Indonesia seramai 24 jam setiap minggu, menyebabkan penyeliaan daripada rakan sekerja menerusi lesson study mahupun mentoring menjadi sukar untuk diwujudkan dan hanya boleh dijalankan pada masa rehat sahaja. Oleh itu, keberjayaan aktiviti pembelajaran berterusan menerusi perkongsian pendapat pada konteks Indonesia sukar diwujudkan apabila beban pengajaran guru sangat padat.

4.6.1.3 Pembangunan penambahbaikan

Analisis mendapati kebanyakan responden (22 daripada 36 responden atau 61 peratus) kadang-kadang bahkan tidak pernah terbabit dalam aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Responden GF/Q-12 mengiktiraf penggubal polisi tidak pernah memberlakukan hal ini, beliau pun tidak tahu apakah penilaian terhadap semua guru semua sudah baik. Responden GF/Q-02 malah mengeluhkan statusnya sebagai guru pemula. Ulas GF/Q-02,

... masih ada diantara rakan-rakan kami yang lebih banyak pengalaman dan lebih berkompeten dari saya yang dipilih masuk dalam ahli pembangun dan penambahbaikan di sekolah.

Responden GF/Q-28 pula mengiktiraf aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan hanya dilalui oleh guru penolong kanan sahaja. Sementara itu, responden GF/Q-08 mengiktiraf tidak ada kerja-kerja berpasukan bagi rumpuan sains di sekolahnya. Tambahan pula, aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan tidak terlaksana sebab kurangnya fasiliti di sekolah dan Pendidik Guru yang menyokong pelaksanaan aktiviti ini (GF/Q-22).

Akhir sekali, dapatan kajian di atas merupakan faktor yang menjadi halangan responden dalam menjalankan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan di sekolah, antaranya seperti (1) Penggubal polisi di sekolah tidak pernah memberlakukan perkara ini, sehingga guru tidak tahu apakah penilaian terhadap semua guru sudah baik. (2) Ramai rakan sesama guru fizik di sekolah yang memiliki lebih banyak pengalaman dan lebih berkompeten dipilih masuk ke dalam pasukan pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. (3) Aktiviti pembangunan dan penambahbaikan hanya berlaku bagi guru penolong kanan, (4) Belum ada kerja- kerja berpasukan rumpun mata pelajaran fizik di sekolah. (5) Kurangnya fasiliti dan Pendidik Guru yang menyokong aktiviti ini.

4.6.1.4 Aktiviti inkuiri (kajian tindakan)

Berdasarkan analisis soal selidik item terbuka, penyelidik mendapati beberapa halangan responden dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Responden GF/Q-28 misalnya mendedahkan banyak halangan yang beliau alami kerana baru pertama kali melakukannya. Pandangan ini disokong kuat oleh GF/Q-

22. Beliau memberi hujahnya tentang halangan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan,

Selain kerana baru pertama kalinya saya lakukan, kekurangan buku rujukan dalam menunjang laporan dan kurangnya rakan guru yang mengerti tentang aktiviti kajian tindakan.

Responden GF/Q-08, GF/Q-12, dan GF/Q-22 turut bersetuju dengan pandangan responden GF/Q-28 dan GF/Q-22 di atas. Mereka berkata pengetahuan dan kemahiran dalam penyusunan aktiviti pembelajaran kajian tindakan masih minima, kurangnya rujukan yang menyokong kajian, dan ramai guru yang tidak faham mengenai kajian tindakan. Responden GF/Q-09 mendedahkan masalah sebenar dalam menjalankan aktiviti penyusunan laporan, terutamanya dalam merangkaikan ayat demi ayat. Sementara itu, responden GF/Q-17 dan GF/Q-04 menyatakan aktiviti pembelajaran kajian tindakan sangat menarik, utamanya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian, namun terhalang oleh masa untuk mencari sumber rujukan. Oleh itu, diperlukan ketekunan, sehingga tidak terhalang oleh pelbagai kesibukan ( GF/Q-12).

Akhirnya, sebagai akibat daripada kepentingan pelaksanaan aktiviti pembelajaran kajian tindakan bagi guru, sehingga pembuat polisi pendidikan Indonesia dan ahli profesional memasukkannya sebagai bahan ajar dalam program latihan MGMP Bermutu. Hal ini pula kerana aktiviti pembelajaran kajian tindakan boleh dijalankan sama ada secara persendirian mahupun secara kumpulan. Mengikut laporan aktiviti latihan MGMP Remote tahun 2010-2011 (analisis dokumen penyelidik) didapati terdiri dari 20 ahli MGMP Sains, terdapat lapan orang guru (40 peratus) telah menyelesaikan penyusunan draft proposal kajian tindakan, manakala hanya ada lima orang guru sains sahaja (25 peratus) yang telah menyelesaikan sehingga kepada tahap laporan kajian. Hal ini menandakan sekitar 25 hingga 40 Akhirnya, sebagai akibat daripada kepentingan pelaksanaan aktiviti pembelajaran kajian tindakan bagi guru, sehingga pembuat polisi pendidikan Indonesia dan ahli profesional memasukkannya sebagai bahan ajar dalam program latihan MGMP Bermutu. Hal ini pula kerana aktiviti pembelajaran kajian tindakan boleh dijalankan sama ada secara persendirian mahupun secara kumpulan. Mengikut laporan aktiviti latihan MGMP Remote tahun 2010-2011 (analisis dokumen penyelidik) didapati terdiri dari 20 ahli MGMP Sains, terdapat lapan orang guru (40 peratus) telah menyelesaikan penyusunan draft proposal kajian tindakan, manakala hanya ada lima orang guru sains sahaja (25 peratus) yang telah menyelesaikan sehingga kepada tahap laporan kajian. Hal ini menandakan sekitar 25 hingga 40

Jadual 4.18: Kajian tindakan guru sains SMP zon remote

Kod

Analisis Hasil Pengkaji

Tajuk

GF/D3-01 “Upaya peningkatan hasil Analisis menunjukkan terjadi peningkatan pencapaian pelajar belajar siswa pada

pada mata pelajaran biologi, selepas diterapkan pembelajaran perkembangbiakan generatif

kooperatif taip STAD, dengan markah purata pencapaian pelajar melalui model pembelajaran

tahap I = 65.83 menjadi 81.13 pada tahap II. Pendekatan kooperatif tipe STAD pada

pembelajaran kooperatif taip STAD membangun sikap pelajar siswa kelas IX-1 SMP Negeri

pada tiga aspek yang dijadikan penanda aras iaitu bertanya, 39 Makassar”

menjawab, dan rasa ingin tahu.

GF/D3-02 “Upaya meningkatkan hasil Analisis menunjukkan terjadi peningkatan pencapaian pelajar belajar IPA tentang pokok

pada mata pelajaran sains biologi setelah diterapkan bahasan ekosistem pada kelas

pembelajaran kooperatif taip STAD, dengan markah purata VII/1 di SMP Negeri 39

pencapaian pelajar tahap I 83.33 menjadi 94.44 pada siklus II. SATAP dengan

Selain itu, hasil pemerhatian setelah penerapan pendekatan taip menggunakan model

STAD membangun sikap pelajar yang diukur iaitu rasa ingin pembelajaran kooperatif tipe

tahu, keberanian dalam menjawab, kerjasama, sikap kritikal, dan STAD”

kreatif dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. GF/D3-03 &

“Upaya meningkatkan Terjadi peningkatan pencapaian pelajar tentang pembentukan GF/D3-04

kemampuan hasil belajar imej-imej cermin cekung setelah diterapkan model pembelajaran tentang menghitung

kooperatif taip JIGSAW daripada markah purata pencapaian pembentukan bayangan

pelajar tahap I 83.33 menjadi 95.40 pada tahap II. Analisis benda pada cermin cekung

pemerhatian selepas penerapan model menunjukkan sikap melalui model pembelajaran

pelajar cukup baik pada aspek sikap yang diukur iaitu rasa ingin kooperatif tipe JIGSAW pada

tahu, keberanian dalam menjawab, kerjasama, sikap kritikal dan siswa kelas VII-5 SMPN 14

kreatif dalam mengikuti amalan pengajaran dan pembelajaran. Makassar” GF/D3-05 &

“Penggunaan pendekatan Analisis menunjukkan terjadi peningkatan pemahaman pelajar GF/D3-06

CTL melalui model topik bidang pengajian fisika pada topik tekanan melalui model pembelajaran kooperative

pembelajaran kooperatif tipe STAD daripada kategori tidak tipe STAD pada pokok

tuntas belajar klasikal dan markah purata 68.61 selepas bahasan tekanan zat padat

pelaksanaan tindakan tahap I menjadi kategori tuntas belajar siswa kelas VIII A SMP

klasikal dan markah purata 86.66 selepas pelaksanaan tahap II. Negeri 38 Makassar”

Selain itu, terjadinya penurunan purata peratusan perilaku negative dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengindikasikan makin meningkatnya perhatian, minat, dan motivasi pelajar terhadap bahan pelajaran.

GF/D3-07 “Upaya meningkatkan hasil Terjadi peningkatan pencapaian pelajar pada mata pelajaran belajar biologi konsep sistem

biologi topik sistem saraf pusat selepas pelaksanaan model saraf pusat pada siswa kelas

pembelajaran koopertif tipe STAD. Hal ini dapat dilihat dari IX –G SMP Negeri 15

markah skor klasikal sebesar 67.83. Apabila markah skor Makassar melalui

tersebut dibahagikan kepada 36 bilangan pelajar maka terdapat pembelajaran koperatif Tipe

purata klasikal sebesar 75.73 atau setara dengan pencapaian STAD”

berkategori tinggi. Pembelajaran kooperatif taip STAD ternyata boleh membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan pelajar cukup menyukai terlihat daripada analisis pemerhatian selepas penerapan model, sikap pelajar adalah baik pada kelima aspek yang diukur iaitu aktif bertanya, aktif menjawab, kritikal, kreatif dan bekerjasama.

Berdasarkan Jadual 4.18, pada pandangan penyelidik terdapat kesamaan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru iaitu empat daripada lima responden menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif taip STAD. Kesamaan lainnya terletak pada struktur dan alur penulisan laporan yang digunakan, manakala topik bidang pengajian sahaja yang berbeza.

Secara kualiti, aktiviti kajian tindakan yang dijalankan guru masih perlu penerokaan yang lebih berkesan dan mendalam, terutamanya mengenai kedalaman isu dan masalah pada amalan pengajaran dan pembelajaran daripada satu topik bahan ajar, kualiti sumber rujukan yang digunakan, dan kedalaman analisis dalam menggunakan reka bentuk kajian gabungan. Di samping itu, mereka perlu melaraskan situasi dan kondisi serta lokasi kajian bagi sesuatu kaedah yang akan digunakan. Hal ini kerana dapatan kajian tindakan tidak boleh dilakukan generalisasi, sehinggalah apa-apa yang berlaku pada satu lokasi tidak sama dengan apa-apa yang berlaku pada lokasi lainnya. Apa-apa yang berlaku pada daerah bandar, tidak boleh dilakukan generalisasi kepada daerah luar bandar dan sebaliknya.

4.6.1.5 Aktiviti latihan

Berdasarkan analisis dokumen didapati pelbagai halangan guru dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan mengikut laporan aktiviti MGMP Bermutu zon 4 remote (pendokumenan penyelidik) tahun 2011-2012 antaranya iaitu masih ada guru yang kurang bermotivasi untuk menyusun rancangan pembangunan silibus (RPS), dan RPP, serta kaedah pengajaran PAIKEM. Selain itu, mengikut laporan aktiviti MGMP Bermutu zon 1 (pendokumenan penyelidik) tahun 2011-2012 didapati pelbagai halangan guru dalam menjalankan aktiviti pembelajaran program

latihan, antaranya iaitu, (1) kesulitan setiausaha pelaksana bagi mengatur kehadiran para peserta untuk aktif dalam program latihan secara maksima dengan alasan tempat pelaksanaanya terlalu jauh, (2) kos operasi MGMP sangat terhad, (3) ramai guru belum mampu mengoperasikan komputer, sehingga tugasan-tugasan yang diharapkan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya, dan (4) belum ada sinergi antara aktiviti MGMP dengan sekolah asal, kerana masa pelaksanaan MGMP dengan jadual pengajaran tidak disesuaikan.

Analisis soal selidik mendapati beberapa halangan yang dilalui responden dalam aktiviti pembelajaran program latihan. Responden GF/Q-12 misalnya menjelaskan permintaan peserta latihan yang dihadkan kepada dua orang guru sahaja, manakala ramai guru fizik di sekolah. Beliau berkata,

Permintaan peserta latihan kadang dibatasi sementara guru fizik di sekolah kami banyak dan kamilah yang termuda, yang sering ikut adalah senior-senior kami.

Apa yang dialami oleh responden GF/Q-12 diiktiraf oleh responden GF/Q-22, beliau jarang diikutkan dalam aktiviti pembelajaran program latihan kerana bilangan peserta terhad. GF/Q-22 menambahkan;

Aktiviti ini jarang saya lalui kerana dalam suatu aktiviti seperti MGMP hanya diutus dua orang per mata pelajaran, sementara satu sekolah lebih dari dua orang.

Bagaimanapun kedua-dua responden GF/Q-12 dan GF/Q-22 jarang mengikuti program latihan kerana bilangan peserta dihadkan dan mereka dianggap masih sebagai guru novis di mana majoriti yang diutus adalah guru-guru yang berpengalaman. Pernyataan berbeza disampaikan oleh responden GF/Q-17, GF/Q-10, dan GF/Q-31. Mereka berkata bagaimanapun, sememangnya aktiviti pembelajaran program latihan dilalui oleh semua guru dan pengambilan peserta perlu secara berselang seli.

Pandangan lain mengenai halangan dalam aktiviti pembelajaran program latihan disampaikan oleh GF/Q-33 dan GF/Q-24. Menurut GF/Q-33;

Aktiviti pembelajaran program latihan yang biasa dilalui waktunya sangat terhad jadi hasilnya kurang memuaskan dan selesai latihan kadang-kadang tidak dilakukan kembali jadi lewat begitu sahaja.

Bagi responden GF/Q-33, pelaksanaan proses pembelajaran program latihan terhad masa sehingga pencapain tidak memuaskan dan tidak berkesan. Oleh itu, menurut GF/Q-24 perlu dihadirkan pakar sama ada Guru Pelatih mahupun Pendidik Guru yang berkompeten sehingga aktiviti pembelajaran program latihan boleh dijayakan. Ujar GF/Q-24,

Aktiviti pembelajaran program latihan MGMP akan lebih baik jika dalam pembentangan bahan tertentu dapat dihadirkan guru pelatih/Pendidik Guru yang kompeten sehingga dapat memberikan penyegaran pengetahuan kepada guru.

Responden GF/Q-32 turut bersetuju dengan pandangan responden lain. Beliau menyatakan pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan selama ini dijalankan pada jam usai sekolah sehingga guru dalam kondisi letih. Kondisi ini mengakibatkan pencapaian kurang maksima, ditambah bilangan pelajar dan kondisi sekolah tidak maksima untuk menerapkan kaedah yang diperolehi daripada aktiviti pembelajaran program latihan.

Berdasarkan analisis pemerhatian yang dijalankan penyelidik kepada aktiviti pembelajaran program latihan guru seperti pada program latihan MGMP Bermutu zon 4 remote sesi 4 didapati kehadiran guru dalam aktiviti masih kurang, pola aktiviti masih bersifat birokrasi dari atas ke bawah, dan kaedah aktiviti pembelajaran satu hala sehingga tidak menunjukkan inisiatif daripada guru itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pula kepada pemerhatian yang dijalankan penyelidik pada aktiviti pembelajaran program latihan guru MGMP gabungan Makassar, pemerhatian pada bengkel guru SMP 34 Makassar sesi 1 hingga sesi 3, pemerhatian pada bengkel guru SMP 24 Makassar, dan pemerhatian pada bengkel guru fizik MGMP zon 3 Makassar sesi 1 hingga sesi 3.

Akhirnya, berdasarkan analisis data soal selidik, temu bual, pemerhatian dan dokumen serta berasaskan pernyataan responden, sehingga penyelidik merumuskan sembilan halangan yang di temui responden dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan, antaranya iaitu,

(i) Terhad masa kerana pelaksanaan aktiviti pada masa usai sekolah, sehingga guru dalam kondisi letih. (ii) Pengambilan guru pelatih atau Pendidik Guru sememangnya yang lebih berkompeten, sehingga boleh memberikan penyegaran kepada guru. (iii) Bilangan pelajar dalam satu bilik darjah yang ramai, sehingga sulit untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. (iv) Guru kurang bermotivasi untuk menjalankan aktiviti penyusunan RPS, RPP dan kaedah pengajaran berasaskan PAIKEM. (v) Kehadiran para guru masih kurang kerana tempat pelaksanaan terlalu jauh dan belum ada sinergi antara masa pelaksanaan aktiviti program dengan jadual pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

(vi) Kos operasi pelaksanaan aktiviti latihan MGMP terhad. (vii) Ramai guru belum mampu mengoperasikan komputer, sehingga

tugasan-tugasan yang diharapkan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya.

(viii) pengambilan peserta terhad di mana guru yang diutus sekolah adalah guru berpengalaman sahaja, manakala sememangnya pengambilan peserta berselang seli.

(ix) Pola aktiviti masih bersifat birokrasi dari atas ke bawah. (x) Kaedah pembelajaran satu hala sehingga tidak menunjukkan inisiatif

daripada guru itu sendiri.

Akhir sekali, selain dari 10 halangan di atas, berasaskan analisis pemerhatian penyelidik pada pelaksanaan aktiviti latihan program MGMP Bermutu zon remote sesi empat, penyelidik telah mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan sepertimana mesyuarat birokrasi sebenar yang berlaku sejak dahulu

di Indonesia. Majoriti guru pasif mendengarkan syarahan daripada lima pembentang (iaitu pengetua, dua Nazir Sekolah, Guru Pelatih dan Pendidik Guru) menyebabkan kreativiti guru tidak dihargai. Penggunaan masa dalam pembentangan program pembelajaran hanya 45 minit sahaja, manakala syarahan daripada lima pembentang menggunakan masa empat jam. Hal ini membuktikan proses pembelajaran guru dalam program latihan bertumpu kepada hal yang bersifat seremonial sahaja, tidak menghala kepada pola peningkatan sebenar daripada kompetensi.

4.6.2 Mengamalkan Kompetensi di Sekolah

Tema-tema yang muncul berdasarkan halangan responden dalam menerapkan perolehan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan adalah halangan daripada buku pelajaran dan LKS di sekolah, halangan dalam menggunakan makmal fizik, halangan dalam menggunakan ABM berasaskan ICT, dan halangan daripada pelajar itu sendiri.

4.6.2.1 Buku pelajaran dan LKS

Analisis temu bual mendapati dua sub tema yang muncul mengenai halangan daripada buku pelajaran dan LKS iaitu pelajar lupa membawa, rosak, ataupun hilang, dan kandungan bahan pelajaran yang terhad. Responden GF/I-01 menjelaskan mengenai keadaan buku daripada pelajar serta sumber pengadaan daripada buku tersebut. Beliau menyatakan pelajar mempunyai buku, namun kadang kala mereka tidak membawanya ke sekolah atau dengan alasan hilang atau lupa, manakala buku tersebut dibeli dengan menggunakan kos BOS. Menurut GF/I-01,

... sebenarnya pelajar mempunyai buku, akan tetapi kadang mereka tidak membawanya ke sekolah, atau dengan alasan hilang atau lupa. Padahal buku tersebut dibeli dengan menggunakan kos BOS.

Responden GF/I-05 turut berkongsi pandangan dengan GF/I-01 mengenai keadaan buku daripada pelajar serta sumber pengadaan daripada buku tersebut. Beliau berkata terdapat banyak buku sumber/pakej di sekolah, apalagi ditambah oleh buku bantuan kos BOS, manakala pelajar sahaja yang malas membawa buku sumber/pakej ke sekolah. Akibatnya, boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan normal. Ujar GF/I-05,

... mengenai buku sumber/pakej, sebenarnya bantuan buku banyak ditambah lagi dari bantuan kos BOS, hanya pelajar sahaja yang malas membawa buku sumber/pakej ke sekolah. Akibatnya, boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan normal.

Sebaliknya, pandangan lain disampaikan oleh responden GF/I-01. Beliau menjelaskan kandungan isi daripada buku BOS tersebut sangat terhad, kandungan isi pengkayaan dan kandungan isi latihan sangat terhad. Oleh itu, responden GF/I-01 biasanya munggunakan buku-buku daripada pelbagai sumber. Walau bagaimanapun, pengadaannya sangat sukar, sementara guru tidak diberi kesempatan untuk

mengusahakan buku bagi pelajar mereka. Dalam kes ini, guru tidak menemukan penyelesaian ke atas masalah-masalah yang mereka kemukakan.

4.6.2.2 Makmal fizik

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dari temu bual, didapatkan beberapa sub tema yang berhubungkait dengan halangan yang berasal daripada makmal sains-fizik antaranya iaitu peralatan makmal sudah lama, banyak yang rosak atau hilang, bangunan makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, tidak ada gedung makmal, tidak ada pembantu makmal, dan tidak tahu menggunakan peralatan makmal.

Responden GF/I-04 menjelaskan peralatan dan bahan makmal di sekolahnya semakin lama semakin berkurang. Hal ini kerana tidak ada pembantu makmal sebagai pengawal, sehingga masa kini peralatan makmal semakin berkurang. Selari dengan pengakuan GF/I-04, responden GF/I-07 menyatakan,

... sebenarnya mengenai peralatan makmal di sekolah cenderung tidak lengkap. Oleh itu, apabila pelajar kita bahagikan ke dalam kumpulan, biasanya dilakukan pengaturan sedemikian sehingga kalau memang alatnya tidak memungkinkan, dilakukan demonstrasi sahaja. Saya akui bahawa ini boleh berimpak kepada kecenderungan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru, di mana pelajar hanya mendengar dan melihat sahaja.

Selain itu, responden GF/I-08 menjelaskan fasiliti pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya masih kurang. Makmal sedia ada, peralatan sedia ada, manakala perolehan daripada peralatan ini bermula pada masa sekolah didirikan pada tahun 1995 hingga kini peralatan tiada perubahan. Hal ini berakibat kondisi peralatan tidak memungkinkan lagi, banyak yang rosak ataupun hilang dan belum ada pemberian alat yang baru dari kerajaan pusat. Pengalaman yang sama turut dikongsi oleh GF/I-05 mengenai keadaan peralatan makmal di sekolahnya, sehingga beliau tidak pernah menjalankan aktiviti eksperimen makmal. Beliau menyatakan makmal baru di sekolah belum siap, peralatan belum ada, gedung belum selesai dibina, manakala gedung makmal yang lama digunakan sebagai bilik darjah. Hal ini menyebabkan aktiviti penggunaan makmal tidak ada. Padahal beliau sangat mengimpikan pelaksanaan eksperimen sebenar di dalam gedung makmal. Responden GF/I-05 berkata,

... makmal baru di sekolah saya belum siap, alatnya belum ada, gedung belum selesai dibangun, sementara gedung makmal yang lama digunakan sebagai bilik darjah. Hal ini mengakibatkan aktiviti penggunaan makmal tidak ada. Padahal sebenarnya saya sangat mengimpikan pelaksanaan eksperimen dalam gedung makmal.

Jika GF/I-05 menyampaikan keluhannya mengenai keadaan gedung makmal yang belum selesai dibina, GF/I-09 pula mempersoalkan keadaan di sekolahnya yang tidak mempunyai gedung makmal sains. Beliau mengulas,

... sekolah saya tidak memiliki makmal sains. Fasiliti makmal sains disimpan pada gedung makmal komputer. Jika ada masa praktikum fizik dan bertepatan dengan praktek komputer maka praktikum fizik tidak dilakukan lagi. Hal ini berakibat kepada pelajar yang jarang menjalankan aktiviti eksperimen makmal.

Responden GF/I-04 melaporkan keadaan makmal di sekolahnya yang tidak mempunyai pembantu makmal. Responden GF/I-04 menjelaskan halangan utama yang beliau hadapi adalah masalah pembantu makmal. Ketiadaan kakitangan menyebabkan GF/I-04 berasa kecewa dengan keadaan sekolahnya kini. Beliau meneruskan temubualnya seperti berikut,

Dahulu pada masa di sekolah pertama saya, makmal sains mempunyai pembantu makmal sehingga guru hanya mengorder alat dan pelajar boleh langsung menggunakannya. Sekarang ini, makmal sains tidak mempunyai pembantu makmal sehingga penggunaannya pun dibatasi, kalau ada aktiviti eksperimen barulah kunci bilik diberikan. Fasiliti makmal semakin lama semakin berkurang kerana tidak adanya pembantu makmal sebagai pengawal.

Halangan berbeza mengenai makmal sains dijelaskan oleh responden GF/I-

03. Beliau mengakui banyak peralatan makmal yang tidak mampu beliau gunakan. Responden GF/I-03 menyedari kompetensi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai penggunaan peralatan makmal sains masih kurang. Sehubungan dengan itu, responden GF/I-03 terpaksa tidak menggunakan peralatan yang biasanya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau meneruskan temubualnya seperti berikut,

... kalau ada eksperimen yang memerlukan kos, misalnya pengadaan fasiliti eksperimen atau penggunaan kertas, mulanya dilayani oleh ... kalau ada eksperimen yang memerlukan kos, misalnya pengadaan fasiliti eksperimen atau penggunaan kertas, mulanya dilayani oleh

Seterusnya, halangan lain mengenai keadaan makmal sains diungkapkan oleh GF/I-06. Beliau mengungkapkan halangan bersumber daripada ABM yang tidak teratur di sekolahnya. Peralatan makmal apa adanya, lengkap dan memadai. Namun, kadang kala peralatan yang diperlukan tidak ada dalam makmal. Menurut GF/I-06, sebagai jawapannya adalah dengan merancang sendiri peralatan/ABM untuk digunapakai dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, sebagai solusi daripada halangan dalam mengaplikasikan perolehan kompetensi yang bersumber daripada makmal pada pandangan penyelidik adalah (1) Perlu adanya sokongan sama ada daripada pihak kerajaan, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ataupun pihak swasta mengenai pengadaan bangunan, peralatan, dan fasiliti makmal di sekolah. (2) Kerajaan perlu melantik dan mengangkat kaki tangan sebagai pembantu makmal sehingganya peralatan dan kondisi bilik makmal sentiasa dijaga dan dilestarikan. (3) Guru fizik perlu diikutkan pada satu program latihan atau workshop khas mengenai penggunaan peralatan makmal, sehinggalah mereka mahir menggunakan sesuatu peralatan makmal.

4.6.2.3 ABM berasaskan ICT

Berdasarkan analisis temu bual penyelidik mendapati beberapa halangan responden dalam proses pembelajaran berterusan di sekolah, terutamanya mengenai penggunaan ABM berasaskan ICT. Adapun sub tema yang muncul dari analisis ini seperti bilangannya terhad, cara mengoperasikan, saluran elektrik dan proses penggunaan mesti mendapatkan kebenaran pengetua.

Responden GF/I-03 mengungkap terdapat dua buah projektor LCD di sekolahnya. Projektor ini biasanya digunakan oleh rakan guru bahasa Indonesia atau Responden GF/I-03 mengungkap terdapat dua buah projektor LCD di sekolahnya. Projektor ini biasanya digunakan oleh rakan guru bahasa Indonesia atau

… masa ini penggunaan projektor LCD di sekolah, beruntung kalau

boleh saya guna satu kali sahaja dalam satu minggu.

Pengalaman serupa dialami oleh responden GF/I-04 di mana sekolahnya hanya mempunyai satu buah projektor LCD sahaja. Halangan lain disampaikan oleh responden GF/I-07 di mana fasiliti atau bahan pengajaran di sekolah misalnya penggunaan projektor LCD sangat terhad. Apabila rakan guru mahu menggunakan projektor ini, maka terpaksa GF/I-07 tidak menggunakan.

Responden GF/I-05 pula mengemukakan halangan mengenai ABM di sekolahnya. Beliau mengakui fasiliti dan cara pengoperasian ABM berasaskan ICT di sekolah tidak menyokong. Mengenai sarana elektrik di sekolah, GF/I-04 mengungkapkan sumber voltan elektrik di dalam bilik darjah hampir keseluruhannya rosak. GF/I-04 memberitahu;

Hanya ada satu atau dua bilik darjah sahaja yang dekat dengan pejabat pentadbiran sekolah yang boleh berfungsi dengan baik. Akibatnya, kalau ada aktiviti yang memerlukan sumber voltan (bahan IT, atau eksperimen elektrik) terpaksa menarik kabel elektrik dari bilik pejabat menuju bilik darjah.

Sekiranya GF/I-04 mengeluhkan mengenai fasiliti elektrik di dalam bilik darjah, responden GF/I-07 pula mengungkap guru harus menyediakan kabel untuk sumber voltan kerana sumber elektrik di dalam bilik darjah tidak semua ada, bahkan hampir tidak ada. Menurut GF/I-07 sebenarnya sekolah sudah menyediakan tetapi masih terhad pula. Responden GF/I-04 dan GF/I-07 seterusnya mengungkapkan projektor LCD boleh digunakan ketika mendapatkan kebenaran pengetua. Projektor ini digunakan ketika ada mesyuarat dadakan sahaja dan memerlukan presentasi. Projektor kini tersimpan rapi dalam makmal komputer.

Akhir sekali, berasaskan pelbagai ungkapan responden di atas mengenai halangan daripada ABM berasaskan ICT sebagai solusi mengikut pandangan Akhir sekali, berasaskan pelbagai ungkapan responden di atas mengenai halangan daripada ABM berasaskan ICT sebagai solusi mengikut pandangan

pembelajaran bilik darjah, terutamanya mengenai fasiliti voltan elektrik sehingga guru sentiasa menggunakan ABM berasaskan ICT di dalam bilik darjah.

4.6.2.4 Berkaitan dengan pelajar

Berdasarkan analisis temu bual penyelidik mendapati beberapa tema mengenai halangan yang bersumber daripada pelajar. Antara sub tema ini adalah bilangan pelajar dalam bilik darjah, sahsiah pelajar, kemampuan pelajar, dan latar belakang pelajar. Responden GF/I-02 mengungkap bilangan pelajar di dalam bilik darjah terlalu ramai dan mempunyai ciri dan sahsiah berbeza-beza. Bilangan pelajar dalam satu bilik darjah seramai 40 sehingga 50 pelajar. Perkara yang sama pula diungkapkan oleh GF/I-01. Beliau menyatakan sikap pelajar di sekolah berbeza-beza. Sesungguhnya ada kecenderungan sikap daripada pelajar negatif di dalam bilik darjah, sehingga cara menyikapi dan menanganinya juga berbeza-beza. Responden GF/I-01 menjelaskan,

Sikap pelajar itu sendiri berbeza-beza. Ada kecenderungan setiap sikap pelajar itu cenderung negatif dalam bilik darjah. Sehingga cara menyikapi dan menanganinya juga berbeza-beza.

Sementara itu, responden GF/I-04 pula mengungkap pengalamannya mengenai cara menangani pelajar di sekolahnya. Beliau mendedahkan bagi mengatasi sikap pelajar dilakukan dengan cara mengenal pasti ciri setiap pelajar

secara peribadi sehingga boleh memahami keinginan daripada pelajar. Beliau menyatakan,

... untuk mengatasi hal ini dilakukan dengan cara mengenal ciri setiap pelajar secara perorangan sehingga saya boleh mengetahui pelajar nak seperti apa. Jadi kalau saya menjumpai pelajar yang bandel/nakal maka yang harus saya lakukan adalah memberi sanjungan sehingga pelajar ini merasa diperhatikan.

Mengenai personal pelajar, responden GF/I-03 mengakui dan harus menyedari pencapaian dan personaliti pelajar di sekolahnya tergolong rendah. Bagaimanapun, sekolah beliau bukan menjadi target daripada pelajar-pelajar cemerlang. Namun, beliau percaya kadang-kala masukan pelajar rendah, tetapi dengan usaha dan bekerja keras yang tinggi sehinggalah pelajar boleh meningkatkan prestasinya. Hal lain diungkapkan oleh GF/I-05, pencapaian Kriteria Kelulusan Minimal (KKM) sekitar 65 sahaja ramai pelajar yang belum lulus. Beliau mengungkapkan hal yang menjadi penyebabnya adalah motivasi pembelajaran pelajar masih rendah.

Jika responden GF/I-03 mengungkapkan faktor personal pelajar yang rendah, responden GF/I-08 menjelaskan mengenai personal pelajar di sekolahnya yang berada pada kategori menengah ke bawah. Beliau menyatakan semua pelajar berasal daripada sekolah rendah (SD) di pulau sehingga kualiti mereka berada pada tahap menengah ke bawah. Akibatnya, responden beliau sukar menerapkan bahan pelajaran yang agak tinggi. Ujar GF/I-08,

... semua berasal daripada sekolah rendah (SD) di pulau sehingga kualiti pelajar tergolong sedang ke bawah. Akibatnya, saya sangat sukar menerapkan bahan-bahan pelajaran yang agak tinggi.

Selari dengan pernyataan responden GF/I-03, GF/I-05 dan GF/I-08 di atas, responden GF/I-09 pula mengungkap mengenai kemampuan asas pelajar di sekolah yang masih kurang, terutamanya mengenai pengetahuan asas matematik, sehingga beliau merasa sukar dalam mengamalkan formula fizik.

Halangan lain daripada pelajar adalah mengenai latar belakang pelajar itu sendiri. Responden GF/I-02 mengiktiraf kepelbagaian latar belakang pelajar di sekolah. Namun, menurut beliau latar belakang pelajar bukan sebagai halangan bagi mereka satu sama lain untuk mengurus bilik darjah. Beliau memberi contoh,

... jika ada pelajar yang acuh tak acuh dalam perbincangan, maka pelajar tersebut diberi soalan yang menantang atau ditunjuk sebagai jurucakap dalam kumpulan. Contoh lain, jika dalam satu kumpulan ada yang nakal atau bising, maka kumpulan tersebut di dekatkan posisinya ke guru.

Akhir sekali, bagi mengatasi halangan yang bersumber dari pelajar seperti bilangan pelajar, sahsiah pelajar, kemampuan pelajar dan latar belakang pelajar, pada padangan penyelidik seseorang guru sentiasa menjalankan proses pembelajaran secara berterusan dalam peningkatan kompetensi terutama kompetensi di dalam mengurus bilik darjah dan pelajar. Pada konteks Indonesia, kerajaan telah menetapakan standard bilangan pelajar 32 pelajar di dalam satu bilik darjah. Hal tersebut berasaskan andaian semakin sedikit pelajar dalam satu kumpulan pengajian, maka pembelajaran pelajar dan pengajaran guru semakin berkesan. Namun demikian andaian ini tidak disokong oleh hasil kajian. Keputusan ditetapkan berdasarkan andaian dan pertimbangan guru semakin membahagikan perhatian yang besar kepada perkembangan pembelajaran setiap individu. Keputusan ini memberi kesan kepada kos pendidikan yang tinggi dan semakin kecilnya peluang pelajar untuk bersekolah

di sekolah yang memberikan perkhidmatan pembelajaran yang baik. Oleh itu, pada pandangan penyelidik, keaktifan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan kerana bilangan pelajar dalam bilik darjah, melainkan karena terpenuhinya standard proses belajar. Guru sentiasa menerapkan strategi pembelajaran pelajar aktif. Hal ini dapat diwujudkan apabila guru mempunyai kompetensi pengetahuan, sikap dan kemahiran terutamanya dalam membuat rancangan pembelajaran, menguasai bidang pengajian, melakukan penilaian dan kemahiran dalam memotivitasi pelajar guna memperolehi pengalaman pembelajaran secara aktif.